Movie Mistakes

Thursday, January 19, 2012

Review: Petaling Street Warriors

Melihat pada trailernya, aku tunduk dan rasakan bahawa semasa aku menonton filem ini, aku akan merasakan inilah filem Malaysia komedi yang for sure akan kelakar x hingat dengan tambahan aksi aksi yang cukup hebat seperti ala ala filem Chinese dari Cina. Iya, aku menunggu karya James Lee ini untuk memberikan satu keterujaan menonton kerana namanya adalah Warriors. Warriors dan penambahan kata nama Petaling Street yang menjadikan filem ini ke’Malaysia’an. 

Pada aku, filem ini bukanlah indah khabar dari rupa. Janjinya memang seperti yang dilihat. Ianya sebuah filem kung fu dengan sedikit gaya Stephen Chow dan juga tarikan yang menarik, lokasinya di Malaysia pada zaman penjajahan. Namewee bukanlah penting dalam cerita ini, tetapi sedikit sebanyak dengan popularity Nasi Lemak 2.0nya yang mengejutkan orang Melayu yang tak bangun bangun membuatkan karakternya dinilai penonton. 

Petaling Street Warriors bermula dengan aksi yang rasanya oklah. Dengan genrenya yang sebegini, tak perlulah dipertikai kenapa Michael Jackson boleh muncul semula dalam zaman yang dia sndri belum lahir. Malah, kompani ala ala IKEA yang wujud pada zaman ini pun tak perlu dipertikaikan. Ianya komedi ringan dengan sindiran. Dan tonton dengan tenang, rileks dengan lawaknya, dan santai dengan aksinya. 

Dengan kerjasama James Lee bersama dengan Sampson Yuen melalui kompani Juita Viden, texsture filem ini memang bukan seperti filem Chinese biasa. Aku rasakan, pada sesetengah babak, ada elemen keMalaysiaan yang rasanya tak pernah dijumpai dalam filem Chinese. Contohnya lah, adegan bila bini Duyao minta cerai. Wey, filem Chinese mana la ada babak macam ni. Kah3. But, sekurang2nya kita tahu ini ialah elemen Malaysia. 

Mark Lee memang seorang pelakon Singapore yang cukup hebat dalam mempersembahkan komedinya. Aku rasakan elemen sedih, dan juga komedinya cukup menjadi. 

Orang Melayu jangan kecik hati. Memang takkan ada pun watak orang Melayu dalam role prontagonis. Malah rakan rakan Duyao sendiri adalah dari orang Cina sendiri dengan kehadiran seorang mamat India, Rajoo lakonan Ramasundram. Apapun, ini bukanlah satu factor untuk membenci racism yang ditulis dalam filem ini. Realitinya, racism itu wujud dalam diri semua orang tak kira sedar atau tak. 


Pada aku, first half filem ini amat amat membosankan. Dengan lawak lawak yang melambatkan plot utamanya naik, filem ini sudah berjaya membuatkan aku mengantuk beberapa kali. Namun, selepas itu, ianya memang sebuah cereka yang tidak menjemukan lagi. Tapi, sejam menunggu itu bukan perkara yang baik dalam menonton filem. 

Yang bestnya filem ini ialah adegan adegan komedi lesbian yang berani (yalah, ini filem Chinese ma…) dan juga adegan kissing yang pergh! No komen… 

Muzik nukilan Namewee memang memodenkan situasi. Ianya menjadi dan cukup cukup aku suka muziknya. Dengan permulaan filem yang hebat, juga skor yang original, ianya faktor yang menjadikan Petaling Street Warriors hebat.

Apapun, dengan aksi dan komedinya yang ok dan cukup baik, aku rasa Petaling Street Warriors sudah membuktikan kebangkitan filem Chinese di Malaysia. Filem Melayu, kita ada pesaing. Jadi, jom tingkatkan produktiviti dan kurangkan kontroversi. Petaling Street Warriors punya sindiran yang memang kena dengan social kita, jika anda amati dan anda nilai. Jika yang tidak mengetahui, sindiran itu hanya satu hiburan. Oh ya, durian memang x boleh dipisahkan daripada rakyat Malaysia kan??

4/5

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS