Movie Mistakes

Wednesday, June 8, 2011

Review: X Men - First Class


Dari sebuah filem dengan barisan mutan mutan yang bertelagah yang pertama kali muncul pada tahun 2000 yang diarahkan oleh Bryan Singer, kesinambungan X Men bersambungan dengan kewujudan X Men 2 (2003) arahan pengarah sama dan X Men: The Last Stand (2006) yang mana ditangani oleh Brett Ratner, pengarah Rush Hour. Kisah Magneto dan Profesor X nampaknya sudah tamat pada 2006, namun sisa sisa yang nampaknya menjadi persoalan buat penonton dijadikan bahan untuk menjual superhero ini kembali ke layar perak. Bermula dengan prekuel pertama, X Men Origin: Wolverine pada tahun 2009, nampaknya Marvel cuba menjual sekuel baru superhero yang sama, kali ini berbekalkan sejarah lampau Magneto dan Profesor X.



Bagi aku, Marvel nampaknya mencuba sehabis baik untuk menghasilkan sebuah kisah silam yang kononnya menjelaskan segala kewujudan dua watak jahat ini. X Men: First Class bukanlah sebuah filem aksi yang padat dan begitu memberikan keterujaan seperti filem sebelumnya. Aku rasakan X Men: First Class lebih terarah kepada sebuah drama yang menyebut detail detail penting yang disambungkan dengan siri siri X Men terdahulu. Cerita X Men: First Class nampaknya boleh berdiri sendiri dengan binaan watak Shaw yang tidak dapat disambung dan dilihat dalam mana mana filem X Men sebelum ini.

cinta Mystique sebenarnya merupakan sejarah Beast..

Keseluruhannya, tak ada keterujaan dalam filem ini. X Men: First Class hanya berdiri sebagai sebuah filem yang hanya menjawab beberapa soalan seperti ‘Bagaimana Profesor X boleh berada di atas kerusi roda?’, ‘Bagaimana Magneto dan Profesor X boleh bermusuh?’ dan beberapa persoalan lain. Untuk dikatakan sebagai sebuah filem mega yang gah, rasanya tidak mungkin. Tak ada kekuatan dalam setiap karakter yang dihidupkan dalam filem ini.

movie mistakes filem X Men First Class di sini:

Bukanlah aku ingin mengatakan bahawa thrill itu tidak dapat dicari dalam filem ini. Apa yang aku ingin sampaikan adalah filem ini sebenarnya tidak mendapat sentuhan yang begitu baik dari aspek pengarahan. Dengan Bryan Singer berada sebagai salah seorang penulis filem kali ini, apa yang ingin disampaikan itu nampaknya tidak dilakar dengan berjaya oleh Matthew Vaughn, yang mana pernah menjadi pengarah filem Kick-ass. Terdapat beberapa babak yang nampaknya begitulah tidak menarik dan longgar. Adegan last, apabila Azazel yang merah itu dan rakan-rakannya berjalan selamba pergi kepada Magneto di akhir filem nampak bodoh. Bukankah Azazel sepatutnya membela kematian Shaw? Kenapa tiba tiba Azazel and da geng boleh pulak terpengaruh dengan dakyah Magneto tanpa berkata apa apa?

Azazel dan Frost yang kurang menyerlah....

X Men: First Class mengundurkan setting masa filem X Men dengan membawakan kita kepada sejarah lampau Charles Xavier dan Erik a.k.a Magneto. Erik, ingin membalas dendam kematian ibunya yang dibunuh Shaw (Kevin Bacon). Dalam masa yang sama, Erik bertemu Charles yang akhirnya bersepakat untuk melawan Shaw dengan matlamat masing masing.

Download Soundtrack X Men: First Class di sini:
http://scorecollectors.blogspot.com/2011/06/x-men-first-class-2011.html

Perjalanan filem ini nampak lembab. Terlalu banyak perbincangan sana sini. Kurang aksi, lebih drama. Itu yang dapat aku lihat. Adegan aksinya nampak biasa biasa saja. Namun, CGI yang membantu pun tidak dapat menaikkan emosi aksi aksi dalam filem ini. Jujurnya, filem ini amatlah kurang babak aksinya berbanding filem filem terdahulu.

Apapun, aku menyukai binaan karakter Professor X. Aku sebenarnya tidak menyangkakan bahawa profesor yang botak itu digambarkan sebagai seorang yang ada komedi dan melucukan kadangkala. Ditangan James McAvoy, Charles Xavier nampak begitu karismatik. Wataknya selamba dan selalu bertindak dengan tenang dan waras. Dalam masa masa tertentu, keterujaannya kadangkala menjadi satu aspek yang cukup melucukan dan menarik untuk disaksikan.Tidak menyangkakan James McAvoy yang begitu lincah dalam filem Wanted boleh membawakan watak ini. Namun, aku rasakan karakter ini telah ditenggelami watak Erik Lehnsherr yang lebih banyak emosi akibat kisah dendamnya dengan Sebastian Shaw.

permulaan kejahatan Magneto, bukan untuk kejahatan sebenarnya...

Apa yang aku suka pasal filem ini adalah bagaimana penulisannya cuba untuk menyambung beberapa kerat bahagian bahagian filem X Men yang terdahulu. Bagaimana permulaan filem ini yang mengembalikan memori X Men (2000) adalah satu perkara yang cukup menarik untuk ditonton. Jika dalam X Men (2000), babak itu hanyalah picisan, kini babak introduction to Magneto itu dibesarkan dan akhirnya menjadi filem skala besar seperti yang kita lihat.Aku tertarik dengan karakter Azazel yang nampaknya menyerupai syaitan. Nampak macam ada something behind the name, namun just watch it for entertainment lah.

Oh ya, sebelum aku tutup aku juga perasan yang filem ini nampak lebih seksi dari filem sebelumnya. Terlalu banyak adegan kissing dan babak klub malam. Sebagai seorang dewasa, aku rasakan biasa sajalah. Tapi, bayangkan jika satu famili menontonnya. Kisah cinta Mystique dan Charles nampak samar samar, walaupun ya itu bukan point penting kerana jelas di sepanjang filem, Erik lebih banyak memuji Mystique kerana rupa parasnya.

First Class, zaman Charles X dan Magneto yang merubah segalanya...

Kesimpulannya, X Men: First Class hanya satu filem biasa yang memaparkan pelajar pertama Charles Xavier juga kisah silam dua mutan ini yang berkawan sebelum bermusuh. Sebuah filem yang berbekalkan baki baki kisah X Men yang cuba diceritakan sejujur mungkin kepada peminatnya. Sebagai seorang yang menonton filem ini sebagai sebuah filem yang tidak berkait dengan komiknya, X Men nampaknya tidak berjaya untuk menimbulkan keterujaan tetapi hanya berjaya untuk memberitahu aku apa yang membuatkan Chales Xavier lumpuh. Sebagai penonton yang mengharapkan filem ini seperti filem terdahulu, ianya mengecewakan. Tetapi, bagi yang mahu mengetahui masa lampau Magneto dan Charles Xavier sahaja, dipersilakan menonton. Kejap kejap, cameo Hugh Jackman sebagai Wolverine juga menarik.. aku suka!. Itu saja.

2/5

p/s: First time menonton wayang di BIG CINEMA Alor Star Mall. Di Hall 2 jam 11.45pagi pada tarikh 8 Jun 2011.

10 comments:

  1. cerita nie okay sebenarnya..cuma terlalu pnjang pengenalan sehingga aku sikit lagi terlelap di cinema.. nasib baik la last2 baru la klimaks yang buat mata aku segar balik..

    ReplyDelete
  2. watak Azazel la paling stylo bg aku.. Azazel tu kalo x silap nama syaitan dlm kitab injil.. kalo x silap la.. anyway, nama dia sbb rupa dia mcm syaitan je.. :)

    ReplyDelete
  3. For me as a designer and a 3D maker, this is the great film in X-men. gempak !! no komen.

    ReplyDelete
  4. dengarnya filem ni kurg menarik...haisssh....

    ReplyDelete
  5. tak boleh nak komen sebab belum tengok lagi filem ni... (^^,)

    ReplyDelete
  6. You can be a good filem critic la, dah macam pro dah, hehe

    ReplyDelete
  7. hahaa. tapi eyfa rasa mcm okay je. hehee

    ReplyDelete
  8. Lol..pi la check character2 suma tu..suma ada kaitan ngn x-men yg skng..cm azazel, tu bapak nightcrawler, pastu yg havoc tu..tu sedara cyclops..byk lg..

    ReplyDelete
  9. X-men Fan: saya menilai filem xmen sebagai sebuah filem yang berdiri sendiri.. tak de kaitan ngn komik sbb sy bukan die-hard fan superhero ni...

    ReplyDelete
  10. Tumpang lalu... Tetiba aku terbaca review ni. Tapi aku rasa minat tukang review lebih ke arah film aksi. Tapi itu semua masing2 punya pendapat.

    Pada pendapat aku film ni sangat best dari segi character building, plot, cinematography, dan juga feelnya secara keseluruhan. Jauh lebih baik dari wolverine origin yang banyak bergantung kepada aksi sahaja. Aku boleh bagi 5/5.

    Hanya memberi pandangan.

    ReplyDelete

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS