Movie Mistakes

Monday, May 28, 2012

Review: The Raid - Redemption

Menghampiri sebuah filem aksi Hollywood, Indonesia sudah bersedia untuk menunjukkan kualiti taraf Hollywoodnya ke mata dunia. Seluruh dunia, malah jirannya Malaysia menantikan filem ini di pawagam. Bayangkan akan penuh peminat Ong Bak (filem aksi Thai) dan juga yang mengetahui kehebatan pembuka tirai Merantau beberapa tahun lalu. Pastinya The Raid ataupun bernama asalnya Serbuan Maut bakal menjadi fenomena di Malaysia. 


Menanti hanya di kaca tv ataupun DVD. Satu pengalaman yang agak kurang baik dan tidak berapa sedap. Tertanya tanya kenapa filem ini tidak mendatangi jirannya, atau mungkinkah jirannya menutup pintu sebab malu kita tidak mampu buat seperti itu? Persoalan yang agak menarik untuk difikirkan. Terserahlah. 

Terbaik dari Iko Uwais dan juga Gareth Evan, The Raid nampaknya internasional dalam segala aspek. Apa yang memelayukan The Raid hanyalah pada adegan solat Rama pada awal filem dan juga lagak bahasa Indonesia. Yang lain, The Raid tak ubah seperti sebuah filem aksi gred B (filem aksi untuk home entertainment) Amerika yang berjaya dan sukses. Gareth Evans sebagai seorang pengarah kulit putih berjaya membawa filem ini untuk dihiaskan muziknya oleh Mike Shinoda, menjadikannya gempak. 


Membandingkan Merantau dan The Raid, The Raid lebih ganas dan agak banyak darah. Banyak scene yang mengerikan sepertimana menonton filem slasher. Walaupun begitu, apa yang difokuskan adalah bagaimana koreaografi aksi silat yang diadaptasi dalam persembahan yang menakjubkan dan memukau. Itu perkara utama. Menonjolkan aksi yang luar biasa. 

Plotnya simple. Sekitar 40 minit pertama filem ini, anda bakal disajikan dengan adegan tembak menempak pasukan SWAT yang terperangkap di pangsapuri yang dipenuhi pelbagai orang jahat ini. Adegan yang begitu menakjubkan, sekali sekala melihat peluru slow motion yang indah tetapi diakhiri dengan percikan darah yang menggerikan. 


Walaupun pada pandangan aku, lakonan Iko Uwais kurang diberi penekanan, aku rasa ada improvement dalam lakonannya. Koreografi aksi yang agak brutal dan visual yang meyakinkan nampak kemas dan kejam.Memang tidak dinafikan Iko Uwais juga pelakon Yayan Ruhian memang menjadi tumpuan. Di pihak jahat, Yayan Ruhian nampak hebat dengan karakternya. Kadangkala Yayan lebih menyerlah dari Iko. Tapi, keseluruhannya, dua dua sama hebat. 

Namun begitu, permainan emosi dalam filem ini, kisah adik beradik Rama nampaknya tenggelam. Pada pandangan aku drama itu cuba untuk memancing emosi tetapi tidak berjaya disampaikan dengan baik. Walaupun begitu, aku rasa adegan Mad Dog melawan Rama dan abangnya dalam sebuah bilik adalah aksi terhebat yang patut anda saksikan dalam filem ini. Persembahan memukau 2 lawan satu. 


Bukannya pujian ini menyatakan filem Malaysia kurang bahagia di sisi filem Indonesia. Cuma sekadar menyukai filem The Raid yang diedar Stage 6 (pengedar filem Gred B) anak kepada Columbia Pictures ini. The Raid mungkin tak dapat dibanggakan sebagai filem Malaysia, tetapi pada aku yang berada dalam lingkungan Asia, aku rasakan The Raid adalah satu2nya filem berbahasa rumpun Melayu yang terbaik dalam genre filem aksi. Malaysia kita mampu, cuma jangan menunggu. 

Lupakan tentang plot. Jom lihat style aksi kisah ini. Membandingkan filem ini dengan garapan The Expendables mungkin selayaknya boleh. Tetapi The Raid punya garapan tersendiri. Dengan elemen Asia, The Raid memang sebuah filem aksi yang hebat untuk tahun ini. Sudah basi dengan muay thai, kini bolehlah penonton beralih arah memandang ke Indonesia, di mana produksinya agak baik tugasnya, walaupun dirajai seorang orang puteh. Kesimpulannya, tak salah berguru dari penjajah. 

4.5/5 

p/s: aku tidak yakin Jiwa Taiko arahan Osman Ali bakal menjadi filem aksi silat yang hebat. Maaf...

9 comments:

  1. utk filem mcm ni sy xpasti yg Malaysia boleh buat..

    ReplyDelete
  2. Filem malaysia memang berkualiti tapi untuk setanding dengan filem luar.. no komen untuk itu apatah lagi filem aksi. Negara luar lebih maju.

    ReplyDelete
  3. silahkan awak klaim.. hahaha.. :P

    ReplyDelete
  4. Aku pun dah tgk filem ni. Anak aku yg balik bercuti dari UK perkenalkan aku raid redemption. Dia kata mat saleh suka sangat....kat cinema,, depa dok ajok.." Selamat berkerja dan jangan lupa, bersenang senamg" kuat kuat dalam panggung.

    Bukan main hebat filem indon ni bro!!!...Kali kedua aku tgk memang byk betul langkah2 silat lincah yg ada dlm filem ni.


    ReplyDelete
  5. I am myself an Indonesian but I am not even really interested to watch violence in any movie for sure. I wish more qualified Asian movies to go international and give the better examples for people throughout the world. Sorry if it sounds too idealist. :))

    ReplyDelete
  6. waiting.. iko uwais in TAICHI MAN (2013)

    ReplyDelete
  7. fyi....BERANDAL (2013) film terbaru Iko Uwais,silakan cari trailernya di you tube

    ReplyDelete
  8. Malaysian movie industry with better budget funding can make their own "The Raid", some malaysian resorts/building are even so nice to be used for action movies settings.

    What still lack of are good directors and actors.

    Ohh anyway, Yayan's gonna be back for the sequel so i'm sure it'll be worth to
    watch.

    ReplyDelete

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS