Wednesday, February 22, 2017

Review: Hacksaw Ridge

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Mel Gibson
Pelakon | Andrew Garfield, Teresa Palmer, Vince Vaughn

Untuk sesebuah filem perang hidup pada zaman penonton yang sudah lama dahagakan aksi semacam Saving Private Ryan, Mel Gibson nampaknya tahu apa yang dia harus lakukan. Walaupun dia pernah menolak dua kali semenjak kisah Diamond Doss ini mahu difilemkan oleh pelbagai pembikin, beradanya Hacksaw Ridge di tangan bekas pelakon Lethal Weapon ini tidak mendukacitakan.

Hacksaw Ridge mengubat kerinduan untuk menonton sebuah filem perang yang ada garam gula yang enak. Resepinya menarik walaupun ada cacat cela di satu dua tempat. Aku sudah lama tidak menonton filem perang. Bagi aku, sebuah filem perang yang ada emosi dan menarik untuk ditonton ialah Saving Private Ryan sahaja. Oh, Windtalker juga berada dalam list juga.

Filem ini menggabungkan pengalaman dua jam yang baik. Pada awalnya, filem ini memaparkan kisah pendirian Doss selepas dimasukkan ke kem. Di sini, bahagian penting untuk kita melihat bagaimana Doss dan kepercayaanya membawa kepada sesuatu yang tidak dijangkakan, yakni berperang tanpa menggunakan senjata. Keengganan Doss untuk memegang senjata memaparkan kuatnya prinsip agama yang dia pegang.

Bahagian kedua filem ini memaparkan aksi perang yang boleh tahan hebatnya. Dibantu dengan skor yang boleh dikatakan sederhana, Mel Gibson nampaknya tahu untuk menggunakan visual dan juga slow motion yang memberikan emosi dan jiwa kepada setiap babak perperangan. Menariknya, beberapa adegan perang yang ‘diHollywoodkan’ untuk memberikan elemen cinematic mengujakan. 

Andrew Garfield nampak macam Mr Bean yang tidak pandai untuk buat lawak. Mukanya memang jauh beza daripada lakonannya dalam The Amazing Spiderman. Lakonannya berjaya membuatkan aku rasa dan menyelami apa yang mahu dibawa. Lakonannya antara yang terbaik sepanjang kariernya.

Kadangkala, gerak bibir Andrew Garfield ni macam orang tua yang kebudak-budakan. Nampak macam dia terlalu lurus untuk sebuah watak bergelar Doss. Tak tahu kenapa Mel Gibson pilih dia. Mungkin juga dia mahu pelakon yang ada elemen pelakon Korea, dan juga drama swasta episode berjela-jela.

Namun, jika kita mahu meletakkan Hacksaw Ridge sebagai filem yang bagus dalam kesemua aspek, aku rasakan ianya tidak patut. Hacksaw memang bagus dalam memberikan emosi melalui watak Doss. Malah, filem ini bagus juga untuk memberikan babak sentimental dan juga pemikiran agama yang dianuti Doss. Namun begitu, ada beberapa elemen yang merendahkan Hacksaw Ridge untuk mendapat markah penuh dari aku.

Pertama, filem ini kelihatan seperti menggunakan efek CGI yang agak sederhana. Ada adegan CGI yang gagal ditangani dengan baik dan ianya merendahkan mutu visual filem ini. Paling jelas mengecewakan aku ialah bahagian letupan bawah tanah di akhir filem yang memang nampak fake dan gagal. CGI tahap The Expendables je dalam filem ni, tapi siap boleh masuk calon Oscar!

Keduanya, aku melihat permainan kamera kemas sangat. Mungkin secara peribadi, aku rasakan sebuah visual perang harus kacau bilau dan banyak visual yang cemas. Oh, jangan marah. Bay aku ialah peminat Bay. Namun, permainan kamera dalam filem ini yang nampak terlalu kemas dan statik kadangkala gagal untuk memberikan mood perang yang ohsem.

Namun, Mel Gibson berjaya memberikan visual keganasan perang dengan cara lain yang boleh dikatakan ok! Beberapa adegan yang dikhususkan untuk pengalaman cinematic menarik perhatian. Adegan Doss sepak bom, juga beberapa scene perang yang berjaya membuatkan aku kata wow, membalut kekecewaan.

Menonton Hacksaw Ridge macam menonton dua episod drama dalam satu filem. Kalau siapa tonton filem Hindustan, pasti akan terbiasa dengan format sebegini. Walaupun CGI dan permainan kameranya nampak tidak kena dengan apa yang aku nak, filem ni harus dipuji kerana ianya ada lakonan yang sangat bagus walaupun Andrew Garfield terlalu jambu.

Walaupun ianya tidak setanding dengan Saving Private Ryan yang lebih baik, Hacksaw Ridge tidak mengecewakan.

4/5

Tuesday, February 14, 2017

Terbaru, Pakej Menjual Doa Oleh Penunggang Agama




“DAH BERTAHUN BERDOA TP HAJAT BLM MAKBUL JUGA?”...VALET_DOA BANTU ANDA BERDOA DEPAN KAABAH – CONFIRM MAKBUL CEPAT!...BERMULA MAC 2017.
.
.
TERBARU! VALET_DOA... Servis Utk Doakan Hajat2 Anda Trs Di Masjidil Haram, Mekah... 1st in the world!... 
.
KHAS UTK ANDA YG ADA HAJAT URGENT, TP X BOLEH KE MEKAH DLM MASA TERDEKAT...
.
RAHSIA & CARA utk dapat kekayaan, kesihatan, ketenangan atau apa jer yg anda impikan slps membaca HINGGA AYAT LAST dlm post ini. 
.
.
VALET_DOA... SEKARANG SEMUA ORG BOLEH BERDOA DI MEKAH!

Itulah ayat promosi yang digunakan oleh sebuah fanpej yang baru sahaja wujud di laman Facebook. Fanpej tersebut menjual servis untuk berdoa di hot spot terbaik di Makkah dan meyakinkan para pembaca bahawa dengan mengambil servis ini, hajat mereka akan termakbul. 

PILIHAN PAKEJ-PAKEJ VALET_DOA
============================
.
.
1 – PAKEJ MULTAZAM
***********************
.
== Kaw. antara Hajar Aswad & Pintu Kaabah.
.
== Tempat PALING MUSTAJAB utk berdoa di sekitar Kaabah.
.
Hadis riwayat Abdullah Ibnu Abbas, bahawanya Rasullullah SAW bersabda:
“MULTAZAM adalah tempat dikabulkan doa. Tak ada 1 pun doa seorang hamba di mulatazam KECUALI AKAN DIKABULKAN” (HR. Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad Jilid V, hal. 347).
.
Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda:
“Tempat di antara sudut kaabah dan maqam Ibrahim adalah multazam. SETIAP ORANG SAKIT YANG BERDOA DI SANA PASTI AKAN SEMBUH.” (HR. Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad Jilid V, hal. 347).
.
.
Apa yg Anda Dapat:
‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’""""""""
>> Slot Berdoa VVIP & Exclusive hny utk anda.
>> Slot Berdoa PERTAMA berbanding pakej yg lain.
>> JUMLAH HAJAT ADALAH MAKSIMUM 20 HAJAT.
>> 1x Solat Hajat 2 rakaat berhadapan Kaabah
>> 1x Bacaan MAKS 20 HAJAT slps Solat Hajat ikut senarai hajat yg anda sediakan.
>> 1x Bacaan MAKS 20 HAJAT anda di Multazam.
>> 1x Solat Hajat 2 rakaat dlm Raudhah (Taman Syurga Rasulullah SAW), Masjidil Nabawi, Madinah.
>> 1x Bacaan MAKS 20 HAJAT anda slps Solat Hajat.
>> 1 unit Al-Quran Wakaf ke Masjidil Haram atas nama anda.
>> Exclusive Merchandise Valet_Doa
>> Exclusive Rakaman Slot Video Slps Berdoa Di Masjidil Haram, Mekah.
.
.
.
2 – PAKEJ HIJIR ISMAIL & PANCURAN EMAS
*****************************************************
.
== Tempat KE 2 PALING MUSTAJAB utk berdoa di sekitar Kaabah.
.
== Hijir Ismail adalah sebahagian dr bahagian Kaabah, bermaksud bersolat & berdoa di sini spt bersolat & berdoa DI DALAM kaabah. Speciallll sgt tau.
.
== Pancuran Emas adalah sebuah pancuran yg diperbuat drpd emas yg terletak di atas Kaabah dlm kaw. Hijir Ismail.
.
Rasulullah SAW bersabda, “Dari Aisyah ra berkata: Aku ingin sekali masuk ke dlm Kaabah utk solat di dalamnya.” Maka Rasulullah SAW menarik tanganku msk ke Hijir Ismail seraya berkata ”Apabila engkau mahu msk ke dalam Kaabah, maka sesungguhnya Hijir ini sebahagian dr Kaabah. Kerana kaummu ketika membina Kaabah kembali menguranginya hingga Hijir itu berada diluar Kaabah.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasai, & Tirmizi).
.
.
APA YG ANDA DAPAT:
‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’""""""""""
>> Slot Berdoa VVIP & EXCLUSIVE hny utk anda.
>> Slot Berdoa KEDUA berbanding pakej yg lain.
>> Terhad kpd 9 HAJAT shj.
>> 1x Solat Hajat 2 rakaat dlm Hijir Ismail / di bawah Pancuran Emas (jika diizinkan Allah).
>> 1x Bacaan 9 HAJAT anda dlm Hijir Ismail / di bawah Pancuran Emas (jika diizinkan Allah).
>> 1x Solat Hajat 2 rakaat dlm Raudhah (Taman Syurga Rasulullah SAW), Masjidil Nabawi, Madinah.
>> 1x Bacaan 9 HAJAT anda slps Solat Hajat.
>> 1 unit Al-Quran Wakaf ke Masjidil Haram atas nama anda.
>> Exclusive Merchandise Valet_Doa
>> Exclusive Rakaman Slot Slps Berdoa Di Masjidil Haram, Mekah.
.
.
.
3 – PAKEJ MAQAM IBRAHIM
*******************************
.
== Tempat KE 3 PALING MUSTAJAB utk berdoa di sekitar Kaabah.
.
== Iaitu batu berasal dr syurga yg ada kesan tapak kaki Nabi Ibrahim masa baginda bina Kaabah.
.
Ibnu Abbas menyebutkan: “TIDAK ADA SESUATUPUN DI DUNIA INI YANG BERASAL DARI SYURGA, KECUALI HAJAR ASWAD & MAQAM IBRAHIM.”
.
“Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah), tmpt berkumpul bagi manusia, & tmpt yg aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tmpt solat. Dan tlh Kami perintahkan kpd Ibrahim & Ismail: “Bersihkanlah rumahKu utk orang2 yg tawaf, yg iktikaf, yg rukuk, dan yg sujud.”
(QS Al Baqarah: 125)
.
Dlm kitab Qadhaya al Mar’ah fi al Hajj wa al Umrah, Dr. ‘Ablah Muhammad al Kahlawi menuliskan bahawa “KEUTAMAAN MAQAM IBRAHIM IALAH DIKABULKAN SETIAP DOA YG DIPANJATKAN DI SANA”.
.
.
Apa yg Anda Dapat:
‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’""""""""
>> Slot Berdoa VVIP & Exclusive hny utk anda.
>> Slot Berdoa KETIGA berbanding pakej yg lain.
>> Terhad kpd 7 HAJAT shj.
>> 1x Solat Hajat 2 rakaat dibelakang Maqam Ibrahim, dgn mengadap Kaabah.
>> 1x Bacaan 7 HAJAT anda di blkg Maqam Ibrahim.
>> 1x Solat Hajat 2 rakaat dlm Raudhah (Taman Syurga Rasulullah SAW), Masjidil Nabawi, Madinah.
>> 1x Bacaan 7 HAJAT ANDA slps Solat Hajat di Raudhah.
>> 1 unit Al-Quran Wakaf ke Masjidil Haram atas nama anda.
>> Exclusive Merchandise Valet_Doa
>> Exclusive Rakaman Slot Slps Berdoa Di Masjidil Haram, Mekah.
.
.
.
4 – PAKEJ RUKUN YAMANI & HAJAR ASWAD
****************************************************
.
== Kaw. Dinding Kaabah dari Rukun (tiang) Yamani hingga ke sudut Hajar Aswad.
.
== Tempat Ke 4 Paling Mustajab untuk berdoa di sekitar Kaabah.
.
== Hajar Aswad adalah posisi permulaan bg jemaah utk bertawaf. Kerana keistimewaannya, BERDOA DI HAJAR ASWAD SGT MUSTAJAB.
.
“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): “Ya Tuhan kami, terimalah drpd kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS Al Baqarah: 127).
.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“ADA 70 MALAIKAT YG MEMEGANG RUKUN YAMANI. Barang siapa berdoa, ‘Ya Allah, berilah aku ampunan & kesihatan di dlm agama, dunia & akhirat. Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia & kebaikan di akhirat, & jauhkanlah diri kami dr siksa api neraka’ maka 70 MALAIKAT TERSEBUT AKAN BERKATA, ‘AMIIN, KABULKAN DOANYA’.”
(HR. Ibnu Majah dalam Kitab Al Manasik, Jilid II, hal. 985).
.
.
Apa yg Anda Dapat:
“”””””””””””””””””'''''''''''''''
>> Slot Berdoa VVIP & Exclusive hny utk anda.
>> Slot Berdoa KEEMPAT berbanding pakej yg lain.
>> Terhad kpd 5 HAJAT shj.
>> 1x Solat Hajat 2 rakaat berhadapan Kaabah
>> 1x Bacaan 5 HAJAT anda selepas Solat Hajat.
>> 1x Bacaan 5 HAJAT anda di kaw. dinding Kaabah dari Rukun Yamani hingga ke Rukun Aswad.
>> 1x Solat Hajat 2 rakaat dlm Raudhah (Taman Syurga Rasulullah SAW), Masjidil Nabawi, Madinah.
>> 1x Bacaan 5 HAJAT anda slps Solat Hajat di Raudhah.
>> 1 unit Al-Quran Wakaf ke Masjidil Haram atas nama anda.
>> Exclusive Merchandise Valet_Doa
>> Exclusive Rakaman Slot Slps Berdoa Di Masjidil Haram, Mekah.
.
.
.
5 – PAKEJ SOLAT 5 WAKTU
******************************
.
== Senarai hajat anda akan dibaca setiap kali selesai solat fardhu 5 waktu di Masjidil Haram.
“SATU SOLAT DI MASJIDIL HARAM, LEBIH UTAMA DIBANDINGKAN 100,000 SOLAT DI TEMPAT LAIN.”
(HR Ahmad, Ibunu Majah & dishahihkan oleh Syeikh al Albani)
.
Al-Muhib at-Thabari Rahimullah menjelaskan, “Bahawa pahala solat di Masjidil Haram dilipat gandakan, BERERTI AMALAN YG LAIN JUGA DILIPAT GANDAKAN MENJADI 100,000 KEBAJIKAN”. Dan berdoa itu termasuk dlm membuat kebajikan...
.
.
Apa yg Anda Dapat:
“””””””””””””””””””’"""""""""
>> 5x bacaan hajat iaitu 1x setiap kali selesai Solat Fardhu.
>> Terhad kpd 3 HAJAT shj.
>> Biasanya Hj Arin akan bersolat 5 waktu betul2 dihadapan Kaabah. Hajat akan dibacakan dimana Hj ditakdirkan Allah utk berhenti bersolat.
>> Jika diwaktu tersebut Hj sedang tawaf, maka lokasi Hj bersolat fardhu adalah sgt hampir dgn Kaabah. Maka lebih beruntung anda.
>> 5x BACAAN HAJAT DI SINI BERSAMAAN 500,000x BACAAN HAJAT JIKA ANDA POHON DI M’SIA...
.
.
.
.
6 – PAKEJ KAABAH
********************
.
== Kaabah adalah RUMAH IBADAT PERTAMA yg dibangunkan Allah melalui Nabi Ibrahim & Nabi Ismail yg BERUSIA LEBIH 4000 TAHUN.
.
== SETIAP MLM Allah SWT akan pandang ke arah penduduk di muka bumi. Penghuni Masjidil Haram yg sedang bertawaf adalah 1st person yg akan dipandang, DIAMPUNI DOSA & DIKABULKAN DOANYA.
.
== Berdoa di Kaabah adalah sangat mustajab kerana setiap hari siang & mlm Allah menurunkan 120 rahmat ke Kaabah- 60 utk org bertawaf, 40 utk yg solat & 20 utk yg melihat Kaabah.
.
“Sesungguhnya rumah yang mula2 dibangun utk tempat beribadah manusia ialah Baitullah yg di Makkah yg diberkati”. (QS. Ali-Imran 96)
.
.
Apa yg Anda Dapat:
“””””””””””””””””””’"""""""""
.
>> 1x Bacaan doa/hajat mengadap Kaabah.
>> Terhad kpd 3 HAJAT shj.
>> Hajat dibaca depan Kaabah pada jarak sehampir mungkin dgn kaw. org bertawaf.
.
.
.
7 – PAKEJ MASJIDIL HARAM
********************************
>> 1x Bacaan hajat mengadap kiblat dlm Masjidil Haram.
>> Terhad kpd 1 HAJAT shj.
>> Hajat TIDAK dibaca sambil memandang Kaabah. Kaabah x nampak sbb Hj Arin ada di bhgn dlm bgnn baru Masjidil Haram).
>> SEKALI ANDA BERDOA DI SINI, BERSAMAAN DGN 100,000X GANDA BERDOA DI TEMPAT LAIN DI DUNIA.
.
Keberkatan Masjidil Haram...
.
“SATU SOLAT DI MASJIDKU INI LEBIH UTAMA DRPD 1000 SOLAT DI TEMPAT LAIN, KECUALI MASJIDIL HARAM & SOLAT DI MASJIDIL HARAM SEKALI LEBIH BAIK DRPD 100,000 SOLAT DI TEMPAT LAIN.”
(Drpd Zubir Bin Abdullah rujukan Musnad Imam Ahmad)
.
Al-Muhib at-Thabari Rahimullah menjelaskan, “Bahawa pahala solat di Masjidil Haram dilipat gandakan, BERERTI AMALAN YG LAIN JG DILIPAT GANDAKAN MENJADI 100,000 KEBAJIKAN”.
.
Hasan al-Basri mengatakan, “PUASA SEHARI DI MAKKAH SAMA DGN PUASA SERATUS HARI, SEDEKAH 1 DIRHAM SAMA DGN 100,000 DIRHAM, & SETIAP KEBAJIKAN DIGANDAKAN MENJADI 100,000”. Dan berdoa itu termasuk dlm membuat kebajikan...
.
.
LOKASI BERDOA BERBEZA, KETINGGIAN MUSTAJAB BERBEZA, NILAI PERLABURAN ATAS USAHA ANDA BERBEZA TP SEMUANYA DI MAKKAH, NEGERI YG DICINTAI & DIMULIAKAN ALLAH SWT.
.
.
“OK OK Hj Arin, saya faham dah pasal pakej nih. Tp ongkosnya berapa Hj Arin?”
.
Ni haa harga NORMAL pakej2 tu..
.
.
=================
HARGA PAKEJ DOA
=================
.
PAKEJ KING SALMAN
****************************
Pakej Multazam =RM 5000 Sahaja
Pakej Hijir Ismail & Pancuran Emas =RM 4000 Sahaja
Pakej Maqam Ibrahim =RM 3000 Sahaja
Pakej Rukun Yamani & Hajar Aswad =RM 2000 Sahaja
.
.
PAKEJ VIP
*************
Pakej Solat 5 Waktu =RM 1500 Sahaja
Pakej Kaabah =RM 1000 Sahaja
Pakej Masjidil Haram =RM 500 Sahaja
.
.
Tapi...tapi...
.
.
Sbb ini adalah 1st BATCH yg Hj Arin buka utk service VALET_DOA, ada OFFER SPECIAL utk EARLY BIRD taww...
.
=========
EARLY BIRD
=========
.
333 ORANG YG TERAWAL, SAYA BAGI SPECIAL OFFER..!!!
333 ORANG YG TERAWAL, SAYA BAGI SPECIAL OFFER..!!!
333 ORANG YG TERAWAL, SAYA BAGI SPECIAL OFFER..!!!
.
Special price bagi YG PANTAS BERTINDAK, sepantas dia NAK HAJAT2NYA DIMAKBULKAN ALLAH SWT.
.
333 ORANG JER TAU, cukup je kuota, x dapat lg harga OFFER camnih...X de rayuan ok..nangis kuar air mata darah pun x layan ok... minta maaf awal2.. Nak tau harga OFFER refer kt bawah..
.
.
================
EARLY BIRD OFFER
================
.
50% DISCOUNT ON ALL PACKAGES!!!
.
.
“ WOW!!!...DISKAUN 50% utk semua pakej! Biar Betul?.. Best nyerr...Tq Hj Arinnn..”
.
.
PAKEJ KING SALMAN
****************************
Pakej Multazam = RM2500 jer!
Pakej Hijir Ismail / Pancuran Emas = RM2000 jer!
Pakej Maqam Ibrahim = RM1500 jer!
Pakej Rukun Yamani & Hajar Aswad = RM1000 jer!
.
.
PAKEJ VVIP
**************
Pakej Solat 5 Waktu = RM750 jer!
Pakej Kaabah = RM500 jer!
Pakej Masjidil Haram = RM250 jer!
.
.
========
PERCUMA
========
.
--> Beli mana2 PAKEJ KING SALMAN, PERCUMA 15 unit Pakej Masjidil Haram (BERNILAI RM7,500) atau upgred ke Pakej Kaabah pd HANYA RM250/pakej (HARGA ASAL RM1000. T&C Applied.)
.
.
--> Beli mana2 PAKEJ VVIP, PERCUMA 5 unit Pakej Masjidil Haram (BERNILAI RM2,500) atau upgred ke Pakej Kaabah pd HANYA RM250/pakej (HARGA ASAL RM1000. T&C Applied.)
.
.
======
BONUS
======
.
--> 1x Bacaan hajat di Masjidil Nabawi, Madinah ikut senarai hajat yg anda sediakan.
.
.
==============================
365 DAYS MONEY BACK GUARANTEE
==============================
.
Jika dlm TEMPOH 12 BULAN, SALAH SATU drpd hajat2 anda masih tak dimakbulkan Allah SWT, tlg maklumkan. Hj Arin akan bagi FREE1 lg pakej yg sama. Hj Arin akan BUAT sekali lagi kesemua steps dlm pakej tu...FOC taww...
.
Pastu tunggu 6 bln..kalo x dapat juga, tlg call ofis, staff Hj Arin akan arange SUPER FAST HASSLE-FREE REFUND. Ni BETUL2 KOMMIT & KONFIDEN TAU! Hj Arin yakin sgt yg tak akan ada client yg x puas hati dgn service VALET_DOA nih. Insyaallah makbul doa2 anda.
.
KEMULIAAN MAKKAH & MASJIDIL HARAM SERTA JANJI RASULULLAH SAW x de kat tempat lain. Mekah & Madinah ni bumi yg Allah muliakan..Tu la sbb Hj Arin sampai sanggup bagi JAMINAN camni.
.
“WOW! Hj ARIN SIAP ADA JAMINAN LAGI...CONFIRM MAKBUL NIE.. Best ..best..”
.
Haaa...Hj yakin sgt dgn barakah Makkah, tu yg sampai berani bagi guarantee camtu.
.
.
====================
SLOT BERDOA TERHAD!
====================
.
AMARAN!
.
KUOTA TERHAD! LPS PENUH, X DE DISKAUN CAMTU LG TAU!
KUOTA TERHAD! LPS PENUH, X DE DISKAUN CAMTU LG TAU!
KUOTA TERHAD! LPS PENUH, X DE DISKAUN CAMTU LG TAU!

Pelbagai cara penunggang agama mencari duit. Doa pun boleh dijadikan bisnes. Kalau nak ikutkan, dengan pakej tu, tambah sikit sahaja lagi duit, boleh pergi umrah dan kemudiannya berdoa sendiri. Kan?
 

Sunday, February 12, 2017

Lagu Terbaru Namewee Dikatakan 'Takde Bulu, Tapi Tak Halal'


Sebut sahaja nama Namewee, pasti ada yang akan kaitkan dengan isu-isu lirik lagu Negaraku, dan juga MTV yang dikatakan menghina agama suatu ketika dahulu. Pada 11 Februari 2017, Namewee, melalui akaun rasmi Youtubenya telah mengupload sebuah lagu baru yang berbentu reggae. 

Lagu tersebut memaparkan seorang bos yang sangat besar barang di dadanya mengarahkan pekerjanya melakukan kerjanya, kemudian, pekerja yang stress itu menanggalkan pakaiannya satu persatu. Apa yang terjadi seterusnya ialah persembahan MTV yang unik dengan gadis seksi. 

Oh, come on, kau nak kecam lagi kah? Lantak kaulah. Tapi, aku rasakan lagu Sorry Bos ni sangat catchy dan best!


Layan!

Melalui akaun Facebooknya, Namewee menyatakan bahawa "music video ini takde bulu ape tapi tak HALAL…"

  


Friday, February 10, 2017

Review: Kaabali (Malay Dubbed Version)

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | P.A Rajinth
Pelakon | Rajinikanth, Winston Chao, Radhika Apte, Dhansika

“Kami diabaikan oleh orang Melayu, dipinggirkan oleh orang Cina, dan dibiarkan oleh orang India” 

Itu ialah antara ayat yang agak baik untuk menggambarkan keseluruhan inti Kaabali. Berkesempatan untuk menonton sebuah filem yang superhit tahun lepas selepas ditayangkan di Astro First, aku tergerak untuk memberi sedikit komen kepada filem ini yang pertama kalinya bergerak mewakili kaum India di Malaysia. 

Kaabali rupanya bukan sebuah filem yang dipenuhi aksi biasa. Malah, atmosferanya juga berbeza apabila hampir 90% filem ini dilakonkan di Malaysia. Malah, babak endingnya di sebuah menara yang tidak wujud itu, which is dilakonkan di dalam studio, lalu diletakkan di Malaysia melalui CGI menjadikan iana sangat memukau. 

Ceritanya bukanlah sebuah filem Rajinikanth yang selalu kita lihat. Rajinikanth masih dengan watak biasanya, namun pengarah, P.A Ranjith memberikan adunan yang berbeza dalam membentuk filem ini. Mungkin ada yang akan kurang selesa dengan filem ini, jika ada yang pernah menonton filem Rajinikanth sebelum ini yang penuh aksi. 

Dalam Kaabali, Rajinikanth diberikan watak yang lebih sesuai dengan usianya. Watak seorang gangster yang baru keluar dari penjara, lalu cuba untuk memperbaiki hidup yang masih terlekat kisah silam, dan mencari kembali sisa-sisa hidup yang masih ada di sepanjang usianya dipaparkan dengan cara yang sangat baik. 

Rajinikanth pula tidak melampau-lampau dengan gayanya, malah, lakonan dan emosinya antara yang menarik untuk disaksikan. 

Selepas menonton Kung Fu Yoga beberapa hari lepas, aku tidak rasakan yang gabungan Cina dan India bukan lagi perisa yang pelik. Winston Chao, walaupun agak peliklah tutur katanya, nampak sangat-sangat ohsem walaupun dia tidak diberi ruang untuk beraksi dengan lebih banyak. Kau akan nampak dia banyak pegang colok dan juga adegan slow mo yang melemaukan. 

Aku berkesempatan menonton filem ni dalam versi dubbing Bahasa Melayu. Apa yang aku mampu katakan, dubbing filem ni sebenarnya satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan. The team yang bergabung untuk mengalih bahasakan setiap watak memang melakukan tugas dengan baik. Apatah lagi, Jalaluddin Hassan memainkan peranan yang sangat baik sebagai watak jahat. Malah, alih bahasa watak Kaabali juga sesuai. 

Malah, aku tertarik juga mendengar setiap dialog. Perkataan yang digunakan kedengaran seperti menonton KL Gangster 3. Ada ayat-ayat yang memang digunakan biasa dengan orang muda yang selalu menonton filem sebegitu dan ianya sangat segar. Kau trylah tonton versi BM, aku rasa kau takkan kecewa.

Norman Hakim dan Zack Taipan tidaklah menonjol sangat. Tetapi, Rosyam Noor nampaknya diberi ruang untuk beraksi pada hujung filem melawan Kaabali. Satu kebanggaan walaupun dialognya memang boleh dikira dengan jari dan hanya muncul menunjukkan muka senyumnya sahaja. 

Cuma, iyalah, apabila aku menonton sebuah filem India, aku cuma mengharapkan setiap aksi dan tembak menembak tidak dimusnahkan emosinya dengan potongan LPF yang agak mengganggu. Namun, penceritaan filem ini masih layak dinikmati walaupun filem ini agak mengecewakan pada babak aksinya kerana potongan LPF yang sangat kejam untuk menghilangkan kekejaman. 

Cinta, balas dendam dan sebuah kehidupan India kasta rendah dipaparkan dalam Kaabali. Secara jujurnya, Kaabali ibarat sejarah benar dalam fiksional. Kaabali itu sebuah watak rekayasa, namun apa yang berlaku itu ialah satu kebenaran. Kaabali mewakili kaum India di Malaysia yang dahulunya ditindas oleh kaum lain. 

Terbaik! Aku harap sangat endingnya masih membuka ruang untuk sebuah lagi kisah Kaabali yang belum diceritakan. 

4/5

Thursday, February 2, 2017

Review: Raees

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Rahul Dholakia
Pelakon | Shah Rukh Khan, Nawazuddin Siddiqui, Mahira Khan

Dua filem lakonan dua aktor popular Bollywood bertarung tarikh tayangan yang sama. Daripada Kaabil, dan Raees, masing-masing ada pengikutnya yang tersendiri. Ada yang menyatakan pelbagai pendapat berbanding dua filem ini. Aku perlu memilih. Tiada masa untuk menonton dua filem yang berdurasi hampir 3 jam ini pada masa satu hari. Maka, aku pun memilih Raees. 

Kenapa? Kerana Shah Rukh Khan ada track record yang agak baik melalui Fan selepas gagal dengan Dilwale. Malah, pelakon itu juga nampaknya sering tampil dengan cerita yang nampak real dan berat sejak dua menjak ini. Hrithik Roshan pula nampak gagal dalam Bang! Bang! yang mana ialah adaptasi rasmi dari filem Hollywood Knight and Day. 

Aku mahu menonton sebuah filem Bollywood yang sedikit berat dan memerlukan aku untuk merasai jiwa dan segala falsafah yang ada. Tidak sempat menonton Dangal, Raees ialah pengubatnya. Walaupun Dangal dan Raees bukanlah dua filem yang sama genre, isinya yang lebih kepada pemikiran dan juga kehidupan antara perkara yang membuatkan aku membandingkannya. 

Shah Rukh Khan kelihatan seperti watak dalam filem Don yang diterbitkan oleh penerbit yang sama. Cuma, dalam Raees, wataknya dikisahkan sebagai watak jahat yang ada sisi baiknya. Watak Raees ialah sebuah watak yang besar yang menyebabkan kita sendiri faham kenapa title filem ini memerlukan namanya sebagai tajuk. 

Raees bukan sekadar hiburan. Ianya ialah paparan sebuah kehidupan yang sememangnya agak memeritkan. Menjadi seorang yang disanjungi, lalu dikhianati dan seterusnya berakhir dengan penipuan yang tragis, Raees mampu untuk membuatkan kau rasa simpati dengan kehidupan watak ini dari awal sehingga akhir. 

Tidak aku nafikan jika filem ini ialah antara filem yang bagus dan baik selepas kegagalan Dilwale walaupun ianya berbekalkan cerita yang cliche di Bollywood. Watak Shah Rukh Khan yang luar biasa dan kehebatannya ada seperti menonton Karan Arjun mahupun Dil Se versi baru. 

Filem ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebelum intermission dan juga selepas intermission. Pada aku, bahagian paling menarik bagi filem ini ialah sebelum intermission. Perkembangan wataknya, dan juga lagunya berada pada bahagian yang baik dan kena pada tempat. Malah, melihat bagaimana Raees meningkat dewasa antara memori yang kau akan bawa sehingga ke selepas intermission. 

Selepas intermission, kita akan dibawa ke setahun selepas insiden yang mengubah hidup Raees. Di bahagian ini, permulaannya nampak seperti tidak berapa seimbang. Ada lagu Zaalima yang aku rasa tidak kena pada tempatnya, juga beberapa bahagian yang lebih fokus kepada cinta Raees bersama isteri, serta isu politik yang pada aku kurang menarik namun harus ada dalam cerita. 

Menuju ke penghujung, filem ini bergerak dengan skala biasa dengan paparan Raees yang akhirnya terlibat dengan perkara yang tidak dia sangka dan akhirnya membawa kepada kemusnahan diri dan hidupnya yang tragis. Seperti aku cakapkan, fasa kedua filem ini biasa sahaja, tetapi terima kasih kepada permulaan filem yang menutup bahagian akhir filem ini yang sederhana. 

Lakonan Nawazuddin Siddiqui memang terbaik. Ketika Shah Rukh memilih untuk berada di pihak prontagonis, pelakon ini berjaya menjadi hero yang sangat bagus dan cemerlang. Sebagai watak utama yang bercerita tentang Raees dan kisah hidupnya juga, pelakon ini berjaya untuk meyakinkan penonton dengan apa yang dia ada. 

Lagu Laila oh Laila kedengaran seperti lagu Fifa World Cup anthem. Lagu yang berasal dari filem klasik Qurbani ini memang antara title track yang aku sukai. Diletakkan pula pada bahagian paling penting filem ini, Laila oh Laila memang killer track. Sayang sungguh Zaalima pula kelihatan seperti berada di bahagian yang tidak sesuai untuk sebuah lagu romantic. Background score toksah cakaplah, terbaik! 

Raees mengajar kita bahawa dalam kehidupan, manusia ada pelbagai ragam. Dan apa yang ada di dalam hidup kita ini bukan kita boleh dapat dalam sekelip mata. Otak kena pakai. Namun, sejauh mana kebijakan kita, akan ada satu masa kita akan jatuh, dikhianati, rebah dan tersungkur. Tiada watak yang sepenuhnya baik dan sepenuhnya jahat dalam filem ini. Setiap kebaikan ada kejahatannya, dan sebaliknya. 

Sebuah perjalanan watak fiksional yang memang sangat menarik dan menyentuh hati. Walaupun Shah Rukh sudah banyak berlakon watak gangster, don dan mafia, Raees antara watak yang boleh dikatakan hebat. Ceritanya mungkin biasa-biasa, namun garapan Rahul Dholakia nampaknya menjadikan cerita ini luar biasa dan segar.

4/5