Akan Datang!

Tuesday, July 18, 2017

Review: War for the Planet of the Apes

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Matt Reeves
Pelakon | Andy Serkis, Woody Harrelson, Steve Zahn

Akhirnya, kisah Caesar sampai ke fasa paling genting. Aku sebenarnya tidaklah menjadikan filem Planet of the Apes ini antara filem pilihan jika menonton di pawagam. Malah, pada aku, Dawn of the Planet of the Apes antara filem reboot klasik ini yang paling kering dan kurang mencengkam walaupun ramai yang memuji filem tersebut. Jangan kecam, ini mungkin disebabkan minat, jadi filem Dawn tidak semestinya teruk. 

Aku menapak masuk ke dalam panggung dengan harapan bahawa filem ini bakal memberikan aksi yang hebat. Seperti mana yang dicanangkan dalam trailer, filem ini kelihatan penuh dengan aksi dan pastinya akan membuatkan aku menikmatinya lebih dari babak klimaks dalam filem Rise of the Planet of the Apes. 

Tapi, seawal filem ini, kita memang diberikan pengharapan untuk perang. Tapi, akhirnya, filem ini menemui selekohnya yang mendefinisikan perang dalam sisi berbeza. Dan walaupun aku dikecewakan dengan ‘perang’ yang aku jangka, aku menikmati juga ‘perang’ yang dibawa dengan sangat baik dan memuaskan. 

Aku tak nafikan bahawa filem ini ialah filem terbaik dalam triloginya. Ianya menggabungkan Dawn yang heavy dan Rise yang ringan dan mudah. Campuran itu menjadikan filem ini membuatkan aku berfikir dan pada yang sama menghayati apa yang ingin disampaikan. 

Agak pelik untuk menonton sebuah filem yang mana 80% daripada wataknya ialah beruk. Malah, ada masa yang mana kita perlu menonton sambil membaca subtitle, kerana beruk-beruk ini bercakap dalam bahasa isyarat menyebabkan kadangkala aku sukar menerima gaya penceritaan sebegitu. Tapi, pengarah nampaknya bijak untuk membikin dan menjadikan bahagian-bahagian ‘haiwan’ filem ini tidak boring. 

Tabik spring kepada lakonan Andy Serkis yang memang tidak dinafikan sangat hebat untuk membawa watak Caesar. Dengan sentuhan CGI, watak Caesar ialah antara watak CGI yang paling hebat dalam filem ini. Memang kadangkala, aku nampak yang setiap inci wajahnya nampak macam terlalu real. Cayalah! 

Apa yang special bagi filem ini ialah filem ini tidak memberatkan keseluruhan ceritanya dengan falsafah dan jiwa Caesar. Matt Reeves meletakkan sedikit elemen komedi yang menjadikan file mini tidak membosankan dengan keseriusan Caesar. 

Lakonan Woody Harrelson memang terbaik. Malah, watak Bad Ape lakonan Steve Zahn tu memang gila dan memang sesuai dengan keberukannya. Ada juga beruk yang macam tu. 

Babak paling best sememangnya babak akhir filem yang memang penuh dengan emosi. Malah, babak beruk cuba keluar daripada penjara tu pun antara babak yang unik dan menarik untuk disaksikan. Dengan skor muzik yang berjaya menimbulkan mood, filem ini berjaya membuatkan penonton terhibur dalam menyaksikan beruk-beruk ni buat perangai. 

Walaupun tajuk filem ni nampak macam misleading, aku rasa kau perlu masuk dulu dan percaya bahawa filem ini ialah filem tipu sebab ianya tak ada moment perang. Tonton dan hayati sebuah kisah perjuangan Caesar yang paling epik sebagai sebuah konklusi kepada trilogi filemnya. Dan mungkin akan ada yang akan menitis air mata. Or at least, tengok balik filem dulu. 

4/5


Untuk maklumat lanjut berkenaan filem ini, terus ke klink di bawah:

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...