Akan Datang!

Thursday, December 15, 2016

Review: Rogue One - A Star Wars Story

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | Gareth Edwards
Pelakon | Felicity Jones, Diego Luna, Donnie Yuen, Mads Mikkelsen

Apabila franchise Star Wars kembali dibikin, seharusnya kejadian kematian Darth Vader akan menjadi satu kekecewaan. Bagaimana sebuah karakter yang sudah mati lama dulu mahu kembali dalam sebuah opera angkasa yang memang ada pengikutnya tersendiri ini. The Force Awakens membawa penonton untuk menulusuri kejadian selepas epik Return of The Jedi. 

Bila mana bercakap pasal Star Wars, apa yang bermain di fikiran ialah perjalanan angkasa dan nama pelbagai planet. Malah, paling utama ialah Jedi dan juga light saber yang memang menjadi ikon kepada jenama Star Wars. Jadi, bersedialah untuk kecewa sebentar jika semua itu yang kau harapkan ketika mahu menonton Rogue One. 

Rogue One ialah filem biasa yang berjiwa luar biasa. Karakternya hanyalah manusia-manusia biasa yang tidak ada kuasa sedikit pun. Malah, mereka hanya tahu menembak dan juga martial art sahaja. Tidak lebih dari itu. Pada aku, inilah yang memberikan Rogue One satu nafas yang baru bagi peminat siri filem ini. 

Dari segi penceritaan, Rogue One ialah cerita Star Wars yang mudah. Ianya simple tetapi masih mampu memberikan kehebatannya yang tersendiri. Pada yang pertama kali menonton filem ini, aku rasa tidak menjadi masalah untuk menontonnya. Namun, bagi yang sudah menonton, pasti beberapa cameo dan juga dialog yang mengaitkan Rogue One dengan filem Star Wars menjadi satu excitement yang ditunggu. 

Jika anda menonton filem A New Hope, filem Rogue One ialah sebuah filem yang bercerita bagaimana Darth Vader boleh menyerang kapal Princess Lea di awal filem A New Hope. Malah, kalau kau baca tulisan yang biasa muncul sebelum filem Star Wars bermula, Rogue One ialah adaptasi tulisan-tulisan itu kepada visual. Kau dah tahu cerita, tapi kalau kau nak tahu lebih, Rogue One akan ceritakan. 

Boleh aku katakan di sini yang Rogue One memecahkan tradisi saga angkasa ini. Dari segi cerita, mahupun karakter, Rogue One kelihatan merendahkan dirinya dalam segala aspek. Filem ni tidak mahu menjadi another cliché Star Wars story, tetapi ianya mahu menjadi cerita dengan resipinya yang tersendiri. Dan apa yang aku boleh katakan, ya, ianya cerita Star Wars dalam kelasnya yang tersendiri. 

Dari nama pelakon utama sehingga wataknya, tiada yang special. Jyn ialah watak yang cliche. Rempah biasa Hollywood dalam resipinya. Malah, tiada sedikit pun watak yang mampu menandingi jedi-jedi dalam filem Star Wars yang sebelum ini. Tapi, jangan kau sangka, dengan hanya berbekal nama-nama yang entah baru pertama kali kau dengar ini, filem ini mampu menyuntik semangat yang the rebellion yang akan mampu buatkan kau mencari semula filem A New Hope. 

Kekecewaan menonton Iko Uwais dalam The Force Awakens bergaduh dengan martial arts nampaknya terubat dalam filem ini. Watak Donnie Yuen yang memang agak menarik perhatian antara perkara yang mencantikkan lagi filem ini. Ada beberapa babak-babak aksi martial art yang tidak kurang hebatnya. Walaupun agak janggal martial art berada dalam dunia Star Wars, ianya ohsem! 

Beruntunglah Rogue One tidak diberi nafas seperti Godzilla. Pengarahnya, Gareth Edwards memberi jalan cerita yang mudah, tidak terlalu susah dihadam, dan juga aksi-aksi yang padat dan memuaskan. Malah, cerita ini yang juga kelihatan berfokus pada emosi hubungan anak dan ayah dijalin dengan baik walaupun kisah ini dipenuhi dengan aksi perang galaktik. 

Adegan perang yang terakhir, di kawasan yang banyak pokok kelapa tu mengingatkan aku kepada adegan dalam fiem Pirates of the Caribbean. Ianya juga pertarungan yang menjanjikan nafas yang baru. Tidak hanya bertumpu kepada perang di atas angkasa sahaja, Rogue One memang menyajikan perperangan yang lebih realistik. 


Rogue One mampu untuk mengembalikan memori bagi siapa yang pernah berada pada zaman A New Hope. Ianya juga sebuah filem yang mampu untuk membawa kau berada lebih dekat dan menambah minat untuk kau mengetahui lebih lanjut tentang mitos Star Wars. Untuk memudahkan kau faham, Rogue One ibarat Suicide Squad versi Star Wars. Satu misi, dan ianya tiada jalan keluar! 

Bagi siapa sahaja yang berada pada tahun sekarang, dengan teknologi yang sudah kemas dan berkembang, Rogue One ialah sebuah filem yang akan membawa penonton masa kini kembali kepada jiwa filem asal, A New Hope yang diterbitkan pada 1977 (ditukar tajuk kepada Episode IV pada tahun 1981). Ianya sebuah memori yang memang sangat menyeronokkan. Apatah lagi, kau akan menyaksikan Princess Lea dan Tarkin kembali semula (thanks kepada teknologi CGI yang hebat!). 

Rogue One ternyata hebat! Tontonlah. Ianya sesuatu yang tidak harus dilepaskan sementara menunggu Episode 8 pada 2017 nanti. 
4.5/5

Sunday, December 11, 2016

Review: Desolasi

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | Syafiq Yusof
Pelakon | Syamsul Yusof, Dato Jalaluddin Hassan

Kejayaan Munafik (mungkin) atau mungkin kejayaan KL Gangster juga membuatkan Skop Production mula menampilkan idea-idea pelik dan gila. Bagus. Ianya sekaligus membuatkan Yusof Haslam dan anak-anaknya ‘bertaubat’ dan menyedari bahawa masih belum terlambat untuk mengubah lanskap filem tempatan walaupun dengan mengekalkan konsep saling menasihati antara satu sama lain. Lebih dekat lagi, saling ingatkan Tuhan. 

Itulah Desolasi. Ini ialah sebuah filem ‘tarbiyah sentap’ yang sebenarnya penuh dengan cara masakan yang berbeza. Malah, aku rasakan yang penonton yang awalnya membayar tiket untuk menyaksikan pancing utama yakni latar Kuala Lumpur yang sunyi tanpa penghuni tidak menyangka mereka akan ditarbiyahkan oleh Syafiq Yusof dan juga Syamsul Yusof. 

Malah, Desolasi juga bergerak bukan seperti filem-filem hikayat yang Islami biasa. Tiada cinta-cinta dan bersentuhan tangan, malah dipenuhi dengan pelbagai persoalan-persoalan ketuhanan yang membuatkan kita berfikir sejenak tentang sejauh mana kita selalu berfikir tentang apa yang Dia dah beri. 

Syafiq Yusof menipu penonton. Tetapi, aku rasa tipuannya memberikan pancing yang sangat berisiko. Desolasi mungkin takkan sehit Munafik kerana tipuannya (mungkin), tetapi ianya ialah satu filem yang layak untuk dipuji pada kesungguhan pembikinannya dan juga effort yang diletakkan dalam usahanya. 

Melenyapkan KL bukanlah perkara mudah. Tapi, dengan apa yang Skop Production ada, group VFX yang ditugaskan berjaya melenyapkan kesemua manusia dari visual. Errr… walaupun ada la satu dua scene yang mungkin mereka terlepas pandang untuk hilangkan manusia tu. Jika kau perhati pada refleksi cermin mata Aiman contohnya, kau akan perasan. Gotcha! 

Pada aku, Desolasi tidak sehebat S.A.M mahupun Abang Long Fadil. Aku rasakan Syafiq memang mampu membikin lebih baik dari sekadar filem yang menasihat. Aku nampak filem ini bermula dengan sangat bagus. Malangnya, satu elemen yang sedikit kelihatan memaksa untuk kita menerima hakikat dunia Desolasi itu kelihatan agak janggal dan kurang kuat. 

Syafiq memang mempunyai imaginasi yang bagus dalam membina visual yang dia kehendaki. Bagi pengarah lain, aku rasakan apa yang Syafiq beri dalam filem ni boleh disampaikan dengan lebih murah tanpa membazirkan masa dengan CGI yang melampau. Namun, itulah Syafiq. Dia mahu memaparkan Hollywood blockbuster mampu dibikin dalam arca filem Melayu. Dan dia sudah membuktikannya. 

Fikir-fikir balik, S.A.M dan Desolasi memegang konsep yang sama. Adanya ‘red-herring’ yang melencongkan akal penonton dan menerima hakikat yang mereka ditipu se’gila’ mungkin dan menerima hakikat. Aku rasakan Syafiq pasti belajar banyak pasal penyakit untuk membina cerita psikologi sebegini. Jika kau tonton S.A.M, kau akan faham dua filem ini seiras. 

Namun, aku kurang selesa apabila Syafiq memilih untuk membuka twistnya awal dan melanjutkannya kepada adegan yang pada aku sekadar nasihat dan ianya tidak pun penting untuk dipanjangkan. Mungkin ada cara lain untuk adegan Maya dan Aiman di padang untuk dipendekkan dan untuk mengelakkan audiens berkata ianya hampir kepada kemengarutan sempurna. 

Pada aku, ini ialah sebuah filem Syafiq yang tidak sebaik mana. Karya ini, yang kelihatan tersuntik sekali elemen Munafik kelihatan tidak penuh dengan kekuatan cerita. Namun, ianya adalah amat baik apabila Syafiq kini lebih menggila dengan imaginasi desolasinya yang lebih perfect dari sebelumnya. Apa aku boleh puji, pengarah ini ialah seorang yang berani.


Syamsul Yusof juga memaparkan 'keinsafan' dirinya dalam bayangan Desolasi. Lakonannya boleh dikatakan semakin baik. Tidak lupa juga aktor lain seperti Bella Dally dan Pekin yang memberikan performance yang membantu menampal bahagian bocor filem ini. Ada certain part yang dibina untuk memberi mood serius tapi scene tu jadi lawak. Do something please!

Ringkasnya, Desolasi ialah resapan tarbiyah dari Munafik yang dipersembahkan dalam elemen si fi dan gila. Ya, gila! Kau akan dibawa merasai kegilaan pengarah ini memancarkan visinya dan ditarik ke dalam mesjid untuk menyedarkan kau daripada apa yang kau persoalkan kepada Tuhan.

Desolasi ialah filem yang berat. Tapi, ianya tidak seberat Hanyut mahupun Interchange (mungkin kot, sebab belum menonton kedua-dua filem ini). Namun, aku rasa ramai penonton yang akan fikir dua kali untuk menonton Desolasi kerana ideanya bukanlah sebuah filem biasa. Jika kau bersedia untuk ditarbiyah kaw kaw dalam filem ni sambil kau pula memuji keindahan visual efek dan kekaguman melenyapkan manusia dalam Kuala Lumpur, selamat menonton. 

Aku gerenti, Desolasi ialah nafas baru industri filem kita. Jika kau sendiri tak mampu nak hadam idea filem ni yang pada aku masih lagi ringan tetapi digarap dengan sedikit berat, kau kena sedar, kau ialah penonton yang masih ditakuk lama. Berubahlah. 

3.5/5

Saturday, December 3, 2016

Review: Underworld - Blood Wars

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | Anna Foerster
Pelakon | Kate Beckinsale, Theo James, Tobias Menzies

Selene, antara watak vampire yang memang sangat-sangat aku gemari pada zaman-zaman awalnya. Kemunculannya sekitar 2003 kemudiannya bersambung-sambung sehinggalah ke 2012 dengan Underworld: Awakening. Ini antara filem vampire yang aku kira hebat selain daripada trilogy Blade yang dilakonkan Wesley Snipes. Garapannya penuh dengan twist dan memang menarik pada eranya dahulu. 

Malangnya, aku tidak nafikan, untuk Blood Wars yang muncul pada tahun 2016, filem ini sudah terlalu tua untuk Kate Beckinsale. Untuk watak Selene yang segar dahulu dibawa kembali kepada arunya yang asal agak payah kerana Selene sudah hilang taringnya apabila Awakening mula muncul. Pada aku, trilogy awal filem ini antara yang ohsem. 

Demi buat duit punya pasal, Len Wiseman keep on producing Underworld sehinggalah hari ini. Dengar khabar nak reboot pada awalnya, tapi end up dengan sekuel. Eloklah, kalau kau buat reboot, memang takkan jadi lebih baik daripada sekuel. 

Blood Wars ialah debut pengarahan dari pengarah perempuan pertama siri Underworld, Anna Foerster. Bagi aku, garapan yang dia bawa tersangat berhati-hati sehinggakan filem ini kelihatan bersungguh-sungguh menyambung cerita Selene dari Awakening dengan tergesa-gesa dan juga tidak kemas. 

Aku rasakan pada awal filem, terlalu banyak konfrontasi antara watak baru dan lama yang berlaku sehinggakan ianya gagal untuk memberikan taring yang tersendiri untuk filem ini. Awal filem ini tidak berjaya menarik aku sehinggakan aku sudah mula rasa sedikit kecewa dengan penceritaan kali ini. 

Malah, aku rasakan seperti ada kelemahan ketara kepada pengembangan watak yang kelihatan mendatar dan tidak memberikan apa-apa impak selain bercerita apa yang mereka mahu ceritakan. Malah, Selene sendiri diberi ruang membebel dengan banyaknya dalam filem ini which is very weird sebab dia suppose to do action more than talking! 

Untuk aku yang rasa filem-filem sebelum ni mempunyai plot ringkas tetapi penceritaannya bagus, aku masih rasa kecewa dengan babak yang agak kurang meyakinkan dan tidak dibina dengan kemas. Ada juga dialog-dialog yang pada aku kelihatan sangat kaku dan nampak pelik dan tidak natural. Aku paling rasa janggal ketika Selene pergi ke geng rambut putih tu. Pelik semacam dan tiada rasa! 

Tapi, kalau kau mengetahui sejarah Selene dari filem-filem yang terdahulu, kau pasti akan menunggu sehingga habis filem. Sebabnya, filem ini ada twist yang menarik pada akhir filem yang mana mengubatlah kekecewaan aku setelah sekian lama menanti sesuatu yang menarik dalam filem ini. Ianya tidaklah hebat mana tetapi mampu menyuntik rasa untuk menyegarkan mata. 

Pesan-pesan akulah, jika mahu menonton, janganlah mengharapkan aksi yang banyak. Ianya bakal mengecewakan anda. Malah, aksi dalam filem ini antara aksi yang gagal menunjukkan the real Selene seperti filem-filem lepas. 

Underworld: Blood Wars seperti menunjukkan yang Kate Beckinsale mahu berundur sudah dari menjadi Selene. Namun, sebab ingin menyambung legasi dan cerita Underworld yang menggunakan ‘di mana Eve?’ sebagai tali untuk bercerita, filem ini diteruskan juga. Dukacitalah kalian, jika kau takkan dapat jawapan kepada soalan dalam Awakening dalam filem ni. Apa yang kau akan dapat ialah keterpaksaan untuk menonton filem keenam yang akan datang entah bila. 

Apapun, aku boleh cakap, kau boleh layan filem ni even sedikit membosankan pada awalnya jika kau penggemar filem Selene yang terdahulu. Jika kau masih belum menonton siri Underworld terdahulu, rasanya ini bukan filem kau. Ianya dibina untuk siapa yang mengetahui siapa Selene dan sejarah hitamnya. 

3/5

Wednesday, November 16, 2016

Review: Aliff Dalam 7 Dimensi

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | Faisal Ishak
Pelakon | Izzue Islam, Alif Satar, Juliana Evans

Unik dan berusaha untuk memecahkan tradisi filem horror Melayu! Alif Dalam 7 Dimensi ialah sebuah filem yang lain dari yang lain. Kalau kau cakap filem ni filem horror sampah, kau pergi duduk Uganda dan berkawan dengan zirafah. 

Aku sarankan kau ambil masa sejenak untuk melihat idea kreatif kisah hantu Malaysia yang memang ohsem dan tidak boleh dipandang ringan. Alif Dalam 7 Dimensi bukan filem hantu biasa. Ianya sebuah filem yang menggabungkan elemen hantu Malaysia tetapi meminjam idea luar dan disatukan. Lantas, versi filem horror Melayu ini ialah versi upgrade yang tidak pernah ditonton dalam filem Malaysia. Lantaklah kalau ada orang kata Alif Dalam 7 Dimensi ni mengarut, tapi aku sukakan adaptasi komik ini. 

Filem ini mengisahkan Alif yang ada kuasa untuk tengok makhluk halus. Alif bukanlah bomoh tetapi dia ada saka. Dan ceritanya berkaitan dengan kehidupannya dengan saka tersebut dan bagaimana dia berhadapan dengan jin-jin yang sentiasa mengganggunya. 

Satu perkara yang unik dalam filem ni ialah, filem ni menggabungkan CGI dan juga solekan khas untuk watak-watak hantu. Ada watak hantu yang menggunakan CGI sepenuhnya da nada yang dicampur. Aku tidak nafikan yang ada beberapa ekor hantu agak kelakar dan kurang umph kerana kualiti CGiya yang kurang berkesan. Namun, CGI memberikan ruang untuk idea file mini berkembang dengan lebih baik. 

Adegan pertarungan Alif dengan raksasa kayu yang besar gedabak tu, mungkin juga itu hantu raya, antara yang menarik. Adegan Aliff berayun-ayun untuk bertarung antara babak yang memukau dan usaha yang harus dipuji walaupun in the end, Alif akhirnya menumbuk hantu yang memakai kostum yang terus merosakkan mood. Malah, watak jin yang suka makan makanan orang yang tak baca doa makan itu juga kelakar. 

Kreatifnya filem ini, ianya bersifat mendididik dan pada masa yang sama memberi hiburan. Adegan tonton wayang berkapel memaparkan Alif nampak ‘orang ketiga’ antara perkara yang harus dipuji. Tapi, rasanya yang tonton di wayang berkapel, tak rasa seram ke kalau makhluk tu ada macam tu depan mata? Hahaha 

Lakonan Izzue ok. Aliff Satar pula komedinya menjadi. Tapu, tidaklah sekelakar mana. Cukup untuk sekali sekala mengubah emosi cerita. 

Alif Dalam 7 DImensi bijak dalam membentuk cerita. Namun begitu, aku rasakan kekurangan yang ada dalam filem ni perlu diabaikan. Filem ini ialah satu contoh revolusi kalau filem kita nak maju. Kalau setiap genre horror hanya membawa watak tok bomoh dan rasuk yang sudah biasa kita lihat, maka kita akan hanya berada di situ sahaja tanpa anjak. 

Aku sarankan korang untuk tonton buah tangan Faisal Ishak ini. Walaupun aku rasakan visualnya macam drama tv sahaja, aku rasakan plotnya sudah lebih dari sebuah cerita hantu Malaysia. Ianya unik, kelihatan memecah dinding filem Melayu, dan kemudiannya menjadikan ianya sebuah filem luar biasa. 

 Namun, aku pasti, jika anda penggemar filem hantu biasa takkan dapat hadam kepelikan dalam filem ni. Al-maklumlah, hantu pada definisi orang Melayu berbeza dari dalam filem ini. Apapun, tontonlah sebagai hiburan sambil makan jeruk di siang hari. Ianya tak ada jump scare, jadi tak payah risau nak tanjat-tanjat, ok?

4/5

Saturday, November 12, 2016

Review: The Shallows

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | Jaume Collet-Serra
Pelakon | Blake Lively, Óscar Jaenada, Angelo Josue Lozano Corzo

Filem-filem sebegini antara filem yang memang aku minati. Kisah seorang watak yang terperangkap dalam situasi yang mencemaskan. Bagi pengawah, filem sebegini kelihatan menguji bagaimana sebuah perkara yang berlaku dalam timeline yang singkat untuk dipaparkan. Apatah lagi, lokasinya tidak boleh dipindahkan dengan mudah untuk mengembangkan cerita. 

The Shallows mengisahkan bagaimana seorang perempuan yang terperangkap di lautan dek kerana diawasi oleh jerung ketika sibuk nak surfing sebab nak hilangkan stress. Nak hilangkan stress sebab kematian ibu, tapi last-last pi cari stress bertempur dengan jerung. 

Filem sebegini pada akulah, ianya harus bergantung kepada bagaimana babak-babak cemas dibikin. Setiap situasi yang direka harus membuatkan penonton sentiasa tertanya-tanya bagaimana karakter utama berjaya untuk survive dalam situasi yang mencemaskan ini. The Shallows berjaya untuk membina moment moment itu. 

Filem ni bermula dengan biasa. Straight forward terus. Tak ada panjang-panjang dengan masalah yang besar. Setiap kisah background kepada watak diberikan dalam bentuk perbualan video call. Ringkas dan padat 

Namun, aku rasakan yang filem ni terlalu banyak bergantung kepada kebetulan dan ketidaksengajaan. Sikit-sikit terpijak coral. Sikit-sikit terhantuk besi. Alahai, banyak betul kebetulan yang menambah kesengsaraan watak untuk survive. Tapi, macam aku kata tadi, elemen cemasnya masih menarik untuk disaksikan. 

Agak lama juga kita tidak melihat filem berkaitan dengan jerung. Ini filem yang memaparkan jerung yang simple, tetapi agak menarik untuk disaksikan. Babak-babak ngeri jerung menyerang kelihatan seperti dikurangkan. Tidak banyak elemen itu dalam file mini. Apa barang tunjuk badan putus tapi takde babak jerung makan badan manusia! Aish! 

Filem ni tidak banyak twist dan hanya bergantung kepada cerita utamanya sahaja. Survive. Lakonan watak utama memang ok dan meyakinkan. Ianya sebuah lakonan yang menjadi. Apatah lagi jerungnya juga ganas dan jga pintar. 

Pada aku, The Shallows hanyalah filem survival yang menghiburkan. Entahlah orang lain macam mana. Visualnya kelihatan menarik untuk disaksikan apatah lagi visual surfing yang memang sangat-sangat ohsem. Kalau korang minat filem survival, ini antara filem wajib tonton. Tapi, dengan babak-babak yang banyak bergantung kepada kebetulan, pasti ada yang stress menontonnya. 

4/5

Monday, October 31, 2016

Review: Doctor Strange

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | Scott Derrickson
Pelakon | Benedict Cumberbacth, Tilda Swinton, Mads Mikkelsen

Ianya satu pengalaman yang pelik apabila dunia superhero sudah mula menerima watak ahli sihir atau tok dukun. Tapi, apa nak dipelikkan sangat, dalam dunia MCU pun dah ada Tuhan kan? Dunia yang dihuni pelbagai watak dengan pelbagai kuasa dan penuh dengan kuasa jahat yang bukan hanya tahu rompak bank tapi maha besar lebih dari itu kini dimeriahkan dengan Doctor Strange. Tapi, mampukah watak ini masuk ke dalam MCU? 

Benedict Cumberbatch, yang mana sinonim dengan watak-watak best dalam filem Star Trek, The Imitation Game dan sebagainya kini dah jadi superhero. Waw, memang agak-agak menariklah apabila pelakon ini yang memang selalunya mempunyai lakonan yang agak pelik dan luar biasa, ala-ala Nasir Bilal Khan gitew, mahu dibentuk wataknya ke dalam dunia Marvel yang penuh dengan lawak, serius dan juga drama. 

Tapi, Benedict nampaknya tidak gagal. Watak Doctor Strange yang dibawanya mampu memberi kelainan yang tersendiri dan membuatkan filem ini tidak mendekati Harry Potter, malah tidak juga menghampiri mana-mana filem MCU yang lain. Wataknya hidup dalam MCU tetapi tidak membuatkan kita rasa pelik. 

Kisah Doctor Strange lebih kepada cerita bagaimana dia menjadi Doctor Strange yang dikenali. Dari awal hingga akhir, filem ini tidak sarat dengan aksi tembak menembak, tetapi lebih kepada babak kejar mengejar dan pertarungan menggunakan kuasa magis. Malah, pertarungan yang berlaku tidak pula berlaku di dunia sebenar yang sekaligus memberikan kau rasa seolah-olah kau menonton filem Inception yang lebih mudah. 

Ada dua pertarungan besar yang menarik. Pertarungan pada awal filem pada aku sekadar biasa sahaja. Namun, pertarungan anti gravity di dalam mirror dimension tu memang mind fuck dan awesome kerana ianya melibatkan visual yang memeningkan tetapi dibuat dengan baik. Pertarungan yang paling best aku rasa ialah pertarungan dalam masa yang mengundur. Visualnya mengagumkan dan jarang kita lihat semua ini dalam MCU! 

Komedi relief yang ada dalam filem ni memang kelakar dan menjadi. Malah, ego yang ditunjukkan Doctor Strange menunjukkan bahawa dia bakal menjadi pesaing kepada Tony Stark dalam filem-filem MCU ke hadapan. 

Kalau nak dilihat pada keseluruhannya, filem Doctor Strange memang tidak memberikan kisah yang luar biasa. Ianya masih mengekalkan momentum filem-filem MCU yang lain. Tapi, untuk sebuah watak baru dalam filemnya yang tersendiri, Doctor Strange mampu memberikan nafas baru kepada penonton yang sudah lama menunggu filem stand alone watak-watak MCU! 

Nak harapkan watak macam Black Widow ke, lambat lagi kot dalam perancangan kalau ada. Mungkin dalam masa terdekat kita boleh menunggu filem stand alone Black Phanter dan juga remake Spiderman, namun untuk masa ini, aku rasa apa yang Marvel buat dengan Doctor Strange sebenarnya memberikan kepuasan yang tersendiri bagi mereka yang ingin berehat sebentar untuk menonton pertarungan superhero Avengers. 

Oh ya! Jangan lupa tunggu kemunculan watak Thor di post kredit pertama dan juga kesudahan sebenar kepada salah satu watak dalam filem ini pada post kredit kedua selepas kredit filem tamat.

4/5

Sunday, October 16, 2016

Review: Volkswagen Kuning

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | Shadan Hashim
Pelakon | Pekin Ibrahim, Atikah Suhaime

Selepas beberapa lama aku berhenti menonton filem MIG, rupanya, MIG tidak pernah berubah. Tak ada benda baru yang mampu menarik perhatian dan menjadikan filem-filem terbitannya nampak semakin matang selaras dengan semakin meningkatnya usia syarikat ini. Aku memilih untuk menonton Volkswagen Kuning kerana aku rasakan ianya mungkin nampak segar dan baru. Malangnya, aku kecewa. 

Sebelum aku bercerita mengenai kekecewaan, aku ingin menyatakan bahawa idea filem Volkswagen kuning dalam filem ini jauh menyimpang dari cerita asal yang selalu kita dengar. File mini bijak dari segi itu kerana ianya menggunakan kereta itu hanya sebagai rantai untuk mengheret penonton untuk menonton padahal resepi ceritanya berbeza. 

Walaupun berbeza dari kisah urban legend yang selalu kita dengar, plot cerita filem ini tidaklah berbeza mana. Ianya mungkin ditulis oleh tangan-tangan biasa yang pernah menulis Sumpahan Kum-Kum, ataupun apa sahaja filem seram serius yang terlintas di fikiran. Watak-watak yang menyimpan misteri, flashback tentang perihal sebenar kejadian, dan pengakhiran yang tergesa-gesa ialah perkara biasa yang juga dapat dilihat dalam filem ini juga. 

Ketika filem ini bermula, aku sebenarnya tidak nampak apa yang best pun pada filem ni. Tetapi, semakin ianya ke tengah, plotnya makin bagus tetapi ianya dibunuh oleh ending yang mendukacitakan. Banyak plot hole yang entah apa-apa dan tiada penjelasan munasabah. Jika cerita ini berkait dengan tunang watak Pekin, kenapakah watak ayah Pekin tidak diperkenalkan awal lagi? 

Malah, jika cerita ini ada kena mengena dengan kisah zaman dahulu, dan ianya bersifat peribadi, kenapa dia perlu mengganggu orang lain dan tidak hanya tuning Pekin seorang sahaja? 

Ceritanya tidak all out dan dibina dengan kadar biasa. Momen yang harus diberi penekanan nampaknya dibuat sekadar memenuhi syarat. Malah, twist pada ending filem juga nampak tidak meyakinkan dan membuatkan penonton macam aku rasa macam nak tumbuk-tumbuk dinding. Ending macam harem! 

Dari segi visual, tiada apa yang harus dibanggakan. Kerja kameranya macam biasa sahaja. Tiada apa yang menarik cuba disampaikan. Asalkan boleh ambil gambar, ambil saja. Pembaharuan tiada langsung. 

Kekurangan juga ada pada dialog-dialog yang memang skema dan juga dubbing yang memang lahanat nak mampus! Dialog seperti tak ada aura dan nampak dipaksa untuk memasukkan klu serta menyumbang kepada pergerakan cerita. Pekin yang memang aku tidak nafikan mempunyai lakonan yang sangat power pun jadi lemah. Aduhai! 

Tiada apa yang bagus dalam filem ni kecuali hiburan tahap drama swasta yang tergesa-gesa. Keseluruhannya, aku tidak menyatakan yang filem ni sampah. Ianya memang hampir kepada tahap itu tetapi ianya tidaklah busuk sangat pun. Boleh ditonton ringan-ringan sambil sembang-sembang dan tidak serius. Cuma janganlah mengharap sesuatu yang baru dalam filem ini. 

3/5

Friday, October 14, 2016

Review: Kampung Drift

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | Nevin Hiong
Pelakon | Syafie Naswip, Pekin Ibrahim, Pablo Amirul

Sudah lama aku tidak menonton filem Melayu. Agak lama jugalah aku tidak menulis ulasan filem Melayu kerana aku sendiri sudah kecewa dengan sampah-sampah yang ada dalam industry filem kita. Namun, atas permintaan para pembaca blog, aku pilih beberapa filem Melayu untuk aku tonton untuk membuka mata aku kembali kepada dunia perfileman tempatan. 

Kampung Drift ialah filem pembuka kepada misi menonton filem Melayu. Pada aku, filem ini pada telinga aku tidak ubah sekadar filem biasa yang semirip filem Ahmad Idham juga Syamsul Yusof semasa dia masih muda. Cuma, mungkin, pada musim drift, dan rempit yang sudah mula hilang taring, karya Kampung Drift harus ada sesuatu yang baru untuk menarik minat penonton. 

Apa yang aku nampak filem ni memang cuba mencari formulanya tersendiri. Pengarah tahu bahawa penonton tak harus dimomokkan dengan kisah Drift biasa yang hanya dipenuhkan dengan bunyi deruman enjin kereta. Maka dia pinjamkan elemen kekeluargaan yang selalu ada dalam mana-mana filem Hollywood. 

Ambil contoh Need For Speed mahupun Fast & Furious, racing harus disulam dengan elemen kekeluargaan dan persababatan bukan? 

Malangnya, Kampung Drift terlalu rojak. Dia macam nak tunjuk sesuatu yang baru tapi terperangkap. Aku tidak pasti filem ini sebenarnya filem aksi keluarga atau si fi. Agak pelik apabila elemen si fi juga menjadi perhatian besar dalam membentuk plot cerita sedangkan mesej utama itu tidak diperkenalkan di awal filem. Jika ianya sebuah si fi aksi, takkan nama filem Kampung Drift. 

Elemen time travel yang dibina sebenarnya harus diperkenalkan lebih awal supaya penonton tak rasa tertipu. Pinjam sahaja SAM karya Syafiq Yusof, itu ialah contoh ‘red herring’ yang bagus. Kampung Drift mempunyai ‘red herring’ yang gagal walaupun ianya dibina dengan jiwa yang sama. 

Watak pak cik saintis nampak mengarut walaupun elemen komik komedi ada dalamnya. Oh, komedinya tak menjadi. Malah, aku rasa, dia tidak seharusnya ada jika mahu wujudkan time travel. Banyak lagi ruang ada jika plot pak cik saintis dibuang dan digantikan dengan time travel yang baik serta kebijakan pengarah membina babak sama dan reaksi berbeza. 

Dari segi lakonan, aku rasakan Pablo memang gagal habis. Apa yang dia ada hanyalah percubaan nak jadi jahat all-out tetapi dia ni umpama Tony Jaa di awal penglibatannya di dalam filem. Seorang pelakon aksi tidak semuanya mampu untuk memberikan lakonan dan dialog yang memukau dan Pablo Amirul ialah orang yang tergolong dalam golongan itu. 

Namun, tabik spring toing toinglah kepada Syafie Naswip yang mampu untuk bawa lakonannya yang sangat baik. Hanya dia sahaja penyeri dalam filem ini. Lakonannya nampak naik turun mungkin disebabkan babak-babak yang agak kurang seri dan tipikal. Namun, pelakon ini cuba habis baik untuk jadikan setiap momen yang dia ada menjadi momen yang baik. 

Secara totalnya, aku rasakan Kampung Drift gagal menyerlah. Yup, aku tabik springlah dengan garapan visual yang ok sikit dari filem drift dulu-dulu. Thanks kepada teknologi drone yang digunakan meluas sekarang ini. 

Namun, untuk menjadikan Kampung Drift sebuah filem yang dibanggakan, ianya masih lagi perlu banyak upgrading. Elemen time travel yang ada, elemen kekeluargaan yang dicerita, semuanya half-baked. Apa yang ada, ianya hanya menjadi mengarut sedangkan ianya boleh dibina dengan gaya yang lebih meyakinkan. 

2.5/5

Monday, October 10, 2016

7 Perkara Menarik Dalam Trailer 'Desolasi"


Trailer filem terbaru Syafiq Yusof telah diterbitkan. Apa yang aku dapat simpulkan, trailernya sangat meyakinkan. Ianya bermula dengan scene-scene biasa yang sangat-sangat tipikal. Tapi, semakin trailer itu bergerak ke pengakhiran, banyak teka-teki yang mula terbuka dalam trailer. Jika anda jenis yang tak perasan benda-benda penting dalam trailer ini, ini ialah beberapa perkara yang korang patut beri perhatian.

1. Syamsul Yusof seorang pelukis jalanan

2. Hidupnya kacau, dan dia memohon untuk kehidupan yang lebih baik.


3. Watak Syamsul Yusof berada di dalam dunia yang mana dia bersendirian dan tiada manusia lain selain dirinya sahaja


4. Syamsul Yusof bersuka ria dengan 'memusnahkan' dunianya sendiri




5. Siapakah perempuan ini?? Adakah ini semua mimpi atau realiti?



6. Kau rasa, betul ke Syamsul Yusof ni bersendirian dalam satu dunianya? Atau ianya seperti dunia fantasi, mungkin disebabkan oleh ujian sains, mungkin.



7. T-rex di Kuala Lumpur! Mimpi atau fantasi



Ohsem kan? Memang karya Syafiq Yusof sangat-sangat out-of-box. Memang tak sabar-sabar nak tonton filem ni pada 8 Disember 2016. Korang boleh tonton trailer filem Desolasi di bawah:







Sunday, September 11, 2016

Review: Train to Busan

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | Yeon Sang-ho
Pelakon | Gong Yoo, Jung Yu-mi, Ma Dong-Seok

Ini ialah filem Korea yang pertama aku tonton di panggung. Kalau tak silaplah, filem Korea yang aku tonton secara serius ialah Tae Guk Gi. Pada masa tu, filem tu antara filem perang Korea yang memang dapat liputan yang meluas yang mendesak aku untuk tonton juga walaupun aku bukan fan filem Korea. Train To Busan juga sebenarnya bukanlah berada dalam list tontonan. Walaupun ianya sebuah filem zombie, aku tidak meletakkan harapan untuk tonton filem ni. 

Namun, di sebalik promosi yang meluas dan juga kejayaan filem ni, ditambah pula dengan kejayaan dan juga kehebatan yang dicanang, akhirnya aku tertarik untuk menonton filem zombie Korea ini. 

Apa aku boleh katakan selepas menonton filem ni ialah, ianya sebuah filem yang punya banyak karakter, ditambah dengan zombie yang diinsipirasi daripada filem World War Z, dan juga elemen cemas yang memang segar untuk sebuah filem Asia. Train To Busan memang tidak bosan dan meletakkan satu lagi aras dalam perfileman filem Korea. 

Sebagai penulis, aku sebenarnya menonton dan cuba meneka-neka bagaimana watak berjalan. Semua watak dihimpunkan dalam sebuah tempat kecil, yakni keretapi, dan sebuah perjalanan kisah survival mereka dipaparkan sepanjang dua jam. Satu demi satu watak mati, namun, aku juga melihat bagaimana setiap kematian watak bukanlah sia-sia. Dengan watak yang banyak, penulisan cerita ini memang tidak pernah tinggalkan watak yang direka dengan kematian yang sia-sia. Kesimpulannya, lakonlayarnya bagus! 

Ada banyak watak ‘minta simpati’ dalam filem ni. Penonton akan dibawa untuk menghadapi setiap cerita setiap watak sampaikan setiap watak, kalau dia nak mati, orang akan rasa sedih dan kasihan. Aku geram sangat-sangat sebab aku pun hampir mengalirkan air mata jantan aku. Cis! 

Train To Busan hanya berbekalkan kisah ringkas. Kisah yang memang menjadi formula yang penting dan biasa digunakan di Hollywood. Aku yakin, jika garapannya bagus, kisah laki bini bercerai, dan juga hubungan anak ayah antara formula filem survival yang paling berjaya untuk menjadi pancing kepada emosi. Ini kerana elemen ni ialah elemen yang dekat hampir semua hati penonton yang semuanya ialah manusia. 

Ceritanya sentiasa ada thrill, dan juga sentiasa cemas. Membandingkan dengan World War Z, antara filem zombie yang memang ada elemen segar dan baru, filem ni tidaklah terlalu berpropaganda dan hanya memaparkan kisah keluarga dan persahabatan sahaja dalam masa dua jam. Ini yang membuatkan penonton rasa touching walaupun orang tahu zombie tu tak real.  

Train To Busan juga ada zombie yang tidak membosankan. Thanks to World War Z juga sebenarnya kerana filem zombie ala-ala gila macam ni bermula di sana. Walaupun tak ada babak besar macam zombie naik tembok besar, penggunaan zombie CGI yang agak impressive memang menambahkan elemen cemas dalam filem ni. 

Namun, aku agak janggal dengan elemen zombie bijak dalam filem ni. Zombie yang tidak dapat membuka pintu dan tidak nampak di dalam gelap tetapi bijak untuk menghentikan kepala kereta api yang sedang berjalan? Bagaimana pula zombie boleh bercakap untuk mewujudkan drama dan kasihan pada hujung perjalanan cerita? Agak janggal. 

Keseluruhan cerita memang dibina dengan cantik. Pada aku yang kurang arif pasal filem, filem ni memang tidak pernah membosankan dari awal hingga akhir. Ianya bermula dengan pantas dan sentiasa menimbulkan rasa cemas dalam setiap babak. 

Ada juga beberapa kontinuiti yang agak pelik disebabkan visual CGI dan visual biasa tidak diadun dengan kemas. Tapi, itu hanyalah perkara kecil sahaja daripada keseluruhan filem yang memang mengagumkan. 

Aku rasa, Train To Busan antara filem yang memecahkan pemikiran orang yang selalu fikir Korea equals to Running Man. Ada kehebatan lain dalam industry hiburan mereka yang mereka sudah tonjolkan. Aku sarankan korang tonton filem ni walaupun korang bukan percaya pada zombie. Mesej dan elemen kekeluargaan dan sosial dalam filem ni memang digerenti mampu untuk membuatkan kau mengalir air mata! 

4.5/5

Monday, August 29, 2016

Sejarah Lagu Kopi Dangdut



Siapa sahaja pernah dengar lagu Kopi Dangdut. Lagu ini berasal dari Indonesia dan dinyanyikan oleh penyanyi Fahmi Shahab dan Elly Sanjaya pada tahun 1991. Lagu ini memang popular dan sentiasa malar segar sehingga hari ini. Pelbagai versi ada dan kita hanya tahu ianya sebuah lagu Indonesia yang popular di Malaysia.


Kopi Dangdut diacapellakan oleh kumpulan Colour of Voices. Klik untuk menonton.

Namun, ramai yang tidak tahu yang lagu Kopi Dangdut diilhamkan daripada lagu melodi Moliendo Cafe ciptaan Hugo Blanco (lagu boleh didengar di sini), seorang komposer daripada Venezuela pada tahun 1958. Lagu tersebut dinyanyikan pertamakalinya di dunia oleh Mario Suarez. Ada 800 versi lagu ini dalam pelbagai bahasa. Antara versi yang popular ialah versi Jepun yang dikenali sebagai Coffee Rumba (lagu boleh didengar di sini).

sumber:

Sunday, August 7, 2016

Review: Suicide Squad

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | David Ayer
Pelakon | Will Smith, Jared Leto, Maggot Robbie

Sebelum aku menonton filem Suicide Squad ni, agak payah untuk aku rasakan yang filem ni berada di dalam universe yang sama dengan filem Batman dan Man of Steel. Universenya rasa macam kurang gam sebab sebelum ni, kita selalu dicanangkan bahawa filem DC universe selalunya berat dan perlu kesabaran. DC kali ini tampil dengan filemnya yang paling ringan. Ada yang aku suka, dan ada yang aku kurang gemar. 

Apa yang aku katakan, Suicide Squad sebenarnya seperti mengganggu kontinuiti siri tv superhero DC dan juga siri filem. Apabila Marvel Cinematic Universe memang menggabungjalin siri tv mereka yang ditayangkan di Netflix bersama dengan universe filem, DC pula mengambil langkah berbeza. Siri tv ialah dunia lain, makakala siri filem pula lain. 

Justeru itu, memang agak janggallah apabila kau Nampak Deadshot muncul semula sebagai seorang lelaki kulit hitam selepas mati dalam satu episode Arrow. Malah, agak pelik juga apabila Boomerang dan juga beberapa karakter kecil yang hanya layak untuk siri tv muncul beraksi dalam filem. Bagi yang tidak menonton siri TV Arrow dan juga The Flash, mungkin kau takkan rasa feeling déjà vu ni. 

Apabila menyebut tentang Suicide Squad, kau juga akan terbayang satu episod Arrow yang juga bercerita tentang skuad ini tetapi dalam skala paling kecil. 

Baiklah, kembali kepada filem Suicide Squad. Well, apa aku boleh katakan, secara keseluruhannya ianya entertaining. Jujurnya, kehadiran Batman sebagai penggabung kepada universe DC antara perkara yang membolehkan kau duduk dan enjoy Suicide Squad. Walaupun garapan filem ni tidak seperti Batman vs Superman, kau sedikit sebanyak boleh terima yang filem ni berada dalam universe yang sama. 

Tiga kata yang menggambarkan plot filem ni ialah, ringkas, straightforward dan nothing but entertainment. Plot filem ni nampaknya tidak terlalu banyak bercakap pasal falsafah. So, apa yang kau dapat ialah a set of bad guys yang cuba untuk fight evil. Ada selingan komedi dek kerana sikap mereka yang berbeza2 dan juga backstory yang menceritakan asal usul setiap karakter. 

Jika nak dibandingkan dengan yang setara, Guardian of the Galaxy mungkin boleh. Aku rasakan Suicide Squad menang. Ianya tidak mengambil masa yang lama untuk kesemua team bergabung. Malah, elemen main-main dan juga suntingan ala-ala MTV dengan muzik yang memang enjoyful menjadikan momen-momen Suicide Squad seperti disco of death. 

Jared Letto sebagai Joker mungkin tidak dapat menggantikan kehebatan Heath Ledger. Namun, dia mampu membawa Joker yang baru dan lebih playboy. Malangnya, aku rasakan kehadirannya dalam filem ni hanya sekadar mengisi kekosongan plot kecil sahaja dan tidak lebih dari itu. Joker kelihatan menyelit-nyelit di celah plot besar dan tidak menyumbang apa-apa pun pada perkembangan plot besar. Apa yang ada hanyalah cerita Harley Quinn nak lari dari skuad tu! 

Deadshot yang kecil pula berada di bahu seorang yang sangat besar. Untuk seorang aktor yang besar, apabila diletakkan di dalam sebuah kumpulan, ianya memang sebuah formula yang agak berisiko. Namun, aku nampak, Will Smith Berjaya membantu untuk mewujudkan hubungan emosi diantara setiap karakter. Harley Quinn terutamanya nampak menyerlah emosinya apabila Deadshot ada. 

Walaupun aku ok dan menerima bagaimana filem ni bergerak, aku sebenarnya agak kekok apabila watak El Diablo punya back story diceritakan hampir di hujung. Aku mungkin rasakan yang El Diablo mahu dijadikan centre of emotion sebab in the end dia akan sacrifice diri sendiri untuk bunuh Enchantress. Malangnya, kematian El Diablo hanyalah kematian yang sia-sia. Tiada siapa kisah tentang El Diablo atas pengorbanannya. Mengecewakan. 

Malah, garapan visual pula kelihatan sederhana. Visual seperti sebuah siri tv berskala besar yang menggunakan CGI kelas tinggi. Aksi perlawanan pula mengingatkan aku kepada siri Power Rangers, sebab ada kuncu-kuncu menggelikan tu. Malah, tidak ada satu pun adegan fighting yang dirasakan mampu menonjolkan setiap kebolehan anggota Suicide Squad secara personal. 

Namun, disebalik beberapa kelemahan, aku rasakan filem ni masih entertaining. Untuk sebuah hiburan dewasa, mungkin kau rasakan menyaksikan bontot Harley Quinn berkali-kali di sepanjang filem itu menghiburkan. But, for kids, memang taklah kot. 

Suicide Squad ada formulanya tersendiri untuk berdiri sebagai sebuah filem yang memaparkan hero-hero kecil DC. Ternyata, dalam dunia DC universe yang makin membesar, watak-watak kecil ini menghiburkan walaupun ianya tidak setanding dengan superhero besar DC, Superman dan Batman. Jika kau nak sebuah filem yang sempurna, Suicide Squad tidak menjanjikannya. Namun, untuk entertainment ringan sebuah superhero yang terabai, filem ni menghiburkan. 

4/5

Saturday, August 6, 2016

Review: Lights Out

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | David F. Sandberg
Pelakon | Teresa Palmer, Alexander DiPersia, Gabriel Bateman

Ok, sebelum aku bercerita lanjut pasal Lights Out, aku nak cakap yang aku sebenarnya tertinggal untuk follow sekuel The Conjuring. Jadi, kalaulah filem tu boleh dijadikan comparison untuk bertanding siapa lebih hebat, apa yang kau cari tiada di sini. Aku bukanlah gemar menonton filem horror, tetapi apabila ianya mengaitkan nama James Wan, ianya sedikit sebanyak buat aku tertarik.

Lights Out versi filem pendek memang tak dinafikan berjaya memberi cara baru untuk memberikan horror dalam filem seram. Buat pertamakali, rasanyalah, kau tidak akan dikejutkan bukan dengan adegan-adegan hantu melintas, dan juga tangan yang sentiasa nak gapai-gapai buat cameo. Dalam Lights Out, point besar yang kau akan jumpa ialah, teknik untuk menakut-nakutkan memang sangat-sangat fresh. 

Dari filem kecil itulah, David F. Sandberg memberikan cerita yang lebih besar. Kali ini, makhluk menakutkan itu sudah ada nama dan kisahnya juga lebih besar. Ini ialah filem pertama David F. Sandberg selepas diberi kepercayaan oleh James Wan dan team untuk menterjemahkan karya pendek itu kepada penonton yang lebih besar. 

Ternyata, Lights Out memang segar dan lebih scary dari filem-filem horror yang mana kaedah seramnya sudah mula membasi. Lights Out memberi definisi baru horror dengan menampilkan permainan cahaya dan juga kegelapan. Kalau kau nak tahu, kerimasan filem ni memang tak dapat dinafikan berjaya sehinggakan kau nak menonton dalam cinema yang gelap tu pun kau rasa seram sejuk. 

Malah, apatah lagi selepas balik rumah. Confirm, kau nak tutup lampu untuk tidur pun kau akan rasa Diana sentiasa memerhatikan kau. Kalau budak-budak tengok, memang tak tidur malam lah budak-budak tu. 

Dari segi plot, aku rasakan ceritanya ringkas namun main point utama cerita berjaya disembunyikan dengan baik. Sepanjang filem ini, penonton disajikan dengan kisah anak yang meninggalkan ibunya namun pada masa yang sama masih ambil berat pasal adiknya. Pemilihan kisah kekeluargaan dalam filem horror memang antara formula yang menarik kerana selain adegan seram, filem ni lebih bermesej dan tidak kosong. 

Dengan watak yang hanya boleh dibilang dengan jari, filem ni bergerak tanpa ada sedikit rasa lewah. Setiap adegan dibikin dengan baik dan aku berjaya untuk menangkap satu-satu perkara yang diceritakan. Malah, sedikit komedi yang disuntik dalam filem ni menjadikan filem seram ni ada waktu rehat sebentar dari keseraman yang datang bertimpa-timpa. 

Namun, aku sedikit kecewa dengan ending yang pada aku boleh diukir dengan plot twist yang lebih baik. Ending filem ni terlalu ringkas dan gagal menerbitkan unsur kasih sayang ibu dan anak yang dibawa sepanjang filem. Namun, setelah dapat tahu yang penerbit dah bagi lampu hijau untuk filem sekuel, aku harap filem keduanya lebih better dalam sentuhan twistnya. 

Apa aku boleh cakap pasal Lights Out ialah ianya seram, segar dan menghiburkan. Kau pasti akan ketawa dengan teletah Martin yang sangat-sangat berjaya dalam lakonannya. Lights Out ialah fenomena seram baru yang memang wajib tonton. Kalau kau rasa filem ni ada adegan seram biasa, kau memang silap. Segar, lakonan mantap, dan yang paling penting, simple! Formula seram yang menjadi.

4.5/5

Tuesday, July 12, 2016

Review: Independence Day - Resurgence

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | Roland Emmerich
Pelakon | Jeff Goldblum, Liam Hemsworth, Bill Pulman

Kau tahu, Hollywood mahu memusnahkan dunia, tetapi mereka dah lupa, dunia tidak harus dimusnahkan dengan hanya memberikan satu bom dan meletupkannya. Ianya harus ada cerita yang bagus supaya kemusnahannya dihayati. Rolland Emmerich, orang kuat di sebalik 2012 dan juga beberapa filem yang memaparkan dunia musnah nampaknya sudah menampilkan sisi paling ‘malas’ dalam filemnya kali ini. 

Ya, Resurgence aku simpulkan sebagai filem Emmerich paling malas dan paling mencalarkan maruahnya sebagai seorang yang memang pandai memusnahkan dunia bersama dengan plot yang bagus. Resurgence hanyalah sebuah filem Rolland yang terperangkap dalam masalahnya yang tersendiri. Aku rasa, Will Smith sendiri tidak mampu untuk menyelamatkan filem ni jika penerbit sanggup bayar jumlah yang dia nak. 

Entah kenapa, filem ni yang berada di zaman makin maju dengan CGI ini gagal untuk dibanggakan. Jika filem pertamanya antara filem yang hangat diperkatakan dek kerana visual efek yang memang sukar dicapai pada masa itu digunakan, Resurgence pula ialah filem yang dipenuhi dengan CGI yang memualkan. 

Apatah lagi, visualnya kadangkala mengingatkan aku kepada Hunger Games dan juga Jurassic World. Mengecewakan apabila visualnya sangat-sangat padat dengan visual CGI namun tahapnya masih sampah dan juga picisan. 

Filem ni bermula dengan intro yang pada aku, kalau kau tak tonton filem pertama, kau akan rasa memang bosan gila nak tonton filem ni. Ada perkara-perkara baru yang dibuka merujuk kepada filem pertama. Adegan rujuk merujuk ni pula makan masa agak lama sehinggakan aksi-aksi alien nampaknya dikurung sehinggalah final battle. 

Jeff Goldblum gagal membantu mengembalikan memori filem lama. Namun, menyaksikannya dalam filem ni dengan watak yang tak berapa nak dikembangkan dengan bagus dan hanya membawa sisa-sisa filem asal amatlah membosankan. Malah, Liam Hemworth yang memberi nafas baru filem ini untuk generasi muda sebenarnya gagal menambat hati aku. 

Aku mungkin tak ada masalah dengan pelakon. Apa sahaja yang diorang lakonkan sebenarnya berpunca daripada skrip dan idea cerita. Kepala bana kau pergi forwardkan filem Independence Day ni sampai futuristic macam ni, lepas tu pula kau bawa plot sama pasal alien. Cerita yang diberi memang tak kuat dan elemen futuristic yang ada gagal membawa apa-apa signifikasi pada cerita. 

Aku lebih selesa jika filemnya lebih kepada military dan dunia masih seperti zaman sekarang. Fiksyen Rolland kali ni terlalu mengarut dan lebih mengarut daripada 2012. Kemengarutan yang diberi pula tidak selari dengan plot dan juga adegan yang diberikan. 

Terlalu banyak babak-babak ceramah sebelum perang dan juga lawak bodoh professor yang tak pakai spender lepas bangun dari koma. Juga alien yang tetiba keluar tanpa apa-apa penjelasan yang lebih munasabah. 

Rolland nampaknya bijak dengan memilih Singapura dan Malaysia untuk dihancurkan dalam filem kali ni. Tapi, dia ingat, dengan menghancurkan Singapura dan Malaysia (KLCC), dia ingat orang negara akan layan filem ni walaupun diletakkan dengan plot cerita bangang. Oh, Hollywood. Kau kena ingat, penonton Malaysia tak bodoh macam dulu zaman trilogy Species berleluasa di vcd cetak rompak. 

Kesimpulan, Independence Day: Resurgence ialah sampah. Ianya ialah kegagalan Rolland Emmerich yang terdesak nak menghancurkan dunia. Ending filem ni yang memberi kata kunci untuk filem ketiga sebenarnya membuatkan aku rasa, cukup2lah kau buat Independence Day. Resurgence ialah kemusnahan dunia paling malas. Hanya kerana seekor Queen, dan pertarungan di sebuah kawasan lapang, itukah yang dinamakan Amerika sebagai hero dunia? 

2/5

Saturday, June 4, 2016

Review: Fan

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | Manesh Sharma
Pelakon | Shah Rukh Khan

Semestinya semua peminat Shah Rukh Khan tahu yang tahun 2016, ada dua filem besar aktor ini yang bakal menjadi hiburan para peminat. Dilwale sudah hentam pawagam namun mendapat kecaman dek kerana gagal untuk memberikan cerita yang umph walaupun ada Kajol dan juga Shah Rukh Khan di dalamnya. Bagi yang tidak tahu,gabungan Kajol dan SRK memang antara gabungan mantap sepertimana yang terjadi dalam filem-filem sebelumnya. 

Sesebuah filem tidak memerlukan superstar untuk berjaya. Apa yang diperlukan ialah sebuah plot cerita yang hebat dan meyakinkan. Fan ada kesemua itu dengan bonus featurenya ialah Khan sendiri. Memparodikan kehidupan superstar dan menjadikannya sebuah thriller yang padat dengan aksi dan psikonya membuatkan Fan bersinar berbanding Dilwale. 

Fan ialah kisah ringkas. Ianya berkisah tentang Gaurav yang memang meminati pelakon kegemarannya Aryan Khanna. Dalam kehidupan seharian kita, dapat dilihat Gaurav ialah seorang insan yang biasa yang sering kita jumpa. Menggemari artis ialah perkara biasa dan juga boleh menjadi obsesi berbahaya. Dalam filem ini, Gaurav ialah seorang insan yang obses dengan pelakon kegemarannya dan mengalami perjalanan berbahaya dek kerana itu. 

Tiada heroin yang besar dalam filem ni. Fan hanya menyaksikan konfrontasi Gaurav dan Aryan dari awal hingga akhir. Setiap detik dan babak dipenuhi dengan adegan yang memang gila dan memukau. Kadangkala, kau akan membenci diri kau sendiri jika kau memang seorang penggila artis. Menggilai seseorang mampu buatkan kau gila! 

Adegan cemas dalam filem ni digarap dengan baik. Aksi-aksi ala filem Jackie Chan juga ada (kena tonton adegan deleted scene dalam Youtube) tetapi tidak diisi dalam filem. Namun, ada adegan aksi yang mengingatkan aku kepada adegan dalam filem Age of Extinction (aksi di ruang aircond dan tingkap), adegan gayut2 pula mengingatkan kepada Mission Impossible. Tetapi, keseluruhannya, aksi memang best! 

Aku paling suka adegan Gaurav melarikan diri dari polis. Even tak original, namun ianya berjaya membuatkan kau rasa puas. Oh, adegan Aryan bawa motor kejar Gaurav lepas dia cabul sorang anak gadis orang kaya tu tak kurang juga hebatnya. 

Fan tidak melupakan sisi emosi juga. Filem ni bijak menggarap emosi dan membuatkan kau berasa kasihan dengan Gaurav. Kau akan dibawa untuk memahami emosi dan dunia Gaurav dan Aryan yang sangat berbeza. Dan kau akan faham, in the end, kau minat gila-gila pada retis ni sebenarnya satu kerja yang sia-sia. 

Memang filem ni tak ada lagu. Tetapi, memang kalau letak lagu, memang ganggu habis rhythm filem ni yang banyak bermain dengan psikologi. 

Apa yang paling menonjol dalam filem ni ialah bagaimana Bollywood sudah berjaya membuat sebuah filem yang hebat dari segi CGInya. Kau tahu kan Gaurav dan Aryan ialah Shah Rukh Khan sendiri? Proses membentuk muka Gaurav sebenarnya ada diceritakan dalam video-video di Youtube. Ohsem dude! 

Totally entertaining, dan juga berjaya membuatkan kau berfikir sebentar. Fan digarap dengan kemas dan juga mengasyikkan. Dengan lakonan Shah Rukh Khan yang memukau, ditambah pula dengan visual efek yang memuaskan, oh, plotnya yang menarik juga, Fan ialah sebuah filem wajib tonton jika kau pernah kecewa dengan Dilwale. 

4.5/5

Friday, June 3, 2016

Review: Teenage Mutant Ninja Turtle - Out of the Shadows

Tahun terbit | 2016
Pengarah | Dave Jones
Pelakon |  Megan Fox, Stephen Amell, Will Arnett, Laura Linney

Filem reboot pertama TMNT yang dihasilkan Michael Bay agak mengecewakan.Apatah lagi, plotnya hampir sama je dengan filem Planet Hitam yang ada Cicakman tu. Aku mengkritik filem pertama dek kerana gagak menampilkan originality yang mampu membuatkan awesomeness hadir dalam filem tu. Tapi, tak boleh nak buat apa. Bila Michael Bay, kritik lah buruk mana pun, filem tu tetap jadi filem yang laris dan juga digemari. 

Maka, hadirlah sekuel kedua filem ni yang memaparkan kesinambungan daripada filem pertama. Jadi,sebenarnya, dapat disimpulkan yang Michael Bay ni memang tak hirau langsung kritikan negatif sebab diorang tahu, selagi diorang mampu buat duit dengan francise yang ada, selagi tulah semua pengkritik boleh fuck off! 

Membandingkan filem ni dengan filem yang pertama, aku akui filem kali ni lebih baik sedikit daripada filem yang sebelumnya. Plotnya lebih besar dan beberapa watak baru dalam dunia TMNT diperkenalkan. Namun, sebagaimana cara watak-watak Transformers diperkenalkan dalam filem mereka, cara itu jugalah digunakan untuk memperkenalkan watak-watak TMNT. 

Macam biasa, filem ni dipenuhi dengan visual yang bergerak tak berhenti-henti. Kadangkala ianya menyesakkan kerana beberapa syot kelihatan out of focus. But, come on, itulah cara Michael Bay even filem ni bukanlah diarahkan olehnya. Filem ni juga ada adegan akhir yang nampak macam The Avengers, ala-ala kapal dari dunia luar nak attack bumi dan akibatkan end of the world. 

Bebop dan Rocksteady nampak semak dan kadangkala hanya berdiri sebagai satu karakter jahat yang tiada aura langsung. Namun, kadangkala, lawak mereka menjadi Cuma merimaskanlah juga apabila diorang asyik bergelak-gelak je. 

Antara aksi power yang memang memuaskan hati ialah aksi di Brazil Memang aksi dalam kapal terbang tu ada refer kepada Vin Diesel a.k.a Fast and Furious 7, ianya memang melucukan. Diorang lupa yang aku juga terlintas di fikiran filem The Hobit yang ada scene dalam tong ketika diorang lepaskan diri tu. Memang menarik dan aku suka scene tu. 

Malah, aku suka juga elemen kekeluargaan yang ada dalam filem ni. Konflik antara empat kura itu membuatkan filem ni nampak family themenya. Namun, masalah tu sikit sangat dan aku berharap yang ianya menjadi satu perkara yang dibesarkan dan membolehkan penonton mengalirkan air mata at the end of the film. 

Mengecewakan apabila karakter April gagal dipadankan dengan Casey Jones yang nampak agak tenggelam. Entahlah, walaupun pada awalnya rasa teruja apabila mamat Arrow ni ada dalam filem ni, tetapi nampaknya resultnya menunjukkan yang dia ni harus terus berada di dalam dunia Arrow dan tak payah keluar jadi karakter lain. 

Heh, kesimpulannya simple. Kau minat filem yang diterbitkan Bay, even diarahkan oleh Dave Green, kau harus terima hakikat yang peminat asal TMNT akan kecewa dengan filem ni. Tapi bagi aku, aku enjoylah menonton kerana aku memang sukakan gaya rimas-merimaskan yang selalu ditonjolkan. Filem yang untuk kanak-kanak yang bit dark dan rimas. Aku tak pasti budak-budak mampu tahan ke tak tonton sampai habis. 

3.5/5

Saturday, May 21, 2016

Review: X Men - Apocalypse

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | Bryan Singer
Pelakon | James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Oscar Isaac

Benda besar yang nampak sangat kecil. Itulah yang aku nampak pada filem Apocalypse ini. Seharusnya, filem ni mampu untuk membuatkan kau kagum even bukan sebagai seorang pembaca komik sebenar. Aku, yang bukannya pembaca komik sebenarnya ternanti-nanti kiamat yang bakal terjadi dalam filem ni dan bagaimana X-Men menyelesaikannya. 

Day of Future Past pada aku berjaya untuk menjadi antara filem yang ada idea kompleks tetapi berjaya diselesaikan dengan baik. Apocalypse pula kelihatan seperti satu percubaan untuk menyambung kontinuiti yang sudah tunggang langgang dalam filem sebelumnya bercampur dengan pengenalan beberapa watak yang masih budak-budak ketika kau kenal filem pertama X Men, dan juga isu mutant yang besar dan tidak terkalah. 

Malangnya, pada aku, filem ni ada banyak subplot yang sebenarnya menenggelamkan Apocalypse yang sebenar. Apa yang ada ialah selang seli plot-plot kecil yang tidak dikembangkan dengan baik bersama dengan beberapa plot lain yang menyinggah dan menyemak. 

Terlalu banyak bahagian yang mengutarakan tentang konflik Magneto dan juga beberapa part lain yang terlalu melebihi cerita Apocalypse yang sebenar. Malah, cerita bagaimana Apocalypse berusaha mencari Four Horseman itu juga nampaknya tidak ada pengembangan. Tiada konflik yang besar untuk dihayati kecuali emosi Magneto yang memuaskan. 

Namun, jika kau abaikan segala plot dan juga bahagian pengenalan watak-watak yang sekadar menghiasi runtime menonton, sebenarnya kau boleh enjoy filem ni pada sesetengah bahagian. Pada aku, adegan emosi Erik apabila isteri dan anaknya tebunuh antara yang meruntun jiwa. 

Selain itu, kau akan dapat rasa lebih dalam tentang bagaimana Magneto itu ialah sisi gelap yang sentiasa merasuk diri Erik. Selain tu, aku juga menyukai watak mutant lari laju Quicksilver yang berjaya mencuit hati. Walaupun aku rasa macam kemengarutannya lebih mengarut dari kuasanya sendiri, aku rasa adegan Quicksilver selamatkan mutant dari letupan tu antara adegan yang paling best! 

Bryan Singer ada gunakan beberapa scene daripada filem X Men awal (sekitar 2001 rasanya), namun aku sendiri kurang pasti sama ada filem ni sedang merosakkan kontinuiti yang dah rosak tu atau bagaimana? Pening kepala juga. Tetapi, better anggap filem ni sebagai filem yang bermula dari First Class dan seterusnya ke hadapan. 

Aku akui universe X-Men ni macam pelik. Walaupun aku rasakan macam filem Apocalypse ni seolah-olah cuba memperbaiki timeline yang sudah rosak, namun ianya masih gagal untuk menjawab beberapa soalan. Tak tahulah berapa banyak lagi filem X Men yang perlu hadir untuk membetulkan semua kerosakan yang ada. 

Apapun, X Men: Apocalypse pada aku mengecewakan pada plotnya. Watak Apocalypse tidak sehebat yang disangka. Namun, dari segi entertainmentnya, Apocalypse tetap ada walaupun ya, aku akuii CGInya memang tahap cikai sekali sekala. Dalam Captain America, kita ada Spiderman remaja, sekarang X Men pula edisi remaja. Superhero makin lama makin muda nampak, ehem! 

3/5

Monday, May 9, 2016

Review: Captain America - Civil War

Tahun Terbit | 2016
Pengarah | Joe Russo, Anthony Russo
Pelakon | Chris Evans, Robert Downey Jr, Scarlett Johanson, Elizabeth Olsen

Filem ini sebenarnya antara filem Marvel yang ok. Apa yang ada dalam filem ni ialah perkenalan kita dengan Black Panther dan juga Spidey. Aku pasti, antara penyebab yang menyebabkan korang nak tonton sangat-sangat filem ni ialah dua superhero tu. Aku pun sama. Walaupun aku menonton agak lewat, aku rasa Marvel tidak mengecewakan aku sepertimana Thor, yang personally pada aku antara watak paling aku cemuih! 

Captain America ialah The Avengers 3 sebenarnya. Aku tidak berapa nak setuju kalau filem ni dinamakan Captain America. Ianya sebenarnya tidak banyak pun memaparkan cerita pasal Capt. Hanya minit-minit terakhir sahaja menjadikan filem ni milik Capt sepenuhnya. Separuh dari filem dijadikan ruang untuk setup plot yang membawa kepada pertempuran dua side of The Avengers. 

Aku tidak nafikan filem ni antara filem yang ada aksi lawan-lawan yang terbaik dalam dunia Marvel Universe. Filem ni kurang tembak-tembak. Apa yang disajikan banyak kepada hand to hand combat yang memang ohsem. Rasa macam tonton filem The Raid mahupun Ong Bak versi superhero. Memang ohsemlah part ni! 

Malah, filem ni ada cameo yang memang sebenarnya membuatkan aku rasa teruja. Perkenalan kita dengan Black Panther dan juga tertunggu-tunggu akan Spiderman antara x-factor filem ni. Walaupun dua watak itu sebenarnya hanya ‘singgah sebentar’ dalam cerita sebagai introduction kepada filem mereka nanti, ianya dibina dengan cukup baik. 

Kasihanlah kepada Captain America yang tidak berapa nak menonjol dalam filemnya sendiri. Aku nampak Tony Stark lebih besar kisahnya dan walaupun Captain America ada rakan baiknya yang jadi jahat itu, mereka nampak masih tidak menyerlah. 

Filem ni kurang melucukan pada aku. Spiderman dibawa untuk menyuntik kelucuan. Begitu juga dengan Antman (lebih serius sikit dari filemnya yang asal). Malangnya Spiderman agak melampau-lampau dan selalu merosakkan mood pergaduhan. Betul, ianya sebuah ruang untuk memperkenalkan watak ini. Tetapi, kalau sampai dah naik menyampah, baik toksah masuk beb! 

Adegan di lapangan terbang sangat-sangat kurang impak. Entah kenapa, adegannya tidak terlalu fast paced dan selalu sahaja diganggu oleh Spidey yang nampak tak akil baligh lagi tu. Apapun, nasib baik pergaduhan itu hanyalah sebahagian sahaja dari pergaduhan yang ada dalam filem ini. 

Tony Stark dalam filem ini diuji tentang kemegahannya dan juga persahabatan. Dia diuji apabila dia ketahui satu rahsia yang mampu merosakkan persahabatannya dengan Captain America. Plot ini sebenarnya plot besar yang lambat untuk nampak apabila pada awalnya banyak setup yang diperlukan sehinggalah sampai kepada perkara yang sebenar. 

Apapun, Civil War memang sebuah filem superhero yang best. Ianya bukan lagi sebuah filem penghabisan kepada universe Marvel. Apa yang ada dalam filem ni pasti buatkan kau rasa tertunggu-tunggu Black Panther dan juga filem Spidey (aku tak tahulah suka ke idok ke Spidey jambu tu nanti). Civil War memang terbaik. Antara finest superhero filem yang dibikin Marvel. 

4.5/5

Wednesday, April 13, 2016

Catatan DZK Terengganu Tour: Hampir Mengislamkan Kristian!

CATATAN INI IALAH CERITA LEBIH KURANG APA YANG TERJADI PADA MALAM ITU. DIALOG SEBENAR DALAM BAHASA INGGERIS.

Semalam (12.4.16) di Imtiaz Besut, Dr. Zakir Naik hampir mengislamkan seorang Kristian. Impress dengan cara dia bermain kata sehinggakan penyoal tergamam apabila masuk dalam 'trap' yg dicipta penceramah terkenal tersebut.
Penyoal, seorang Kristian, menyoal soalan berkaitan Bible. Yang mana dia harus percaya. Old Testament atau New Testament.
Soalan kacang bagi Dr. Zakir Naik.
Dia terus jawab, 'Jika kamu percaya pada Old n New, kamu patut percaya kepada the Last Testament, yakni Quran'
Tepukan gemuruh. Dr. Zakir Naik terus mengulas ttg Old n New Testament, cerita pasal Jesus bla bla bla dan kemudiannya bercerita ttg disebut Nabi Terakhir yakni Muhammad s.a.w. Di akhirnya, dia mengulas, Jesus bukan tuhan (seperti dlm video di youtube di kebanyakan ceramahnya) dan Muhammad ialah Nabi Terakhir.
Dr. Zakir Naik bertanya kepada penyoal, 'sekarang, kamu percaya Jesus itu nabi?'
Penyoal pun mengiyakan. Apabila ditanya ttg Nabi Muhammad itu nabi, penyoal pun mengiyakan.
Killer question, Dr. Zakir Naik terus soal, 'Adakah kamu betul2 percaya pada Kristian?'
Penyoal mengambil masa. Mungkin dia tidak tahu dia ialah Kristian yang bagaimana. Kemudian, dia jawab, 'ya'


'Jika kamu Kristian yg sejati, kamu patut percaya pada Quran juga'
Aku tergamam. Waw! melihat Dr. Zakir Naik mematahkan hujah penyoal dengan lembut membuatkan aku kagum sebentar.
Dr. Zakir Naik pantas bertanya, 'kamu percaya Muhammad itu nabi?'
Penyoal mengiyakan.
'kamu percaya Allah itu tuhan? '
Penyoal nampak macam blur kejap tapi dia mengiyakan.
' saudara, jika kamu sudah percaya Muhammad itu Nabi Terakhir, dan Allah itu tuhan, maka kamu ialah muslim'
Semu bertepuk tangan. Dr. Zakir ajak penyoal untuk menyebut pengakuan dalam bahasa Arab. Lembutnya Dr. Zakir Naik cuba mengislamkan penyoal ini tanpa memberitahu pengakuan dalam bahasa Arab itu dikenali sebagai syahadah.
Dia juga berkata ttg pengakuan itu ialah perkara penting dan solat dan rukun lain akan datang kemudiannya perlahan2.
Penyoal terperangkap. Penonton tertunggu2. Tiba2, rakan penyoal mendekati dan membisik. Lantas di mic, dia berkata, 'saya tak bersedia'
Penonton kecewa. Tetapi, melihat cara Dr. Zakir Naik menjawab soalan di depan mata buatkan aku rasa kagum dan puas hati.
smile emoticon