Movie Mistakes

Sunday, April 29, 2012

Review: The Avengers

The Avengers mungkin pada aku mengecewakan. Pada sangkaan aku, filem yang menggabungkan superhero yang dilahirkan dari Marvel Studios ini akan memberikan sebuah persembahan aksi yang non stop dan cukup hebat. Malangnya, filem ini mampu aku bandingkan dengan gaya persembahan Transformers: Dark of the Moon. Filem ini lesu dengan aksi padat pada 1 jam 30 minit pertama dan punya aksi tanpa henti pada 45 minit akhir. Sebuah susunan yang agak kurang hebat. Bayangkan untuk mendapatkan sebuah aksi baik lawan jahat, penonton perlu menunggu sejam lebih. 


Apa yang menghiasi awal filem ini hanyalah pengenalan watak watak yang nampak lesu dan hanya sekadar memberikan info, tetapi bukan entertainment yang mengujakan. Malah, hanya babak awal dimana kiub bahaya itu dicuri Loki yang mana menjadi asas Loki untuk menjana kejahatan (kuib tu datang dari filem Captain America) pada awal filem antara yang memberi momentum keterujaan. Seterusnya, filem ini bergerak ke arah drama yang penuh dengan perbualan dan aksi yang bermula dan habis dengan cepat. Malang sungguh untuk sebuah filem aksi sebegini, mempunyai drama dan komedi yang lebih daripada aksinya. 

kesilapan filem The Avengers:

Kelemahan filem ini jelas pada Loki itu sendiri. Pada aku, Loki bukanlah sebuah kejahatan yang besar dan cukup gah untuk berdiri sebagai penjahat mega. Dia nampaknya membawa filem ini lebih menjurus kepada sebuah filem komedi aksi lebih dari filem musim panas itu sendiri. Pengarah Joss Wesdon nampaknya tidak mampu untuk memberikan sebuah persembahan mega yang menakjubkan. Persembahan The Avengers nampak seperti persembahan filem Thor yang mana plotnya simple dan tidak menarik. Namun begitu, aku tidaklah menyatakan yang The Avengers adalah sebuah filem yang teruk lagi membosankan. 


Skrip filem ini nampaknya mungkin memberi peluang untuk menunjukkan bagaimana 5 superhero ini berinteraksi dan ber’ice breaking’ sesama mereka sebelum menyelamatkan bumi. Anda akan sedar terlalu banyak dialog ala ala berkenalan antara satu sama lain yang disulam dengan komedi lebih dari perbincangan yang menjurus kepada kenapa mereka dikumpulkan. Malah, aksi dalam kapal SHIELD itu sendiri nampaknya tidak diexplore dengan luas dan baik. 

Bayangkan kapal itu yang mana punya kuasa halimunan dan juga terlalu maha besar, tetapi kita hanya dapat melihat bilik kawalan SHIELD dan juga bilik kerja Mark Ruffalo. Adegan dalam kapal besar itu nampak sempit dan tidak luas seperti gambaran exterior kapal tersebut. Tidak ada explorasi untuk membawa penonton ke dalam segenap pelusuk kapal. Malah, semasa kapal itu diserang, apa yang difokuskan adalah bagaimana Iron Man menjadi mekanik sambilan untuk betulkan kipas besar, dan pertarungan sekejap saja antara Black Widow dan Hawkeye. Terlalu banyak aksi tembak menembak dalam kapal tersebut tetapi kita tidak dapat melihatnya.


Jika anda seorang peminat Iron Man pastinya akan merasakan yang Robert Downey Jr. kali ini lebih punya rasa cinta sama Miss Pepper. Erti kata lain, Tony Stark nampak romantik dan lebih manja dari dulu. Aku juga sedar, disebabkan terlalu ramai watak utama dalam filem ini, kuasa super selebriti tidak dapat dinaikkan dengan jayanya. Malah, Robert Downey Jr yang gah itu pun tenggelam dalam filem ini. Kesemuanya lemas dan tidak menonjol. Perasan atau tidak, kebanyakan scne superhero boleh dikira stiap satunya.


Aku tidak mengatakan filem ini teruk. In fact, aku memang seronok sebenarnya menyaksikan adegan selepas Loki terlepas dari kurungan. Babak aksi di Manhattan nampak seperti copycat Transformers Dark of the Moon lagi, namun begitu ideanya berbeza. Walaupun momentum aksinya tidaklah hebat, tetapi gabungan lima superhero ini berjaya memberikan sequence aksi yang tidak dapat dijangka, dan disebabkan itulah, aku seronok menyaksikan gabungan superhero yang stiap satunya punya kuasa yang berbeza.
 

Walaupun ini bukanlah sebuah filem aksi yang momentumnya selari dengan kehendak aku, aku faham mesejnya yang simple. Semua orang akan faham yang filem ini bertitik tolak dari konsep kerjasama antara perangai yang berbeza. Simple. Mesej yang senang untuk disampaikan dan dihadam untuk kanak kanak sebagai nasihat untuk kedewasaan. 

Berdasarkan apa yang aku kata ni, janganlah disebabkan kesemua perenggan di atas, anda terus membuat keputusan yang filem ini teruk. Masing masing ada titik kepuasan menonton yang berbeza. Dan pada pandangan aku, this film bukanlah sebuah filem yang hebat. Bayangkan hampir 80% babak aksi yang dicanang di tv dan trailer hanya berada di 45 minit akhir filem. Bukan agihan yang tepat kerana penonton perlu tunggu sejam lebih untuk aksi yang hebat. 


Dengan watak Loki yang nampak seperti penjahat untuk filem kanak kanak, filem ini tak mampu untuk memberikan keganasan dan excitement untuk orang dewasa seperti aku. Malah, babak pertelagahan between geng Avengers dalam kapal SHIELD, walaupun atas dasar komedi, nampak sangat seperti pertelagahan orang dewasa berperangai kanak kanak. Telah menonton filem ini di Jitra Mall Cinema jam 10.35 pagi di Hall 2 pada hari Ahad, 29 April 2012.Yes, setuju dengan komedinya yang fresh. Tetapi, bagi yang berkehendakkan aksi nonstop dari awal sampai akhir, ini bukan filem anda. Bagi peminat Iron Man, Thor, Captain America, Black Widow dan Hawkeye, ini mungkin filem yang anda nantikan.

2/5

Friday, April 27, 2012

Sneak Peek: G.I Joe - Retaliation


G.I Joe, sebuah filem berdasarkan permainan Hasbro kini meneruskan ceritanya kepada sekuel kedua. Filem yang mula diterbitkan sebagai filem pada tahun 2009 dengan title G.I Joe: Rise of the Cobra diarahkan oleh Stephen Sommers. Namun begitu, pengarah filem The Mummy itu tidak akan kembali untuk sekuel ini atas alasan tertentu. Jon M. Chu kini mengambil alih kerusi pengarah. Dan, disebabkan itu, G.I Joe: Retaliation bakal menampilkan kebanyakannya watak baru yang mana tidak pernah muncul dalam filem sebelumnya. 

G. I Joe Retaliation dikatakan sebagai sebuah filem sekuel yang mana memberi peluang untuk pengarah baru ini mengukir ideanya sendiri. Ditulis oleh penulis Rhett Reese dan Paul Wernick, G.I Joe: Retaliation bakal menampilkan muka baru dan lebih hebat seperti Dwayne Johnson dan Bruce Willis dengan pelakon yang masih kekal seperti Channing Tatum, Arnold Vosloo, Ray Park, Jonathan Price dan juga Lee Byung-hun. 


Konflik Zartan kini disambung lagi. Bagi yang telah menonton filem pertamanya, kita sedar yang di akhir filem, Zartan duduk di kerusi presiden US dan bersiul-siul kegembiraannya. Jawapan kenapa dia di situ bakal dijawab dalam sekuel ini. Zartan kini memanipulasi kerajaan US dan membuat cerita yang G.I Joe adalah pembelot. Akibatnya, kubu G.I Joe diserang. Dengan kuasa dunia di tangan Zartan yang menyamar sebagai presiden US, ahli G.I Joe yang terselamat kini akan cuba untuk merampas kembali keamanan dalam operasi yang dikenali sebagai “Second American Revolution” yang mana bakal menampilkan General Joseph Colton (Bruce Willis).

Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 21 June 2012 akan datang. Bagi yang ingin mendapatkan characters poster watak watak yang lain, korang boleh klik sini

Tuesday, April 24, 2012

Short Film - Igauan


Seorang rakan aku di Universiti Malaya memperkenalkan aku kepada short filem terbitan produksi independent di universiti tersebut. Tajuknya Igauan. Aku rasakan short filem ini menarik untuk aku kongsikan. Ideanya menarik. Walaupun ada beberapa syot yang amatur, dan pertengahan cerita yang caca merba syotnya, filem pendek ini berjaya untuk meniru identiti filem lost tape ala ala Rec dalam beberapa syotnya. Tonton filem ini di bawah. Kepada produksinya, syabas guyz!

Monday, April 23, 2012

Review: 3 Temujanji

3 Temujanji ada formula yang menarik. Aku jujur katakan 3 Temujanji adalah idea yang cantik, dari segala aspek. 3 Temujanji punya nafas yang baru, romantikanya jujur dalam membawa mesej, tidak banyak bermain dengan komersialisme walaupun cinta adalah idea komersialisme yang dasyat lagi membawa duit berganda. Pada aku, filem Hashim Rejab ini punya nafas yang membuatkan aku tersenyum, tatkala itu juga mampu untuk masuk ke dunia 3 temujanji Reanna.


It seems that filem ni sedikit lewat untuk keluar ke pawagam, melihat kepada Diana Amir yang masih tidak bertudung. Tetapi, abaikanlah. Balik kepada cerita ini, tidak over aku katakan, filem ini ada serapan nafas nafas filem cinta Pierre Andre yang dulu dulu. Aku yakin, pengarah muda ini yang menjadi pelakon dalam filem ini membawakan watak si Mukhsin dengan ideologinya yang tersendiri.

movie mistakes:

Ternyata Mukhsin bukan saja lelaki yang digambarkan tabah dan seorang yang teguh dengan konsep menghormati keluarga dulu baru bercinta, tetapi mampu bermain dengan romantiknya menunaikan 3 temujanji Reanna dan meruntuhkan ego Reanna yang tidak percaya pada cinta. 


Ending filem ini siapa siapa pun akan rasakan ianya cliche. Ya, ianya memang perlu macam tu. Tetapi, apa yang speselnya cerita ini ialah 3 temujanji itu. Bagaimana Reana mempermainakan lelaki dengan 3 temujanjinya tetapi akhirnya lemah bila dia sendiri terjumpa lelaki yang dijodohkan untuk dirinya. Sepenuh hati, tidak salah kalau aku bandingkan yang aura filem ini nampak sama seperti Ombak Rindu. Bagaimana permainan intipatinya iaitu ego dan prinsip cuba dikopak oleh seorang lagi pelakon lain untuk masuk dan bersatu. Ianya sebuah idea magis yang aku suka. Even Ombak Rindu dan 3 Temujanji punya prinsip sama, masing masing punya mesej berbeza. 


Namun begitu, dalam masa memuji kecantikan 3 Temujanji arahan Hashim Rejab ini, aku rasakan beberapa part yang dibawakan oleh pelakon pelakon extra, walaupun bintangnya agak ternama, agak goyah dan tidak mampu untuk melahirkan ketawa mahupun keserasian. Zul Handyblack dan Cat Farish nampaknya tidak serasi dalam sebuah drama yang begitu romantik sebegini. Namun, tidak mengapa. Nasib baik mereka muncul sebentar. Kalau tak, cacat cerita. 

Jujurnya, komedi yang diselitkan tidak keterlaluan. Kita tidaklah dibawa untuk ketawa terbahak bahak, tetapi hanya sekadar tersenyum melihat realiti cinta mereka dan diri kita. Filem ini dekat dengan jiwa penonton dengan garapan yang bersahaja. Oh ya, babak Reanna bila Mokhsin bawa Reanna berjumpa dengan keluarga tu menarik. Masa ahli keluarga Mohksin asyik pandang Reanna sampai lupa nak sambut hari jadi tok wan memang best. Scene main ibu jari tu kelakar.


Diana Amir nampak comel pulak dengan rambut tembikai tu. Walaupun Kamal Adli tu nampak macam takde umph masa awal awal filem, akhirnya dia menangis merayu membuatkan semua gadis berkata, wow, greatlah. Awesome!

Pierre Andre nampaknya sekali lagi menunjukkan taring yang dia mampu membawakan cinta ala muda muda yang cukup komedi dan cantik. Ekspresi mukanya nampak kreatif dalam bermain dengan segala rentak cerita. Lakonannya tenang dan bersahaja membuatkan aku rasakan dirinya cocok untuk watak si Mukhsin. Yana pula membawakan cerita cintanya dengan cukup baik. Dibantu Diana Amir yang nampak gedik dan nampak kelakar walaupun aku tak mampu nak gelak untuk persembahan Armanda, watak Reanna nampak jelas egonya. 


Yana Samsuddin dan Pierre Andre nampaknya pada aku antara pasangan dalam filem yang cukup sifat, cukup rencah dan cukup garam dan gulanya. Dalam erti kata lainnya, lauk ini sedap dimakan kalau bersama nasi yang panas. Lepas makan pun rasanya masih boleh rasa lagi perencah perencah kat dalam lauk tu. Itu tersiratnya. Kalau tak faham, aku sebenarnya bercakap tentang bertapa seronoknya melihat lakonan Pierre Andre dan Yana Samsudin dalam filem ini. 

3 Temujanji bercakap tentang ego wanita. Cerita yang jarang kita lihat. Bercakap tentang realiti itu sendiri, tak salah jika aku katakan 3 Temujanji sebenarnya seimbang dalam memperkatakan cinta lelaki kepada perempuan dan sebaliknya. Lihat saja kisah Amanda dan Kamal yang mana fokus kepada ego lelaki, dan Reanna dan Mokhsin, yang fokus kepada ego wanita. Sebuah filem yang sama berat, dan papan jongket berada selari dan cantik di atas udara. 


Keseluruhannya, lebih banyak keindahan dalam 3 Temujanji. Aku tengok kutipan filem ni bukanlah hebat sangat. Tetapi secara peribadinya aku rasakan 3 Temujanji bukan sebuah filem romantik biasa. Ianya tentang hati, naluri dan keserasian. Ianya bukan sebuah filem main main dan aku rasakan Yana Samsudin dan Pierre Andre memang pasangan yang cocok sekali dalam filem ni. Sebuah cerita tentang hati, perasaan dan cinta, bagi gadis yang merasakan lelaki itu buaya. Sangat sangat menyukai filem ini.

4/5

Friday, April 20, 2012

Sneak Peek: Piranha 3DD


Piranha kini kembali mengganas. Piranha 3DD, sekuel kepada Piranha 3D yang diputarkan di pawagam pada tahun 2010 kini kembali. Diarahkan oleh John Gulager dan lakonlayar Marcus Dunstan dan Patrick Melton (orang di sebalik filem Feast dan francais Saw), filem ini dibintangi Danielle Panabaker, Matt Bush, David Koechner, Chris Zylka, dan ramai lagi nama nama yang tak berapa nak tip top di telinga penonton Malaysia.  Filem ini akan menampilkan seksi tahap extra juga ngeri tahap jangan buka mata. 

Kisah ini membawa kita setahun selepas kejadian serangan Piranha prehistorik di Tasik Victoria. Kini, Piranha itu berhijrah memasuki saluran pengairan dan akhirnya masuk ke sebuah kawasan taman tema air yang baru dibuka, Big Wet. 


Dijadualkan untuk ditayangkan pada November 2011, namun disebabkan beberapa masalah, filem ini dianjak tayangannya ke 1 June 2012. Di Malaysia, filem ini akan mula ditayangkan mulai 31 Mei 2012 dan diedarkan Nusantara Edaran Filem Sdn. Bhd. Ibu bapa, jangan bawa anak anak anda bawah 18 untuk menonton filem ini. 

Wednesday, April 18, 2012

Sneak Peek: The Raid - Redemption


Iko Uwais, pelakon filem martial art Indonesia yang pernah hadir dengan filem Merantau pada tahun 2010 kini kembali dengan filem terbaru dari pengarah yang sama. Filem berjudul Serbuan Maut ini, yang mana title internasionalnya memakai tajuk The Raid: Redemption adalah sebuah filem aksi psiko dan martial art dengan ceritanya berkisar tentang sebuah pertarungan hidup mati 20 anggota SWAT yang terperangkap di dalam bangunan yang dihuni oleh orang orang jahat. Kisah ini sudah mula ditayangkan di Indonesia dan sekarang ini sedang bergerak mengelilingi dunia sehingga August 2012 (berdasarkan sumber di Imdb.com).


Pertama kali dipertontonkan kepada umum di Toronto International Film Festival 2011 sebagai filem pembukaan untuk kategori Midnight Madness, pengkritik dan penonton memuji filem tersebut sebagai filem aksi terbaik sehinggakan ianya berjaya memperolah anugerah The Cadilac People's Choice Midnight Madness Award. Atas kejayaan itu, filem ini mengorak langkah mempertontonkan dirinya di Dublin Jameson International Film Festival, Glasgow Film Festival, Sundance Film Festival sehinggalah ke Busan Film Festival yang diadakan di Korea Selatan. Hal ini sekaligus menjadikan filem ini sebuah produk filem komersil terbitan Indonesia yang pertama paling berhasil di mata dunia. 


Filem ini telah mendapat tempat di hati pengedar filem Sony Picture Classic untuk diedar ke di Amerika Utara dan Amerika Latin. Oleh itu, pihak Sony Picture Classic telah meminta skornya yang mana digubah asalnya oleh komposer Indonesia, Fajar Yuskemal dan Aria Prayogi diganti dengan skor muzik baru. Pihak Sony Pictures meminta Mike Shinoda, ahli kumpulan Linkin Park dan Joseph Trapanese, yang terlibat dalam filem Tron: Legacy untuk mengubah semula skor muzik filem ini. Tujuannya untuk mempertingkatkan populariti filem ini di Amerika. Malah tajuknya juga ditukar.


The Raid: Redemption sudah berlegar di pawagam seluruh Indonesia bermula 23 March 2012. Tayangan di Amerika pula akan bermula pada 13 April 2012. Singapura pula pada 24 May 2012 dan Belgium pada 4 Julai 2012. Tayangan di Malaysia? Mungkin peluangnya tipis. Tetapi dengan adanya AstroFirst, peluang untuk menonton filem ini masih ada. Sama sama kita nantikan!


Bagi yang tidak sabar sabar untuk menonton filem lakonan Iko Uwais yang mantap dengan koreografi aksi silatnya, MovieclipsCOMINGSOON, sebuah channel di YouTube telah menyediakan empat klip khas satu minit setiap satunya yang mana dipetik dari filem ini.

Klip 1: Hallway Fight

Klip 2: Through The Floor

Klip 3: Infiltration

Klip 4: Smackdown

Review: Jidin Sengal

Setelah aku menonton dua filem terbitan Outloud Studios, aku dapati orang orang dalam penerbitan filem filem produksi ini ada satu masalah. Apa dia? Masalah nak memberi tajuk kepada filem produksi ni. Tengoklah sendiri Suatu Malam Kubur Berasap yang tidak sedikit pun menceritakan pasal kubur berasap. Plot yang tungganglanggang, apatah lagi berterabur, itu bukti pertama. Kedua, lihat saja Jidin Sengal ini. Aku rasakan Jidin Sengal bukanlah fokus kepada Jidin tetapi kepada cinta dan kekasih lama. Which means that Jidin Sengal bukan title yang sesuai. 


Aku sendiri, apabila mendengar saja tajuk ini, tak tertarik langsung untuk menarik aku menonton. Pada pandangan aku, sepintas lalu Jidin Sengal bunyi macam filem paling loya dan menjual kata janji mampu menggeletek hati tahap gelak tak kering gusi. Yela, pastinya apabila namanya Jidin Sengal, kita mungkin akan dipertontonkan dengan keletah Jidin yang teramat sengal dalam percubaannya untuk membawa ketawa penonton yang menonton. Ah, ini bukan filem jenis aku suka. 
Gagahkan juga menonton, Jidin Sengal bolehlah aku simpulkan sebagai not bad. Sekurang kurangnya, dalam tenggelamnya cerita dan mesej filem ini dalam tajuk yang bodoh itu, filem ini aku rasakan lebih baik dari Suatu Malam Kubur Berasap yang hanya indah pada nama. Oleh itu, sebagai anak kedua Outloud, Jidin Sengal adalah improvement yang agak ok berbanding filem pertama produksi ini. Tahniah untuk Nur Esmi Zahara Yusof selaku pengarahnya. Bukanlah titik tolak untuk berbangga. Aku rasakan next filem Outloud perlu lebih baik dari Jidin Sengal. Aku rasakan filem keluaran produksi ini agak tersepit dengan cliche (lihat saja pada sound konon konon lucu yang digunakan). 

Jidin Sengal punya plot menarik jugak. Walaupun aku rasakan ceritanya agak mendatar, cerita cinta Jidin yang cuba untuk menjadi pelakon extra bolehlah juga dikatakan menarik. Dengan babak babak yang sederhana dan juga beberapa subplot yang tak seimbang, cerita filem ini nampaknya dipukul ombak lalu mengubah haluan menjadi sesuatu yang bukan memfokus kepada kesengalan Jidin. Oleh itu, aku bertanyakan, layakkah filem ini dinamakan Jidin Sengal? 


Dengan Jue Aziz yang menyulam cinta disebalik si Jidin yang sedang mengejar Peah yang mana kekasih lama masa muda muda, aku rasakan ceritanya boleh tahan. Tetapi, dengan skrip dan adegan yang sederhana, filem ini tak mampu untuk menyuntik romantika Jidin dengan Peah. Malah, cinta Amy dan Jidin pun menjadi buah terakhir untuk dipetik dalam minit minit terakhir. Ini menjadikan hati filem ini tersasar dan tidak dapat mengenai hati penonton pada awal bermula filem ini. 

Lakonan Along Champ nampaknya serasi bersama dengan Angah Raja Lawak. Namun, ketawa tak mampu aku ukir. Lawak Angah nampak biasa. Along juga nampak biasa. Tetapi, lakonan yang paling luar biasa dan membuat aku tertarik adalah Zack Diamond. Bekas penyanyi ini nampaknya menjadi terlebih gedik dengan riak wajahnya yang digunakan sebaik mungkin. Sedar atau tidak, lakonannya kadangkala mirip Gurmit Singh dalam Phua Chu Kang. Malah, sedar atau tidak, lakonannya juga mirip aktor Bollywood Shah Rukh Khan. 


Jue Aziz, akhirnya aku melihat mu dalam role yang sedikit ayu. Selepas melihatnya dalam adegan seksi sebuah filem tahun lepas, rasanya jelita mu agak meyakinkan. Walaupun aku rasakan wataknya lebih kepada marah marah dan marah, aku rasa dengan skrip yang lebih baik, dia mampu untuk buat lebih dari itu. 

Keseluruhannya, Jidin Sengal bolehlah aku katakan sebagai satu tangga baru untuk filem produksi Ernie Chen. Molek kiranya Ernie duduk di bangku penerbit dan sekali sekala jadi pelakon extra (tiru David Teo). Tak payahlah mengarah. Berikan kerusi untuk pengarah Esmi Zahara ini untuk mengarah lagi jikalau tiada pengarah lain. Sekurang kurangnya, Jidin Sengal membuktikan bahawa bukan senang untuk jadi pelakon extra. Dari pemerhatian filem ini, ianya juga bukti, bukan mudah untuk menerbitkan sebuah filem berkualiti. 

2/5

Tuesday, April 17, 2012

Sneak Peek: Total Recall


Total Recall adalah sebuah si-fi aksi yang dibikin berdasarkan filem lakonan Arnold Schwarzennegger pada tahun 1990 dengan judul yang sama. Cerita asal filem ini sebenarnya berasal daripada sebuah cerpen bertajuk We Can Remember It For You Wholesale tulisan Philip K. Dick. Karya ini diterbitkan pertamakalinya pada tahun 1966.

Filem ini, yang dibintangi oleh Colin Farrel (menggantikan aktor sasa Arnols Schwarzennegger) akan mengalami banyak perubahan plot. Dikatakan juga, filem ini mengandungi pengaruh isu politik yang kuat. Diarahkan oleh Len Wiseman, pengarah Underworld dan ditulis oleh Mark Bomback, James Vanderbilt dan Kurt Wimmer, filem remake ini dibintangi Colin Farell dan dibantu Jessica Biel, Bryan Cranston dan kate Beckinsale.

Filem berbajet $200 milion ini mengisahkan situasi di Euroamerica (dahulunya dikenali sebagai Amerika Utara dan kesatuan Eropah) dan New Shanghai (dahulunya dikenali sebagai China dan Asia Tenggara). Dua negara ini bergaduh tentang kuasa politik dalam filem bersetting masa tahun 2084 ini. Seorang pekerja kilang yang trauma, Doughlas (Colin Farrel) merasakan dirinya adalah seorang spy yang mana ingatannya telah dipadamkan. Apa yang pentingnya sekarang, dia perlu bersatu dengan seorang aktivis, Melina, juga seorang pelacur untuk mengubah sistem politik Euroamerica yang mana sedang diperintah oleh seorang presiden kejam, Vilos Cohaagen (Bryan Cranston).


Tidak seperti filem asal tahun 1990, Total Recall versi baru tidak menggunakan setting di Marikh sebaliknya menggunakan bumi masa hadapan untuk latarnya. Filem ini akan berada di pawagam August 2012.

Friday, April 13, 2012

Review: Battleship

Sebagai seorang peminat filem aksi padat, aku rasa Battleship berjaya memenuhi elemen elemen yang aku mahu saksikan dalam sebuah filem aksi. Semuanya ada dalam filem ini. Dari pengarah Peter Berg dan juga penerbit Hasbro, Battleship sebenarnya adalah filem aksi hebat yang setanding filem Tranformers. Walaupun gaya dan penceritaannya jauh beza, aku sendiri tidak mampu untuk lari dari membandingkan Battleship dengan Transformers. 


Perasan atau tidak, kisah ini bermula dengan idea yang sama. Kisah bagaimana alien yang datang disebabkan planetnya yang sudah tidak aman, mencari penempatan baru dan akhirnya berperang dengan manusia yang tidak mahu bumi ini dijajahi. Idea itu nampaknya digarap dengan baik namun disebabkan kisah ini bernama Battleship, garapan penjajahan makhluk asing sedikit terpadam dan tenggelam kerana focus kepada kapal perang yang menjadi tajuk filem. 

Apapun, abaikanlah. Dengan aksi padat sepanjang masa selepas hampir setengah jam drama dan romantika disulam pada awal filem, Battleship menggambarkan aksi tanpa henti yang menakjubkan. CGI filem ini mengagumkan dengan persembahan tembakan demi tembakan yang cukup gah walaupun lakonan pelakonnya kadangkala goyah. 

Peter Berg nampaknya cuba untuk melakar satu lagi bencana yang kononnya bumi adalah dunia yang kaya yang menjadi rebutan. Mengingatkan aku kepada Syline (2011), filem yang gagal memberikan definisi tersebut namun, Dark of the Moon pun boleh tahanlah. Battleship hampir menjadi seperti nasib filem Skyline namun garapannya cuba seboleh bolehnya untuk lari dari situ. Pemfokusan hanya di Hawaii dan juga Hong Kong dan juga perisai yang dibuat makhluk asing memberikan cerita satu skop yang kecil dan terkawal. 


Namun, aku sedar ada beberapa perkara yang nampaknya terlalu memakan masa sehinggakan menunggu terlalu lama (walaupun x lah lama mana) untuk ke perperangan alien. Adegan perlawanan bola sepak tersebut nampaknya terlalu lama dan tidak perlu sangat aku rasa. Sekadar untuk menunjukkan bagaimana Japan melawan Amerika yang mana jika anda perasan ianya ironi kepada peristiwa Pearl Harbor (rujuk buku sejarah), adegan tersebut terlalu lama. 

Sedar atau tidak, Battleship tidak menunjukkan Amerika sebagai sebuah kuasa super yang boleh menyelamatkan dunia. Hopper tidak berdiri sebagai adiwira penyelamat dunia dalam filem ini. Dia menunduk kepada Nagata, yang mana boleh diterjemahkan sebagai tabik hormat terhadap apa yang terjadi dalam sejarah hubungan dua negara itu. Perhatikan bagaimana Nagata memerli Hopper ketika Nagata menawarkan diri untuk menggunakan taktik perang Jepun. Hopper tunduk dan memberikan peluang. Dalam tafsiran ringkas, Tulisan Battleship cuba menunjukkan bahawa kuasa dunia bukan Amerika tetapi adalah kita semua.

Malah, Peter Berg sebenarnya juga sudah mengabaikan pihak yang satu lagi yang mana menjadikan fokus cerita ini hanya bertumpu kepada kapal perang dan bukannya kepada alien dan juga sebab musabab mereka datang. Perasan atau tidak, visual alien bukanlah menjadi fokus utama dalam filem ini. Kebanyakan perperangan dalam filem ini berlaku antara kapal dengan kapal. Pengabaian ini aku rasa tak ada masalah. Dah nama pun Battleship. Lainlah kalau namanya Alien vs. Predator kan? 

Perasan atau tidak, adegan bebola api memusnahkan kem tentera udara dan juga lebuh raya nampaknya ditinggalkan begitu saja. Apa motif jalanraya dirosakkan pun tak tahu. Apa yang terjadi kepada kem tentera udara terus diabaikan begitu saja. Aduhai.



Battleship sebenarnya bercakap tentang alangkah baiknya kalau alien tidak turun ke bumi. Cerita ini menggunakan ayat Stephen Hawking sebagai satu perumpamaan untuk menggambarkan bagaimana akan terjadi jika alien turun ke bumi. Jujurnya, Battleship sebenarnya bercakap tentang salah manusia sendiri. Manusia yang mencari masalah dengan memanggil alien. Namun, selepas panggilan dibalas, petaka pula jadinya.

Kehadiran pak cik pak cik veteran dalam filem ini, in the end of the film nampaknya mengubah plot. Ketawa jugak sebentar sebab terkejut tetiba pak cik pak cik ni boleh interfere dalam plot. Nampak sangat Hopper tidak ditulis untuk menguatkan filem sekuat kuatnya. Hopper bukanlah ketua segala galanya. Gambaran yang jelas tentang sifat sama rata dan merendah diri. Gambaran tentang kerjasama dan hormat menghormati dan juga gambaran pengetahuan boleh dipelajari dari pengalaman. 

Alien yang mirip seperti karakter permainan Halo juga kurang jelas asal usulnya. Idea untuk menjadikan alien mirip manusia nampaknya boleh diterima. Pembaharuan namun dengan tanpa ada dialog dan juga babak babak yang membolehkan kita mendalami dunia alien dari Planet G ini, Battleship tak mampu untuk memberi penonton perasaan alien dalam filem ini. 


Taylor Kitsch rasanya hanya memberikan persembahan yang sederhana. Walaupun komedinya ada, sebenarnya skrip itu yang membantu. Lakonannya tidak lebih sekadar hanya membantu menggerakkan cerita. Aku rasakan, watak sampingan Nagata (tentera jepun) nampaknya lebih baik. Namun, Nagata campur Hopper menjadikan perjalanan kisah ini mencemaskan dan juga menarik. Rihanna tenggelam. Tak nampak gah dan tak ada apa yang boleh dibanggakan. 

Kisah Battleship straigh to the point, ringan dan hanya menggunakan aksi dan juga drama untuk membawa penonton ke segenap ceritanya. Walaupun aku rasakan Battleship bukanlah terbaik dalam memberikan drama dan paparan kemusnahan alien terhadap Hawaii, aku rasakan aksinya memang sesuatu yang memenuhi kemahuan. Dengan adegan perperangan yang cukup mengujakan, dan juga sedikit gegaran elemen Dark of the Moon yang digubah dengan lebih baik, Battleship disyorkan untuk peminat filem aksi tanpa henti. Sebuah adaptasi permainan kanak kanak Hasbro yang menakjubkan pada aksi. 

4.5/5

Tuesday, April 10, 2012

Review: Mirror Mirror

Bayangkan apa akan jadi bila resepi Bollywood disuntik dalam sebuah filem Hollywood. Bayangkan bagaimana pengaruh itu nampak jauh sekali untuk dirapatkan. Jauh juga untuk dibandingkan. Tetapi, dua dua industry memang gergasi. Dari Tarsem Singh, pengarah Immortals dan The Cell, nah, ini dia sebuah kisah Snow White dalam elemen berbeza. Ternya, persembahan filem ini punya cerita biasa yang diolah, tetapi olahannya sedikit menarik untuk ditonton. 


Dengan Julia Roberts membawa watak jahat si permaisuri, lakonannya pada aku memang satu persembahan yang bukan biasa biasa. Watak permaisuri yang jahat ini punya suntikan dan garapan yang lain daripada kisah Snow White yang biasa. Dengan elemen komedi bersahaja, watak permaisuri ini nampak kelakar tetapi pada masa yang sama kita tidak hanya dibawa kepadanya untuk tertawa, tetapi meneroka dunianya yang terselindung. 


Dunia ‘mirror mirror on the wall’, ucapan famous yang diterjemahkan dengan luar biasa. Tidak menggunakan idea biasa, yang mana selalunya cermin akan bercakap semula kepada permaisuri, tulisan kali ini membawa kita ke dalam dunia lain yang mana permaisuri boleh meminta apa saja atas dasar kejahatan. Walaupun begitu, gambaran cermin bercakap ini bukanlah satu kejahatan. Ianya nampak seperti lambang keterpaksaan untuk tunduk pada sisi gelap si permaisuri. Namun begitu, dalam membawa sisi kejam si permaisuri, aku rasa Julia Roberts tidaklah berapa kejam yang amat. Cukup hanya sekadar biasa biasa walaupun pujian harus diberikan atas lakonannya sebagai permaisuri yang luar biasa.

movie mistakes filem ini:

The best elemen yang diupgrade dalam filem ini adalah keletah orang kerdil yang memang gempak. Walaupun mereka hanyalah sebuah bahagian kecil filem ini, mereka banyak member keletah yang melucukan disamping kasih sayang dan sifat prihatin mereka terhadap Show White. Tabik kepada olahan ini yang memang menakjubkan. 


Idea memasukkan sebuah lagu, I Believe In Love nyanyian pelakon Lily Collins sendiri memang sebuah kejutan yang tidak dapat disangka. Ternyata, elemen ini memberikan satu kejutan mulut ternganga sambil tertawa bila penonton menontonnya. Ianya sebuah penamat filem happy ending yang sempurna. Jelas pada muziknya, ianya punya suntikan Bollywood. Ini factor yang menjadikan I Believe In You menjadi satu pemecah budaya dalam dunia Snow White. 

Ternyata, Tarsem mahu menyatukan semua penonton untuk berada dalam sebuah dunia fantasi. Mengajar kita juga tentang semangat penyatuan. Jika anda sedar, sorang daripada orang kerdil itu ada muka Chinese. Dan jika anda sedar juga, skor muzik filem ini punya suntikan tabla dan juga beberapa alat muzik india. It’s weird, but impressive. 


Keseluruhannya, mungkin ramai yang sudah tahu bagaimana kisah ini dari cerita cerita buku. Tetapi menonton Mirror Mirror memang sebuah lagi pengalaman tonton semula kisah Snow White yang berbeza. Walaupun pengarahan Tarsem kali ini tidak banyak memberikan syot syot yang menakjubkan seperti Immortal, sekurang kurangnya kita menyaksikan pengarah ini mencuba untuk membawa satu filem yang sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. 

3/5

Monday, April 9, 2012

Video Persembahan Ombak Rindu Di ABPBH Ke 25



Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 menyaksikan bintang Aaron Aziz dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular. Populariti Ombak Rindu yang bukan saja pada ceritanya tetapi pelakonnya juga membuatkan filem tersebut tip top di pawagam dan hati penonton. Untuk menghargai dan mengembalikan memori filem dengan kutipan tertinggi tahun 2011 itu, satu persembahan khas Ombak Rindu yang menggabungkan teater dan lagu dipersembahkan di malam anugerah berprestij ini. Jom, bagi yang tak berkesempatan menonton persembahan luar biasa malam semalam itu, klik dibawah.

Friday, April 6, 2012

Sneak Peek: Abraham Lincoln Vampire Hunter


Abraham Lincoln, Vampire Hunter adalah sebuah novel tulisan Seth Grahame-Smith yang diterbitkan pada 2 March 2010. Filem ini, yang diarahkan oleh Timur Bekmambetov ini adalah adaptasi dari novel biografi tersebut. Akan ditayangkan pada June 2012, filem ini diterbitkan oleh Tim Burton dengan bintang bintang bergemerlapan seperti Benjamin Walker sebagai Abraham Lincoln. Filem ini mengisahkan bagaimana presiden US ke 16 itu menyelesaikan masalah apabila mengetahui vampires sedang merancang untuk menakluk US. 

Tuesday, April 3, 2012

MTV - Lagu Anak Kampung Versi One Nation Emcees


Populariti lagu Anak Kampung yang dinyanyikan oleh Jimmy Palikat, seorang penyanyi tempatan Sabah akhirnya meraih jutaan peminat dari segenap pelusuk Malaysia. Lagu yang berkisar tentang bagaimana seorang lelaki yang terpaksa melepaskan kekasihnya kerana tidak mahu si gadis sengsara itu berjaya menawan hati segenap lapisan masyarakat dengan liriknya yang bersahaja. Mac lalu, One Nation Emcees kini tampil dengan versi RnB lagu Anak Kampung menampilkan penyanyi asal dari Tambunan Sabah itu.

Monday, April 2, 2012

Review: Wrath of the Titans

Jonathan Liebesman tahu apa yang penonton mahu. Dengan kehebatan tuhan tuhan mitos itu, pengarah ini nampaknya menambah kebesaran aksi mega bagi sekuel kepada filem Sam Worthington tahun 2010 ini. Wrath of the Titans padat dengan aksi dan juga visual yang mengujakan sekaligus berada dalam filem yang layak ditonton, jika anda meminati Michael Bay dan juga aksi tanpa henti. Sungguh benar, Wrath of the Titans tiada masa untuk anda keluar masuk. 


Aku yakin penonton pasti tak akan mengalihkan punggung (walaupun sudah cirit nak ke tandas sangat sangat) apabila cermin mata 3D melekat di mata. Wrath of the Titans dipenuhi dengan aksi yang besar dan lebih mega dari Clash of the Titans. Extravaganza aksi yang menggunakan CGI nampak begitu mempersonakan jika ditonton dalam 3D. 

Pada pandangan aku, pengarah nampak bijak untuk bermain dengan seni 3D. Pelbagai cara digunakan untuk member kepuasan untuk penonton yang menikmati filem ini dalam 3D. Justeru, bayaran yang sedikit mahal nampaknya berbaloi dalam menghadapi tayangan filem ini yang hampir 1 jam 40 minit. Siapa tak kenal dengan kehebatan Jonathan Liebesman dalam membawakan Jason Statham punya identity. Dengan identity aksi itulah, filem ini diberi nafas dan membawa kepada aksi tanpa henti yang memang menggemparkan. 


Bagi yang merasakan filem ini nampak sedikit tahyul, aku rasakan ianya bukan satu perkara untuk tidak menonton filem ini. Berbekalkan kisah kononnya si Tuhan, Zeus ditangkap oleh tuhan yang lain, dan menjadi tugas Perseus untuk mengembara ke Underworld dan menyelamatkan ayahnya, kisah ini memanglah bukan sebuah logika yang boleh diterima. Tetapi apa salahnya jika penonton melihat satu sisi tentang kasih sayang juga kisah anak dan ayah yang luar biasa ini. 


Penterjemahan dunia dewa dewa nampaknya lebih menjurus kepda dunia bawah tanah yang lebih gelap dari filem pertama. Dengan visual Kronos yang menakjubkan, lagi menggerikan, filem ini masih punya ending yang hampir sama dengan filem yang pertama; makhluk Kronos senang sangat ditumpaskan seperti mana tumpasnya Kraken di tangan kepala medusa. 

Dengan kehadiran Rosamund Pike sebagai Andromeda, aku rasa lakonannya bukanlah meyakinkan. Apapun, bolehlah jugak diterima. Sam Worthington nampak meyakinkan dan cukup hebat lakonannya sebagai Perseus yang kini bergelar bapa kepada seorang anak. 


Secara keseluruhannya, Wrath of the Titans memang punya factor x dari segi visual. Dengan permainan 3D yang mengujakan, filem ini melumpuhkan pemikiran penonton yang berfikir secara logika. Logik atau tidak ceritanya, selagi visualnya mampu menenggelamkan persoalan penonton, ianya sebuah sumpahan sementara yang berjaya buat penonton. Pukauan imejan CGI yang mampu membuatkan nafas terhenti seketika; itu antara factor kenapa anda mesti tonton cerita ini. 

4/5