Akan Datang!

Friday, May 26, 2017

Review: Pirates of the Caribbean - Salazar's Revenge

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Joachim Ronning, Espen Sandberg
Pelakon | Johnny Depp, Geoffrey Rush, Javier Bardem

IMDB link:
http://www.imdb.com/title/tt1790809/

Filem Pirates of the Caribbean yang muncul pada 2003 mencatatkan satu fenomena baru. Ketika itu, filem berkaitan lanun tidaklah sehebat sekarang. Jack Sparrow mengubah segalanya dan menjadikan filem POTC antara francais Disney yang sangat berjaya. Untuk pengetahuan anda, filem POTC bukan diinspirasikan daripada novel tetapi daripada taman tema di Disneyland. 

Filem terbaru siri Pirates of the Caribbean ini sebenarnya tidak berjaya mengembalikan apa yang ada pada filem asal. Sungguh, apa yang ada di masa lalu tidak boleh diulang kerana apa sahaja kejayaan dan kegemilangan sesebuah filem hanyalah datang sekali. Apabila On Strangers Tide terbit dengan Gore Verbinski digantikan dengan Rob Marshall, ternyata, aura filem POTC sudah mula hilang. 

Dalam Salazar’s Revenge, ianya mengulangi perkara yang sama. Usah harapkan apa yang Gore Verbinski berikan dalam filem trilogy asal. Tapi, kau perlu berbangga kerana filem ini lebih baik sedikit daripada On Strangers Tide. 

Salazar’s Revenge menggunakan premis yang biasa digunakan dalam filem-filem sekuel yang lain. Typical Hollywood formula. Dah berapa banyak filem dah yang sudah aku tonton, akan ada satu filem yang akan membawa watak pentingnya kepada satu masalah yang lebih personal, lalu menghimpit watak itu untuk menjadi lebih serius dalam tingkah lakunya. Cliché! 

Filem ini ialah filem ‘character driven’. Ada Barbosa dengan halnya tersendiri, Carina yang sedang mencari sesuatu, Jack Sparrow dengan dendamnya dengan Salazar, dan juga Henry yang mahu melepaskan sumpahan ayahnya. 

Well, apabila filem ini ditayangkan di Malaysia menggunakan title “Salazar’s Revenge” dan bukannya “Dead Man Tell No Tales” seperti di US, aku rasa sedikit kecewa apabila ‘revenge’ yang mahu dipaparkan hanyalah sebahagian daripada kisah. Aku cuma berharap bahawa karakter Javier Bardem lebih banyak konfliknya dan juga memberikan lakonan watak jahat hebat di dalam filem ini. Namun, semua itu hanya separuh sahaja tertunai. 
Separuh masa pertama filem ini dipenuhi dengan ‘ketidaksengajaan’. Komedi khususnya dibina sebanyak mungkin pada separuh masa pertama. Dan ketika adegan rompakan bank oleh Jack Sparrow, rupanya aku baru tau dari mana Dominic Toretto belajar untuk rompak bank dengan menarik peti kebal dalam Furious 5. Kah3! 

Kali ini, Jack Sparrow memang sedikit membosankan. Tapi, tidaklah annoying. Mungkin fan tegar Jack Sparrow mungkin akan tergelak dengan tingkah laku mabuknya, tapi bagi aku, aku hanya perhatikan sahaja dan kata ‘ok, what’s next”. Cuma adegan rompak bank sahaja yang menarik, thanks kepada visual yang memukau, especially bila bank tu pecah and Jack buat rileks je naik atas jambatan. Ohsem! Kadangkala, nampak macam Mr Bean Caribbean pun ada. 

Kalau ditanya watak apa yang menarik, aku memilih Barbossa. Kenapa? Kau tonton sendiri. 

Tidak dinafikan bahawa muzik garapan Geoff Zanelli memang terbaik. Pengarah muzik ini berjaya membawakan muzik dari Hans Zimmer dan Klaus Badelt dengan jayanya. Namun, kadangkala, aku rasa seperti menonton orchestra apabila hampir keseluruhan filem dipenuhi dengan muzik tema. Confirm, kau masih akan duduk dengar lagu walaupun kredit dah mula naik. 

Di tangan Joachim Ronning dan Espen Sandberg, filem ini nampak dark dan dipenuhi dengan pertarungan kapal-kapal yang mana kau akan rasa sangat teruja apabila menontonnya. Visual efek memang tidak dinafikan sangat-sangat memukau. Kalau dulu kita akan kagum dengan watak Davy Jones dengan raut wajah mengerikannya, kali ini Salazar direka dengan lebih complicated. Teruja sungguh tengok rambutnya yang melawan gravity seolah-olah berada dalam air. 

Kesimpulannya, Pirates of the Caribbean: Salazar’s Revenge ini ialah sebuah filem baru dengan semangat baru. Jika kau compare dengan trilogi asal, maka kau akan sedikit kecewa. Jika kau compare dengan On Strangers Tide, this one is better. Cuma mungkin selepas ini, Pirates of the Caribbean harus meletakkan Jack Sparrow di tepi dan utamakan watak lain dalam kisahnya. Cukup-cukuplah persembahan mabuk Jack Sparrow.

Filem ini ada post credit scene, tunggulah credit yang panjang tu. Tak rugi...

3.5/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...