Akan Datang!

Wednesday, March 16, 2016

Review: London Has Fallen

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | Babak Najafi
Pelakon | Aaron Eckhart, Gerald Butler, Morgan Freeman

Propaganda. Itu sebenarnya yang aku nampak dalam London Has Fallen. Tapi, apa orang macam aku kisah pasal propaganda? Kalau nak cakap propaganda, semua filem tak kira dari apa negara sekalipun ada propagandanya tersendiri. Berpeluang menonton London Has Fallen. Memang kalau nak cakap pasal filem ni, sebenarnya agak ringkas je sebab filem ni tiada apa-apa yang istimewa, kecuali jika anda seorang penggemar filem aksi. 

Dari segi plot, London Has Fallen sebenarnya tiada satu pun yang istimewa. Plotnya yang boleh dijangka tidak dibina untuk mengujakan. Ianya dibina hanya untuk mengisi aksi dan juga adegan cemas yang menjadi keutamaan utama. Tetapi, apa yang aku suka dari segi plot, ianya segar dari Olympus Has Fallen. Dan kalau nak dibandingkan dengan filem pertama, plot kali ni sedikit berat dan lebih melibatkan dunia. 

Nampaknya Amerika sudah membesarkan propaganda untuk menjadi penyelamat dunia yang utama. Sampai habis semua ketua dunia-dunia terbunuh hanya sebab si penjahat nak Presiden US yang sangat-sangat sporting tu. 

Dari segi lakonan, filem ni hanya mempunyai lakonan yang boleh dikatakan puas hati. Aaron Eckhart sebagai presiden memang ok walaupun aku sedikit kekok sebab Presiden seharusnya berkulit hitam. Rasa pelik dan terbalik ini sudah aku rasakan sejak dari Olympus Has Fallen tetapi aku hanya berpandangan bahawa filem ni ialah permintaan lembut yang kurang menyukai orang kulit hitam berada di takhta paling atas Amerika. 

Penggemar filem aksi mungkin akan rasa puas dengan adegan aksi filem ni. Adegan aksi awal filem memang memuaskan. Kejam dan juga menggambarkan bahawa aksi filem ni memang tak boleh dipandang enteng. Memang aku puas hati dengan adegan serangan kota London dan juga adegan menyelamat Presiden. 

Kekurangan ketara filem ni yang aku nampaklah ialah CGI yang agak2 kayu dan memang murah. Walaupun ianya sebenarnya biasa-biasa, aku rasakan CGI yang lebih baik seharusnya digunakan untuk merealisasikan aksi-aksi letupan yang dipaparkan. Aku boleh kira berpuas hati dengan adegan letupan lagi, tapi adegan helicopter terhempas tu memang tak boleh blah la lemahnya! Adoi! 

Babak Najafi mengadunkan emosi dan juga patriotisme yang sangat tinggi dalam filem ni. Ada dialog-dialog yang menyindir kuasa besar dunia lain juga. Apapun, London Has Fallen berjaya memberikan aksi bercampur semangat yang boleh dikatakan berjaya. Amerika nampaknya membuktikan yang mereka tidak boleh dibuat main-main. 

Apapun, London Has Fallen mungkin sebuah filem yang cliché yang hanya mampu memuaskan penggemar filem yang tagihkan filem yang dipenuhi aksi padat bersalut cerita ringkas. Ianya tiada apa-apa yang spesel. Setuju jika ada yang membenci filem ni kerana propaganda yang dipaparkan. Tetapi, London Has Fallen antara hiburan popcorn yang ok. 

Lepas tonton movie ni, aku terus tanam azam yang satu hari nanti aku nak jadi warga Amerika. Hahaha… 

4/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...