Akan Datang!

Saturday, January 9, 2016

Review: Dilwale

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Rohit Shetty
Pelakon | Shah Rukh Khan, Kajol, Varun Dharwan, Kriti Sanon

Dilwale mencatat satu fenomena baru. Sana sini bercerita tentang hebatnya filem ni yang menggandingkan Shah Rukh Khan dan Kajol ini. Dan yang paling penting, promosinya kebabom! Memang meluas dan berjaya menarik penonton hindi yang sudah muak dengan Bollywood yang sudah melencong dari trek asalnya pada zaman 90an dahulu. Berkesempatan menonton, dan inilah beberapa pendapat aku tentang filem ni. 

Bagi yang tidak menghafal nama pelakon Bollywood sahaja, pasti mereka juga mengenali Rohit Shetty. Seperti filem-filemnya terdahulu yang memang boleh diibaratkan filem lawak gila bangang (macam filem lawak MIG versi Bollywood), Rohit Shetty juga terkenal dengan filem-filem aksi yang memang memaparkan aksi out-of-box seperti Singham. Rohit Shetty ni memang terkenal dengan permainan warna dalam filemnya, juga twist plot yang bersepah di mana-mana. 

Jika korang menonton filem-filemnya terdahulu, korang akan rasakan yang filem Dilwale tidak ada apa sangat yang harus dibanggakan. Pada aku, menyaksikan love story si tua dan juga si muda seperti mengingatkan aku kepada Mohabbatein yang lebih power persembahannya. Tetapi, harus diingat, Rohit tidak membina Dilwale untuk kita menangisi cinta, tetapi mengajak kita untuk berhibur bersama cinta yang dibina. 

Maka, wujudlah cinta Kaali dan Dev. Dan pada masa yang sama juga, ada kisah cinta Veer dan Ishita. Dua cerita ini yang satunya berlaku pada suatu ketika dahulu akhirnya memporak-porandakan cinta yang berlaku pada masa sekarang. Pada aku, perkara ini bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa. Malah, ianya cliché Bollywood yang sudah biasa. 

Dilwale bermula dengan bahagian-bahagian lawak gila bangang seperti filem-filem Rohit Shetty yang lain. Lawak-lawak versi Rohit sebenarnya mungkin menghiburkan sesetengah penonton tetapi juga bakal membuatkan penonton rasa meluat sekali sekala jika kurang biasa dengan filem-filemnya. Oh, sudah pasti ada aksi lasak yang memang best jugak! Kehadiran Johnny Lever juga mungkin menambah perisa dan kenangan dalam filem ini. 

Aku tidak sifatkan itu semua sebagai kelemahan, tetapi ianya lebih kepada kebiasaan. Namun, satu perkara besar yang membuatkan kebiasaan itu hilang dan menjadikan filem ni luar biasa ialah kerana Shah Rukh Khan dan Kajol. Aku akui, selepas bergandingan dengan dalam My Name Is Khan, aku rasakan inilah watak-watak cinta dua pelakon ini yang ditunggu-tunggu. Sudah lama penonton mahu melihat mereka bercinta seperti Dilwale Dulhania Le Jayenge. Dan nah, a hit formula! 

Peranan Pritam dalam filem ni sangat besar. Gerua dan Janam Janam sangat berhantu. Ianya seperti membawa kita kembali ke zaman Kabhi Khushi Kabhie Gham. Dan itulah antara benda besar yang membuatkan kisah biasa ini menjadi luar biasa. 

Walaupun aku sebenarnya kurang berpuas hati dengan endingnya dan juga kehadiran Boman Irani yang kelihatan macam nak memanjangkan cerita dan menambah babak-babak je, aku rasakan Dilwale berjaya menghidupkan kembali aura Kajol dan SRK. Walaupun filem ni bukan filem mereka sepenuhnya, mereka berjaya memberikan satu fenomena dan melariskan filem biasa ini. Pada aku, Dilwale hanyalah masala cinta biasa yang hanya dibesar-besarkan keindahannya tanpa sengaja. 

3.5/5

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...