Movie Mistakes

Monday, May 16, 2011

Review: Love Story


Acha Sepstriasa bergandingan sekali lagi dalam epik cinta karya pengarah Heart ini. Love Story bukanlah berkesinambungan dari Love Is Cinta yang memberikan satu Hollywoodisme dalam filem Indo. Ianya sebuah lagi karya yang cuba mengagungkan cinta yang berbeza daerahnya dari filem terdahulu Henry R. Saputra. First impression, Love Story lagi sekali mungkin boleh menjadi setaraf Heart. Namun, maaf aku katakan, filem ini melampau lampau dalam penterjemahan cinta itu sendiri. Bukanlah sampai membuatkan aku meluat, tetapi soal cinta itu terlalu luas dan bukan cukup untuk diterjemahkan dalam mitos dua kampung.

Kisah Love Story kali ini menggandingkan epik cinta dua jiwa, Ranti (Acha Septriasa) dan Gali (Irwansyah). Ranti seorang gadis desa seberang (yang tidak diketahui nama desanya) terhalang cintanya terhadap Gali kerana mitos yang diperturunkan dari turun temurun. Mitos yang menyatakan bahawa dua desa yang terpisah oleh dua sungai tidak boleh disatukan dengan cinta kerana kelak bakal terjadi malapetaka. Gali pulang dengan ilmu dari bandaraya dan mula membantu cita cinta Ranti yang mahu menjadi guru di desanya. Pada masa yang sama, cinta Ranti dan Gali sudah mula ketat dan tidak dapat dipisahkan lagi. Namun, orang kampung mendesak supaya kisah cinta mereka tidak terjadi. Berjayakah cinta mereka, bakal dijumpai dalam Love Story.

Keseluruhannya, aku menyukai kisah Henry R. Saputra. Dari Love Is Cinta, Heart dan ini yang terbaru (walaupun sudah ditayangkan dibioskop Indonesia sudah lama, Januari lalu ya?!) karyanya mengagungkan cinta lebih dari mana mana filem. Skop cintanya luar biasa dan ada nikmat yang sukar untuk diungkapkan. Bagaimana pengarah ini cuba untuk membawakan cinta yang tidak bisa dihalang siapa siapa pun walaupun sekuat mana takdir tuhan (Love Is Cinta berkisar perihal kematian) antara yang luar biasa aku lihat. Love Story ini pun begitu, sekuat mana satu kampung itu bersatu untuk memecahkan cinta dua manusia, cinta dua jiwa jugak yang menang.

sekali lagi, Irwansyah dan Acha disatukan..

Menyukai permulaan cerita ini. Aku suka babak awal dimana dua orang ibu sedang bercerita berkisaar mitos yang menjadikan kisah cinta Ranti dan Gali satu perkara yang mustahil terjadi. Babak awal semasa Gali menggunting rambut Ranti (adegan mesra mesra yang begitu romantik, kerana hanya Gali saja yang akan menggunting rambut Ranti) menarik. Malah, aku suka keseluruhan minit minit awal filem. Rancak dan romantikanya taklah terlalu overdose.

Namun, pertengahan ceritanya agak goyah dan memerlukan kesabaran. Tidak ada kehadiran minor minor plot yang membantu menguatkan cerita. Tak ada apa apa yang menyokong pergerakan plot utama. Aku sedar yang seramai mana pun pelakon extra, penonton hanya akan memfokuskan kepada tiga watak. Semestinya satu dan dua adalah Ranti dan Gali. Ketiganya adalah bapak Ranti yang begitu amatlah pendiam. Expressi yang begitu garang tetapi tidak menjelaskan apa apa! Maaf.

Ending filem ini nampak goyah. Maaf juga. Kebosanan juga bila ada beberapa repetition yang sudah dapat diagak. Babak bakar bangunan sekolah (sekolah itu dibuat dari kayu, so memang senang dibakar) hadir dua kali dalam filem ini. Satu di tengah dan satu sebagai ending filem. Babak bapa Ranti yang memukul Ranti pun nampak seperti cuba untuk meraih simpati penonton (diulang ulang sampai tiga empat kali ya). Malangnya, apa yang aku lihat adalah satu repetition (yela, salah je pukul salah je pukul... ) yang akhirnya membuatkan orang annoying.


trailer filem Love Story..

Bukan aku tidak katakan filem ini tidak menarik. Tetapi, apa yang aku lihat adalah nukilan ini mahu memfokuskan tentang halangan cinta kerana mitos dan adat tetapi berat sebelah dan ada beberapa point yang tidak diungkap dengan baik. Ya, ianya cukup menarik dan memang mengujakan. Tetapi, garapannya nampak tak cukup membuatkan keterujaan itu wujud. Kewujudan dua desa itu nampaknya tidak sekata, tidak jelas dan longgar. Mitos yang dijelaskan pada awal cerita nampak tidak ditekankan sepanjang filem tatkala semua yang berlaku pada tengah hingga akhir filem dicetuskan oleh bapa Ranti yang ke’amuk’an tanpa bicara apa apa sebab kenapa mereka tidak boleh bercinta.


Malah, setting fantasi (mungkin..) kampung juga tidak sekata. Fikirkan, jika Gali itu berasal dari kampung seberang, mana kampungnya? Mana ibu bapanya? Mana orang kampungnya? Jelas dalam filem ini, kebanyakan scene terjadi di kampung Ranti sahaja. Malah, kisah cinta Ranti dan Gali itu terus dimulakan dengan ketidakjelasan. Siap Ranti? Siapa Gali? Tidak pernah dijelaskan... Malah, kostum pakaian kampung juga nampak terlalu melebih lebih. Tidak real pada sudut kehidupan kampung yang tiada bekalan eletrik, rumah kayu dan bersulut pelita minyak tanah.

Apapun, aku salute sama musik Anto Hoed dan Melly Goeslow. Lagu orkestranya ngetop banget! Memang naikkan feel beb! Memang gandingan ini begitu membantu filem ini yang lemah di satu dua tempat.


Melly Goeslow dan Irwansyah dalam lagu tema filem ini...

Hmm... penghabisannya, mungkin filem ini akan ditonton oleh peminat Irwansyah dan Acha. Namun, peminat love story yang jiwang habis juga tak terkecuali. Ianya fantasi cinta yang memang melampau lampau tetapi tetap ada jiwa. Love Story memang dinasihatkan buat couple lah! Kalau tak couple pon, boleh je tonton. Love Story sederhana pada plot, masih ada ayat yang terlalu skema dan mengikut skrip namun jiwa Ranti dan Gali itu sebenarnya epik pada kisahnya. Wajib tonton atau tidak, terpulang pada korang semua.

2/5

1 comment:

  1. hmm saya minat sgt dgn acha..tapi saya tak minat lah pulak nak tgk cerita ni lepas baca entry ni heheh

    ReplyDelete

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS