Movie Mistakes

Saturday, May 20, 2017

Lagu Tema Pirates of the Caribbean "He's A Pirate" Dalam Pelbagai Versi

Pirates of the Caribbean 5 akan menjengah pawagam 25hb Mei 2017. Pasti korang tak sabar menunggu keletah Jack Sparrow dalam misi seterusnya ini. Kali ini, Jack Sparrow akan berhadapan dengan Captain Armando Salazar, seorang kapten yang mengerikan yang berazam untuk membunuh kesemua lanun di dunia.


Antara perkara menarik tentang filem-filem Pirates of the Caribbean ialah soundtracknya yang amat menarik dan sedap didengar. Hari ini, jom kita dengar lagu tema filem Pirates of the Caribbean yang digubah semula oleh pelbagai kumpulan orkestra dan pelbagai lagi versi yang sedap didengar. Jom!

1. Pirates of the Caribbean Theme - Auckland Symphony Orchestra


2. He's A Pirate - David Garrett


3. Pirates of the Caribbean Tribute - 3rd Polish Nationwide Music Schools' Symphonic Orchestras Competition



4. Pirates of the Caribbean - Rhapsody Philharmonic




5. Pirates of the Caribbean Theme Indian Version - The Indian Jam Project

Lagu Dangdut Berlirik "Maksiat" Dari Seberang Yang "Sedap" Didengar

Dangdut di Malaysia sudah lama hilang. Tetapi, di Indonesia, ianya masih ada sehingga hari ini. Malah, liriknya juga nampak lebih berani dan kadangkala kelihatan lebih dari kebiasaan. Ada yang bercerita tentang keperawanan, tentang dara yang hilang dan juga mencintai seseorang tanpa hubungan yang sah sehinggakan mengandung anak luar nikah.




Jom kita tonton lima lagu dangdut yang mengandungi lirik 'maksiat' yang sedap didengar. Ada yang mungkin biasa didengar, dan ada yang mungkin akan jadi kali pertama anda mendengarnya. 

1. Perawan atau Janda - Cita Citata
Lagu yang seringkali dinyanyikan di kalangan masyarakat Malaysia ini bercerita tentang pilihan. Apa beza antara gadis dara dan juga janda.

" Kalau abang pilih perawan masih muda masih segelan, belum disentuh orang, belum berpengalaman.  Kalau abang pilih janda, sudah pasti lebih dewasa, sudah bermain cinta Banyak pengalamannya".

Jadi, kau pilih yang mana?

2. Cinta Satu Malam - Melinda
Lagu ini pula memang terang-terangan mengisahkan bagaimana seorang gadis mencintai seorang lelaki hanya untuk satu malam. Kau ingat, diorang duduk bersembang ke kalau dah cinta satu malam? 

" Sentuhanmu membuatku terlena, aku telah terbuai mesra, yang ku rasa hangat indahnya cinta, hasratku kian membara"

Siap bersentuh bagai. Kau faham-faham sendiri daaa...

3. Hamil Duluan - Tuti Wibowo

Ini lagi 'maksiat'. Apa pula yang kau boleh bercerita pasal kau ada anak luar nikah. Siap cerita lagi bagaimana awal-awal tu bercium, lepas tu berpeluk, dan lepas tu kau salahkan setan. Setanlah kau!


"Awalnya aku cium-ciuman, akhirnya aku peluk-pelukan, tak sadar aku dirayu setan, .Ku hamil duluan sudah tiga bulan. gara-gara pacaran tidurnya berduaan"

Nanti, kalau kena tangkap basah, sila salahkan setanya adik-adik!

4. Hamil Sama Setan - Ade Perlan feat Litha Zyma

Ini lagi bengong. Dia boleh pula cerita pasal happynya diorang hamil anak luar nikah. Lepastu siap buat lawak yang itu anak setan. Aduhai dunia.

"Abang aku sudah hamil, sayang. Abang, ku sudah terlambat datang bulan. Sayang kau hamil sama siapa? Sayang itu anak siapa?"

5. Gadis Bukan Perawan - Lynda Moymoy

Siapa yang nak buat pengakuan bahawa daranya sudah hilang boleh pakai lagu ni. Pengsan!

"Aku hanyalah wanita biasa, berbuat salah khilaf dan dosa, karena cinta hatiku terlena, aku ternoda terbuai mesra,  aku gadis tapi bukan perawan, keperawananku sudah hilang gara-gara pacaran sering mesra-mesraan, tapi untung gak hamil duluan"

Kasihan, dia hilang dara pun nak kecoh satu dunia. 

6. Aku Mah Apa Atuh - Cita Citata
Lagu ini bercerita bagaimana seorang gadis yang hanya mahu menjadi kekasih gelap kepada seorang lelaki. 

aku mah apa atuh, cuma selingkuhan kamu 
aku mah apa atuh, cuma pacar gelapmu 
aku mah apa atuh, cuma selingkuhan kamu 
aku mah apa atuh, 
cuma cadanganmu 

Daripada jadi pacar gelap, baik jadi isteri kedua. Tak gitu?

Monday, May 1, 2017

Review: Guardians of the Galaxy Vol. 2

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | James Gunn
Pelakon | Chriss Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Kurt Russell

Ini ialah filem Marvel paling unik dan memang jauh menyimpang dari semangat superhero yang ditonjolkan dalam filem Marvel yang lain. Itulah yang aku simpulkan bila filem ini selesai ditonton. Aku rasa bukannya seperti berada di dalam panggung wayang, tetapi sebuah time machine yang membawa penonton untuk berada di zaman 80an dengan teknologi millennia. Ianya sebuah karya yang unik, dan luarbiasa! 

Guardians of the Galaxy 2 tidak harus ditonton melalui cara yang biasa. Aku pernah menonton Guardians of the Galaxy yang pertama dan aku sedikit kecewa apabila mood filem Marvel yang seharusnya ada hilang apabila lagu-lagu 80an yang dipilih melatari filem ini merosakkan jiwa. Aku tak mahu menonton filem ini dan menilai muziknya. Aku mahukan aksi dan jiwa MCU! 

Namun, aku gagahkan juga untuk menonton Guardians of the Galaxy 2. Cilaka. Akhirnya aku jatuh cinta dengan naskah ini. Ianya lebih baik daripada filem yang pertama dan aku mulai faham bagaimana untuk menikmati filem ini. Cara untuk menikmati filem ini mudah sahaja, iaitu kau perlu enjoy the song to enjoy the movie! Lagunya ialah jiwanya, dan jika kau gagal untuk menikmati jiwa itu, kau harus menerima lagu-lagu 80an yang dipaparkan. 

Tapi, untuk Guardians of the Galaxy 2, James Gunn kelihatan tidak lagi menjadikan filem ini sebagai ‘tape’ koleksi lagu 80an yang dia gemari sahaja. James Gunn kelihatan cuba untuk menarik penonton dengan menampilkan beberapa sisi luar biasa yang pada aku hanya ada dalam filem ini sahaja buat masa ini. 

Pertamanya, filem ini dipenuhi dengan dialog dan punchline yang bersepah. Seriously, kau akan gelak pecah perut sampai kau tak ingat dunia, atau at least kau tersenyum sahaja. Tapi, yang pasti, tiada seorang penonton yang menonton akan masam mukanya. Its fun! 

Keduanya, filem ini dipenuhi dengan lambakan camero. Semua orang tahu yang Sylvester Stallone ialah antara cameo yang bakal muncul, tapi ada juga cameo yang disembunyikan seperti David Hasselhoff, Michelle Yeoh, Vince Rhames dan beberapa lagi yang hanya boleh diketahui kalau korang tonton filem ni. 

Bagi penggemar komedi, filem kali ini dipenuhi lambakan komedi yang memang kelakar habis. Antara karakter yang mencuri perhatian ialah Rocket Racoon dan juga Groot. Selain itu, Yondu yang nampaknya kurang mengancam pada filem pertama berjaya memberikan kekuatannya dalam filem ini. Malah tidak dinafikan juga watak Peter Quill yang mencuri perhatian namun kelihatan sedikit ke belakang untuk filem kali ini. 

Aku lihat filem kali ini lebih mementingkan kisah hubungan antara spesies. Nak kata sesame manusia, diorang bukannya sesame manusia. So, kau akan dapat tengok bagaimana hubungan antara Nebula dan Gommora, Rocket Racoon dengan baby Groot yang comel. Drax dengan Mantis. Dan paling penting, hubungan Peter Quill dengan Ego yang menyimpan rahsia besar kepada keseluruhan plot. 

Lagu dalam filem ini memang seperti dalam filem sebelumnya. Jika kau gagal untuk menikmati lagu 80an, kau mungkin akan rasa sedikit down. Namun, masih ada saki baki ruang untuk berhibur dengan komedinya dan juga beberapa elemen yang disajikan. 

Lima kredit scene! Nak mampus????!! Memang Guardians of the Galaxy 2 memang menggunakan masa tayangan habis-habisan. Sekejap kredit, sekejap pos kredit scene. Ianya satu pengalaman menonton filem yang sangat luar biasa. Tidak pernah lagi aku menonton persembahan kredit role dengan cara begini. Dan ianya sangat-sangat menarik walaupun ada beberapa kredit scene hanya hadir sebagai bahan untuk ‘rehat minda’ It’s fun. 

It’s entertaining. Memang antara movie MCU paling lawak sepanjang aku menonton MCU. Aku akui, Guardians of the Galaxy punya filem sedikit pelik kerana filemnya dipenuhi dengan alien yang entah macam-macam spesies. Tapi, dengan penceritaan yang baik dan sekali sekala menjadi sarkastik, filem ini bergerak dengan amat baik sekali. 

Seriously, kalau tak tonton, rugi! 

 4.5/5