Sunday, April 26, 2015

Review: Avengers - Age of Ultron

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Joss Whedon
Pelakon | Robert Downey Jr, Chris Hemsworth, Mark Ruffalo

Aku rasa Joss Whedon ni paham kot keinginan aku untuk tengok The Avengers ni lebih kepada aksi dan bukannya sebuah reunion yang hanya sekadar nak masukkan semua superhero dalam satu movie. Kalau korang tengok review The Avengers (di sini), secara jujurnya aku adalah antara 1 dalam sejuta yang tidak menggemari The Avengers yang pertama. Sebab musababnya better korang bacalah. Tidak perlu cakap banyak, jom ke Age of Ultron. 

Yeay! Inilah yang sepatutnya Joss Whedon bagi kepada aku. Lot os action dan juga drama yang lebih umph dan juga menghiburkan.Age of Ultron memang menepati citarasa aku sebagai sebuah filem superhero yang bergabung secara sempurna. Tiada overshadowing berlaku walaupun aku tengok Tony Stark lebih menjadi tunjang besar kepada seluruh cerita. 

Well, aku akui filem kali ni nampak cergas dan cerdik. Sebagai plot tengah yang akan membawa kepada Infinity War yang akan datang, Age of Ultron adalah sebuah filem yang berkembang, tetapi pada masa yang sama berjaya untuk membawa sebuah kisah yang ‘tunggal’ dengan jayanya. Disamping melihat keghairahan Ultron cuba menakluk dunia, cerita ini memperkembangkan universe Marvel. Semakin besar dan ‘weird’, tapi aku rasa ‘superhero’ fan mesti suka. Aku? Biasa biasa je. 

Filem kali ni juga memberikan cerita yang lebih berat. Cerita tentang kuasa yang lebih kuat dari kuasa yang ada. Kisah tentang superhero yang tidak mampu untuk melawan kuasa jahat kecuali dengan bersatu. A bit like Iron Man 3 punya idea, yang lebih nampak sedikit heavy namun masih boleh menghibur dengan aksi yang agak puas hati! Puas hati kerana kejahatan Ultron memang besar lebih dari Loki pada Avengers pertama.

Setiap scene dalam filem ni, sebenarnya berisi. Adegan yang pada aku nampak macam sengaja diadakan, macam The Hulk vs Iron Man yang aku rasa sekadar entertainment ada sebab musababnya. Adegan Thor pergi ke universiti, even macam kosong, ada isinya yang akan lead kepada filem seterusnya. Jadi, percayalah, watching Age of Ultron akan menyebabkan korang bertanya2 apa dan kenapa. Jawapannya, filem seterusnya lah. 

Aku suka aksi besar filem ni. Walaupun memang nampak mengarut, adegan itu sebenarnya lebih baik dan gruesome daripada adegan New York. Joss Whedon membawa sebuah aksi yang besar seolah-olah melihat semua Avengers berada dalam sebuah filem perang fiksi yang sangat realistik dan menakjubkan. Adegan akhir yang dihiasi komik komedi, babak pertarungan, drama tangis dan juga visual yang superb memang enjoylah! 

Filem ni jugak menghimpunkan cameo yang agak banyak. Namun, dengan script yang well done, semuanya nampak sekadar cameo dan tidaklah menyerabutkan filem. Tapi, aku rasa, sekali sekala semak tu muncul juga. Cuma belum sampai ke tahap betul-betul semak dan rimaslah. 

Oh, antara yang korang harus tengok ialah The Twin. Karakter yang sebenarnya berada dalam universe X Men ni sebenarnya antara perkara yang menarik dalam filem ni. Semangat adik-beradik yang sebenarnya membawa kisah mereka ke satu tahap yang aku tak expect akan sampai. Ada juga romantika si Black Widow yang bunganya cantik. Malah, Hawkeye yang takde single movie pun dilebihkan kisahnya!

Dengan skrip yang agak baik dan digarap dengan sempurna, Age of Ultron memang sebuah filem yang lebih baik dari yang pertama. Age of Ultron memang sebuah filem yang menghiburkan dan memberikan keterujaan untuk korang semua menunggu Infinity War. Pada aku, Joss Whedon sudah berjaya menarik minat aku untuk menonton The Avengers. Macamnilah baru betul. 

4.5/5

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

Saturday, April 4, 2015

Review: Furious 7

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | James Wan
Pelakon | Vin Diesel, Paul Walker, Jason Statham, The Rock

Furious 7 sudah sampai ke tahap paling dewa dalam francaisnya. Pada aku, apa yang disajikan dalam filem ni oleh James wan tidak ubah seperti sebuah filem dari pengarah yang sedang berjinak jinak nak jadi macam Michael Bay. Letupan dan aksi berselang seli tanpa henti. Lupakanlah perlumbaan kereta kerana Furious 7 sudah bermutasi menjadi filem aksi non stop paling gila dalam sejarah! 

Filem Furious 5, adegan paling gila ialah menarik peti besi di atas jalan. Furious 6 pula, adegan kejar mengejar dengan tank yang memang gila babi adrenalinnya. Oh, tambah pulak adegan ‘landasan terpanjang tu’ sekali! Furious 7, ianya total celebration of craziness. Apa yang ada dalam filem ni memang sangat sangat mencabar minda kalau korang fikir logik! 

Yup, Furious 7 menyajikan aksi yang super ohsem! James Wan, sebagai pengarah yang menggantikan Justin Lin memberi ruang untuk setiap scene aksi berlaku dengan besar, panjang sehingga korang benar benar rasa puas. Pada aku, memang puas hatilah dengan kemusnahan yang disajikan walaupun logik Dom masih lagi boleh hidup even selepas car crash tu nampak sangat sangatlah komikal! 

Lupakan dramanya! Furious 7 tidak ada cerita yang luar biasa. Pada aku, meneruskan apa yang ada dalam Furious 7 hanyalah tugas filem ni. Tidak ada cerita yang kuat dan luar biasa melainkan revenge Deckard Shaw dan kisahnya yang pada akulah tidak didalami dengan sempurna. Deckard, berdasarkan personalitinya sebagai assassin keluar masuk macam he is the most difficult villain to defeat! 

Jujurnya, aku kurang gemar dengan penceritaannya yang tidak mendalamkan revenge Deckard dengan baik. Apa yang ditunjukkan hanyalah Deckard boleh muncul dari mana mana dia suka. Aku juga rasakan filem ni tidak banyak bercerita, dan ianya seolah olah filem pendek yang dipanjangkan dengan aksi aksinya. 

Namun, untuk enjoyment, lupakan cerita. Aksi aksi padatnya dengan kemunculan Tony Jaa sebagai cameo dari asia antara yang menambat perhatian. Walaupun agak pelik sebab si mamat ni bercakap siam dalam beberapa babak, babak pertarungannya memang terbaik! Internasional gitu! Kurt Russell pula sekadar muncul untuk membina cerita dan tak lebih dari tu. 

Oh, tak lupa pada tragedy kehilangan Paul Walker. Filem ni memang seharusnya satu kejayaan besar apabila Paul Walker berjaya dihidupkan tanpa kita sedar sikit pun yang ianya ialah gabungan stand-in (adik Paul Walker), CGI dan juga penggunaan babak babak yang tidak dipakai dalam filem sebelum ni. Walaupun aku dapat catch babak yang mana wajah CGI Paul Walker yang agak kurang menjadi, ianya satu dua bahagian saja (especially babak pantai). Yang lain, terbaik! 

Aku gerenti semua akan sebak dengan ending filem ni yang memang menjanjikan tribute khas untuk Paul Walker. Moment yang mengembalikan kenangan filem Fast and Furious pertama tahun 2001 itu antara babak yang sangat sangat simbolik untuk melepaskan pelakon itu pergi dan takkan kembali lagi. 

Pengarahan James Wan nampaknya lebih kepada close-up yang banyak. Malah, setiap babak diedit dengan pantas dan menimbulkan rasa cemas yang jauh menyimpang dari gaya arahannya dalam filem filem seramnya. Nampaknya, pengarah ni dah jumpa genre baru! 

Senang cakap, Furious 7 ialah total action-packed with less car chase. Sebuah filem aksi yang sudah bermutasi jauh menjadi sebuah filem ala ala James Bond with cars. Lupakan plotnya yang ringan. Enjoy aksi yang sangat sangat jaw dropping dan juga mencemaskan. Pada yang sukakan aksi non stop, Furious 7 memang takkan merugikan korang. James Wan nampaknya membawa sisi baru filem Furious 7 dan ianya menjadi! 

Wiz Khalifa feat Charlie Puth - See You Again
(tribute to Paul Walker)

Oh, dan aku berharap Brian O Connor masih akan wujud dalam dunia filem ni dalam Furious 8 yang akan datang!

4.5/5