Akan Datang!

Sunday, September 29, 2013

Review: KL Zombi

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Woo Ming Jin
Pelakon | Zizan Razak, Siti Saleha, Izara Aishah (klik untuk senarai penuh pelakon)

Ada yang kata best, ada yang kata tak. Yang pasti, original idea dari buku Zombijaya ini sebenarnya sebuah persembahan zombie yang agak modern dan menjauhi zombie versi Mamat Khalid. Dalam ulasan buku dari aku tentang Zombijaya, aku menceritakan bagaiman jalan ceritanya agak kurang kemas, longgar dan kurang penekanan. Namun, pada visual imaginasi KL selepas pengzombian, itu sangat magis. Terjemahan Zombiejaya ke KL Zombi (yang mirip nama KL Gangster) pula bagaimana? 

KL Zombi amat jauh dari filem zombie Malaysia yang sebelum ini ada (Mamat Khalid itulah satu satunya yang aku tahu ada). Menekankan visi untuk menjadikan zombie sebuah bintang di bumi Malaysia, pengarah nampaknya menyempitkan cerita novelnya yang agak berterabur dengan bantuan penulisnya sendiri. Maka, cerita yang lebih besar difokus kepada Nipis lakonan Zizan Razak memberikan pengalaman zombie yang sangat lain dari yang lain. 

Pada aku, KL Zombi bijak memberikan operasi pengzombian yang berlaku di sekitar KL. Watak Nipis digunakan sebaik mungkin untuk membentuk adegan adegan yang sangat membantu menaikkan visual filem ni. Malah, ceritanya yang lebih pantas dan kemas nampaknya memberikan sisi baru bagi yang telah membaca novelnya. 

Bagi yang belum membaca novelnya, KL Zombi mungkin agak membosankan. Memang ceritanya macam tak ada apa apa. Kosong. Cuma watak watak yang sekejap sekejap lakukan itu ini, bertingkah sana sini, dan in the end, ia hanyalah filem sekadar memaparkan survival few people yang tengah melarikan diri dari pengzombian yang telah berlaku secara tidak sengaja (disebabkan anjing kecil yang entah datang dari mana). 

Walaupun ceritanya kemas, KL Zombi hilang sesuatu yang besar. Pada aku, sebuah filem yang faktanya direka perlulah ada fakta yang kuat supaya penonton dapat memegang kepada fakta itu untuk percaya apa yang mereka lihat. KL Zombi (malah novelnya juga) tiada itu. Kita hanya dipaparkan yang Aliff digigit anjing tanpa apa apa eksplanation tentang apa sebenarnya yang membuatkan anjing tu membawa virus zombi. 

Malah, KL Zombi juga lemah pada latar tempat yang sangat tidak meyakinkan. Pengzombian yang berlaku tak sampai seminggu sudah menyebabkan dinding cat luntur. Pokok patah dan daun daun bertaburan yang agak melampau. Seperti apokalips. Penggunaan lorong belakang yang agak banyak agak melemahkan suasana zombie yang dibawa. Mungkin bajetnya perlu lebih besar untuk guna jalan besar untuk memaparkan suasana pengzombian yang lebih besar. Tak apalah, aku faham faham sendirilah. 

Apa yang best ialah bagaimana Woo Min Jin membawakan visual yang sangat cantik dan memukau. Visual iklan iklan fake produk Bro Khalid sangat best! Malah, adegan ala ala filem Sherlock Holmes punya plan sebelum attack seseorang itu juga awesome. Sekurang kurangnya, dengan latar tempat yang kurang meyakinkan, kerja visual yang baik menutup kelemahan itu. 

Zizan Razak terkawal. Antara lakonannya yang terbaik sepanjang dia berada dalam industri. Justeru, aku nampak pelakon lawak ini lebih tenang dalam berkomedi. Ada karakter yang wujud dalam setiap tingkahnya. Emosinya juga sudah makin bertambah baik. Mungkin kawalan lakonannya dalam KL Zombi antara yang terbaik. Tahniah untuk supporting punya watak yang juga banyak membantu Nipis dalam mengawal wataknya. 

KL Zombi fresh, sangat cantik, dan tenang. Ada garangnya dengan kengerian, malang sedikit apabila potongan babak kejam melemahkan plot. Abaikan sajalah. Faham sajalah, Malaysia kan?. Pada aku, KL Zombi ada lakonan Zizan yang menarik untuk dilihat. Solekan yang membantu, dan visual yang cantik. Sedikit boring bagi yang belum biasa dengan filem sebegini. Bagi yang mahu idea baru, filem ini direkomendasi. 

4/5

Saturday, September 28, 2013

Review: After Earth

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | M Night Syamalan
Pelakon | Will Smith, Jaden Smith, Sophie Okonedo (klik untuk senarai penuh pelakon)

Bila M Night Syamalan mengarah si fi, maka terbentuklah After Earth seperti mana dia mahukan. Jadi, aku rasa apa yang hendak disampaikan dalam After Earth bukannya si fi yang sebenar. Aku katakana yang M Night Syamalan bukan seorang pengarah yang boleh berfantasi tentang dunia sains. Dia bukan master si fi yang membentuk filem si fi menjadi cantik, mengagumkan dan juga melaksanakan objektif si fi. After Earth pada aku tak ubah seperti filem Syamalan yang lain. 

After Earth sebenarnya tiada daya upaya untuk menarik penonton membaca bumi selepas evakuasi. Tiada imaginasi yang terlalu mendalam untuk menggambarkan dunia fiksyen yang direka. Maka, apa yang terjadi hanyalah sebuah drama kasih sayang anak ayah dan kisah lampau hubungan mereka yang hanya berlatar belakangkan sebuah bumi tanpa manusia yang kurang besar. 

Dari satu sudut, aku rasakan M Night Syamalan sepatutnya membina permainan untuk Playstation dahulu instead of making this idea as a film. Mungkin watak Ketai boleh dijadikan watak yang sangat baik dan meriah jika berada dalam game. Ketai yang mana mengawal keseluruhan cerita nampaknya perlu lebih besar kekuatan lakonannya untuk menarik penonton. Jaden Smith nampaknya hanya memberi persembahan biasa. 

Maka, daripada semua itu, aku rasakan After Earth antara penghalang besar untuk Syamalan menghasilkan si fi. Mungkin dia seharusnya membikin filem filem seperti Sign mahupun habis fantasi pun biarlah sebesar The Last Airbender. Walaupun si fi filem ni kurang benar dan mungkin menyebabkan boring pada sesetengah orang, ada point point filem ni yang aku rasakan tarikannya walaupun ianya hanyalah pada kadar sederhana. 

Pertama, aku lihat filem ni macam I Am Legend. Will Smith kekal mahu berada dalam situasi tanpa apa apa pelakon lain. Cuma kali ni, lebih baik apabila Will Smith ada peneman, yakni anaknya yang banyak mempersembahkan lakonannya. Will Smith duduk memerhati. Mungkin ini saatnya Will Smith cuba untuk naikkan anaknya ke dasar supaya lebih dikenali. Malangnya, Jaden perlu lebih didikan untuk menjadi seperti ayahnya. 

Kisah ayah anak yang agak renggang akibat satu kisah lampau menarik. Walaupun ceritanya tidak meriah, kisah ayah anak ini antara pengikat kuat dalam menghidupkan emosi. Walaupun Syamalan tidak berjaya mencipta emosi semangat anak ayah itu, apa yang dipaparkan boleh dikatakan mampu menonjol daripada segala perkara lain dalam filem ni yang agak tenggelam. 

Pada aku, After Earth mungkin antara filem sederhana Syamalan. Agak kurang menyerlah dari segala fakta rekaan, yang mana perlu lebih imaginasi untuk membentuk dunia yang kita belum tahu wujudnya. Namun begitu, aku lihat drama dalam filem ni antara perkara yang harus dilihat. Plot yang agak simple sebenarnya mengekang kita untuk melihat dunia bumi dengan lebih luas. Namun begitu, ianya membenarkan kita untuk melihat sebuah si fi kekeluargaan yang ada mesejnya tersendiri. 

2/5

Friday, September 27, 2013

Review: The Purge

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | James De Monaco
Pelakon | Ethan Hawke, Lena Headey, Max Burkholder (klik untuk senarai penuh pelakon)

Seorang budak yang ada simpati kepada seorang lelaki kulit hitam telah memulakan segalanya. Ah, kerana si kecil, sebuah cerita besar bermula. Sangat kecil percikan yang menyalakan. Terkejut juga bila sebuah filem hanya bermula kerana itu. Kerana seorang budak. Ish, aku geleng juga bila ianya tak ada konklusi lain. The Purge, ada bagus ada kurang. Filem James De Monaco ini ada idea yang fresh namun pada penulisannya, ianya seperti filem hijack home biasa. 

Konsep The Purge, dimana kononnya kerajaan USA membenarkan satu malam selama 12 jam untuk setiap rakyatnya melepaskan amarah dengan membunuh (yang dibenarkan dengan syarat tertentu) amat brilliant. Walaupun idea itu, on reality memang conform tidak masuk akal, ianya menjadi pada filem. Segala pengenalannya dan detail ini antara satira gila yang sangat menunjukkan USA itu menyokong keganasan hanya untuk menaikkan keamanan. 

Now, ceritanya pula, yang juga ditulis oleh pengarahnya sendiri. Itu yang sedikit melemahkan pembangunan idea ini. Sudah ada idea bertingkat tingkat tinggi, then dihamparkan dengan serabai saja. Maka, The Purge kurang lebih hanyalah bercerita tentang normal biasa dalam sebuah setting yang luar biasa. Tak ada menjanjikan apa apa moment yang sangat menunjukkan jiwa ‘purge’ itu dalam setiap titik cerita. Ceritanya biasa, tetapi tidak bosan. 

The Purge seperti filem Hollywood lain, bercerita tentang sebuah family yang nak protect diri mereka daripada dibunuh. Itu bagus. Namun, apa yang berlaku, yang mana hanya memenuhkan cerita dengan usaha mencari mamat hitam legam itu nampaknya membosankan. Masa yang lama disia siakan dengan usaha mencari lelaki hitam legam di dalam rumah. Hal itu terus menyebabkan cerita ‘purging’ itu hilang dan bertukar jadi cerita ‘hide and seek’. 

Malah, sekumpulan budak budak yang mencari orang kulit itam itu pula hanya bermain main dalam cerita. Tak ada apa yang nak disampaikan. Tidak ada kekejaman yang menunjukkan this is killing night. Malang sungguh juga apabila pengecilan cerita ini tidak dapat menangkap suasana purging yang lebih luas. Mensia siakan idea besar mungkin sesuai untuk cerita ini. 

Namun, seperti mana aku cakap awal tadi, The Purge ada momen yang best. Let just kecilkan cerita sepertimana pengarah mahu. Dan kita akan lihat bagaimana sebuah filem menjawab soalan anak James Sardin, yang mana pada awalnya bertanya kenapa ayah dan ibu mereka tidak menyertai aktiviti. Dan ya, kisah ini membentuk jawapan kepada soalan seorang budak yang tidak tahu apa apa yang memberi pertolongan kepada seorang yang dia tidak kenali atas dasar kasihan. 

The Purge bagus pada akhir cerita walaupun agak mendatar pada awal cerita. Cuba mahu menyampaikan yang seorang bapa akan protect his family dengan apa cara, namun semuanya tidak sampai seperti mana diharapkan. Namun, momentum twist apabila kehadiran jiran jiran keluarga Sandin membentuk kejutan eletrik. Itu baru sempurna. Malangnya, time sudah terlambat. Dah nak habis baru belon nak jadi besar. 

Aku suka endingnya walaupun aku tepuk dahi kerana kekejaman tidak juga hadir seperti diharapkan. James De Monaco terlalu berlembut dalam membina kekejaman. Dan The Purge tak ubah macam drama yang hanya ada sikit sikit saja kekejaman. Terlalu berlembut menyebabkan The Purge hilang seri seram yang sepatutnya ada pada sebuah filem sebegini. Biarkan ceritanya sebegitu, tapi bagilah cerita tu darah yang berlimpah! 

Overall, aku suka filem ni walaupun kekejamannya tidak menjangkau expectation yang aku harapkan. Filem yang memandang Amerika sebagai sebuah negara yang menggalakkan keamanan dengan membenarkan kekejaman untuk satu malam adalah satu sindiran yang agak baik. Pada aku, The Purge sebuah drama yang lambat dan flat pada awalnya, namun, bila time ending, aku terbeliak jugak. Direktor mungkin suka peace no war, sebab tu mungkin The Purge dibikin sebegini rupa. 

3/5

Friday, September 20, 2013

Novel: The Host (Stephanie Meyer)


The Host
Penulis: Stephanie Meyer
Penerbit: Little, Brown

Sebagi first timer dalam baca buku Stephanie Meyer, aku rasa pengalaman pertama aku lihat ialah penulis ini suka mencabar dirinya dalam mereka benda benda yang sukar diterima akal. Kisah The Host contohnya, pada dasarnya biasa. Apa yang luar biasanya ialah karakter yang dibina serta gerak ceritanya sebagai tindakan dan keputusan karakter pelik yang direkanya. The Host yang mengungkap idea dua jiwa dalam satu jasad agak strange pada aku sebagai pembaca. 

Penceritaannya pada awal sukar aku terima. Ergh, macam mana aku nak imagine dua roh dalam satu jasad nih? Sangat tak masuk akal. Tetapi entah kenapa, lama kelamaan aku dapat masuk dan blend in dengan jiwa Wanda. Dan beberapa bab dalam novel ini berjaga grab my attention untuk selak ke muka surat seterusnya. Stephanie membawakan dua jiwa Melanie dan Wanderer itu menggunakan font yang berbeza. Satu perkara yang pertama kali aku lihat. Penggunaan font berbeza dan ayat italic sangat penting dalam merujuk kepada karakter dan cerita. 

Sebagai buku pertama genre romantik si fi yang aku pernah baca, The Host ada pembaharuan. Pada aku, ini kisah cinta paling pelik setakat ini. The Host novel mungkin sedikit padat berbanding filemnya yang slow. Maka, membaca novelnya lebih menambah kemeriahan idea Stephanie Meyer ini. Pada aku, The Host menarik aku untuk membaca siri Twilight. Malangnya, bajet bajet aku yang ciput hanya membenarkan aku melihat Twilight di movie dan bukannya di kertas. 

The Host dengan cover poster filem ini mengandungi dua bab ekstra yang diletakkan di antara chapter 58 dan 59. Penambah baikan yang dikatakan terinspirasi semasa The Host berada dalam pembikinan adaptasi filemnya. Itu menarik!

3/5

Thursday, September 19, 2013

Review: Lemak Kampung Santan

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Hans Isaac
Pelakon | Hans Isaac, Neelofa, Harun Salim Bachik (klik untuk senarai penuh pelakon)

Menyalahkan Adnan Sempit 3 atas kegagalan Lemak Kampung Santan bukanlah sesuatu yang wajar. In fact, Hans Isaac tak perlu untuk melatah sampai nak berhenti mengarah filem atas kegagalan filem ni. Sebenarnya, apa yang dia katakan sebagai usaha bertungkus lumusnya itu bukanlah satu hasil kerjanya yang baik segala galanya. Serahan sepenuhnya filem ni kepada penonton memberikan ruang untuk karya ini dinilai. Dan penilaian penonton sepatutnya pengarah akur. 

Lemak Kampung Santan punya premis Hindustani. Itu pada saduran layer pertama. Cerita nak pertahan hak dan cinta romantis yang disulam Tiqa dan Ridzuan memang tipikal. Biasa saja. Tapi apa kononnya dijaja sebagai spesel dan sedap ialah premis ‘misteri’ Kampung Santan yang terselindung. Hans Isaac selaku penulis lakon layar menanam mitos dan fantasi bercampur dengan agenda sosial. Justeru, filem ni bukan kosong. Ianya cuba menyampaikan sesuatu. 

Malang semalang malangnya, apa yang cuba disampaikan, segala bentuk identitinya tersekat di kerongkong. Lemak Kampung Santan membawakan kebosanan pada premis romantik Tiqa dan Ridzuan. Ianya tak nampak romantik karakter yang diceritakan. Ianya nampak seperti romantik Neelofa – Hans Isaac yang mana tak sepatutnya terjadi. Dan bahagian kebosanan itu adalah kelemahan pada penonton yang mahukan gerak cerita yang lebih kuat grippingnya. 

Mungkin pada yang mahukan cerita yang luar kotak, Lemak Kampung Santan memang sesuatu yang harus dipuji. Idea Hans sebenarnya bagus. Misteri dan juga isu sosial yang diketengahkan sangat bukan tipikal. Malangnya, Hans seperti bercerita pada dirinya sendiri dan bukannya pada penonton yang duduk di kerusi panggung. Maka, apa akan jadi jika sesebuah filem syok sendiri? Penonton terabai. Sebab itulah mereka lebih percaya David Teo kerana hidangan ‘lawak bodohnya’ mengutamakan penonton. 

Visualnya bagus. Hans Isaac nampaknya mengambil masa yang lama dalam memberikan visual yang hebat dan baik. Ternyata, Lemak Kampung Santa nada kekuatan yang baik pada visualnya. Semua itu adalah faktor x yang ada pada Lemak Kampung Santan. Melayan seni visual filem ni memang terbaik. Aku suka visualnya. Malang sungguh ceritanya tidak selari dengan visual yang sangat bagus penataannya. 

Lakonan Neelofa kurang teruji. Malah, emosinya tidak ada. Hanya sekadar berbekalkan wajah cantik dan juga sifat ‘gadis kampung’ yang dia cuba bawakan. Hans Isaac pula hanya sekadar menyampaikan. Tidak ada apa yang mampu untuk menginjakkan dirinya sebagai watak yang sepatutnya tertonjol dengan permainan jalan cerita. Harun Salim Bachik antara performance yang bagus. Memeriahkan suasana. Dan yang paling spesel, apabila Khir Rahman jadi lembut. Itu sangat luar biasa! 

Sebenarnya, kualiti Lemak Kampung Santan ada. Idea yang disampaikan Hans bagus. Mungkin penyampaiannya agak kurang diterima oleh penonton Malaysia. Jalan ceritanya yang agak luar dari kotak nampak tidak mampu menarik penonton. Mungkin sebaiknya Hans Isaac bertukar dari menjadi too ambitious dalam membikin filem ‘besar’ kepada pembikin filem ‘kecil’. Lihat bagaimana hasil filem kecil tersebut dan jika kutipannya sama, itu baru masa yang sesuai untuk keluar dari dunia filem. 

Jalan cerita yang sedikit perlahan dan dengan sikap Hans yang memikirkan ideanya mampu diterima penonton (dengan niat mahu kutipan besar) nampaknya gagal meramal penonton. Sepatutnya, kejadian tragedy Lemak Kampung Santan adalah satu masa untuk menukar haluan genre. Dengan kebolehan Hans menampilkan visual yang baik, aku percaya jika pengarah ini mahu tukar angin, mungkin penerimaan ideanya akan menarik penonton. Oh, satu lagi, promosinya harus menjadi titik permulaan penting. 

Akhir sekali, aku sekali lagi katakan yang tindakan Hans menyalahkan David Teo atas kegagalan filemnya mmg tak wajar. Filem ni terlalu berharap dengan idea Hans yang tinggi menggunung untuk terapkan cinta, mitos dan isu sosial. Dia terlupa yang filem ni untuk orang Malaysia. Malaysian people dont read movie, they watch movie. Jadi, kalau dia fikir bab untung, haruslah dia berikan apa yang sepatutnya untuk memudahkan penonton menerima. Jadi macam MIG. Tak perlu berubah lebih2. Lainlah kalau tujuannya mahu menjadi seperti Bunohan dan Kil.

2.5/5

Saturday, September 14, 2013

Review: Vikingdom

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Yusry Abd Halim
Pelakon | Dominic Purcell, Natassia Malthe, Conan Stevens (klik untuk senarai penuh pelakon)

Bila selesai menonton Vikingdom, aku sebenarnya serba salah sama ada mahu mengangkat Vikingdom dengan keterujaan mahupun menyatakan sebaliknya. Filem upgrade Hikayat Merong Mahawangsa ini ada sisi bagus dan ada tidak. Itu bukan yang aku harapkan. Vikingdom yang cuba buat pertama kalinya menggunakan dialog inggeris dan asing tetapi menggunakan pengarah melayu untuk membawa filem ni memberikan kejutannya tersendiri. Pertama sekali, tahniah untuk cubaan baru ini KRU Studios! 

Pada aku, Vikingdom tidak sampai ke tahan internasional. Ya, cerita Thor, dan berbagai nama yang seakan akan menonton sebuah lagenda Hobbit dan LOTR hanya sekadar di sebutan. The whole story tidak menunjukkan yang ianya standing filem Asia seperti China, Thai mahupun Jepun. Pinjaman hikayat Viking yang dikatakan ‘loosely base’ ini tidak sampai ke tahap ‘roh Viking’ yang mampu menterujakan penonton luar. 
Maaf aku cakap, menonton Vikingdom seumpama menonton filem Melayu KRU Studios yang biasa. Cuma bezanya, dialognya berbahasa Inggeris dan CGInya lebih dicabar ke tahap baru. Justeru, tak ada yang baik dari lakonan Dominic Purcell itu sendiri sebab dia hanya cuba menjadi ‘Melayu’ dalam dialognya yang tidak ada jatidiri, semangat dan kejujuran. Aku hanya nampak Dominic Purcell (watak lain pun hampir sama) seperti hanya membaca, menyebut dan melakukan. Emosinya entah di mana. 

Cubaan Yusry bagus. Dia nampak tidak syok sendiri dalam menulis cerita. Lantas James Coyne diangkat untuk menulis cerita. Itu bagus. Sekurang kurangnya, apabila orang putih sendiri menulis, aku harapkan ianya ada aura internasional. Malangnya, apabila Yusry menterjemah ke layar, ianya tak ubah macam tengok hikayat hang tuah cakap Inggeris. Kesimpulannya, pengarahan Yusry hampir gagal untuk Vikingdom. Aku mengangkat Hikayat Merong Mahawangsa lagi dari filem ni. 

Lihat saja adegan di Hell masa Eirick jumpa ayahnya, too much talking bla bla bla sehingga apa yang nak disampaikan tiada. Ada dialog yang tidak layak langsung menjadi dialog filem Inggeris yang sangat simple macam baca buku teks sastera sekolah. Itu kelemahan ketara. Rasanya, orang luar akan gelak besar dengan dialog yang terlalu skema itu. 

Walaupun ceritanya agak meleret, too much babak atas kapal Viking yang berbual bual sambil minum kopi (yang banyak dilihat dalam filem Melayu), Yusry tidak lupa memasukkan unsur seksinya dengan menggunakan watak Brynna lakonan Natassia Malthe. Adegan Eirick dan Brynna (yang aku rasa beberapa syot telah melalui potongan LPF) masih dibenarkan tayangannya. Adegan gadis gadis emas masa Eirick nak ambil horn kat Hell tu bagus. Beautiful n sexy. Tapi, adegan Brynna usap minyak haiwan kat badan Eirick, err… itu geli geleman. 

CGI antara benda yang aku puji. Watak Alcuin the witch ada visi. Aku sangat suka dengan idea tumbuhan renek kat belakang badannya. CGI diuji dengan habis tinggi dalam beberapa babak besar contohnya adegan castle yang mana mencantumkan set Kellie Castle dengan CGI. Gabungan CGI dan real image nampak mengagumkan. Itu wow! Itu baru Hollywood. Tahniah untuk geng CGi! Walaupun ada masa CGInya masih lemah, percubaan ini satu kebanggaan dalam industry filem Malaysia. 

Aksi pertarungan menakjubkan. Itu adalah satu perkara yang aku rasa bagus dalam filem ni. Ada aksi aksi yang gruesome, percikan darah yang pekat, serta aksi slow motion yang menakjubkan. Malang sekali ceritanya gagal membawakan aksi ini sebagai pengikat yang ketat kepada keseluruhan cerita. 

Aku menyukai Yang. Lakonan Jon Foo ini walaupun gagal dalam dialognya yang cuba menyampaikan komedi, dia masih mampu berselindung dengan aksi martial artnya yang awesome. Lakonannya kaku, tapi aksinya menyerlah. Dominuc Purcell, Natassia Malthe, Conan Stevens, Craig Fairbrass seperti terperangkap dalam dialog kemelayuan. Mereka tidak dapat beri full throttle sehinggakan aku sendiri rasakan tiada emosi yang hadir. Gagal! 

Dengan kredit title yang tak ubah macam kredit title Hikayat Merong Mahawangsa, aku rasakan KRU Studios perlu lebih serius dalam memberikan factor x cerita. Banyak adegan yang copycat filem itu dilihat penampakannya dalam filem ni. Contohnya, adegan ceramah perdana Eirick yang menjengkelkan mengingatkan kepada ceramah Merong dalam filem sebelum ni. Kelakar. I think kelakar tak patut wujud saat adegan ceramah Eirick tu kan? 

Kostum nampak terlalu menggila. Rekaannya aku rasakan ok,tetapi malang sungguh apabila pakaian / kostum terlalu banyak menampakkan kesan jahitan mesin jahit yang kemas yang aku tahu tidak lagi dicipta pada zaman itu. Pakain raja masa Eirick nak recruit askar, corak belahannya nampak terlalu terperinci. Tak ubah macam pakaian moden. Jubah Brynna juga nampak terlalu moden teksturnya. Itu satu perkara yang perlu dititikberatkan. 

Begini, pada aku aku rasa Vikingdom bukan sesuatu yang layak mahu dibandingkan dengan LOTR mahupun apa saja epic Hollywood. Jadi, apa yang dilihat adalah suatu buka pintu yang pertamakalinya melihat apa akan jadi apabila orang Malaysia arah filem luar. Hasilnya, kurang menjadi. Namun, cubaan ini harus dipuji. Di masa akan datang, aku rasa lebih baik KRU Studios ambil lagenda kita sebagai adaptasinya. Cerita lagenda kita pun boleh taruk CGI banyak banyak kan? 

Vikingdom sebagai filem internasional, gagal! Vikingdom sebagai filem Malaysia, itu sempurna!Dalam industry kita, ianya menandakan aras baru filem Melaysia. Kita sudah mampu lihat bagaimana orang kita mahu bangga menterjemah epik luar. Kita juga mampu lihat bagaimana kebolehan pakar CGI kita dalam mewarna filem. Vikingdom, macam aku kata tadi, terperangkap dalam gaya Melayu pengarahnya. Percampuran budaya ini bukan perkara yang baik. Ini bikin malu sama orang luar! 

Aku hanya cadangkan lepas ni, buatlah filem epic lagenda kita saja kerana kita sendiri mengerti lagenda kita. Sudah tiba masanya watak lagenda Melayu untuk bangun dari kubur dan disajikan kepada dunia dengan kualiti CGI dan visual yang disajikan Vikingdom. Tidak salah mengambil myth luar, cuma ianya perlukan kualiti kajian, kostum, penceritaan yang lebih internasional jika kita mahu berada sebaris dengan Hollywood.

Vikingdom sudah disamakan dengan Innocent of Muslim kerana menghina Viking dan sejarahnya. Sudah aku kata, kajian seharusnya lebih dalam.. baca sini: KRU Studios shoots itself in the foot.

Director's Response To Vikingdom's Controversy


3/5

Monday, September 9, 2013

Review: Paku Pontianak

Tahun terbit | 2013
Pengarah | Ismail Bob Hashim
Pelakon | Pekin Ibrahim, Hidayah Samsuddin, Uqasha Senrose (klik untuk senarai penuh pelakon)

Menyoroti tahun 2013 yang agak suram dengan filem seram yang high-class, nampaknya ada satu dua yang masih terserlah. Sembunyi arahan Kabir Bhatia contohnya, ada umpan kejutan cerita yang agak bagus walaupun ianya tidaklah horror mana. Lain dari tu, hmmm, agak sukar untuk aku senarai. Mungkin yang lain hanyalah filem iringan yang dibuat dengan rempah ratus sama. Tidak berusaha untuk lari dari landasan yang sudah tersedia. 

Paku Pontianak pertamanya lari dari aspek posternya. Paparan tangan memegang paku, tanpa ada apa apa gambar para pelakon sebagai penghias poster berjaya mewujudkan tanda tanya yang bagus sekaligus memberikan promosi yang bergaya. Tambahan pula ini ialah filem pertama bergenre seram dari Ismail Bob Hashim yang sebelum ni tidak menyentuh sisi ini. Maka, satu expectation tinggi aku harapkan dari Paku Pontianak. 

Bila aku tengok kredit, aku rasa Ismail Bob Hashim bukanlah seorang yang harusnya dipuji. Dia sebagai pengarah hanyalah bertindak sebagai pembantu untuk menaikkan apa yang tertulis di kertas. Siapa yang menulis kertas itu, hantu yang tidak dikenali yang dikenali sebagai Panel MIG dan juga Pierre Andre. Pierre Andre?! Nah, jadi apa yang anda akan lihat pastinya bukan sesuatu yang biasa. 

Betul sangkaan itu! Pembukaannya sudah berjaya memberikan permulaan yang baik. Tanpa ada soalan dan kepelikan babak seorang bomoh paku pontianak itu, ceritanya dialihkan kepada satu sisi Adam, cerita lain yang tak ada kaitan. Di sini ada Pekin, sang pelakon Bunohan yang berjaya memberikan pembaharuan dalam lakonannya. Pekin sekurang kurangnya bukan satu hero yang recycle. Yalah, filem seram MIG faham2 jelah, heronya muka sama ja! 

Sebagai sebuah karangan Pierre, Paku Pontianak memang mengekalkan momentum visual yang perlahan, muzik yang sederhana, dan kejutan yang tidak disangka sangka. Jujurnya, aku suka beberapa permainan visual yang sangat artistik tetapi pada masa yang sama memberikan keseraman yang hebat. Visual Adam langgar Melati punya syot syot yang gempak! Malah, kejutan bila Melati luahkan sayangnya di tepi tangga beserta kejutannya meyakinkan! 

Pierre melalui pengarahan Ismail Bob Hashim berjaya memancing penonton untuk bertanya tanya siapa Melati. Seri, sangat tenggelam walaupun dia cuba untuk menyembunyikan rahsia besar cerita ini. Namun, apabila Melati itu terbongkar personalitinya, minda aku tenggelam jauh kepada epic cinta horror Thai, Nang Nak. Rupa rupanya, ini bukan sebuah horror yang maksima kejut kejut saja. Ianya love story horror. Dan itu sesuatu yang menarik walaupun jangkaan endingnya sudah dapat diagak apabila terbongkarnya siapa Melati. 

Justeru, aku kagum dengan permainan filem ni yang melengah lengahkan isu siapa Melati sehingga sampai satu titik. Walaupun aku percaya ada banyak penonton sudah dapat mengagak siapa Melati, namun permainan seram yang diberikan berjaya membuatkan penonton teragak agak untuk mengagak siapa sebenarnya Melati. Malah, di akhir filem, berbekalkan beberapa minit baki masa akhir, filem ni sendiri membuatkan aku tertanya tanya, adakah apa yang berlaku realiti atau mimpi! Clever! 

Aku rasa untuk tahun 2013, Paku Pontianak antara filem seram yang kejutan ceritanya amat baik. Semua kejutannya yang sedikit tetapi punya tanda tanya yang banyak membesarkan ruang untuk perbincangan di luar filem. Tahniah untuk Pierre Andre dan panel skrip MIG, dan tahniah untuk Ismail Bob Hashim dengan adaptasi ke layar yang agak baik. Paku Pontianak adalah romantik seram yang ada sisi hebatnya tersendiri. Bukan idea Pierre yang terbaik tetapi persembahannya ok. 

4/5

Friday, September 6, 2013

Review: Adnan Sempit 3

Tahun | 2013
Pengarah | Ismail 'Bob' Hashim
Pelakon | Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin (klik untuk senarai penuh pelakon)

David Teo kata dalam The Making of… yang menjaja ‘kehebatan’ Adnan Sempit ketiga ini, “Tiga kali lebih lawak, tiga kali lebih aksi bla bla bla”. Semuanya adalah promosi yang basi. Memegang kualiti filem dulu, lepas tu menjanjikan sesuatu yang kononnya berkali kali lagi bagus. Malang sungguh kan siapa yang tonton dan percaya dengan kata kata bos besar MIG tu?, sebab Adnan Sempit 3 tak ada yang baru, dan ia hanyalah sekuel yang hanya sekadar sekuel. 

Adnan Sempit 3 menyambung cerita Adnan Sempit 2 dan juga spin offnya iaitu Wawa Semput. Pada aku yang menonton, aku rasa inilah masanya Adnan Sempit mencapai era kejatuhannya. Sesebuah filem yang dihasilkan dengan bermatlamatkan keuntungan dan tidak mengendahkan kualiti dan pengembangan plot dan karakter dan hanya berlandaskan watak yang dah popular sebenarnya tak boleh bertahan lama. Contohnya, filem Adnan Sempit ni lah! 

Membandingkan ketiga tiga filem, aku rasakan Adnan Sempit 3 adalah sekuel yang paling kurang menyerlah. Semuanya serba tak kena dalam filem ni. Apa yang diceritakan hanyalah satu tipikaliti yang sangat biasa dalam drama melayu. Sekurang kurangnya, penulisan cerita sekuel untuk sebuah filem box office perlu ambil masa yang lama. Bertenang, fikir cerita sesuai, kaji plotnya dan barulah filem dibentuk. Apa yang aku nampak dalam filem ni, keghairahan mengutip wang tanpa kira kualiti. 

Iyalah, sememangnya dua sekuel Adnan Sempit dulu pun bukan kualiti mana pun. Tapi, sekurang kurangnya lawaknya menjadi. Disebabkan Adnan Sempit itu objektifnya mahu memberi lawak, dan jika penonton ketawa, maka kualiti itu ada. Abaikan yang lain. Apa yang penting, Adnan Sempit sudah hilang taring dalam sekuel kali ini. 

Plotnya kecil dan sengaja dipanjang lebarkan. Konflik antara Adnan dan wifenya, Nadia tak ada apa apa. Malah begitu juga antara Wawa dan Bobby. Apa kes? Sepatutnya, pada aku semakin berat cerita itu, semakin berat emosi yang bakal disaji. Mungkin ada beberapa scene tangkap nangis untuk memancing emosi penonton selain babak babak komedi perlu muncul. Malang sungguh, semuanya tak ada. Adnan Sempit 3 macam roller coaster yang ‘hidup segan mati tak mahu’. 

Kesian benar kepada cerita ini. Kesian juga kepada peminat Adnan Sempit di luar sana. Aku nampak perubahan ketara kepada lakonan Shaheizy Sam. Dia tidak berada dalam diri Adnan. Tak ada kelakar yang dia sepatutnya keluarkan. Aku sendiri tak faham kenapa perubahannya total sedangkan dia adalah Adnan! Sifat Adnannya hilang apabila filem hampir ke tengah. Soalannya, kalau adah sifat kelakar Adnan hilang, apa guna filem ni dibuat? 

Terlalu banyak permainan yang agak malas. Konflik Bobby tak ada duit, dan nak pinjam kat Adnan pada aku sepatutnya menjadi kesempatan baik untuk memutuskan ‘persahabatan mereka’ sekaligus memancing emosi penonton untuk feeling. Di situ, wujudnya penekanan mesej yang sepatutnya satu keperluan. Dan, konflik Adnan menduakan Nadia sepatutnya menjadi ujian tertinggi watak lakonan Intan Ladyana. Tapi, semuanya itu tak ada. Kosong! 

Wey, Hollywood semakin banyak sekuel, konflik makin besar, ujiannya lagi besar la wey. Kalau tiap tiap sekuel masih di takuk lama dan apatah lagi di takuk lagi rendah, baik buat cerita lain! Filem ni ada rentetan kematangan Adnan yang ujiannya di tahap sama. Komedi yang sama, boring!

Adnan Sempit 3 hanyalah tipikal komedi lepas kahwin. Lawaknya mungkin untuk golongan dewasa. Penulis cerita sepatutnya perlu ingat, yang dua sekuel dulu ada pengikut muda. Jadi, seharusnya lawak dewasa harus dikawal sebab korang dah mula tarik penonton muda semejak dia filem dulu. Kalau nak buat filem double meaning pun, bina cerita baru dan bukannya upgrade suka suki sekuel ni. Sangat kecewa dengan lawak yang lebih banyak bergantung kepada double meaning! 

Aku bukan fan tegar Adnan Sempit. Tetapi, aku kesian apabila filem ketiga filem ni nampak betul betul mahu mengaut keuntungan dengan ceritanya yang terlalu biasa. Malah, tiga kali lebih lawak, tiga kali lebih aksi itu semua hanyalah bohongan yang betul betul jelas menampakkan objektif filem ini diterbitkan iaitu mengaut untung semata mata. Pada aku, ini antara sekuel Adnan Sempit yang menghampakan. Kalau Adnan Sempit 3 ini sudah mula ‘indah khabar dari rupa’, apa agaknya akan jadi kepada sekuel seterusnya? 

2.5/5

Wednesday, September 4, 2013

Review: The Great Gatsby

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Baz Luhrmann
Pelakon | Leonardo DiCaprio, Carey Mulligan, Joel Edgerton (klik untuk senarai penuh pelakon)

The Great Gatsby aku baca (ketika itu untuk assignment kerja khusus), dan aku tidak dapat rasakan apa speselnya novel itu. Menonton adaptasinya juga membosankan. Paham simbolisma, tema, rima dan semua, sekadar untuk memenuhi markah kerja khusus yang dikehendaki. Nah, 2013 novel ini dibawa ke layar sekali lagi oleh Baz Luhrmann, pengarah kelahiran South Wales, Australia yang sebelum ini memberikan Moulin Rouge (2001). 

Ternyata, apa peduli orang kata, filem The Great Gatsby dengan lakonlayarnya ditulis oleh Baz Luhrmann sendiri dan Craig Pearce (Moulin Rouge) berdasarkan novel F. Scott Fitzgerald ini membawa aku ingin membaca semula. Gatsby lebih dekat kali ini dengan unsur cintanya yang lebih syahdu dan mendayu. Ianya seperti menyaksikan sebuah kisah cinta yang epik. Dari segala sudut, persembahan The Great Gatsby aku puji. 

Pengarah ini membawa The Great Gatsby dalam rencahnya yang tersendiri. Seperti mana Moulin Rouge, filem ini nampak seperti di awangan. Lagu pop, rap digabung dengan rentak jazz dan juga suasana parti yang riuh rendah meriah memberikan unsur muzikal yang tersangat membentuk suasana hebat dalam karya ini. Lurhman membentuk setiap inci dengan warna dan suasana yang sangat penuh dengan ‘muzikal’nya yang tersendiri tanpa hilang ceritanya. 

Jay Gatsby nampak lebih jelas cintanya. Semuanya tersangat memberikan aku keterujaan. Cinta terlarang, Jay Gatsby dan Daisy Buchanan, Tom Buchanan dan Myrtle Wilson semuanya diceritakan melalui mata Nick Carraway dalam versi Lurhmann yang sangat memberikan sisi baru cerita. Entah kenapa aku tenggelam dalam ceritanya walaupun pada awalnya, aku tak nampak apa sebenarnya The Great Gatsby versi Lurhmann ini. 

Kemunculan Amitabh Bachchan tidaklah ada impak mana. Macam sekejap sangat untuk menunjukkan kebolehannya. Apapun, lakonan Leonardo DeCaprio berada di aras terbaik. Lakonannya menjadi. Itu bagus. 

Walaupun running timenya agak panjang, itu tak jadi masalah. Aku rasakan adaptasi ini memberikan visual novelnya dengan terang dan berseni. Narration Nick Carraway yang membantu, dan juga permainan visual yang sentiasa menakjubkan memberikan The Great Gatsby sebuah kisah cinta yang sangat ‘twisty’ bagi yang belum membaca novelnya. Bagi yang sudah membaca, adaptasi ini mungkin memberikan visual lebih luas tentang dunia Long Island. 

Muzik jazz yang digabungkan dengan rentak ‘bass’ yang sangat memberikan suasana disko membantu memberi kelainan. Skor dari Craig Armstrong dengan penampilan penyanyi pop seperti Will.i.am, Lana Del Rey dan juga Orkestra Bryan Ferry memberikan suasana muzik yang tersangat meriah. Terasa mahu menari dan mahu menghadiri pesta Gatsby. Seperti sudah berada di dalam dunia Gatsby! 

Bercakap tentang novel literature, sepanjang pembacaan, aku jatuh hati dengan Love in the Time of Cholera karya Gabriel Garcia Marquez. Adaptasinya dibikin dengan bagus. Filemnya itu yang mengajak aku untuk membaca (ketika itu ditugaskan untuk satu assignment kerja khusus) dan aku jatuh hati kepada kedua duanya. Ceritanya epic. Love story yang sangat menyentuh. Cerita tentang jiwa cinta yang tak pudar walaupun usia makin lama makin malap. 

The Great Gatsby membuang unsur literature dan menjadikan cerita Jay Gatsby ini lebih menghiburkan. Malah, latar bunyi, masa dan segalanya yang lebih fantasi dari reality memberi ruang untuk penonton melihat The Great Gatsby sebagai bukan satu naskah literature. Peluang untuk berhibur dengan kisah ini membuatkan aku rasakan cerita cinta Jay Gatsby ini, dan rahsia besar pembunuhan Myrtle yang tersimpan oleh Nick Carraway adalah antara kisah cinta adaptasi literature yang terbaik aku pernah saksikan. 

4/5

Review: It (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Andy Muschietti Pelakon | Bill Skarsgard, Jeremy Ray Taylor, Sophia Lillis Ketika menonton The Da...