Movie Mistakes

Thursday, April 21, 2011

Review: ... Dalam Botol

Perfect tu tak lah sangat tetapi ada sesuatu yang aku kagumi dari filem Anu Dalam Botol, oppps!! Ianya … Dalam Botol. Bukan sebab ke’gay’an filem ini yang terang terang bercerita tentang hubungan kekasih lelaki dan lelaki, tetapi kerana kredibilitinya dalam menceritakan satu sisi gelap yang begitu berani dan beremosi. Ya, … Dalam Botol ada jiwa dan pengajaran yang begitu segar sebagai sebuah filem anti-gay yang menyokong kearah kebaikan mencintai golongan berlainan jenis. Maka, iktibar dari filem ini, kalau korang gay sekali pun, janganlah korang potong anu korang sebab sekali kau potong, bukan boleh sambung macam P1 WIMAX!



… Dalam Botol membosankan sebagai sebuah filem moden dan tema yang begitu luarbiasa. Tetapi, ada juga beberapa babak yang pada aku begitu menyentap mahupun membuatkan penonton terfikir. Jom aku bawa beberapa momen file mini yang aku suka:

Pertamanya, keindahan filem ini terletak pada permainan dialognya. Aku menyukai jeda jeda dialog dalam filem ini. Cermat.

Keduanya, suka adegan Jalil Hamid dan Arja Lee. Lakonan Jalil Hamid, walaupun kecik nampaknya begitu kuat! Tekanan di situ dirasai, sehebat jauhnya Arja Lee menjiwai jiwa transgendernya.

Ketiga, jiwa Arja Lee itu sendiri begitu hebat dalamannya. Menjiwai seorang yang kehilangan anu, cinta gay, dan ketaatan kepada keluarga, dan agama dalam jiwanya yang kacau bilau, yang kononnya mahu menjadi diri sendiri.


Keempat, cameo Khir Rahman keluar dari jamban! Melucukan.. ntah ape ape.. haha


Oops opss kelima, adegan pasangan gay di pantai. Siap main timbus pasir lagi before masuk kemah. Kemesraan Ghous dan Ruby yang begitu sooooo gay! Tunggak reality gay yang begitu gay…. Geli jugak, tetapi setuju dengan kewujudan adegan ‘asmara’ itu.. haha

Keenam, endingnya aku suka.. jiwa sedih menyentap diri aku kat situ… nasib sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna kan?!


soo gay!

… Dalam Botol mengisahkan Ruby (yangmana nama asalnya Rubidin, yang juga dipanggil Robert oleh kekasih lelaki gaynya) yang telah memotong anunya kerana cinta terhadap kekasih lelakinya. Kehidupan tanpa benda jantan tersebut hanya diketahui kekasih lelakinya, Gaus dan Jem. Dalam keadaan terdesak, Ruby pulang ke desa meminta wang dari keluarga. Penerimaannya sebagai ‘gadis’ kurang menyenangkan. Bala oh bala, Gaus akhirnya tidak puas lagi dengan Ruby dan meninggalkannya. Maka, naluri lelaki Ruby kini menjadi Rubidin semula. Saat dia pulang untuk menyemadikan jenazah ayahnya, Rubidin jatuh hati dengan Dina (Diana Danielle). Namun, mampukah dia memberikan kehidupan cintanya sedangkan kejantanannya berada dalam botol? Kesudahannya?

Aku salute pada reality kisah ini. Ya, diawal cerita, sudah diberitahu bahawa ianya adalah kisah benar dan diangkat sebagai satu lakonlayar oleh Khir Rahman. Malah, di akhir juga dipaparkan kata kata penyesalan watak sebenar.

Wow, Kamawas punya sentuhan nampak lain macamlah! Inilah filem yang membawa kepada satu pengajaran yang besar tentang kehidupan. Walaupun benda tu kecik saja dalam seluar, member makna yang besar dalam kehidupan. … Dalam Botol sebenarnya bukan filem gay, tetapi ianya sebuah filem anti-gay yang bertindak menepis budaya songsang itu. Mungkin bila kita bercakap fasal filem ini, nampak sedikit kejanggalan kerana ianya berkisar pasal gay. Tapi, aku tak kisah menonton asal ada pengajaran dan mesej tersebut sampai.

Kalau dahulu, 2 Alam itu rasanya satu filem yang berani membawa tema tukar jantina, … Dalam Botol nampak lagi berani. Kalau 2 Alam perlu dua pelakon untuk tunjuk pertukaran jantina, … Dalam Botol sorang saja!

Adegan konfrontasi bapa Ruby, antara yang menyentap emosi!

… Dalam Botol bermula dengan slow. Slow sangat sangat. Sebuah art katakan. So, bagi yang merasakan filem ini bakal bermain dengan banyak dialog dan adegan seks Arja Lee, lupakan saja niat korang. Ini filem pengajaran dan iktibar. Bukan filem porno! Berbalik kepada pergerakan plot, aku siap lenguh pinggang menunggu babak ke babak. Tetapi binaan babak memang tersangat kreatif. Antara babak yang aku paling suka adalah babak last. Khir Rahman tidak menggunakan dialog untuk menggambarkan bahawa Rubidin tidak dapat berkahwin dengan Dina (sewaktu adegan ibu Dina dan Dina dalam bilik) sebaliknya menunjukkan adegan ibunya cuba mengelap make-up dan gincu di wajah Dina dan Dina meronta!

Arja Lee nampaknya ok oklah. Nak kata cantik sebagai perempuan / nyah pun aku tak pastilah. Muntah pun kadang kadang rasa bila tengok tubuh bukan main sasa, tapi gay. EW!!! Watak Ghous awalnya nampak macam ntah apa apa tetapi endingnya, aku suka karakterismenya. Diana Danielle wow! Pada aku, sebagai seorang yang muda dan berlakon dalam sebuah filem berat sebegini, tentu susah kan. Tetapi, a great performance!.

... Dalam Botol tidak bertindak menghukum golongan sebegini. Filem ini mengajak kita sebenarnya untuk tidak menindas mereka. Mereka adalah insan yang sudah bersalah, berdosa dan dosa adalah antara tuhan dan dirinya. Aku tidak merasakan filem ini berat sebelah. Aku tidak lihat ianya berdiri di sebelah menyokong gay mahupun menghina golongan tersebut. Filem ini mengajar kita sebenarnya untuk berfikir sebaik mungkin, sejauh mana kita menghargai diri kita dengan apa yang tuhan berikan dan akibatnya kalau kita tak bersyukur dengan pemberian tuhan.

Keseluruhannya, filem ini ada moral yang ingin disampaikan. Ada kesedaran yang terselindung dan bukan filem picisan untuk keuntungan. … Dalam Botol mengajak kita berfikir tentang kesanggupan kita untuk melakukan apa saja yang luar biasa untuk orang lain (demi cinta) tetapi mengabaikan pro dan kontra kepada kehidupan diri sendiri. … Dalam Botol bosan! Tetapi, ianya sebuah filem yang menyedarkan. Kesedaran tentang pentingnya anu buat seorang lelaki.

kecuaian konti minor yang dikesan dalam filem ini:

2/5

1 comment:

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS