Movie Mistakes

Friday, November 11, 2011

Respon Pengarah Filem Abu Ya Part II Terhadap Review OPM

First of all, aku nak ucapkan terima kasih kepada pembaca yang membaca review ini sehingga ianya berada dalam Top Monthly tak sampai satu hari. Disebabkan filem yang mendapat respon negatif dari aku, akhirnya aku mendapatkan Facebook Imran Ismail dan hantarkan sedikit komen dan juga link review aku tentang filem ABU YA. Pada aku, aku rasa pengarah patut tahu komen tentang filemnya sedangkan blog yang buat review tentang filem ini amatlah kurang.


Korang boleh lawat blognya di sini, dan korang akan tahu bahawa skrip ABU YA terbahagi kepada empat filem. Filem Part II direlease dahulu sebelum menyusul Part I, Part III dan Part IV. Namun, itu belum jelas sama ada akan ada atau tak filem susulan. Sekadar membaca di blognya (klik sini untuk baca post yang aku cakap). Diharap Part I, III dan IV mampu untuk lebih baik dari Part II yang hampeh ini.

Aku hantar mesej di facebook berbunyi....


Saudara Imran akhirnya menjawab...

Aku rasa Imran Ismail memang seorang pengarah yang kental, kuat semangat dan tak pernah naik angin. Tak macam pengarah lagi satu tu yang kena hentam pasal isu agama dalam filem terus nak maki peminat. Lagipun, aku rasa sebagai filem yang pertama untuknya, dia mesti diberi peluang. Sebagai buah tangan pertama, memang rasanya banyak perlu diperbaiki. Apapun, diharap Imran Ismail keep on making film and never give up k!

Pesanan aku untuk bro Imran:

Kasi up sket skripnya.

Aku suka gerakan syot2 filem ko! Gerakan kamera yang perlahan dan berseni tu teruskan!

Seksi tu, okla tapi berpada pada.

Garapan biar nampak jelas terang dan jelas mesejnya.

Satu lagi, kurangkan guna ayat Bahasa Inggeris dalam poster... ini filem Malaysia, guna bahasa kitalah bro!

Maka, aku pun taklah resah sangat takut si pengarah marah sebab komen pedas aku. Waktu aku menulis tu pun, resah kot sebab pada pandangan aku filem itu memang teruk. Aku tak ada sisi positif pun yang mampu aku perlihatkan untuk cuba mempromosi filem ni.

Maka, aku pun menutup perbualan...

Peace!


Khon Malay, akan datang daripada Imran Ismail, merujuk kepada sumber, filem ini akan diterbitkan Dr. Rozmey lagi!...

Huh, bila agaknya akan keluar ye..

Bye!

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS