Kali pertama menonton tayangan tengah malam 11.35pm tanggal 18 Mac 2011 kali kedua di GSC Mid Valley Megamall. Pilihan aku ialah Battle: Los Angeles. Berkesempatan menonton filem Jonathan Liebesman ini yang pada sangkaan aku bakal menandingi taraf Skyline yang mengecewakan. Harapan aku, walaupun filem ini ada cermin cermin Skyline yang cukup similar dan tak tumpah dalam aspek plot (cuma pandangan karakter yang berbeza, kali ini dari pandangan tentera), Battle: Los Angeles akan mampu memberikan impak emosi, aksi dan persembahan yang lebih baik dan bertenaga. Aku juga mengharapkan aksi aksi yang lebih gempak dan lebih stamina berbanding Skyline. Dan maaf, review ini bakal dipengaruhi oleh filem Skyline dek kerana similarity on plot, idea dan juga persembahannya (kalau aku tidak menonton Skyline dahulu, semua ini takkan terjadi).
Aaron Eckhart sebagai Staf Sarjan Nentz, seorang sarjan yang lanjut usia dan punya kisah lampau yang terlalu hitam. Nentz, yang sudah bersara kini menghadapi konfliknya yang tersendiri apabila staminanya mula berkurangan, namun semangatnya masih utuh. Pada masa yang sama, dunia dikejutkan dengan kedatangan meteor misteri yang tidak diketahui asal usulnya. Meteor yang datang dikesan membawa sesuatu yang lebih besar dari apa yang dijangka, extra terrestrial (macam filem War of the World). Kedatangan meteor ini menggugat dunia apabila tujuannya adalah untuk menawan bumi. Seluruh dunia sudah dibersihkan apabila makhluk misteri mula menggunakan taktik perang tersendiri dengan mengepung manusia dari pesisir pantai. Kini, hanya Los Angeles saja destinasi yang masih nyawa nyawa ikan, dan bekas sarjan yang bersara terpaksa kembali dan bersatu di bawah platoon yang diketuai seorang sarjan baru.
Menonton Battle: Los Angeles sebenarnya membuatkan aku teringat beberapa filem terdahulu yang pernah aku tonton. Pertama, filem yang muncul di kepala adalah Skyline (of course, dari aspek penceritaan). Kedua, filem Transformers (dari gaya sinematografi). Ketiga pula, District 9 (persembahan rupa alien, malah kapal induk alien yang last tu ada rencah District 9 jugak). Nampaknya filem ini membentuk cermin kepada filem lain. Pada aku, aku rasa babak babak dalam filem ini adalah pengubahsuaian dari idea filem filem lain yang disebutkan di atas. Terlalu mudah untuk mencari persamaan beberapa babak dalam filem ini dengan filem extra-terrestrial lain. Contoh mudah, perhatikan babak sewaktu Nentz menyelamatkan orang awam ke dalam helicopter dan tiba tiba helicopter tersebut diserang alien. Sudah dapat diagak apa yang terjadi kerana idea yang sama juga ada dalam Skyline.
Jonathan Liebesman, hmm... nama yang aku pernah dengar. Ahah, diala pengarah The Texas Chaincaw Massacre: The Beginning! My favourite tu! Kelemahan Battle: Los Angeles adalah pada persembahan adaptasi skripnya. Serius, filem ini mendatar. Mendatar pada segala aspek. Yang jelas, plot filem ini terlalu lemah dan tidak ada point yang jelas. Apa yang dapat dilihat hanyalah urutan straightforward kisah yang mana tidak diselit emosi yang baik dan membuatkan penonton tergamam. Permulaan kisah ini ada suntikan untuk membuatkan penonton berdebar namun, setelah filem ini rewind ke 24 jam before the invasion happen, kisah mula hilang sengat. Plot Aaron Eckhart nampak terlalu kecil dan tidak dikembangkan dengan baik. Plot kisah hitamnya terlalu kecil dan tidak mampu memberi impak yang jelas pada perkembangan cerita.
Kelemahan Battle: Los Angeles yang lagi satu ialah Michelle Rodriguez. Michelle nampaknya kosong. Walaupun namanya dilampirkan di poster, aku tak nampak apa sebenarnya kekuatannya sebagai Elena Santoz dari platoon lain nampaknya kurang impak, malah boleh dikatakan kosong. Pembinaan karakternya tak ubah seperti pelakon extra yang diberikan dialog yang berjela. Aaron Eckhart menguasai segalanya, dan ianya bukan keseimbangan lakonan yang membantu perkembangan filem ini. Aaron Eckhart, pada awal filem nampak seperti John Cena dalam filem The Marine. Belum pernah menonton gayanya sebagai tentera (sebelum ini mengingati lakonannya dalam The Core), dan Aaron Eckhart nampak terlalu lembut untuk karakter tenteranya.
Apa lagi yang lemah dengan filem ini adalah permainan logikanya. Aku mengharapkan beberapa idea dari Skyline (walaupun aku rasakan bahawa persamaan ini adalah satu ketidaksengajaan) tidak muncul dalam filem ini. Malang sungguh, beberapa babak yang sebenarnya membantutkan keterujaan realiti filem ini diganggu oleh beberapa babak yang nampak tidak relevan. Contoh, penggunaan internet (video) yang masih boleh dilayari (walaupun dunia telah musnah) nampak does not fit the logic. Walaupun aku tahu itu adalah satu satu caranya untuk menguatkan penjelasan kenapa alien menyerang bumi dari kacamata seorang saintis yang tidak pernah muncul dan bertemu dengan main character dalam filem ini, idea itu nampak terlalu lemah dan longgar. Mana mungkin kabel internet tidak rosak, mana mungkin masih ada stesen tv yang masih beroperasi.
Kekuatan Battle: Los Angeles, babak aksinya nampak berjiwa. Seriusnya, babak pertempuran dan semangat tentera tentera ini yang menguatkan jiwa penonton (termasuk aku) untuk terus melekat di kerusi panggung. Sudahlah plot mendatar, bagus sangat ada imbangan positif yang mengimbangi kebosanan pada plot filem ini. Aku menyukai karakterisme Nentz yang mana ada sejarah hitam, dan terpaksa merendahkan tarafnya sebagai bekas ketua platon semata mata untuk menyelamatkan dunia. Pada aku, kekuatan karakter ini bukan pada individu, tetapi terletak kepada keseluruhan watak. Penyatuan semua watak sebagai satu platoon yang cuba selamatkan diri daripada alien alien ini yang membentuk jiwa filem. Semangat kerjasama antara elemen penguat jiwa setiap karakter dalam filem ini.
Bryan Tyler membawakan muzik yang sekali lagi aku katakana, mimik! Skornya membuatkan aku terbayang bayangan Steve Jablonsky dalam pembikinan Transformers punya soundtrack. Apapun, totally muzik score memainkan perkara penting dalam memberi kesan setiap scene yang mendatar.
Antara kelainan filem ini adalah bagaimana percubaan seni sinematografinya yang cuba untuk memberikan reality sehabis baik untuk filem ini. Aku suka permainan sinematografi dan editing filem ini yang nampak cuba membentuk filem ini mirip dokumentari. Percubaan untuk merealitikan sebuah filem fiksyen yang begitu baik. Seolah melihat The Last Exorcism, juga siri Jack Bauer 24 dengan penampilan khas alien dari planet lain. CGI menarik. Aku menyukai bagaimana letupan meteor direalisasikan. Idea bagaimana kapal alien datang menyerang bumi cukup unik.
Apapun, Battle: Los Angeles adalah sederhana saja. Tak ada perkara yang spesel pasal filem E.T ini. Setakat persembahan Aaron Eckhart yang nampak terlalu kurus untuk karakter askar namun nampak cuba untuk memberikan persembahan terbaik, dan penampilan Neyo dan Michelle Rodriguez yang kurang impak, juga persembahan sinematografi yang cukup realistic. Battle: Los Angeles ada imbangan naik turun. Ada bahagian positif filem ini yang menjadi tarikan. Ada juga negatifnya. Pada aku, Battle: Los Angeles menarik walaupun pada tahap sederhana. Dibayangi filem Skyline adalah perkara yang tidak boleh dielakkan. Rasanya, penonton lain juga begitu.
2.5/5
hoho..
ReplyDeleteboleh separuh je..?
2.5/5?
baru ingat nak donlod tadi.
puashati aku tengok cerita ni ari tu..
ReplyDeletehttp://asbesstos.blogspot.com/2011/03/ulasan-movie-world-invations-battle-los.html
ReplyDeleteni pulak review saya.. tq...
tk tgk lagi..tkleh nk komen hehe
ReplyDelete