Tere Liye pernah aku sentuh bukunya yang bertajuk Rembulan Tenggelam Di Wajahmu. Karya ini satu satunya nukilannya yang aku pernah baca (baru baru ini baru saja membeli karyanya, Bidadari Bidadari Syurga). Karyanya hebat dan unik. Jauh dari simpang penulisan agama Habiburrahman El-Shirazy. Gaya bahasanya mendayu dayu dan sedikit puitis menjadikan aku terbuai kadangkala dalam ayat ayat tulisannya. Kadangkala sesetengah bahagian menjadi bosan sebab puitisnya adalah pada satu novel itu sendiri dan bukannya sebahagian.
Hafalan Shalat Delisa adalah karya Tere Liye yang aku terlepas pandang. Selepas diselidiki, aku baru tahu buku ini diterbitkan dalam tahun 2008. Sudah hampir berapa tahun ya sudah. Patutlah aku tidak tahu tentang buku ini. Masa itu baru aku berjinak jinak dalam dunia penulisan novel. Sudah bicaranya tentang novel, berkesempatan pula menonton filem Hafalan Shalat Delisa, terjemahan karya best seller itu oleh pengarah Sony Gaokasak ini.
Ramai orang Malaysia memuji karya ini sehebat agungnya kisah agama dari Indonesia. Namun, disebalik paparan kisah wanita bertudung, Hafalan Shalat Delisa bukan berkisar tentang agama semata mata. Ianya tentang penyatuan dan kesepaduan antara satu sama lain. Aku rasakan Tere Liye sendiri menekankan kisah kerjasama antara apa saja agama dan hanya menjadikan kisah hafalan shalat itu sebagai hanya satu kisah subplot. Pujian atas kisah tsunami itu rasanya tak wajar. Tetapi, pujian atas isinya, itu wajar.
Tidak membaca karya ini dalam versi novel, tetapi aku rasakan filem ini tak mampu untuk memberikan kekuatan yang aku dapat rasakan. Aku rasakan penterjemahan itu sendiri nampaknya kurang bagus dari segi lakonan dan persembahan. Aku faham apa yang cuba disampaikan. Tetapi, aku rasakan karya tulisan asalnya rasanya lebih mantap persembahan puitisnya berbanding filemnya.
Serius, aku menyukai adegan adegan jiwa kanak kanak yang masih baru mengenal dunia solat dan agama. Juga dunia keibu bapaan dan juga resah masalahnya. Titipan konsep keikhlasan dalam solat dan juga beramal juga amat menarik. Ideanya cukup cukup menyentuh hati dan pemikiran. Itu satu perkara yang baik bagi filem ini.
Secara keselururhanya, aku rasakan lakonan sederhana. Ditambah dengan visual effect yang hanya cukup cukup saja untuk member gambaran. Tidak berupaya untuk membawa grafik yang lembut. Boleh lah dimaafkan kerana CGI itu hanyalah untuk penyampaian tsunami itu saja.
Ada satu perkara yang aku rasakan kurang enak dengan filem ini. Adegan bagaimana Delisa itu tidak diselamatkan oleh ustaznya sendiri nampaknya kurang memberikan penjelasan yang baik. Bagaimana tidak terdetik seorang pun untuk merangkul Delisa keluar dari bilik itu? Bagaimana pula orang lain sempat sampai ke tebing tinggi sedangkan tsunaminya laju benar sampai ke tingkap? Inilah babak yang nampaknya gagal untuk diterjemahkan. Tetapi tak mengapalah. Mesejnya sampai, itu sudah satu perkara yang baik.
Ringkasnya, aku rasakan filem ini ditanamkan satu keazaman tentang pentingnya solat. Tunjang idea yang nampaknya tak komersil tetapi dibina atas dasar untuk menasihati. Tere Liye sendiri rasanya menulis idea ini bukan saja untuk membina tragisnya tragedi tsunami, tetapi dalam masa yang sama penekanan kepentingan solat di usia muda itu diutamakan. Kisah yang simple dan ringkas tanpa plot yang benar benar kuat, tetapi mampu untuk membina satu diari Khalisa dan kisah hidupnya yang derita.
Sebuah filem yang bagus dengan mesej tentang pentingnya kerjasama walaupun berbeza agama. Pentingnya solat, itu yang utama. Dan juga tentang pentingnya bersabar atas segala dugaan yang dialami. Terus, selepas menonton filem ini, aku order bukunya versi Malaysia terbitan PTS Publication Sdn. Bhd. untuk tatap lebih jelas kisah kanak kanak bernama Delisa ini.
3/5
sebelum tgk filem ni ingat nak review sikit.. tapi pas tengok tak tau nak tulis apa.. cam biasa je tp boleh la dipuji sbb Msia pun tak buat citer2 gini..
ReplyDeletenovel bidadari-bidadari syurga akan segera difilemkan tahun ini. insyaallah tayang tahun 2013.
ReplyDelete