Akan Datang!

Saturday, March 25, 2017

Review: Kong - Skull Island

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Jordan Voght-Roberts
Pelakon | Samuel L Jackson, John Goodman, Tom Hiddleston, Brie Larson

Kong ialah sebuah watak beruk monster yang dikenali dari generasi ke generasi. Dari filem pertamanya pada tahun 1933, filem ini menunjukkan bagaimana seorang wanita berjaya menundukkan ego seorang ‘raja’ hutan yang terhebat dan terkuat. Filem ini pernah dibikin semula dengan teknologi terkini oleh pengarah Lord of the Ring, Peter Jackson dan menjadi filem yang menerima ulasan positif.

Pada tahun 2014, Godzilla muncul sebagai salah satu perancangan untuk membina satu dunia yang dikenali sebagai Monsterverse. Ianya mirip formula filem superhero Marvel dimana Godzilla akan digabungkan dengan Kong dalam beberapa filem dan mereka akan berkongsi dunia dan juga masa. Maka, pada 2017, daripada pengarah Jordan Voght-Roberts, Kong dihasilkan sebagai sebahagian daripada universe itu.

Pada aku, apabila perancangan untuk gabungkan dunia Godzilla dan Kong itu berlaku, dan filem ini ialah hasilnya, ianya sekaligus melenyapkan kesemua kisah unik Kong yang asal. Apa yang ada pada filem ini ialah sebagaian daripada spark untuk menyalakan sebuah kisah Kong dalam cerita yang baru dan tidak seunik dahulu.

Kong: Skull Island ialah sebuah filem yang kosong dan hanya dipenuhi dengan aksi dan aksi hanya untuk mewujudkan Monsterverse yang diidamkan. Tiada perkara menarik yang boleh diulas selain penonton yang mungkin melihat Apocalypse Now di dalam beberapa adegan filem ini. Pada aku, ianya tidak lebih dari sebuah aksi pertarungan kaiju yang boleh dikatakan sesedap bertih jagung.

Dibandingkan dengan remake Peter Jackson, kong: Skull Island tiada kisah cinta Kong dan gadis yang meruntuhkan ego lalu membawa kepada kematiannya. Ianya kisah yang lebih kepada kisah survival watak-watak manusia yang terkandas dek kerana diserang Kong pada awal filem. Kalau kau nak tonton Kong beraksi, kau perlu berdukacita kerana Kong hanya muncul beberapa kali, dan selebihnya hanyalah survival watak manusia.

Tabik spring juga pada visual pertarungan yang memang buat aku kata wow! Visualnya memang hebat dan kemas. Ianya seperti menonton sebuah filem Michael Bay, yang selalu ada adegan helicopter terbang ke arah matahari, kali ini dengan Kong menunggu untuk membaham. Ianya sebuah adegan yang memang ikonik dan menarik untuk ditonton.

Tidak dinafikan, aksi pertarungan Kong memang menarik untuk ditonton. Mengagumkan. Malah, setiap pergerakan kamera, mahupun cerita bergerak dengan cepat dan tidak sekalipun menyebabkan aku terlelap. Keterujaan itu ada. Namun, sedikit kekecewaan muncul apabila pengembangan watak hanya tinggal kenangan. Kelihatan dalam filem ini hanyalah watak yang banyak berjalan kaki, dan kemudian mati apabila tiba masanya. Itu saja!

Plotnya mengingatkan aku kepada Jurassic Park 3 dimana kisahnya berkisar tentang sepasang suami isteri yang nak bawa professor tu untuk ke pulau sebab ada muslihat terselindung, dan kemudiannya end up dengan tour tak dijangka di pulau itu!

Samuel L Jakson memang menarik! Namun, aku masih rasakan dia hanyalah sebuah watak yang dendamnya dilebihkan untuk menjalankan cerita ini. Dendam untuk menyebabkan dia berjalan kaki, lalu berakhir dengan tragedi. Dendam yang tak harus ada. Dendam yang boleh diselesaikan dengan mudah, tapi menjadi sukar. Sia-sia, namun ianya masih gula-gula yang best!

Apapun, Tom Hiddleston yang popular dengan watak Loki dala The Avengers juga tidak meriah mana lakonannya. Aku gagal nampak bagaimana watak ini berkembang menjadi bunga yang baik untuk hiaskan Kong ini. Malah, Brie Larson juga yang kelihatan menjadi watak ‘bunga bunga cinta’ untuk Kong juga gagal untuk menghidupkan wataknya dengan baik.

Bagi sebuah filem aksi, Kong memang cukup rasa. Kau harus duduk, dan tonton filem ni macam naik kereta api di tanah rata. Kau jangan jangka ianya macam roller coaster, yang dipenuhi dengan jerit, kejut, dan hysteria! Tiada ok! Ianya hanya aksi demi aksi yang tidak ada kejutan mahupun cerita yang berkembang. Tiada twist cantik. Hanya plot yang sudah boleh dijangka yang mana sangat seronok untuk ditonton.

4/5

Wednesday, March 15, 2017

Q & A Pengharaman Filem Beauty and the Beast di Malaysia

Kecoh sekarang tentang filem Beauty and the Beast yang diharamkan tayangannya di Malaysia. Bukan sahaja di Malaysia, malah beberapa negara lain pun telah bertindak dengan membuat perkara yang sama. 

Seperti biasa, netizen akan mengecam, dan ada yang membela. Ikuti Q&A ini dari saudara Ahmad Farami... 

...............................................................................................................



Laporan terkini Associated Press, Disney batal tayangan Beauty and the Beast (B&B) di Malaysia, setelah dikenakan syarat penapisan "gay moment" dalam filem tersebut. 

Antara respons (komen sebenar) penyokong B&B dalam kalangan Melayu-Muslim di media sosial: 

"Kalau ada adegan bunuh dan rompak, hang akan ban filem tu jugak ke? Bukankah itu pun langgar undang undang???" 
Boleh ada adegan bunuh dan rompak. Tapi dalam etika dan garis panduan penyiaran, perlu ada "poetic justice" - yang jahat dihukum setimpal atau ada keinsafan di hujung cerita. Dan paparan pembunuh serta perompak harus negatif. Tapi gay dalam cerita Hollywood diraikan. Cerita gay selalunya menang anugerah. Skrip Hollywood simpatetik terhadap watak gay. Masyarakat yang disuruh insaf, dan menerima homoseksualiti. 
"Ombak Rindu ada rogol boleh pulak lepas wayang" 

Ini falasi "false comparison". Dua filem berkenaan perlu dinilai berdasarkan merit masing-masing. Adanya rogol dalam filem Melayu BUKAN justifikasi untuk abaikan homoseksualiti B&B. Sekiranya satu dapat diatasi, kesannya lebih baik berbanding membiarkan kedua-duanya.

"Bestiality (hubungan seksual dengan haiwan) dan Stockholm Syndrome (jatuh cinta dengan penculik) dalam Beauty and the Beast boleh pulak" "False comparison". 

Kalau ada adegan 'bestiality', ia juga akan ditapis seperti "gay moment".

"Just ade satu character dalam tu openly gay and tertarik dgn watak lelaki..itu saje ... walhal bukan aksi lucah pun" 

Lucah tak semestinya eksplisit. "Gay moment", idea homoseksualiti, pandangan dan sentuhan 'suggestive' dalam B&B juga lucah ('indecent') berdasarkan sensitiviti tempatan.  

"Tak payah tengok kalau tak suka" 

Walaupun ada ahli masyarakat yang tak tengok, penerimaan "gay moment" di sinema (domain awam) tetap memberi signal homoseksualiti adalah 'socially acceptable'.

"Nk sekat2 mcm la org x blh tgk online" 

Tengok online, itu private domain. Tanggungjawab sendiri. Tapi dalam public domain, ada pertimbangan lain. Ada implikasi sosial dan budaya. Maka, perlu ada kawalan.

"Benci aku mysia ni,senstitif sangat bila nak majunya adoiiyaoi" 

"Maju" dengan menerima "gay moment" di domain awam? Maju bermaksud celik norma etika tempatan, mampu menilai dengan kritis propaganda & normalisasi LGBT. Maju, bila bebas daripada penjajahan budaya. 

"Takut terpengaruh, iman senipis bawang ke?" 

'Resistance' terhadap normalisasi LGBT didorong iman yang belum menipis dalam komuniti.

"Homoseksualiti dah lama dalam masyarakat. Apa kaitan dengan filem??" 

Memang dah ada lama dah, sejak zaman Nabi Luth a.s. Tapi, homoseksualiti cuba dinormalisasi melalui filem kontemporari. Ini menyebabkan 'desensitisation' (cair sensitiviti) masyarakat terhadap penyimpangan LGBT. Fikirkan juga tentang kesudahan kaum Nabi Lut.

"The world has moved on and it's time we equip our young children with the facts of life of this present day and age." 

Kita perlu sama "move on", walaupun ke arah yang salah? Ada hadith sahih menggesa tidak meniru mereka, "moving on" bersama mereka sejengkal demi sejengkal. Kita ada pegangan nilai tersendiri yang jelas dan bersifat tetap.

"Bodoh lah nak sekat". 

Cerdik, sebab ambil kira sensitiviti majoriti, dan kesan jangka masa panjang. Bodoh, bila utamakan Emma Watson berbanding maslahah awam. 

"Effeminate male characters in Malaysian movies/dramas made the cut but a "gay" scene from an innocent classic must be removed" 

'Effeminate' ("lembut") tak semestinya amalkan homoseksualiti. Dalam B&B, wataknya 'openly LGBT', jelas seorang gay. LGBT adalah orientasi seksual dan gaya hidup, bukan sekadar sifat "lembut". 

"I hope malaysia will be open-minded enough to let it be shown" 

Perlu "open minded" untuk faham etika relativisme budaya - apa yang biasa di Amerika Syarikat (AS) tak semestinya dapat diterima di sini. Di AS sendiri, pawagam di Alabama boikot B&B. Jangan kita lebih sudu daripada kuah.

"Our self-appointed guardian of morality -- the Censorship Board. They think they're doing the parents a favour, not realising they're a bit behind time." 

Your liberal parental sensibilities are insignificant. Kalau Censorship Board tak buat kerja, majoriti ibu bapa akan persoalkan tanggungjawab moral agensi tersebut.

"Why some parents think their kids are easily swayed n influenced by movies?" 

In sociology, kids learn/internalise values and cultural norms through mass media. Ini disebut "socialization process".

Kredit Facebook: Ahmad Farami 

Tuesday, March 7, 2017

Review: Logan

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | James Mangold
Pelakon | Hugh Jackman, Patrick Stewart, Dafne Ken

Akhirnya, pengakhiran kisah Wolverine sudah tiba. Kalau kau tanya aku berapa lama dah filem pasal Wolverine ni ada di pawagam, ianya semenjak aku berada di darjah enam lagi. Bermakna, dengan watak yang tidak tua itu, Wolverine merentas masa dan menjadi filem superhero yang keluar masuk dalam dunia X-Men yang sangat-sangat penting dan menarik. 

Logan dikhabarkan menjadi sebuah filem pengakhiran untuk Hugh Jackman sebagai Wolverine. Katanya, sudah cukup sudah, sampai di sini saja, dia tidak mahu watak yang dipegangnya jadi bosan dan bosan. Dia mengharapkan yang Wolverine itu akan jadi segar semula jika ianya ada kembali lalu orang lain yang memegang peranannya. 

Seriously, this movie bukan untuk keluarga. Malah, aku rasa, ada juga yang akan tutup mata bila tonton babak filem ini yang agak gore dan violence. Aksinya memang tip top tanpa potongan, jika anda menonton di pawagam dan ianya akan memberikan kau rasa yang sangat-sangat best jika kau antara peminat filem sebegini. 

Dengar katanya, Hugh Jackman sanggup untuk dipotong gaji gara-gara nak realisasikan filem ini menjadi seganas ini. Fuyooo! 

Jika kau menonton watak Wolverine sejak muncul dalam trilogy asal X Men sekitar awal milenia, kau akan rasakan ini ialah antara filem yang layak untuk Wolverine ada. Treatmentnya nampak sangat realistik sehinggakan Logan kelihatan wujud dalam dunia biasa tanpa dibayangi wajah adiwira dan juga kuasa jahat yang cuba nak tawan dunia. 

Plotnya ringkas, serius dan mudah. Namun, ianya kelihatan lancar untuk meraikan ucapan selamat tinggal bagi Hugh Jackman punya Wolverine dan Patrick Stewart punya Prof X. Ada pengakhiran untuk sesuatu bukaan luas plot baru. Tapi, perlu kau ketahui juga, jika kau nak cuba untuk link beberapa point dalam filem ni sebagai kontinuiti dari filem lalu, maka ianya akan jadi sedikit complicated! 

Part tengah filem ni agak slow dan berat. Banyak bercakap tentang falsafah dan keinginan. Tentang apa yang terjadi di masa lalu, dan apa yang terjadi sekarang. Tentang kenangan mereka sebagai adiwira dan banyak lagi. Jika kau faham betul dan memang follower tegar filem X-Men, maka kau akan sedar yang apa yang dikatakan mampu buatkan kau sebak juga kadangkala. 

Untuk peminat filem Marvel, kau kena letakkan sedikit rasa kecewa kerana filem ini tidak banyak komedi dan juga aksi. Tetapi, di sebalik keseriusannya, komedinya masih ada satu dua yang menjadi. 

Bercakap tentang penjahatnya, aku rasakan filem ni lebih kepada penjahat yang tenggelam timbul. Entah kenapa, aku rasakan watak jahatnya kurang memberikan rasa dan hanya seperti watak jahat biasa yang tidak menjanjikan apa-apa yang baru. Ianya hanya berdiri sebagai pelengkap yang menjadikan Logan sebuah filem aksi. Itu sahaja! 

Apa aku boleh cakap, kalau kau pernah hidup dengan X-Men, membesar dengan X-Men dan melihat Wolverine dari dulu hingga sekarang, Logan ialah sesuatu filem yang harus kau tonton. Mungkin kau akan kecewa sebab Logan masih tak kenakan suit kuningnya macam dalam komik, tapi untuk sebuah filem aksi yang betul-betul tunjukkan cakarnya beraksi dengan brutal, this is the movie! 

Menyaksikan X23 yang bakal meneruskan legasi juga sesuatu kepuasan. Budak ni, memang tak banyak cakap, tapi aksinya memang sangat bisa! Tapi, walaupun ianya ialah generasi baru X Men yang bakal menjadi penyambung legasi Logan, ianya masih tidak dapat membawa aura kuat X24 a.k.a Wolverine! Apapun, both son and dad memang lakukan yang terbaiklah!

Sebuah pengakhiran Wolverine yang menarik untuk ditonton. Heavy, brutal dan juga realistik. Eh, apesal pula aku yang sedih ni! Waaaa…. 

4/5

Monday, March 6, 2017

Review: J Revolusi

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Zulkarnain Azhar
Pelakon | Zul Ariffin, Izara Aisyah, Fazura, Farid Kamil

Polis Evo sebenarnya mencetuskan pelbagai fenomena. Apa tidaknya, filem itu akhirnya berjaya menunjukkan yang filem aksi yang blockbuster mampu untuk dibikin pembikin filem Malaysia. Ianya perlu seseorang pengarah yang memahami apa yang diperlukan oleh sebuah filem aksi. Maka, selepas Polis Evo, maka ini, sebuah lagi filem aksi, J Revolusi menjengah pawagam. 

Ditangani oleh Zul Ariffin sebagai teraju utama, J Revolusi sebenarnya bukan filem polis berpasangan macam Polis Evo. Malah, dengan promosi yang aku rasa agak murahan apabila editing trailernya kedengaran meminjam lagu luar untuk melatari, aku tidak yakin J Revolusi akan memberi ruang kepada peminat aksi untuk dipancing ke pawagam. 

Berkesempatan menonton filem ini di TVG Viva City, Kuching, aku sebenarnya menyatakan filem ini bukanlah setanding Polis Evo. Itu jika kau bandingkan keduanya. Tapi, aku rasakan bahawa membandingkan dua filem ini ialah satu perkara yang tidak seharusnya terjadi. Naskah Polis Evo dan J Revolusi harus dipuji dalam ruang masing-masing. Tiada persaingan siapa lebih baik harus terjadi. 

J Revolusi ialah satu revolusi filem yang cuba bangkit dengan aura filem Polis Evo tapi, ianya 100% asli dan berbeza jauh daripada karya Ghaz. 

Zul Ariffin boleh dikatakan berjaya menjadi pelakon aksi yang memang tidak perlu dibantu oleh sebarang pasangan. Dia nampaknya membuktikan yang memang ada pelakon yang mampu untuk memberikan aksi adrenalin pada setiap fighting scene dengan jayanya di Malaysia. Setiap lagak aksi yang dilakonkannya memuaskan. Cuma, kadangkala, ya, ada sedikit kejanggalan pada emosinya. Ibarat menonton Tony Jaa buat pertama kalinya menangis. Gitu! 

Dari segi skrip, penulis skrip ini, yang juga seorang penulis yang pernah menulis naskah Juvana dan beberapa naskah filem yang menarik banyak meminjam elemen Hollywood dalam filem ni. Memang pada aku, apa yang dilakukan dengan mencampur adukkan pelbagai adegan yang boleh diingati dari pelbagai filem Hollywood, especially Mission Impossible membuatkan kau rasa macam tonton filem copycat. But, selagi aksi dan gayanya menjadi, aku accept saja. 

Cerita ini bergerak dalam dua dimensi. Kau disajikan dengan kisah virus yang menjadi ancaman negara, dan sebuah kisah adik beradik yang complicated. Dua kisah ini sebenarnya perkara yang sangat bagus. Namun, pada pandangan peribadi, dua plot ini seakan terhimpit. Tidak diberi ruang secukupnya untuk berkembang dengan baik, dan hanya berselang seli untuk melengkapkan cerita. 

Aku puji cerita adik beradik yang ditonjolkan. Pada aku, itu ialah plot yang paling besar daripada plot virus. Cuma, kadangkala, aku rasa macam feelnya sedikit kurang namun ianya masih berjaya. 

Karakter dalam filem ni kadangkala tipikal, namun ianya masih mampu memberi ruang untuk kau rasa keindahannya. Skodeng memang meloyakan, tapi makin ke depan, lawaknya menjadi antara yang ok. Walaupun aku rasakan macam kebanyakan pelakon semacam tidak kena dengan watak yang diberikan, tabik pada setiap pelakon yang cuba melakonkan setiap peranan dengan baik. 

J Revolusi antara filem yang memuaskan dari segi aksi. Walaupun agak kecewa dengan editing setiap hand to hand combat yang asyik zoom in je kalau Zul Ariffin menumbuk, setiap aksi yang dilakonkan dikoreografikan dengan cantik. Malah, aksi-aksi dalam filem ni boleh dikatakan non stop. Puas hati jugalah menonton adegan kat Time Square tu walaupun ada beberapa scene yang agak janggal yang jelas nampak penggunaan tali keselamatan walaupun ianya dipadamkan guna CGI. 

Apa aku boleh cakap, kalau kau nak filem yang ada momen yang boleh buat kau bersembang dan ingati selepas menonton, J Revolusi ada semua itu. Adegan bertarung atas kren, roller coster virus, dan juga adegan Mission Impossible yang menampilkan Hans Isaac sebagai cameo antara perkara yang menarik untuk ditonton. 

Aku juga agak sangsi dengan adegan terakhir filem ni yang mana kontinuitinya agak janggal. Tapi, tak mengapalah, husnuzon sahaja. Hahaha! 

Bukan senang untuk sesebuah filem kita untuk mencapai tahap ini. Kita selalu bertanya, kenapa negara lain mampu buat, tapi kita tidak? Jawapannya, kita sebenarnya dah ada filem sebegitu, Cuma kau belum buka mata. J Revolusi pada aku ialah sebuah filem yang well imagine, but not very well executed. Tapi, ianya masih menghiburkan untuk ditonton. Sebuah popcorn movie yang hampir berjaya! Bravo! Ianya revolusi. Moga ada lagi filem sebegini di masa depan. 

4/5