Movie Mistakes

Tuesday, April 10, 2012

Review: Mirror Mirror

Bayangkan apa akan jadi bila resepi Bollywood disuntik dalam sebuah filem Hollywood. Bayangkan bagaimana pengaruh itu nampak jauh sekali untuk dirapatkan. Jauh juga untuk dibandingkan. Tetapi, dua dua industry memang gergasi. Dari Tarsem Singh, pengarah Immortals dan The Cell, nah, ini dia sebuah kisah Snow White dalam elemen berbeza. Ternya, persembahan filem ini punya cerita biasa yang diolah, tetapi olahannya sedikit menarik untuk ditonton. 


Dengan Julia Roberts membawa watak jahat si permaisuri, lakonannya pada aku memang satu persembahan yang bukan biasa biasa. Watak permaisuri yang jahat ini punya suntikan dan garapan yang lain daripada kisah Snow White yang biasa. Dengan elemen komedi bersahaja, watak permaisuri ini nampak kelakar tetapi pada masa yang sama kita tidak hanya dibawa kepadanya untuk tertawa, tetapi meneroka dunianya yang terselindung. 


Dunia ‘mirror mirror on the wall’, ucapan famous yang diterjemahkan dengan luar biasa. Tidak menggunakan idea biasa, yang mana selalunya cermin akan bercakap semula kepada permaisuri, tulisan kali ini membawa kita ke dalam dunia lain yang mana permaisuri boleh meminta apa saja atas dasar kejahatan. Walaupun begitu, gambaran cermin bercakap ini bukanlah satu kejahatan. Ianya nampak seperti lambang keterpaksaan untuk tunduk pada sisi gelap si permaisuri. Namun begitu, dalam membawa sisi kejam si permaisuri, aku rasa Julia Roberts tidaklah berapa kejam yang amat. Cukup hanya sekadar biasa biasa walaupun pujian harus diberikan atas lakonannya sebagai permaisuri yang luar biasa.

movie mistakes filem ini:

The best elemen yang diupgrade dalam filem ini adalah keletah orang kerdil yang memang gempak. Walaupun mereka hanyalah sebuah bahagian kecil filem ini, mereka banyak member keletah yang melucukan disamping kasih sayang dan sifat prihatin mereka terhadap Show White. Tabik kepada olahan ini yang memang menakjubkan. 


Idea memasukkan sebuah lagu, I Believe In Love nyanyian pelakon Lily Collins sendiri memang sebuah kejutan yang tidak dapat disangka. Ternyata, elemen ini memberikan satu kejutan mulut ternganga sambil tertawa bila penonton menontonnya. Ianya sebuah penamat filem happy ending yang sempurna. Jelas pada muziknya, ianya punya suntikan Bollywood. Ini factor yang menjadikan I Believe In You menjadi satu pemecah budaya dalam dunia Snow White. 

Ternyata, Tarsem mahu menyatukan semua penonton untuk berada dalam sebuah dunia fantasi. Mengajar kita juga tentang semangat penyatuan. Jika anda sedar, sorang daripada orang kerdil itu ada muka Chinese. Dan jika anda sedar juga, skor muzik filem ini punya suntikan tabla dan juga beberapa alat muzik india. It’s weird, but impressive. 


Keseluruhannya, mungkin ramai yang sudah tahu bagaimana kisah ini dari cerita cerita buku. Tetapi menonton Mirror Mirror memang sebuah lagi pengalaman tonton semula kisah Snow White yang berbeza. Walaupun pengarahan Tarsem kali ini tidak banyak memberikan syot syot yang menakjubkan seperti Immortal, sekurang kurangnya kita menyaksikan pengarah ini mencuba untuk membawa satu filem yang sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. 

3/5

1 comment:

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS