Akan Datang!

Saturday, March 19, 2016

Review: Allegiant

Tahun | 2016
Pengarah | Robert Schwentke
Pelakon | Shailene Woodley, Theo James, Jeff Daniels

Sekuel ketiga dari siri Divergent yang aku tonton ini nampaknya seperti tak ada arah. Nampak macam sesat dan terkapai-kapai nak naik. Tak macam filem pertama dan kedua yang memang bermula dengan baik menyaksikan Tris naik dari segi emosi dan jiwanya. Dalam filem sebelumnya, kita juga menyaksikan perbalahan antara puak yang menjadikan ianya sebuah filem young adult yang boleh dikatakan ok walaupun ianya kalah pada The Maze Runner. 

Aku tak membaca novelnya. Tetapi, menonton Allegiant nampaknya membuatkan aku rasa yang buku ketiga ialah hikayat Divergent yang paling mengada-ngada. Aku nampak bagaimana penulisnya cuba menggambarkan teknologi yang sangat keterlaluan dan boleh dilabel melucukan. Menonton penterjemahan kata-kata ke visual membuatkan aku rasa ianya sangat mengecewakan dan memalukan. 

Dua filem sebelum ni tidak lah hebat sangat. Tetapi, apa yang baiknya pada filem sebelum ni, kesemuanya kemas dan teratur. Walaupun aksi dan dramanya sekadar biasa, Divergent dan Insurgent masih mampu untuk memberikan debar. Entah kenapa, Allegiant gagal menampilkan kekuatan sebegitu rupa. 

Filem ni terlalu lain dari dua filem sebelum ni. Aku nampak usaha untuk menjadikan filem ni lebih intense dengan skor muzik ala-ala Tron Legacy. Nampak macam Daft Punk punya skor. Muzik tanpa henti tetapi malangnya gagal diadun dengan visual yang memuaskan. Kadangkala mendengar muzik ala-ala Daft Punk ini lebih menambah keterukan Allegiant.

Apatah lagi, filem ni ada dunia yang terlalu melampau-lampau dan mengarut. Boleh sahaja diterima akal jika garapannya lebih kemas. Tetapi, apa yang Allegiant bagi hanyalah sekadar macam nak tak nak. Lihat sahaja Hunger Games, walaupun pakaian punyalah pelik, tetapi ianya masih tetap diterima oleh penonton. 

Plotnya pula tidak tersusun kemas dan kelihatan seperti hampir sama dengan The Maze Runner. Kisah cerita di sebalik dinding. Manusia yang dijadikan harapan terakhir rupanya ialah penjahat sebenar. Semua kisah-kisah cliché yang sebenarnya sudah buatkan penonton boleh agak ke mana filem ni akan pergi. Plotnya kadangkala nampak cuba dipanjangkan dan sekali sekala mengundang kebosanan. 

Kesian pada Trish kerana kisahnya tidak diberatkan dengan baik. Pergaduhan puak yang berlaku nampak macam sangat-sangat kurang impak. Apatah lagi dengan visual yang nampak macam game yang penuh dengan tempat pelik yang tidak mampu diterima akal. 

Aksi fighting Tobias ialah antara yang aku kagumi. Memang itu antara perkara yang buatkan aku hilang mengantuk. Malangnya, jika korang bersabar sahajalah korang akan jumpa aksi dia fight. Tetapi, adegan fighting terlalu pendek. Alahai! 

Allegiant ialah salah satu siri Divergent yang pelik, melucukan dan gagal untuk membuatkan orang serius. Filem ni ialah bukti bahawa filem young adult perlu sesuatu yang segar dan baru untuk berjaya. Aku Cuma harap yang filem seterusnya nanti, Ascendant akan lebih baik dan kemas. Namun, jika anda bukan peminat Veronica Roth dan siri Divergentnya, pasti anda takkan ada mood untuk menonton filem terakhir tahun depan. 

3/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...