Akan Datang!

Tuesday, April 30, 2013

Novel: Negeri 5 Menara (A Fuadi)


Negeri 5 Menara
Penulis: A Fuadi
Penerbit: PTS Litera Utama


Kisah Negeri 5 Menara memang memotivasikan. Karya A Fuadi yang pertama dari triloginya ini amat mengingatkan aku kepada memori di zaman universiti dan juga persekolahan. A Fuadi menceritakan panjang lebar dalam satu buku ini tentang bagaimana kehidupan watak Alif yang terpaksa menghadapi kehidupan di Pondok Madani yang mana diselubungi pelbagai konflik terutamanya berkaitan pilihan. Apa yang A Fuadi mahu cakapkan, kadangkala jalan tuhan itu kita tidak pernah jangka masa hadapannya bagaimana. 

Alif adalah watak yang memberi pandangan tentang sekolah agama dari seorang yang tak mahu masuk sekolah agama. Dalam buku ini, korang akan didedahkan tentang persepsi sekolah agama dan juga pengalaman sebenar di sekolah agama tersebut. Dibina pula Randai, seorang rakan Alif yang mana masuk sekolah biasa. Alif yang timbul rasa cemburu terpaksa berperang dengan kemahuan dan juga kehendaknya yang sudah terpesong dari apa yang dia mahu. 

Mungkin A Fuadi bercerita tentang kisah hidupnya sendiri dalam kisah ini. Bagaimana sahabat dari lima kawasan yang akhirnya menggelarkan diri mereka Sahibul Menara adalah kisah persahabatan yang terjalin mengikat mereka untuk terus bersemangat belajar. Persahabatan inilah yang mendekatkan penonton dengan memori alam persekolahan pembaca pembacanya. Momen momen didenda, curi curi keluar dari kawasan sekolah, cinta monyet dan semuanya itu adalah kenangan lama yang boleh anda baca sepanjang novel ini bergerak helai demi helai. 

Banyak kata kata hikmah dimasukkan sebagai motivasi dan elemen penting novel ini. Kalimah man jadda wajada contohnya adalah penggerak besar kisah hidup Sahibul Menara dan juga motivasi penting untuk setiap event dalam ceritanya. Tanpa kalimah ini, Alif pasti sudah putus asa dan balik ke kampungnya semula. 

Sekuel novel ini ialah Ranah 3 Warna. Bagi aku, Negeri Lima Menara memang sebuah buku novel yang baik untuk sebuah penghayatan kenangan. Semua intinya baik cuma pada aku, aku lebih suka jika kisah cinta Alif itu ada hujung pangkal yang baik. Atau mungkin kisah Alif dan Sarah itu akan disambung dalam sekuel seterusnya, tak tahulah sebab masih belum berkesempatan membaca buku yang kedua. Sebuah novel yang baik untuk pendidik khususnya. 

4/5

Sunday, April 28, 2013

Review: Iron Man 3

Shane Black gagal menampilkan filem Iron Man 3 sebagai sebuah filem musim panas. Apa kejadahnya cerita musim summer pi buat setting pada musim krismas?! Adoi, memang tepuk dahi dan terkejut apabila setting filem ketiga Iron Man ini dibikin menggunakan setting krismas. Sedikit mood filem musim panas dibunuh apabila krismas dibawa ke bulan Mei padahal sepatutnya Merry Christmas patut diucapkan pada Disember. Mungkin Shane Black yang selalunya membikin filem berlatar belakangkan setting Krismas macam Lethal Weapon 4 cuba meletakkan trademarknya sekali lagi. Dan akhirnya, kejanggalan pun terjadi apabila Tony Stark memberikan 'hadiah krismas di bulan April / May'.

Namun, disebalik setting yang agak tak kena tempat (atau tarikh release tu yang tak kena rasanya), Iron Man 3 nampaknya memang ohsem. Abaikanlah segala elemen musim sejuk yang agak tidak sesuai tu dengan musim releasenya. Jika dibandingkan antara filem arahan Jon Favreau dan Shane Black, dua duanya memang jauh beza. Shane Black dalam Iron Man 3 berjaya membuatkan Iron Man 3 disanjung oleh peminat dewasa. Ya, filem ini nampaknya memuaskan penonton dewasa sekaligus mengecewakan penonton kanak kanak yang nak tengok superhero dia beraksi. 

Sori dik yer, bagi orang orang tua merasa Tony Stark lebih kepada emosi dan sisi emosi yang lebih berat ok. Seperti Skyfall yang menyaksikan James Bond tanpa gadgetnya, Iron Man 3 pula menyaksikan Tony Stark tanpa iron suitnya. Menonton Tony Stark tanpa iron suitnya memang agak janggal disebabkan peminat Iron Man sudah disongokkan dengan Tony Stark berpakaian Iron Man dalam beraksi sebelum ini. Agak janggal dan pelik melihat Tony Stark beraksi tanpa suitnya. Namun, ianya memberi satu ruang kreativiti baru dalam melihat sisi Stark yang ini.

Tidak seperti The Dark Knight Rises yang membosankan pada aku, Shane Black berjaya membawa sisi ujian paling besar Stark dengan baik. Walaupun kita tidak disongokkan dengan adegan aksi yang sehebat dan segah Iron Man terdahulu, filem ini mampu menjanjikan keseronokannya yang tersendiri. Babak babak Stark berhadapan dengan kehidupannya setelah suitnya musnah dibom Mandarin antara yang agak menarik paparannya. 

Shane Black membina watak ‘peneman’ yang memang dibenci Stark, yakni seorang budak sebagai pelengkap komedi dan unsur kekeluargaan yang cantik!. Walaupun lakonannya hanyalah biasa biasa, watak itu membantu Stark dalam membina sisi komedinya yang tersendiri. Maklumlah, Stark ni kan macam tak berapa nak suka budak budak sikit. Jadi, komedinya agak baik sama ada dari dialog mahupun adegannya. 

Bercakap tentang komedi, pengarah ini memang tidak henti henti memberikan dos dos komedi yang memang berlambak. Dari satu ke satu, komedi dipersembahkan mengiringi cerita yang diberikan. Ada yang menjadi, ada yang tidak. Sekaligus, perbandingan antara Jon Favreau dan pengarah ini, aku lebih suka garapan pengarah ini yang mendewasakan Iron Man 3 untuk tatapan penonton yang lebih dewasa dengan elemen yang lebih berat daripada filem Iron Man sebelum ini. 

Aku pasti, peminat Iron Man pastinya terkesima sebab korang tidak dapat melihat Stark beraksi di dalam suit. Malah, pasti juga ada yang frustrated bila dapat tahu The Mandarin is something like ‘Osama bin Laden’ dan kemudian ditipu dengan hal itu. Namun pada aku yang tidak berapa menyukai The Avengers dahulu (pasal apa, baca sini), Iron Man 3 adalah cerita Marvels yang paling gempak aku pernah saksikan. Dos aksinya, dramanya, dan juga komedinya diadun sebaik mungkin dan ianya menjadi! Lupakan The Mandarin! Jom lihat Killian! 

John Debney digantikan dengan Brian Tyler! Superb. Music Brian Tyler lebih ohsem dan keras. Ianya banyak membantu babak babak dalam filem ini dalam membina emosinya. Aku amat suka lagu semasa end kredit. Best giler! Siapa tak kenalkan gaya muzik Brian Tyler yang banyak menyumbangkan skornya dalam filem Fast and Furious. Terbaiklah. Sudahlah end titlenya gempak, lagu pulak cun, teringat aku kepada end title filem filem Robert Rodriguez dan Quentin Tarantino. 

Ben Kingsley sebenarnya membuatkan penonton kecewa! Percayalah yang anda akan terkejut dengan kejutan itu. Gwyneth Paltrow sebagai Pepper Potts yang dikembangkan wataknya amat menarik. Robert Downey Jr di samping skrip yang hebat amat aku suka lakonannya. Aku rasa ini kali pertama emosi Stark dibikin sedalam mungkin untuk membentuk perasaan belas kasihan dari penonton. Guy Pearce pula pada awalnya tidak menyerlah, namun semakin ke tengah, aku mula nampak he is the best Iron Man villain ever! 

Iron Man tak perlukan penjahat yang muka bengis! Mungkin itu yang menyebabkan Shane Black menukarkan The Mandarin itu menjadi twist yang mungkin mengecewakan peminat yang berharap penjahat kali ini sebengis yang dahulu. Pada aku, Iron Man 3 is marvel’s best movie setakat ini lah! Filem superhero yang digarap lebih dewasa ini memberikan sisi lain superhero kita. Yang mengharapkan filem ini bergerak seperti filem Iron Man terdahulu, anda pasti kecewa. Ini filem super duper lain!

4/5

Friday, April 26, 2013

Review: Sembunyi - Amukan Azazil

Kabir Bhatia gagal menyeramkan Sembunyi. Sudah lama bermain dengan gambar yang agak kelam dan tak tahu malam siang dari Nur Kasih lagi, ketakutan memang hampir tak ada dalam Sembunyi. Jadi, kalau tak boleh nak menakutkan orang, so apa jadahnya Sembunyi itu bergenre seram? Probably genre yang sepadan dengan Sembunyi ialah monster! Ya, monster. Mungkin Sembunyi fit untuk sebuah cerita monster yang memang selalu dipaparkan Hollywood. Filem monster / creature pertama Malaysia mungkin!

Dengan Sembunyi, Kabir Bhatia sebenarnya memang sedaya upaya membina monster yang ditakuti, Azazil dengan jaya. Apa yang aku boleh simpulkan, walaupun Azazil tidaklah sehebat Jeeper Creepers mahupun apa saja makhluk dari Hollywood, percubaannya berjaya. Kabir nampaknya bijak bermain dengan kamera dalam menyembunyikan kelemahan akibat dari kekurangan si pemakai kostum Azazil itu sendiri. Aku kagum dengan itu. Aku juga kagum dengan babak perang pada awal cerita. Walaupun sedikit, rasanya kalau Kabir Bhatia buat filem perang agaknya mesti gempak kan?!

Walaupun ini filem monster/creature yang tidak banyak menitipkan seram terjejut kejut, aku masih mengharapkan seram itu muncul bertubi tubi. Bertubi tubi macam mana? Hmm.. macam Histeria mungkin! Macam filem horror thai mungkin. Malangnya ianya hilang. Geram sampai aku sendiri kata ‘this is not filem seram man, ini monster!’ while watching the movie.

Penulisan cerita ini bermula dengan watak Diana Danielle, yang bergerak terlalu pantas. Aishah dihumban tanpa banyak tanya ke dalam satu dunia yang tidak diketahui settingnya, zamannya dan wilayahnya. Kata Ibu Yani, kampung itu Jepun tak pernah tahu. Pada aku, ayat ayat itu buat aku kata ‘Bodohnya Jepun nak invade Malaysia, diorang ada kapal terbang, takatlah tak nampak kampung tu!”. Aisyah ditanam dan dijadikan satu isu kepada kampung ini. Semua penonton percaya! Tapi, paling mengusutkan, bila watak Fizo Omar masuk dan menyerabutkan kepala penonton!

Kabir Bhatia sebenarnya menipu segala galanya dengan begitu sempurna. Pada mulanya, aku mula mahu menyatakan yang filem ni ada plot hole yang terlampau banyak. Bukan apa, sepanjang filem ini bergerak ke hadapan, persoalan demi persoalan menerjah dalam kepala. Aku hairan itu, aku hairan ini. Walaupun tidak menduga siapa ibu Yani sebenarnya, aku masih keliru dengan Azazil. Semuanya buat aku rasa 'filem ni sucks!' sebelum selesai tonton. Tapi, bila last last nak habis, aku tarik balik kata kata tadi. Filem ni ohsem!

Akhir filem ini, ada kejutan paling besar terjadi. Lantas aku rasa wow dan terpegun seketika. Kata kata plote hole banyak aku tarik. Mula rasa kagum. Bila Kabir Bhatia mula menggunakan formula The Others dan The Sixth Sense ke atas penutup filem ini, ianya menutup dan menjawab semua soalan yang aku nak komen maki hamun dalam review. Sempurnanya Sembunyi mengingatkan aku kepada karya bersiri di Astro suatu ketika dahulu. Tak silap, tajuknya Panggung kot. Drama horror/thriller 30 minit.

Negatifnya, kepelikan yang menjadi jadi dari aspek bahasa menyebabkan aku rasa kekok sebentar. Sekejap aku dengar macam orang Indonesia, sekejap pula macam bahasa klasik, dan sekejap macam bahasa sekarang. Tidak ada pelarasan yang sempurna menjadikan adakala dialog kaku, adakala dialog amatlah kedengaran sangat menyedihkan nadanya. Tidak ada kesempurnaan pada aspek itu. 

Penataan Kabir Bhatia pada sound juga amat teruk. Bunyi tikaman, dan bunyi tumbukan tak ubah seperti mendengar bunyi filem budak budak universiti yang baru nak belajar buat bunyi. Walaupun visualnya cantik, aksi aksi dan dialog kadangkala kelam kabut (terutama adegan akhir sebelum dedah siapa watak Remi Ishak sebenarnya). Malah, editing yang kadangkala terlalu cepat pergerakannya dari visual ke visual kadangkala mengelirukan aku. Aku tahu ianya dilakukan sebab mahu menutup ketidaksempurnaan, tapi it kills the mood. 

Bagi yang menonton pertama kali pasti sukar nak hadam siapa Hanum, dan siapa Azazil. Perlu perah otak sikit adakalanya. Dan anda perlu teliti setiap inci filem ini untuk dapat melihat penipuan licik pengarah ini yang menjadikan Sembunyi ada keistimewaannya yang tersendiri. Walaupun aku agak hairan kenapa Kabir Bhatia memuatkan adegan asmara Diana Danielle dan Remi Ishak dan kemudiannya dipotong (yang mana mengganggu bunyi), aku rasakan Sembunyi antara filem monster yang baik percubaannya! 

Jangan harapkan seram pada kejutan kejutan di babak babaknya. Harapkan kejutan pada plotnya yang membelok tanpa anda sedar! Filem ini unpredictable! 

4/5

Thursday, April 18, 2013

Review: Broken City

Cerita komplot di sebalik menjelangnya pilihan raya memilih datuk bandar baru New York. Rasa macam sesuai pulak dengan situasi di Malaysia sekarang walaupun filem ni jauh lah ceritanya daripada apa yang terjadi di negara kita. Almaklumlah, tengah demam pilihan raya sekarang. So, bila tonton Broken City, kalau tak relate dengan pilihanraya di negara kita tak sah. Namun, ingat tau, filem ni tak ada kaitan pun dengan apa apa insiden politik. 

Dibarisi Russell Crowe yang memang conform actor berwibawa yang kita pernah kenal dengan lakonan hebatnya dalam Gladiator. Di samping itu, Mark Wahlberg juga antara pelakon yang memang hebat. Malah, filem politik yang menampilkan Chatherine Zeta-Jones ini juga nampaknya memberikan muka yang agak hebat dan gah sebagai tarikan filem. So, menjadi atau tidak filem ini? 

Pada aku, walaupun ada nama nama besar, Broken City is just cerita biasa biasa. Tak ada harapan yang besar untuk filem sebegini. Filem drama arahan Allen Hughes yang mana sebelum ini pernah mengarah The Book of Eli lakonan Denzel Washington ini punya garapan yang agak slow. Ceritanya menarik dengan twist dan juga isu isu yang diutarakan, namun garapannya agak sederhana. 

Broken City gagal menceritakan ‘broken city’ itu sendiri. Pada aku, plot Broken City tidak besar seperti yang diharapkan seperti tajuknya. Malah, apa yang aku nampak, filem ini tidak menceritakan sisi kota New York yang sudah 'hancur' disebabkan kegagalan Mayor Hostetler lakonan Russell Cowe. Sebaliknya, cerita ini lebih berfokus kepada watak Billy Taggart lakonan Mark Wahlberg. 

Justeru, Broken City hanya jadi filem penyiasatan biasa dan tidak ada reality yang ingin disampaikan. Kehadiran watak Billy Taggart itu sendiri sudah menghilangkan isu yang mahu disampaikan apabila komplot demi komplot didedahkan. Walaupun ya, paparan watak Mayor Hostetler itu memang menunjukkan idea tajuk filem ini, malangnya, wataknya yang tidak meriah kurang memberi impak. 

Walaubagaimanapun, Broken City tidak membosankan walaupun ada part part yang agaknya boleh buat orang menguap beberapa kali. Permainan antara watak lakonan Russell Crowe dan Chatherine Zeta-Jones digarap baik. Namun, watak Taggart lakonan Mark Wahlberg tidak diisi dengan baik apabila beberapa persoalan timbul dengan watak tersebut. 

Plotnya yang predictable dan kadangkala dialognya yang agak slow (bagi aku, yang kurang gemar watak watak yang bercakap tak buka mulut ni) memang kadangkala buat aku mengantuk. Russell Crowe pada aku menjanjikan persembahan yang biasa biasa. Broken City memang sebuah filem jenayah yang agak sederhana. Namun, dalam ambang pilihan raya ni, rasanya menonton filem ni bolehlah buat korang rasa debaran PRU. 

Broken City sudah ditayangkan di US pada Januari 2013. Di Malaysia, Broken City ditayangkan di pawagam mulai 18 Mac 2013.

3/5

Tuesday, April 16, 2013

Novel: Mental (Shaz Johar)



Mental
Penulis: Shaz Johar
Penerbit: Fixi


Bila dah half way reading Mental, aku mula sangsi kenapa novel ni boleh jadi top ten MPH. Jalan ceritanya meleret walaupun aku rasa starting dia agak baik. Penulis pada mulanya berjaya membawa aku mendekati satu persatu karakter ‘gila’ seawal bab pertama. Dan diperkenalkan dengan Rania dan Rashid yang punya nama timangan yang agak ‘mental’, rencah MENTAL memang nampak ohsem. Amat unik, rare dan luar biasa. 

Lama kelamaan, excitement tu hilang sebentar. Mula frust. Bukan apa, aku dok tunggu bilalah si Rania ni nak murtad, dan bila pula si Rashid tu nak potong tangan dia. Tetapi last last, tanggapan aku salah sama sekali. Aku nak cakap yang sebenarnya, penulis ni dah berjaya tipu aku dengan penceritaan yang memang gila. Aku tarik balik cakap novel ni meleret. Bila sampai di helaian terakhir, aku mula rasakan MENTAL memang mental! Memang gila! 

Jujurnya, aku menyukai first point of view novel ni. Watak Maya, yang menjadi pencerita membawa kepada apa yang dia lihat di dalam sebuah keluarga yang gila amat teliti binaannya. Yalah, dalam keluarga tu, macam macam perangai. Tetapi, percayalah, aku nak cakap jangan percaya dengan apa yang ‘Maya’ ceritakan dalam bab bab novel ni. Jangan bertanya itu ini sebab semua insiden luar tabii dalam novel ni ada penjelasan logik di akhirnya. Novel ni ada twist yang sempurna sebagai sebuah novel misteri. 

Shaz Johar memang memberikan misteri yang amat baik. Cara dia hold the mystery till the end berjaya buat aku jadi gila dan mental sementara. Macam tak percaya aku sedang menonton sebuah garapan ala ala The Others lakonan Nicole Kidman yang digarap dengan baik. Rekomendasi untuk peminat novel thriller, misteri dan seangkatan adalah amat tinggi. Pengalaman membaca MENTAL memang luar biasa! 

4/5

Sunday, April 14, 2013

Review: Gila Gila Remaja 2

Selepas Cinta Beruang memberikan persepsi negatif pada aku tentang pengarah India yang buat filem mengikut formula filem di India, aku rasa Gila Gila Remaja 2 ini akan mengikut halatuju yang sama. Malah setelah melihat kegagalan dalam plot Adik Manja Returns yang nampak amat jauh berbanding filem asal, persepsi aku terhadap filem Gila Gila Remaja nampaknya tidaklah terlalu baik. Aku rasakan filem ini mungkin akan jadi tipikal filem yang gagal di hati penonton Melayu seperti aku. 

Malangnya, semua persepsi aku itu musnah. Gila Gila Remaja 2 jauh lari dari persepsi aku terhadap Adik Manja Returns dan juga Cinta Beruang. Daripada Naga, pengarah yang pernah muncul dengan Ghazal Untuk Rabiah pada tahun 1997 dan Iskandar pada tahun 2003, Gila Gila Remaja 2 jauh lebih baik dari persepsi dari hanya melihat trailer. Mungkin kerana penglibatannya dalam Gila Gila Remaja pertama mungkin sedikit sebanyak memberikan pengarah ini pengalaman untuk mengarahkan filem ini. 

Selepas 10 tahun, aku rasakan pengarahan Naga sama saja dengan Iskandar (2003). Elemen Bollywood disertakan dengan jelas namun pengarah ini bijak menitik unsur kemelayuan dalam karyanya. Walaupun kadangkala agak sukar untuk dihadam semua peminat filem melayu sebab unsur bollywood yang mungkin sesetengah je yang minat, pengarah ini tidak pernah berhenti untuk mencuba trademarknya sekali lagi dalam filem sekuel ini. 

Permulaan Gila Gila Remaja 2 memang berterabur. Plot diperkenalkan satu persatu. Tipikal macam filem filem Priyadarshan! Aku tertanya tanya pada awalnya tetapi penulisan cerita ini tidak mengambil masa yang lama untuk membawa kepada watak utama kita, Haikal. Pengarah nampaknya mengisi minit awal dengan joke yang tak penting untuk plot tetapi boleh buat orang ketawa. Sekurang kurangnya taklah bosan. 

Kehadiran Faizal Hussein as cameo Azroi memang berjaya mengembalikan memori Gila Gila Remaja. For sure, ianyanya akan buat orang yang menonton filem asal teruja. Walaupun babaknya satu je, tapi ianya amatlah penting. Tahniah kerana babak tersebut dijayakan dengan sempurna untuk sebuah kesinambungan yang agak penting ini.

Walaupun aku rasa plotnya kadangkala lebih mengutamakan komedi berbanding cerita, aku rasakan ianya tak ada masalah. Bila cerita Haikal sudah menjadi plot utama, maka bermulalah sebuah cerita cinta terhalang ala ala klasik Bollywood gitu. Aku suka garapannya sebab ianya digarap dengan baik walaupun pada aku adakalanya dialog agak skema dan adakalanya juga dialognya terlalu over. Namun, aku rasakan unsur tersebut menjadikan Gila Gila Remaja 2 penuh dengan romantiknya, komedinya dan juga kelemahannya. Semua ada!

Jujurnya, Fizz Fairuz nampaknya ada aura Nur Kasih. The way he talk nampak sebijik meminjam wataknya dalam filem Kabir Bhatia itu. Hairul Azreen cuba untuk naik. Dialognya, masa dia lafaskan cinta tu amatlah ‘cute’ dan menjadi. Malangnya, watak itu tenggelam apabila Taiyuddin Bakar membina kekuatannya sendiri walaupun dia hanyalah sidekick. Watak Taiyuddin Bakar dengan gandingan bersama Sathiya pada minit2 terakhir memberikan finale Bollywood terbaik (secara peribadi) dalam filem Malaysia! 

Watak ibu bapa Afiq dan Lisa dilihat mempunyai kekurangan yang amat jelas. Terlalu kaku dan hanya digunakan sebagai penyambung kepada babak babak yang watak lain tak boleh nak gerakkan. Watak mamat yang rambut putih tu amatlah kayu kesamsengannya. Watak sahabat Afiq pula, aku suka mamat singh tu. Karakternya lebih menonjol daripada rakan rakan yang lain. 

Overall, aku nak cakap yang Gila Gila Remaja 2 ni macam filem Bollywood Malaysia. So, kalau korang tak minat formula Bollywood, for sure korang akan tak suka filem ni. Bagi aku, filem ni antara filem dari pengarah india yang baik selepas kegagalan filem pengarah India lain macam Apa Tengok Tengok dan Cinta Beruang. Naga memang tahu apa yang dia buat. Dan pada aku, Gila Gila Remaja ada komedi dan fighting scene yang awesome walaupun aku rasa plotnya masih boleh dikemaskan lagi.

3/5

Thursday, April 11, 2013

Review: Oblivion

Daripada Joseph Kosinski, orang disebalik kemeriahan visual Tron Legacy, Oblivion nampaknya menampilkan kehebatannya tersendiri. Seperti Tron Legacy, pengarah ini meletakkan sebuah cerita sains fiksyen atas satu limit yang agak menarik untuk dipandang. Imaginasi Kosinski dalam menghidupkan Oblivion memang hebat. Memang tidak hairan Oblivion memberikan satu pengalaman penontonan yang memang hebat. 

Oblivion lebih dari apa yang korang saksikan dalam trailer. Malah, menilai filem ini dari trailer di Youtube mungkin satu perkara yang tidak wajar. Filem ini ada hidden piece yang memang akan meninggalkan perasaan yang berbeza daripada apa yang korang interprate dari trailer. Perjalanan Jack Harper dalam satu diari hidupnya ini memang pengembaraan yang amat penuh teka teki dan kejutan tersendiri. 

Sebelum korang tonton, aku nak info awal awal yang bagi yang membenci I Am Legend lakonan Will Smith, korang kena fikir dua tiga kali untuk menonton filem ini. Kenapa? Sebab filem ini hanya bermain didalam linkungan tiga watak utama sahaja. Dan peminat Tom Cruise boleh bersorak sebab pelakon tersebut sentiasa ada di setiap babak. Ya, Oblivion ni macam sebuah kisah diari Jack Harper. 

Semua pandangan dunia dalam filem ini dibawa menerusi Jack Harper. Dan Jack Harperlah adalah ojek untuk korang memandang dan mempercayai Jack Harper. Malah, korang akan dibawa mengenali Jack Harper secara bawah ke atas sebelum satu kebenaran yang agak mengejutkan diberikan pada suku ketiga filem. Dari sini, korang akan sedar kenapa filem ini hanya berkisar tentang Jack Harper seorang saja. 

Malang sungguh pada peminat Morgan Freeman. Lakonannya hanya muncul tak dalam 10 ke 20 minit secara total. Wataknya sebagai Beech tidak sebesar mana walaupun dicanang dalam trailer macam pelakon utama. Beech hanyalah watak yang muncul pada tengah dan akhir filem atas tujuan tertentu dan cuma membantu memperkembangkan watak Jack. Aku sebenarnya berharap Beech dibanyakkan lagi babaknya sebab kematiannya, ya dia mati, tidak dapat dirasai. 

Seperti Tron Legacy, pengarah ini menampilkan cirri ciri unik filem acuannya sekali lagi melalui filem ini. Dari visual yang sangat memukau dan lebih sederhana permainan visualnya sehingga kepada penggunaan CGI yang cukup realistik, Kosinski membina filem sci fi dengan trademarknya yang tersendiri. Jika anda tonton Tron Legacy, korang akan sedar jiwa filem ini dan filem Disney itu lebih kurang sama. 

Kosinski nampaknya cuba untuk mencuba babak babak yang lebih berani dengan filem ini. Pertarungannya kali ini lebih ganas, walaupun tak lah ganas mana, tetapi ganas lah jugak. Kosinski juga memberikan unsur seksual dalam beberapa babak yang mana mustahil nak diadakan dalam filem Tron Legacy. Dengan Oblivion, Kosinski nampaknya mencuba pelbagai gaya yang lebih bagus untuk pemantapan pengarahannya. 

Jika Tron Legacy menampilkan Daft Punk, sebuah kumpulan muzik eletronik, kali ini, skor yang dikompos oleh Anthony Gonzales dan Josepth Trapanese kali ini nampak meminjam aura Daft Punk juga. Muzik skor filem ini, yang mana akan mengingatkan kepada skor Tron Legacy nampak mirip kepada gubahan Mark Mancina dalam filem filem era 90an. Muzik sebegini memberikan feel cemas dan gah yang membantu menaikkan mood filem Oblivion. 

Overall, untuk tahun 2013, Oblivion antara sci-fi terhebat dari Hollywood. Apatah lagi, buah tangan ini dari orang berseni dan berimaginasi tinggi seperti Kosinski. Dengan Tom Cruise sebagai pelakon utama, Oblivion adalah sebuah filem dengan pelakon besar dan juga disertakan dengan kejutan yang besar. Oblivion bijak menipu. Tonton dan rasai kejutan, aksi dan imaginasi dunia masa hadapan ini! 

4/5

Wednesday, April 10, 2013

Review: The Host

Pertama sekali aku nak cakap, bagi yang benci Twilight, tolong jangan tengok The Host. Bukan apa, aku rasa korang confom akan tertidur pada permulaan dan mula menyumpah seranah filem yang diadaptasi dari tulisan asal Stephanie Meyer ini. The Host memang nampak tidak jauh daripada gaya Twilight, sama sahaja gaya romantiknya cuma kali ini penulis ini memberikan sebuah cinta yang diletakkan dalam sebuah dunia fiksyen yang unimaginable. 

Andrew Nicol, yang sebelum ini mengarahkan In Time nampaknya memberikan The Host persembahan yang tenang dan mengajak penonton untuk menghayati cerita dengan menyuntik simpati dan juga rasa sedih yang cukup inti. Pengarah ini memberikan The Host suntikan cinta yang amat luar biasa pada kisah cintanya. Aku dapat rasakan kisah Wanda yang mana bersamanya juga Melanie amat romantik dan juga berjaya memberikan unsur kesedihan yang selayaknya. 

Unsur cinta memang menjadi tarikan The Host. Namun, kelemahan yang utama ialah bagaimana watak Melanie dan Wanda a.k.a Wanderer itu sendiri dipersembahkan. Pada saat Wanda menakluki tubuh Melanie dan Melanie digambarkan hanya melalui audio, aku rasa kelemahan utama sudah datang. Kekuatan dan jiwa Melanie hilang dan sukar digambarkan sedangkan ianya berkisar tentang dua jiwa dalam satu badan. 

Malah, The Host juga dilihat membawakan cerita yang baik tetapi melalui penulisan lakonlayar yang agak lemah dan juga meleret. Separuh masa pertama filem aku lihat agak kosong dan tidak ada unsur tarikan. Tidak ada perkara yang menarik dan juga hebat untuk ditonton. Namun, separuh masa kedua nampaknya disuntik dengan emosi yang berjaya memberikan ruang untuk kembali bernafas dalam filem ini. 

Selain dari tu, beberapa babak komedi yang dilahirkan nampak menjengkelkan dan rasanya tidak fit dengan situasi dan juga suasana filem ini. Dan, bila menyaksikan Saiorse Ronan bercakap seorang diri memang agak pelik dan sukar dihadam. Mungkin jika Melanie dan Wanderer itu digambarkan dengan dua susuk tubuh mungkin lebih baik. Tahniah kepada Antonio Pinto untuk muzik skor yang menjadikan penontonnya terbuai. Sekurang kurangnya, kejanggalan itu berjaya diselindungi.

Guys, jangan expect yang filem ni akan ada aksi tembak menembak yang hebat dan gempak. Tak ada. Ok. Once again aku cakap, tak ada. The Host is 100% pure sci-fi romantik yang menyentuh tentang cinta, persahabatan dan juga keinsafan. Tidak seperti alien War of the World ataupun alien alien filem lain yang ganas, 

Stephanie Meyer nampaknya melembutkan sisi alien dengan memberikan mereka wajah manusia. Malah, objektif menakluk dunia itu sendiri diubah menjadi satu sindiran kepada kaum manusia. Kononnya, manusia terlalu kejam dan si alien ini muncul untuk memusnahkan kekejaman manusia dengan memasukkan diri mereka ke dalam badan manusia. 

Saoirse Ronan, yang sebelum ini pernah bekerja dibawah arahan director The Hobbit, Peter Jackson memberikan persembahan yang agak baik. Aku suka wataknya sebagai Wanda. Lakonannya baik walaupun dalam filem ini tidaklah terlalu diuji dengan babak babak yang selayaknya. Kalau korang tengok Twilight, korang akan fahamlah macam mana karakter karakternya bersuara kan. Cakap pun sopan santun, rendahkan suara, emosi jarang meninggi. Hah, yang tu korang akan jumpa dalam The Host. 

Overall, walaupun aku nampak review kat internet cakap filem ni agak kurang menyengat, aku rasakan The Host masih boleh dinikmati. Belum menikmati versi novel, aku rasa filem ini ada kehebatannya tersendiri. Gugurlzzz rasanya memang boleh nangislah kalau tengok kisah cinta mereka walaupun sebenarnya taklah hebat mana. Stephanie Meyer nampaknya menampilkan kisah cinta baru yang biasa cuma berada dalam suasana yang luar biasa. The Host boleh buat korang terbuai dengan cinta, percayalah (bagi yang nak percaya la.. lalala). 

3/5

Tuesday, April 9, 2013

Review: Awan Dania The Movie

Malang sungguh Awan Dania versi movie ini tidak memberikan nafas yang dicipta dalam drama bersirinya suatu ketika dulu. Sangat sangat mengecewakan apabila watak Dania itu terkontang kanting dengan semua pembaharuan yang diberikan kepada semua ceritanya. Malang sungguh kepada peminat Awan Dania kerana mungkin apa yang mereka harapkan nampaknya dibom berkecai, musnah harapan, tinggallah apa yang ada sekarang saja. 

Rashid Sibir kali ini memang tidak mampu mengembalikan kehebatan Laila Isabella mahupun CInta Luar Biasa dan juga drama tv tangkap nangisnya di layar perak. Garapan kali ini (menggantikan Azizi Chunk Adnan yang mengarahkan drama bersirinya) mungkin aku boleh katakana garapan paling teruk dalam sejarah pengarah ini. Maaflah. Aku rasakan Awan Dania The Movie amat teruk hampir dari semua aspek walaupun aku nampak Scha Alyahya cuba sedaya upaya memuaskan penonton dengan lakonannya. 

Pertamanya, Dania dipisahkan dengan dunia penerbangan yang memang menjadi tiang utama drama bersirinya. Apabila jadi macam tu, Awan Dania The Movie tidak ada apa apa yang spesel. Cuma sebuah cerita biasa yang cuma watak wataknya berada dalam bidang penerbangan. Malah lebih teruk lagi, ceritanya tidak berfokus kepada penerbangan pun. Maka apa kejadah ber’awan dania’ kalau tidak ber’awanan’ ceritanya! 

Keduanya, aku rasakan editing amatlah mendukacitakan. Aku rasakan babak awal filem ini menjengkelkan. Malah, bagaimana binaan babak itu sendiri tidak berapa sesuai. Lebih lagi, kontinuiti dan relevan sesuatu babak dilihat tidak diteliti dengan kemas. Aku kurang jelas tentang Remy, aku kurang jelas juga tentang watak lakonan Dee yang entah apa apa, dan aku juga kurang jelas dengan permainan balas balas dendam antara Dania dan Tania. Aku juga agak bingung dengan permainan jiwa watak Tania. 

Seriously komedinya biasa. Terlalu biasa. Komedi yang tidak langsung menggambarkan keistimewaan Awan Dania. Malang sungguh apabila drama bersiri yang hebat ini tidak diisi dengan bahan bahan yang ada dalam drama. Bukan apa, aku ada tonton the making dan Rashid Sibir kata dia nak ubah dan tak nak jadi macam drama bersiri. Aku kurang setujulah sebab peminat minat gaya yang ditunjuk dalam drama tv. So, berikan apa yang diorang mau dan korang pun untung. 

Apapun, aku lihat lakonan Scha Alyahya memang tidak kurang hebatnya. Dia memang seboleh bolehnya berusaha untuk memberikan lakonan yang mantap. Komedinya, kecomelannya dan juga kesedihannya jelas ditonjolkan kemas dengan gayanya tersendiri. Malang sungguh lakonlayarnya tidak membantu menghidupkan lagi watak Dania dengan lebih baik. 

Terkilan jugaklah sebab filem ini punya kualiti visual yang sederhana dan tidak hebat macam drama tv. Malah, kadangkala dengan komedinya yang tidak logik, dan kontinuti yang gila teruk macam scene khemah masuk air tu, aku tak dapat terima komedinya. Ew, si Dania tu buat khemah jauh dari kawasan air pasang kot. Tak logiklah dia boleh masuk dalam air khemahnya tu. 

Filem paling teruk Rashid Sibir. Dan juga filem paling teruk dari Tayangan Unggul untuk 2013. Awan Dania tidak menjanjikan apa apa yang baharu. Semuanya lebih teruk dari drama tv yang korang tonton dulu. Walaupun lakonan Scha Alyahya memang tidak mengecewakan, namun Awan Dania seolah tidak wujud dalam filem ini. Sangat kesian kepada peminat Awan Dania. Pasti terkeceiiiiiwa… 

2/5

Novel: Hilang (Dayang Noor)

Hilang
Penulis: Dayang Noor
Penerbit: Fixi

Bila aku tengok writer ni pompuan namanya, aku tak menyangka dia ada jiwa lelaki dalam setiap penyampaian tulisannya. Mungkin dalam erti kata lain, dia memahami kehendak lelaki dalam membaca sesebuah novel. Hilang punya 80% misteri, 19.9% gangster, dan 0.01% seks yang mana menjadikannya adunan yang cukup lengkap untuk sebuah novel penyiasatan. Let just say Hilang ni mengikut format penyiasatan Hollywood tapi setting dia kat Malaysia. 

Penulis nampaknya tidak melengah lengahkan masa untuk membuka cerita. Terus helaian pertama, ternampak Shariman yang sibuk membuat sesuatu yang mana disembunyikan motifnya beberapa ketika sehinggalah helaian helaian seterusnya diselak. Hilang terus! Memang tiba tiba saja kita berada di tengah konflik sedangkan apa puncanya tidak diberitahu pun. 

Namun, nampaknya penulis ni ada gayanya tersendiri. Masalah yang terus bermula itu dibawa terus ke hadapan sambil berselang seli dengan satu lagi plot yang jauh gila dari cerita yang pertama. Dalam seratus muka surat pertama macam tu, korang akan rasa tertanya tanya apa kaitan plot Khairani dengan plot kehilangan Ikhsan. Tiada satu pun point yang menunjukkan dua plot ini ada kaitan. 

Apa yang menariknya, dua plot ini memang bercantum. Plot Khairani itu yang disettingkan sebelum kejadian kehilangan Ikhsan disusun berselang seli sehinggalah dalam page seratus lebih macam tu, watak Ikhsan mula muncul dalam plot Khairani, dan Khairani pula muncul dalam plot kehilangan Ikhsan. Gila babas punya tricky! 

Positifnya, the idea sebenarnya berjaya hold kemisterian tu sampai nafas terakhir. Unpredictable plot yang menarik. Namun, aku rasa konflik antara Ikhsan dan Shaziman tu hilang macam tu. Itu yang tak menarik tu. Kenapa tiba tiba Shaziman ni cari Ikhsan. Yang lagi pelik, kenapa tiba tiba je Shaziman tu drug Jo suka suka hati tanpa buat pape? Papepun, sikit je tuh. Tak ada papepun. 

Cadangan aku, bagi yang belum membaca, perhatikan watak Khairani yang memang dibina dengan dark side yang memang cukup buat aku geram. Budak tu bunuh orang kot. Dia bunuh bapak dia kot! Dia terbunuh Mona, ok that’s fine! Dan dia pun bunuh Zed!!! And still, she still survived from the police?! Memang watak ni best! Luarbiasa gitu. 

Overall, aku suka cara penceritaannya. Ianya berjaya simpan misteri tu sampai habis helaian. Dengan gaya bahasa yang memang santai dan juga rileks, kisah Shaziman dan Jo serta Khairani ini memang padat dengan misteri yang memang hebat. Kalau baca setengah buku pasti takkan faham. Sebab kefahamannya akan sampai bila chapter chapter terakhir dibaca. 

4/5

Friday, April 5, 2013

Review: The Croods

The Croods memang super duper lawaknya. Filem yang memang menampilkan setting ala ala kartun Flinstone ini nampaknya ada kekuatannya yang trsendiri. Karya Dreamworks memang tak dapat dinafikan lagi memang punya kekuatan yang tersendiri. Walaupun pada akulah, The Croods tidak mengikut formula biasa sesebuah filem komedi macam ada watak jahat dan baik yang jelas dan ending yang besar, The Croods tetap ada keistimewaannya tersendiri. 

Pengarah Kirk De Micco dan Chris Sanders yang terkenal dengan filem sebelum ini, How To Train Your Dragon membawa satu kisah prehistoric yang memang agak sukar dibayangkan dengan kepala hotak. Justeru, memang kalau tonton The Croods, toksah pikirlah logik akal korang untuk diserap dengan babak babak yang luar biasa dan melawan reality dalam filem ni. 

Anggap saja The Croods filem komedi yang gila gila. Yes, memang gila sebab The Croods mengisahkan bagaimana satu family yang kuat dan juga gembira terpaksa mengembara apabila rumah mereka yakni gua tempat reka huni musnah akibat perubahan dunia pada zaman tersebut. Well, honestly, aku agak tak boleh nak hadam idea perubahan dunia macam tu sebab it is beyond my imagination. 

Nah, the adventures akhirnya yang secara perlahan lahan membuka mata The Croods yang agak terkebil kebil dan ada perasaan ‘wow, tu apa?!’ akhirnya membawa kepada komedi komedi yang disajikan. The Croods tidak membina komedinya dengan watak watak jahat dan baik. Dalam filem ini, kesemuanya watak adalah watak yang baik. Apa yang menjadi penghalang mereka ialah dunia mereka sendiri. 

Jalan ceritanya kadangkala boring jugak. Tapi, bila disongokkan dengan adegan yang agak ceria pada awalnya, permulaan filem ni berjaya membawa penonton bergembira dengan geng The Croods ini yang luar biasa skillnya. Yelah, jatuh sana sini tak sakit. Tak mati. Tipikallah bagi kartun. Then, bila dah ke tengah,filem ni dibawa ke alam yang agak aneh untuk menggambarkan sebuah zaman prehistoric. Tetapi, untuk sebuah zaman prehistorik fantasi, acceptable.

Kesemua pergerakan plot berdasarkan kepada imaginasi sebenarnya. Hampir kesemuanya adalah imaginasi kreatif yang kalau kita tengok dalam reality, confom tak boleh buat. Namun, aku tabiklah sebab entah kenapa aku rasa macam fun dan agak excited melihat journey diorang walaupun diorang sedang membohongi aku dengan adegan adegan yang tak logik langsung. 

But yea, itulah animasi. The Croods tidak bercakap dengan lawak yang kosong. Apa yang filem ni nak sampaikan ialah tentang perubahan. Ya, dunia berubah. Dan manusia juga perlu berubah. Keseluruhannya, apa yang adventure ni nak sampaikan hanyalah tentang perubahan. 

Walaupun aku rasakan suara Nicholas Cage tidaklah sebagus mana dalam membawa watak Grug, filem ini taklah cacat. Cuma aku rasa macam kekok je Nicholas Cage dalam menuturkan dialog dialognya. Pelakon yang lain menarik dan menjadi. Papepun, The Croods memang pengembaraan komedi slapstik yang memang lucu dan kelakar. Walaupun bukanlah antara filem paling kelakar, namun The Croods taklah teruk. Still acceptable. 

3/5

Thursday, April 4, 2013

Novel: Ngeri (Gina Yap Lai Yoong)


Ngeri
Penulis: Gina Yap Lai Yoong
Penerbit: Fixi
beli novel di sini

Karya Gina Yap Lai Yoong ini menepati ciri ciri thriller slasher yang aku mahu. Bagaimana penulis ini membina settingnya yang realistik dan juga sesuai dengan jalan cerita menjadikan Ngeri antara karya slasher yang agak hebat. Pada aku, persembahan Ngeri itu sendiri sudah luar biasa. Ianya mengingatkan aku kepada format Salmon Fishing in The Yemen tulisan Paul Torday. Dalam novel tu, penceritaan adalah menggunakan dokumen. 

Dalam Ngeri, penggunaan emel untuk menunjukkan kesinambungan antara satu insiden ke insiden yang lain menghilangkan rasa bosan dan membentuk satu jalan cerita yang agak pantas dan cemas. Dengan penulisan sebegini, ianya berjaya membentuk sisi baru genre thriller. Amat suka!i 

Watak Samuel diletakkan sebagai ‘deception’ yang digunakan untuk memutar belitkan cerita. Yang bestnya, penulis meletakkan satu cerita yang nampak lurus, terutama apabila sampai kepada babak pengakuan Samuel, yang mana berjaya membina satu penipuan pada jalan ceritanya. Pembaca ditipu dan kemudiannya berjaya digemparkan dengan satu twist baru pada hujung helaian terakhir novel ini. 

Kegilaan ini memang buatkan ngeri gila babas punya best! Ending yang berjaya memberikan kejutan yang sempurna. Dengan penulisan yang agak simple dan senang difahami, Ngeri memang mewujudkan John Kramer versi Malaysia. Red herring yang diberikan memang sempurna. Cerita ni tentang pelajar filem nak ke Hollywood. Sebenarnya, Hollywood tu dah dibawa ke sini. 

4/5

Wednesday, April 3, 2013

Novel: Sitora Harimau Jadian (P.Ramlee)


Sitora Harimau Jadian
Penulis: P Ramlee
Penerbit: Fixi Retro
beli novel di sini

Si Tora Harimau Jadian memang buatkan aku bangga dengan P. Ramlee. Tulisan asal dari filem yang sudah hilang entah ke mana ini memang membuktikan yang P Ramlee sebenarnya hebat dalam menghasilkan karya karut + sains yang agak mendalam isinya dengan persembahan yang ringan dan santai. Pengalaman membaca tulisan ini menyimpul bahawa P. Ramlee amatlah hebat kerana idea ini memang tidak pernah dilihat dalam filem zaman itu. 

Dr. Affendi memang aku amat akui punya sifat yang jauh dari akal fikiran. Dilihat sebagai satu hero yang cuba untuk menamatkan kepercayaan tahyul, bagaimana perkembangan watak ini memang cun. Ini yang membuatkan aku melekat membaca buku ni sampai tak boleh nak berhenti. Bukan apa, Dr. Affendi ini ibarat hero yang teraniaya kerana balasan dendam dan usahanya yang sentiasa dihalang. Tok Dukun pula mungkin mewakili satu sisi benar masyarakat kita. Kepercayaan kepada tahyul dan sebagainya. 

Tok Dukun juga macam aku tengok, digambarkan cuba sedaya upaya merampas kepercayaan yang sudah berpusing apabila Dr. Affendi datang. Perancangannya yang agak kemas dan menyukarkan dan mengaburkan pihak polis menunjukkan bahawa Tok Dukun bukan seorang yang boleh dianggap main main. 

Overall, plotnya pantas. Aku tak perlu baca word by word untuk faham. Tetapi untuk bergerak dari babak ke babak, baca dialog dan beberapa kerat huraian tindakan dalam beberapa perenggan pun dah cukup. Garapan yang pantas dan insiden yang baru dari masa ke masa menyebabkan aku rasa naskah yang hilang ini sesuatu kerugian bagi kita semua. 

P. Ramlee tidak memberatkan cinta Dr. Affendi dan Naemah. Itu yang baiknya. Cinta mereka hanya dijadikan sisi untuk menyuntik sedikit emosi di hujung hujung cerita. Apa yang aku nampak, wtak Mutalib memang sangat berat dan sinis memerli kepercayaan bomoh. Kuat sangat! Dengan bahasa yang berani, P Ramlee tidak ragu ragu menggunakan watak ini untuk membina sisi orang yang tidak percaya mistik. 

Namun, watak Dr. Afendi pula dibina dengan satu perubahan. Memang Dr. Afendi memang tipikal Hollywood. Doktor yang mulanya tak percaya kemunculan harimau jadian beralih dan menjadi harimau jadian sendiri apabila dia sendiri disumpah. Dan, Dr. Afendi ini adalah peluang P Ramlee untuk bercerita yang mistik itu wujud dan tidak semua mistik itu karut dan bohong. 

Bukan apa, idea yang diambil dari The Wolfman yang diadaptasi dan dijadikan satu kritikan budaya ini memang amat padat dengan seram dan luar biasanya. Jika manuskrip ini difilemkan kembali walaupun taklah sesempurna asal, ianya mungkin mengembalikan semula separuh naskah yang hilang ini untuk tatapan mata penonton yang sempat menonton filem ini yang dikhabarkan pernah ditayangkan sekali di RTM sebelum filemnya hilang begitu saja. 

4.5/5

Tuesday, April 2, 2013

Review: Cerita Kita

Potongannya cantik. Tak ada menunjukkan tipikaliti filem filem MIG langsung. Pengarahan Pierre Andre amat berlainan sungguh dalam filem ini. Cerita Kita menjadikan satu lagi aras baru bagi filem filem MIG. Bukan aku nak cakap, 2013 nampaknya menunjukkan kompani ini mula berevolusi dengan filem filem out of box di samping filem filem biasanya. Dan aku respek Cerita Kita sebab ianya punya visual yang amat lain dari filem filem MIG lain. 

Yana Samsuddin kembali kali ini dengan watak yang berbeza. Ika nampak amat comel dan juga sangatlah memberi perasaan ‘sweetnyeeee’ kepada penonton terutamanya sekali kepada penonton penonton muda. Pada aku, lakonannya menjadi. Mungkin disebabkan oleh kecomelannya, dan juga skrip yang agak meyakinkan, watak Ika tidaklah menjadi terlampau gedik dan juga meluat. Cukup cukup rasa. 

Pekin pulak antara persembahannya yang agak memberansangkan selepas Bunohan. Melihatnya dalam watak yang agak komersial dan simple macam ni menampakkan lagi sisi sisi pelakon ini. Lakonannya memang selamba dan realistik. Punya nadi yang cukup untuk membuat penonton merasakan reality yang cuba dipaparkan. Lakonannya memang ada keunikannya tersendiri. 

Fezrul mungkin agak kurang menyengat bagi aku. Mungkin aku sendiri kot yang agak kurang biasa melihat lakonannya dalam karakter sebegitu. Namun, lakonannya memang agak boleh tahanlah sebab dialognya agak membantu dalam perkembangan wataknya. 

Pada ceritanya, aku yakin bagi yang dah menonton akan mengatakan ceritanya memang simple. Cerita dua lelaki merebut seorang perempuan. Cliché! Tetapi garapan romantic gaya Pierre Andre memang memberikan nafas baru dalam story yang agak simple dan boleh diagak ini. Garapannya membolehkan penonton terutamanya muda mudilah dalam feeling lentok punya bila tonton filem ni. 

Aku suka visualnya. Kamera yang shaky shaky tu memang cool lah dan memang beri roh yang baru kepada filem romantik sebegini. Walaupun aku rasakan ada beberapa part yang tak wajar di’shaky shaky’kan visualnya sebab mengganggu fokus, keseluruhan visualnya hampir lari sangat jauh dari filem filem MIG lain. Pendek kata, ini karya Pierre Andre yang lain dari yang lain. 

Membandingkan filem filem Pierre Andre dari 9 September hinggalah terkini, pengarahan filem Cerita Kita adalah yang paling sempurna dalam filem filem Pierre Andre. Pendekatannya yang nampak lebih reality dan juga memberikan nilai estetikanya tersendiri memberikan filem ini sebuah pakej baru dalam senarai filem filem MIG. Seni yang selalu ditinggalkan dalam filem filem MIG diisi sebagai satu nafas baru kepada filem filem MIG. Dan, ya, ianya membanggakan. 

Dengan dialog yang memang cukup sweet dan kreatif serta buat orang yang bercinta tersenyum simpul, Cerita Kita adalah sebuah filem simple yang boleh dijangka endingnya. Tetapi, dalam cerita sebegini, rasanya ending tidak menjadi focus utama. Apa yang penting ialah bagaimana usaha karakter dan juga konflik diantara karakter yang dekat dengan hati yang pernah mengalaminya. 

Cerita Kita pada aku, secara peribadi amat menarik. Lakonan Pekin, Yana dan Fezrul memang sesuatu yang berbeza dan wajar dilihat. Ini bukan sebuah filem MIG biasa. Ianya lebih dari itu. Sebuah garapan Pierre Andre yang agak cantik dan terbaik. 

4/5

Novel: Antologi Jiwa Kacau


Antologi Jiwa Kacau
Penerbit: Alaf 21
beli novel di sini


Antologi Jiwa Kacau adalah himpunan kisah thriller terbitan Alaf 21. Ada lima cerita pendek yang dimuatkan dalam antologi ini dari lima penulis. Reviewnya adalah seperti di bawah:

1) Tragedi Di Lampu Isyarat (Elee Mardiana) 

Tipikal. Sebuah cerita yang pada aku permulaannya menarik. Ada keterujaan sebab setting awalnya di New York. Kemudian, dengan watak Rita, cerpen ini membawa kepada persoalan tukar agama, dan sedikit selitan persepsi orang bukan islam tentang islam. Kemudian, ke tengah cerpen, kita dibawa ke Malaysia dan kisah rasuk rasuk tipikal bermula. Twistnya tak umph! Mengingatkan aku kepada The Eyes, sebuah filem. Overall, sederhana.

3/5

2) Menari Dalam Duka (Attokz Dikulgai) 

Aku suka story ni. First, yang menariknya sebab writer banyak pakai istilah istilah yang lebih menggambarkan dunia pengedaran dadah. Itu cukup best sebab dari situ, aku nampak yang writer ni memang ada buat research dalam membina sebuah kisah tentang operasi pengedar dadah dalam filem ni. Agak menarik pada awalnya. Kisah Tria, Ghazeem dan Arzam yang bersahabat menjadi musuh dalam selimut. Komplot sana sini yang menarik. Cuma, endingnya, tipikal terbitan alaf 21.

3.5/5

3) Dendam Bunga Dahlia (Lyn Dayana) 

Serius ini baru tahap jiwa kacau. Kisahnya simple tapi memang agak saspen dan penuh keterujaan. Ada rasa macam membaca kisah yang datang dari Hollywood. Memang ceritanya agak baik dan juga best! 

4/5

4) Buru Bayangan Luka (Dhiya Zafira) 

Cerita ni awesome. Mungkin cerita paling gempak dalam antologi ni. Kisahnya yang memang dibina dengan kemas memang agak memberikan unsur thriller dengan baik. Watak Azalea memang agak best sebab pembaca dibawa antara percaya atau tidak cerita yang diceritakan kepada Adha. Cerita yang agak best sebab konfliknya agak besar dan juga beyond imagination. Tabik spring!

4.5/5

5) Cinta Berdarah (Salina Salleh) 

Yang ni memang antara cerpen paling pelik dalam buku ni. First of all, terlalu banyak kata kata kesat dalam cerpen ini. Keduanya, level of violence memang tahap gaban. Ketiganya, ceritanya paling gila dan juga biadap. Dan ya, ianya menepati kejiwa kacauan novel ini. Perasaan geram dengan ending mungkin memberikan kegilaan kepada pembaca. Namun, jujurnya, aku hanya nampak sumpah seranah dan kebiadaban sehinggakan tenggelamnya cerita yang mahu diceritakan.

2/5

Monday, April 1, 2013

Review: Dua Kalimah

Dengan Dua Kalimah, MIG telah meletakkan satu lagi anjakan pada genre filem filem agama terbitannya. Ternyata, filem ini menampilkan idea dan juga sisi sisi baru genre agama dari penerbit yang terkenal dengan filem filem simple kelakar dan horror ini. Dua Kalimah bukan lagi another Syurga Cinta, or tipikal 7 Petala Cinta, ianya sesuatu yang segar dan lebih berat daripada itu. Berharap untuk sebuah cinta dengan ayat ayat romantik, Dua Kalimah bukan filemnya. 

Pertama, aku nak cakap kesan solekan mayat mayat tu gempak! Menjadi! Hasrat Eyra Rahman selaku pengarah nampaknya besar. Dalam Aku Terima Nikahnya, walaupun ianya nampak satu aura wanita dipersembahkan dalam sebuah filem romantik, kali ini, Dua Kalimah menunjukkan bahawa dia bukan seorang yang hanya tahu bermain dengan permainan cerita yang simple simple. Dua Kalimah sebuah cerita yang berat. Ada intipati yang besar mahu disampaikan di dalamnya. 

Mungkin meminjam aura filem Bunohan, Dua Kalimah nampaknya berhati hati dalam setiap penataan visualnya. Visualnya agak tenang. Meyakinkan untuk sebuah filem agama yang padat mesejnya. Pada aku yang agak membenci ke’tipikal’an filem filem MIG yang apabila habis je logo Metrowealth muncul dengan bunyi yang agak membisingkan itu lepas tu muncul pulak skor muzik yang mula dan tak reti nak henti henti tu, Dua Kalimah buat aku kata, “yes, inilah yang aku mahu”. 

Secara peribadinya, Dua Kalimah, pada pembukaan filemnya memberitahu kepada penonton yang filem ni bukan biasa. Dan bersedia untuk menakrif apa yang cuba disampaikan secara tersirat dan tersurat. Di awal mula yang mana memaparkan suara azan subuh dan pandangan watak Aiman lakonan Shaheizy Sam yang memandang cermin sambil lap songkok itu menimbulkan tanda tanya apa sebenarnya yang akan diberikan dalam filem ini. 


Dan ya, seterusnya, filem ni memang menampilkan babak babak yang ya, memang menepati elemen sebuah filem agama. Remember yang filem ini adalah filem agama. Jadi, bersedia untuk kena tempias jika korang adalah antara yang di kalangan yang telah melakukan sesuatu seperti apa yang watak Aiman lakukan. Walaupun iyalah, jujurnya filem Dua Kalimah tidaklah menepati 100% karya islami sebab masih ada babak sensual yang rasanya tidak sesuai dimasukkan, ianya bolehlah dimaafkan. 

Honestly, apa yang Eyra Rahman sampaikan adalah sesuatu yang sama macam filem 2 Alam yang korang tonton (tu pun kalau korang tonton..) dan juga Tanah Kubur. Cuma, bagaimana pengarah wanita ini membawakan kisah tentang kematian yang menggerikan disebabkan dosa dosa watak tersebut dijalinkan dalam cara yang agak berbeza yang mana sekaligus menjauhi perbandingan dua filem tadi. 

Eyra membawakan Aiman, lakonan Shaheizy Sam dan watak lakonan Nora Danish itu sebagai satu tali yang merantai subplot subplot lain yang digarap secara flashback. Tiga flashback seperti kisah pengamal ilmu hitam, kebiadapan anak dan kisah pelacur dipaparkan sebagai satu sindiran terhadap watak utama yang sedang dalam perjalanan menuju ke kampungnya. 

Dalam perjalanan dari flashback ke flashback, watak Aiman dicuit dengan takdir 'hoi, sedar sedarlah dan bertaubatlah sebelum kau jadi macam mayat mayat tu!' yang pada aku boleh dikatakan menyindir hidup Aiman yang menyembunyikan dosa dosa besarnya secara sedar. Ya, digambarkan Aiman sedar tentang takdir yang mencuitnya untuk mengubah dan berubah, namun dia tidak mahu peduli. Tiga watak utama lakonan Yana Shamsuddin, Nora Danish dan Shaheizy Sam punya pertalian storyline yang bagus! Sukakannya! 

Cuma negatifnya, mungkin aku rasakan yang beberapa adegan dalam filem ini tidak digarap dengan kemas dan memenuhi kelogikan yang dimahukan. Contohnya babak rumah Azlan Komeng terbakar yang agak unrealistic sebab penduduk boleh tetiba saja lepaskan si bomoh tu pergi dan masuk dalam rumah. Lagi, hujan turun tiba tiba dalam panas yang tidak realistik dan sesuai dalam flashback Mikael Andre. Namun, semuanya letak tepilah. Fokus ceritanya. 

Lagi satu, mungkin lakonan veteran veteran dalam filem ini agak kurang impaknya. Malah, jujurnya, Shaheizy Sam, Nora Danish dan Yana Samsudin nampak teruji dengan watak watak ini namun ditangani dengan sekadar biasa biasa saja. Kurang impak tapi menyerlah. 

Pada pendapat aku, aku lebih menyukai ending dimana watak Aiman mendapat pembalasannya dan tidak sampai kepada satu keinsafan. Ianya lebih layak sebab dosanya agak besar dan boleh tinggalkan impak. Namun, Eyra nampaknya kembali menggunakan happy ending yang meminjam formula Aku Terima Nikahnya. Sekaligus, setelah dua filem, pengarah ini mewujudkan satu trademark dimana di ending filemnya, pasti ada monolog dan dua watak memandang ke satu arah membelakangi kamera. 

Mungkin bagi yang nak filem cinta komedi, Dua Kalimah bukan untuk korang. Filem ni agak berat. Dan don’t expect korang akan dapat lihat love triangle Yana Samsuddin, Shaheizy Sam dan Nora Danish dalam filem ni. Eyra tidak memfokus kepada itu. Sebaliknya, mesej yang berat dan juga pengajaran tentang takdir yang sudah tertulis untuk setiap manusia menjadi paparan Dua Kalimah. Setelah menonton, korang akan perasan yang Dua Kalimah bercakap tentang balasan tuhan itu ada bagi yang tidak mengendahkan pengajaran dari insan terdahulu. 

Terima kasih kepadapihak Metrowealth atas jemputan atas tiket blogger menonton filem ini di Sunway Carnival Penang pada 31 Mac 2013 jam 2.30 ptg! Filem ini berada di pawagam 4.4.13 ini!.

4/5

Review: It (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Andy Muschietti Pelakon | Bill Skarsgard, Jeremy Ray Taylor, Sophia Lillis Ketika menonton The Da...