Hari ni sempat habiskan masa petang dengan tonton filem M. Jamil, apa lagi kalau bukan filem dengan tajuk Momok tuh. Filem tu sebenarnya dah ditayangkan bulan Mei 2011 yang lalu. Komen aku, aku rasa filem ini memang tak pernah serik serik. Asyik benda yang sama je. Aku ingat lagi asal Momok The Movie dahulu, aku rasa ceritanya dah basi. Tetapi masih lagi dibuat mungkin kerana kepercayaan bahawa urban legen boleh hidup lagi dalam dunia penonton filem Melayu.
movie mistakes:
Pada aku, Momok Jangan Panggil Aku bukan ada apa apa pun. Aku akui bahawa filem ini sebenarnya ada idea yang oklah tetapi gayanya terlalu biasa dan boleh diagak. Maklumlah, kisah hantu raya, kisah polong dan macam macam lagi. Itu folk story biasa. Dengan plot biasa, masih tak boleh survive la hantu ni dalam filem! A ghost need to be renewed!.
Aku rasa, ramai kot yang tak memilih untuk menonton filem ni. Jadinya, meh aku bagi synopsis filem ni. Kisahnya macam biasalah, kita akan berada dalam satu landasan cerita yang diselangseli dengan filem pendek berkenaan hantu hantu tadi. Kisah pendek tersebut diceritakan dalam perjalanan Ramlee, Sudin dan Qaseh yang sedang dalam perjalanan ke rumah Aziz. Di akhir filem, terbongkar siapa Aziz sebenarnya yang mana kalau korang agak, ah … cliché!
Apapun keterukan filem ini, aku suka gaya lakonan Uncle Seekers. Dalam kebosanan cerita yang ya amat. Aku rasa lakonannya ok la jugak. Lakonan yang lain, ah tahap biasa dan terlalu biasa. Casandra Patrick belakon macam drama kem kepimpinan pengakap je. Aduhai.
Nak komen banyak pun aku tak patut kot sebab filem ini bukan filem gred aku. Apapun, dengan hantu pakai kain putih dan beberapa elemen animasi yang kurang menjadi. Aku rasa walaupun filem Momok The Movie dulu kutipannya sampai Rm2 juta, aku still rasa filem ini tak berbaloi langsung untuk ditonton.
At the end of this story, aku masih tak faham tagline filem ini 'MISTERI TAK BOLEH DICARI... IANYA TERJADI'. Sekian.
1/5
mungkin nie sekadar cerita melepaskan batuk ditangga
ReplyDeletekau sanggup tgk citer ni?
ReplyDeletePerang filem: kalau tak tonton, macamne nak tau filem tu teruk atau bagus...
ReplyDeletememang tak berapa suka tengok cerita hantu
ReplyDelete