Akan Datang!

Friday, March 20, 2015

Review: Insurgent

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Robert Schwentke
Pelakon | Shailene Woodley,Theo James, Ansel Elgort, Kate Winslet

Ok, aku tak nafikan yang the reason why aku pilih nak tonton Insurgent ialah sebab aku telah menonton Divergent. Tambah pula, filem post apokaliptik sebegini boleh tahan adaptasinya melalui Hunger Games apatah lagi The Maze Runner. Walaupun terlambat menonton Divergent di pawagam, aku tidak melepaskan menonton sekuelnya dengan mengharapkan kepercayaan kepada pelakon utama yang memuaskan aku dalam The Fault In Our Star. 

Kisah yang berpusat pada Beatrice Prior ini sebenarnya tidak mampu memberikan sesuatu yang segar dalam adaptasinya. Bagi yang dah biasa menonton filem teen sebegini, korang sebenarnya boleh agak apa yang bakal disajikan. Walaupun ceritanya hanyalah biasa dan berbekalkan fiksyen yang disediakan penulis Veronica Roth, Insurgent mungkin naskah sambungan yang harus ditonton juga jika sudah menonton Divergent.

Ada beberapa sebab. Satunya, filem ni sebenarnya sudah mahu jadi seperti filem The Maze Runner pada penghujungnya. Perhatikan kejutan akhir yang pada aku antara satu semangat yang sebenarnya memuaskan aku sepanjang menonton. Mana tidaknya, twist akhir berjaya membuatkan aku rasa seperti berada dalam adaptasi memuaskan walaupun separuh filem awal tidak berjaya membuatkan aku berasa gah menontonnya. 

Boleh dikatakan Insurgent ni hanya untuk penggemar filem filem Divergent dan juga seangkatan sahaja. Kalau baru nak tengok Insurgent sebelum Divergent, better pergi tengok Cinderella.

Aku tidak nafikan yang The Hunger Games, The Maze Runner dan Insurgent sebenarnya berkongsi idea. Kalau kita relate ketiga tiganya, elemen yang ada dalam filem filem ni sebenarnya berulang ulang dan sama saja. Senang cakap, tipikal post apokaliptik filemlah! Pada aku, walaupun begitu, pengalaman menonton ketiga tiganya memberikan pengalaman berbeza. 

Insurgent pada aku padat dengan aksi dan juga tidak membosankan. Ianya hanyalah terlalu biasa dengan dialog dialog yang pada aku hanya mengisi untuk membuatkan filem ni bergerak sepertimana novelnya. Namun, ianya tetap menarik apabila filem ni diselang seli dengan aksi aksi yang hebat dengan bantuan CGI yang memuaskan. 

Walaupun Naomi Watts, Kate Winslet dan Magie Q antara pelakon besar yang masuk ke dalam filem ni, Shailene Woodley sebenarnya makin menyerlah. Pada aku, pelakon ni pandai untuk mengeluarkan air mata dengan murahnya. Dan itulah, emosinya sangat sangat seperti menonton filem Hindustan versi Hollywood! Terbaik! 

Kepuasan memang ada pada visualnya. Korang memang akan rasa puas hati dan kagum dengan visual visual CGI yang hebat! Pada aku, masa scene simulasi tu ialah part paling ohsem dalam filem ni. Sometime rasa macam tengok mimpi someone yang cool gitu! 

Kalau nak tanya aku best ke tak, Insurgent ni pada akulah, hanya untuk yang follow Divergent. Bukan apa, bagi yang bermula dengan Insurgent, korang akan rasa sedikit slow dan agak mendatar pada awalnya sebab filem ni bermula sejurus Divergent tamat. Bagi pengikut siri Divergent, Insurgent pada aku sebenarnya adaptasi yang biasa namun mampu membuatkan penonton excited untuk menantikan filem ketiga filem ni! 

3.5/5

Tuesday, March 17, 2015

Review: Cicakman 3

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Yusry Abd Halim, Ghaz Abu Bakar
Pelakon | Zizan Razak, Lisa Surihani, Fizz Fairuz

Cicakman kali ni sebenarnya is the worst Cicakman film so far! Apa yang ada dalam filem ni sebenarnya tidak lebih dari sekadar reboot yang sebenarnya gagal untuk memberi nafas baru kepada francais ini. Apa yang KRU buat sebenarnya bukanlah menaikkan nama Cicakman tetapi sebaliknya menjatuhkan superhero Malaysia ini ke satu tahap yang lebih jauh dari dua filem yang dulu.Walaupun gabungan dua pengarah, filem ni tidak bersatu dengan baik! 

Secara peribadi, mengadunkan filem hero ni seperti Kick-ass dengan lawak yang agak kurang sesuai untuk kanak kanak bukanlah sesuatu yang wajar. Cicakman 3 ni dah jadi macam Kick-ass dah! Ada lawaknya yang ok, tapi lawak mak nyah pada awal filem, itu sangat sangatlah tidak menarik langsung. Come on! Tak rock langsung pertarungan awal tu! 

Filem ketiga yang juga bertindak sebagai reboot kepada dua filem Cicakman terdahulu ini sebenarnya tidak disajikan dengan jayanya. Lakonlayarnya sebenarnya tidak tahu kenapa rasa macam dibuat caca merba. Konflik Superbro dan Cicakman tidak diadun dengan baik. Ditambah pulak dengan kisah Linda dan Man yang memang seperti sotong sumbat yang tak masak. 

30 minit pertama filem ni seperti drama swasta yang fokus kepada konflik Man yang memang amat membosankan. Aku tidak merasakan konflik itu sesuatu yang membosankan 30 minit pertama. Apa yang membosankan ialah lakonan Zizan yang tidak mampu untuk mewarnai 30 minit pertama dengan baik. Dan sepatutnya, 2 jam filem harus dijadikan 1 jam 30 minit sahaja. Awal filem yang sangat2 bosan. 

Namun, selepas itu selepas kemunculan Superbro dan geng Belalang Kunyit muncul, semuanya jadi hebat. Tapi, kehebatan itu hanya sebentar. Seperti jarum yang keluar masuk dalam kain yang sedang dijahit, konflik Man dan Linda masuk kembali tanpa emosi dan juga lakonan Zizan yang sangat tidak mampu untuk membawanya ke depan. 

Malah, apa yang berlaku sepanjang filem tidak mampu untuk membuatkan rasa bosan hilang saat aksi pertarungan tiada kerana pelakon yang mampu menaikkan lakonlayar yang tidak digarap dengan kemas dan baik. 

Zizan! Dia ialah orang yang sangat sangat tak sesuai untuk jadi the next Cicakman. Apa yang dilakukan dalam filem Cicakman 3 ternyata bukan untuknya. Bukan apa, filem ni, melalui penulisannya (even agak tunggang langgang dan kurang kemas) memerlukan emosi dan juga komedi. Dan pelakon ini gagal untuk deliver babak babak emosi dengan baik. Maka, babak Linda dan Man ialah part paling membosankan dalam filem! 

Aku lebih mengharapkan geng Belalang Kunyit diberi ruang untuk lebih menonjol dan bukannya hanya berada di ruang bawah tanah sebuah kelab malam. Malah, aku juga berharap yang adegan akhir filem yang nampak ‘mega idea’ dibikin dengan lebih baik terutamanya orang ramai yang menyaksikan pertarungan Superbro dan Cicakman yang nampak sangat plastik (especially Lisa Surihani and the geng). 

Tetapi, apa yang aku nampak, filem ni memang terbaik dari segi visualnya. Aku rasa, Cicakman 3 ialah satu lagi level bagai pembikinan filem yang menggunakan CGI di Malaysia. Filem ni, melalui visualnya mampu membuatkan rasa kagum tu muncul kerana rupa Metropolis yang diangkat dari pelbagai visual bandar luar negara plus beberapa lokasi di Malaysia dibikin dengan sangat baik dan kemas. Malah, aksi pertarungan juga dibikin dengan jayanya. 

Malah, filem ni juga kelihatan bergerak sebagai tribute kepada seniman filem P. Ramlee. Tapi, aku rasakan itu bukanlah part penting dalam filem ni! 

Oh ya! Apa yang terbaik lagi dalam filem ni ialah lagunya. Kerja muziknya sangat mantap walaupun ianya berada dalam sebuah filem yang gagal mengembalikan kegemilangan Cicakman. Best part, masa Zizan dan Lisa Surihani bergaduh pakai lagu Stacy tuh!

Aku respek kostum dan juga semua kerja buat untuk filem ni. Terbaik! Cuma, aku harapkan ceritanya lebih dikemaskan dan Zizan dibuang dari beraksi sebagai superhero. Dia gagal beraksi dalam babak emosi yang mana akhirnya menjadikan filem ketiga ni kegagalan besar buat KRU. Dengan visual dan kerja CGI yang memuaskan, aku rasa Cicakman 3 tidak mampu untuk membuatkan aku bangga kerana ceritanya sudah berganjak dari ‘luarbiasa’ ke ‘biasa biasa’. 

3/5

Sunday, March 15, 2015

Cerpen: Gadis Berbasikal Mini (dari antologi Pistol Laser Lisa, 2013)

Sebelum novel PERGI MATI, admin pernah menulis cerpen bertajuk GADIS BERBASIKAL MINI dalam antologi cerpen PISTOL LASER LISA (editor: TOK RIMAU) yang kini dah SOLD OUT. Sudah lama, dalam 2013 dahulu. Pada masa itu, admin menggunakan nama Khairul Zaman sebelum bertukar menggunakan nama Khairul Zaman Khobin.
Disebabkan buku itu sudah sold out, dan ramai yang minta untuk memuat naik cerpen admin yang pertama, maka berikut, admin sajikan cerpen admin yang membawa admin ke bidang penulisan.

Oh ya, antologi terbaru yang admin terlibat bertajuk SUPERFIKSYEN terbitan MOKA MOCHA INK boleh didapati di pasaran mulai 22hb Mac 2015 nanti. 

Ini ialah edisi tanpa edit. Beberapa kesalahan ayat dan juga tanda baca harus diabaikan.

..................GADIS BERBASIKAL MINI: KHAIRUL ZAMAN KHOBIN..................
 dari antologi Pistol Laser Lisa (Sindiket Soljah, 2013)
editor: Tok Rimau

Hidup aku tak macam orang lain. Lebih simple, aku bandingkan dengan jiran akulah. Tiap tiap malam saja, tenang saja. Kosong tanpa bunyi. Dari jendela rumah aku, kedengaran bunyi rancangan tv dimainkan.
Malam ini mereka mainkan channel yang sama. Ada rancangan sci-fi kegemaran di skrin tv cabuk yang tersengguk di sudut bilik.
Aku tak ada mood nak menonton. Lalu aku berada di sini. Di tepi jendela tingkat dua rumah orang kaya, memerhati ke sebuah rumah kecil di sebelah. Seronok. Tenang. Tanpa bunyi. Aku impikan keluarga seperti mereka. Namun, aku tak rasa aku mampu jadi seperti mereka. Sebab aku adalah aku, mereka adalah mereka.
Praaanggg!!!!
Bunyi kaca pecah itu dah biasa aku dengar. Mala mini kaca itu pecah lagi. Nasib baik pinggan kaca itu hanyalah barang tepi jalan. Jadi, sekali ianya pecah, boleh saja dibeli lain.
Praaaanggg!!!
Bunyi kaca pecah sekali lagi. Aku buat tak endah sebab aku tahu…
Praaanggg!!!!
Bunyi kaca pecah kedengaran sekali lagi!
Back to the Future di siaran tv tidak habis lagi ditayangkan. Namun, malam ini aku tidak ada mood untuk menonton.

Tak perlulah aku beronomatopoeia berkali kali sebab bunyi itu terlalu biasa. Kaca pecah. Pintu dihempas deras! Semuanya dah jadi ayat lazim bagi telinga aku. Malah, aku boleh menghafal tayangan drama radio privasi itu setiap malam.

Itu bukan radio. Tapi aku gelarkan radio sebab aku akan berada di dalam bilik aku sendiri sambil mendengar bunyi tanpa melihat wajah. Sambil mata aku mengintai jiran sebelah, telinga aku menangkap bunyi bising itu setiap malam.
Jam sudah menunjukkan jam 10 malam. Hari ini aku tidak ada apa apa kerja yang hendak dilakukan. Biasalah, penganggur berijazah katakan. Malam masih muda, tapi aku rasakan malam yang muda tak mampu buat mata aku terbeliak untuk terus hidup. Mengantuk!
Warrrrghhhh!!!!!
Lantas jendela aku tutup!
Langkah kaki aku berderap diatur langkah. Berjalan setapak demi setapak mengikut rentak mata yang sudah mengantuk. Mata memfokus ke arah katil yang sudah bersedia mendakap.
Dan aku rebahkan diri walaupun bunyi bising itu masih belum berhenti.
Ah, lantaklah!

….

Pagi esoknya, aku lakukan tugas biasa. Mandi, kemudian keluar dari rumah tanpa sarapan dan berjalan di kaki lima. Kenderaan berulang alik tak henti henti. Mengejar masa.
            Ada ke tempat kerja.
            Ada ke sekolah.
            Pelbagai tempat. Pelbagai ragam. Pelbagai sifat.
            Aku pula, sambil beg digalas, dengan berbaju tshirt, berseluar jeans, aku berjalan malas menuju ke arah tuju.
            Tak ada apa yang luar biasa hari ini.
            Kaki aku sampai ke destinasi…
            Tok! Tok! Tok!
            Tak ada respon. Perkara biasa. Aku terus menunggu di hadapan pintu. Tiba tiba, pintu itu terbuka dengan sendiri. Bukan sendirinya ia terbuka, sudah tentu tombolnya terlebih dahulu dipulas oleh Cikgu Taim.
            “Ah selaymat daytang, Angus..weylcome.. caum moon eeiin..”, doktor yang belajar di luar negara selama setahun itu berdiri di hadapan pintu. Tersenyum riang melihat aku di situ.
            Tanpa banyak tanya, aku terus masuk ke dalam rumah.
            Macam biasa, bau bau cairan kimia nampaknya menusuk hidung. Seperti kelmarin, kelmarin dulu, dan juga hari ini, itulah bau bau yang memenuhi ruang rumah Cikgu Taim.
            Oh, ya!
            Aku sebenarnya bukanlah penganggur sepenuh masa. Aku sebenarnya bersahabat baik dengan cikgu aku ini yang aku sudah kenal semejak dari sekolah. Cerita cikgu yang pernah mengajar kimia pada zaman aku bersekolah ini agak best! Dia ibarat Einstein! Namun, disebabkan pengetua agak jeles dengan penemuan penemuan baru yang tidak berkaitan dengan silibus yang diajar di sekolah, cikgu Taim dipindahkan ke sekolah lain.
            Pindah sekolah pun perkara sama terjadi. Lalu, disebabkan malas menjadi barang tolak sana sini, dia akhirnya memutuskan untuk berhenti dan menjadi saintis sepenuh masa.
            Dia menyambung pelajaran di sebuah universiti di luar negara selama setahun dan kemudiannya pulang dan menetap di kawasan perumahan aku. Aku kenal dia sebulan lalu apabila kami terserempak di sebuah kedai rojak.
            Dan bermulalah kisah aku dan dia... ewah..
            “Hawww areee youu tudeiii?”
            “Fain, macam biasa. Orang tua tu tak habis memekak.”
            Cikgu Taim menutup pintu dan bergerak mendekati aku.
            “Everei day  proong preeng proong preeng.. Peliks.. Mereyka tak letih ke??”
            “Taks adew yang peliks... eh.. tak ada yang pelik.”, kata aku yang agak kecewa dengan keadaan yang aku alami sekarang.
            “Bertheneangg.. everytink wil bi solv... Bertheneanggg..”
            “Kalaulah aku dapat undurkan masa... tapi tu semuanya mengarut.”, kata aku sambil memandang beberapa gadget yang baru dicipta oleh cikgu Taim di atas meja.
            Cikgu Taim diam. Aku dapat rasakan dia telah terfikir sesuatu. Biasalah, macam drama tv yang aku selalu tonton di kaca tv tiap tiap petang.
            Ya, memang cikgu Taim ada fikir sesuatu. Pasti, dalam fikiran aku pula, dia ada gadget yang boleh membantu aku.
            “Marrrie..”
Cikgu Taim mengajak aku ke satu sudut rumahnya.
            Aku hanya menurut. Muka mencuka.
            Di hadapan aku ada sehelai kain hitam yang menyelaputi satu benda yang tidak diketahui. Tetapi, dari pengamatan aku, aku dapat rasakan benda ini memanglah besar. Apakah benda itu, aku tak dapat nak agak.
            “Apa ni?”
            “Mai neuuu invensyiioon..”
            “Kelmarin tak ada pun?”
            “Kewlmareen is not yeour birtdeeyy kan?”
            Oh my Allah!!! Hari ini birthday aku. Alamak. Aku sendiri terlupa. Bagaimana cikgu gila ini boleh pula mengingatinya. Dua orang tua itu pun tidak pernah ambil tahu. Oh, aku sangat terharu. Terus wajah aku bertukar ceria.
            “Oh.. shhh...”
            “Ah, ah, ah.. main yor word heh..”
            Tegas cikgu Taim memotong kata kata aku. Aku sebenarnya dah terbiasa untuk menyebut perkataan taboo itu bila aku teringat sesuatu. Lantas aku kawal diri! Sabar!
           “Yew olredi mek a wish jas nawww... Now... aii introdiusss yu...”, tangan cikgu Taim memegang hujung kain.
            Aku berdebar debar..

....

            Mata aku kelabu. Kabur!
            Terdengar bunyi kereta lalu lalang. Sibuk. Aku hanya diam tak bergerak. Aku masih belum tahu aku di mana.
            Apa yang aku ingat, berdasarkan basikal mini yang rebah di hadapan aku, aku terjatuh dari basikal di hadapan aku dan tersembam ke atas rumput hijau. Mungkin itu yang terjadi. Entah! Aku tak ingat.
            Aku tak ingat apa apa!
            Aku cuba untuk mengingat satu cebisan yang aku rasakan amat penting sebelum mata aku kabur. Namun, setiap kali aku cuba ingat, kepala aku seperti ditindih batu bata. Berat! Seperti mahu pecah!
            Ada satu nama yang aku cuba ingat. T... t... t... arrrghhh!!!!!
            Aku tenangkan diri. Ada orang lalu lalang, tetapi tak ada siapa pun pedulikan aku.  
            “Arggh.. sakitnya..”, lutut aku rasa gatal. Rasa itu kemudian bertukar kepada pedih. Makin lama aku tahan, pedih itu menyucuk nyucuk.
            Aku cuba bangun. Ya, pasti tiada apa apa bahagian badan yang patah. Cuma pedih akibat luka saja.
            Lantas aku menghala ke basikal mini di hadapan aku. Basikal aku itu aku pegang dan tegakkan. Lantas aku tolak perlahan lahan mengikut laluan pejalan kaki yang disediakan.
            “Hey!! Itu basikal saya...”, tiba tiba kedengaran seorang gadis menjerit dari hadapan jalan. Aku menoleh.
            “Basikal saya!!! Jangan ambil...!!!!!”, jerit gadis itu lagi.
           Basikal yang aku pegang ini basikal dia? Pelik! Ini basikal aku. Aku ingat lagi, basikal itu ada di hadapan aku. Jadi, akulah yang terjatuh dari basikal itu.
            Ini basikal aku!
            Aku menunggu. Gadis itu nampak berbeza. Nampak seperti gadis di dalam potret potret lama yang tergantung di dinding dinding rumah aku. Potret ibu aku yang...
            Tunggu sekejap!
            Potret ibu aku? Tunggu sekejap. Dunia ini lain. Baru aku perasan. Kenderaannya! Macam cerita P. Ramlee!
            Gadisnya.. berkaca mata besar! Macam cerita hitam putih. Bersanggul!
            Tunggu!
            Ada sesuatu yang tak kena...
            Kepala aku rasa pening lagi. Lantas aku rebah di bahu jalan. Tak ada siapa menolong. Basikal mini iku jatuh semula ke tepi jalan.
            “Hei, pencuri! Kenapa ambil basikal saya..”, tanya gadis itu lalu mengambil basikal mininya.
            Aku tidak mampu menjawab. Kepala aku masih pening!!
            “Hei, kamu ok?”, gadis itu kelihatan curiga dengan keadaan aku.
            Tiba tiba, pening aku hilang.
            Aku terus bangun. Berdiri menunjukkan kelelakian. Matlamat aku, aku mahukan basikal mini itu kembali.
            “Kenapa kamu berpakaian lain macam saja... kamu dari mana?”
            Pertanyaan gadis itu lantas mengejutkan satu sudut otak aku untuk mengarahkan mata aku untuk menunduk.
            Oh, tidak!
            Pakaian aku, dan lelaki lelaki lain di sekitar berbeza sekali. Tiada seorang pun aku nampak memakai pakaian sebegini di sekeliling.
            Apa sudah jadi!
            “Saya... minta maaf.. Saya ingat itu basikal saya...”, lantas untuk tidak merumitkan keadaan, aku terus meminta maaf.
            “Kamu dari mana ya? Pelik sangat cara kamu berpakaian...”, tanya gadis itu lagi.
            Saat itu otak aku mencetuskan cebisan puzzle yang tertinggal. Baru aku teringat mesin hadiah hari lahir aku dari cikgu Taim itu telah membawa aku ke sini. Saat itu, aku teringat juga hajat aku untuk kembali ke zaman dahulu untuk membetulkan keadaan keluarga aku.
            Ini zamannya! Tahun bila aku tak tahu! Tapi, aku tahu yang aku sudah dihantar menerusi satu medan yang membawa aku ke sini. Dan, perjalanan aku untuk membetulkan keadaan pun bermula.
            Tapi!!!
            Tapi!!!
            Di mana aku harus mulakan...?
            Aku tak tahu ini zaman apa?
            Aku tak tahu bagaimana rupa ibu aku masih muda...!!
            Eh, sekejap! Wajah yang memegang basikal mini di hadapan aku ini sedang merenung tajam wajah aku. Aku perlu lakukan sesuatu! Aku perlu buat dia pergi dari sini. Aku tak ingat apakah keadaan yang ingin diperbetulkan. Tetapi, semakin aku cuba mengingat, semakin banyak memori aku bercantum dan bergabung.
            “Kamu ok?”, tanya gadis itu.
            Aku hanya mengangguk.
            “Lutut kamu luka.”, kata gadis itu lagi.
            Aku diam.
            Memori aku mula bercantum cantum. Dan aku tahu siapa gadis di hadapan aku. Aku kenal siapa gadis berbasikal mini itu!
            “Mak?”
            Gadis itu memandang pelik! Mungkin malas mahu ambil tahu, dia terus berlalu pergi dengan basikal mininya meninggalkan aku terkontang kanting seorang diri.
            Perasaan ini agak pelik. Bagaimana aku harus lenturkan masa silam yang ditakdirkan terjadi? Dan bagaimana aku harus kembali ke masa aku semula?
            Aku berjalan ke arah pancur air di tengah taman. Kedua telapak tangan kemudian mencedok air dan diusap ke muka.
            Bagaimana aku harus betulkan keadaan??
            Hati kecil aku bertanya.
            Saat pantulan wajah aku terukir di air, aku baru tahu sesuatu...
            ...
            ...
            ...
            “Aku tak perlu ubah masa silam untuk ubah masa depan sebab masa depan itu akan terjadi disebabkan aku. Aku ialah suami mak aku di masa hadapan..?? Oh... shhh...”
            Terduduk!

-----------------------------------------------TAMAT-----------------------------------------------

novel PERGI MATI tulisan admin boleh didapati di 

atau senang cerita
whatsapp je 0199960461

Saturday, March 14, 2015

Review: Gone Girl

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | David Fincher
Pelakon | Ben Affleck, Rosamund Pike, Neil Patrick Harris

Kadangkala, perempuan ni nampak je baik. Tapi, diorang ni sebenarnya ganas macam lelaki juga. Itu kot yang David Fincher nak bawa dalam filem Gone Girl yang berasal dari novel tajuk sama tulisan Gilian Flynn ini. Menonton filem ni memang memberikan satu rasa ‘mind fuck’ sebab ianya tidak boleh dijangka dengan mudah saat filem ni mula membuka kotak dan mendedahkan apa yang terisi di dalamnya. 

Yup, walaupun aku rasakan filem ni bermula dengan agak slow, ianya kemudian mempunyai cerita yang memang membuatkan korang rasa perlu tunggu dan tunggu untuk setiap inci detailnya muncul sikit demi sedikit. Gillian Flynn yang juga menulis screenplay ini memulakan dengan memberikan perasaan syak wasangka terhadap watak Ben Affleck yang mana akhirnya berakhir dengan kesudahan tak terjangka. 

Pada aku, Gone Girl sebenarnya membawa kita melihat ke dalam naluri psychopath yang memang sangat brilliant. Ianya tentang survival of the fittest dan bagaimana kau sanggup lakukan sesuatu untuk dapatkan apa yang kau mahu. Dan ya, 2 jam lebih menonton memang sangat sangat terbaik untuk dihabiskan bersama filem ni. 

Aku tak nafikan yang dalam filem ni, Ben Affleck still nampak macam biasa. Aku tidak berapa nak gemar lakonannya sebab entahlah. Tak ada reason yang tough. Tetapi, aku rasakan dengan bantuan Rosamund Pike, yang hanya muncul di pertengahan filem secara serius, Ben Affleck naik dengan sendirinya selepas masa pertama filem yang fokus kepada dirinya saja. 

Rosamund Pike sebagai perempuan psychopath memang mengujakan. Aku rasakan seperti dia ialah kekuatan paling besar untuk filem ni selain Gillian Flynn yang menulis. Rosamund Pike memang berjaya memberikan aku perasaan belas kasihan dan juga dark side of woman yang memang sangat sangatlah di luar jangkaan. Antara lakonannya yang terbaik setakat ini. 

Namun, bagi yang kurang menyukai filem yang memerlukan korang berfikir, dan juga terlalu banyak sembang sembang, Gone Girl memang memerlukan sedikit kesabaran. Titik bermulanya memang agak pantas bermula seawal 10 minit pertama filem. Namun, flashback dan juga intro yang agak dipenuhi dengan muzik skor yang agak ringan membuatkan filem ni agak art. 

Filem ni sebenarnya membuatkan kita berfikir. Ianya tentang siapa sebenarnya lebih kejam. Woman atau man. Dan diskusi inilah yang akan membuatkan filem ni besar. Ianya bukan sekadar orang hilang. Ianya tentang kreativiti yang memang tak tercapai dek akal. 

Menonton Gone Girl memang bermula dengan masalah yang cantik. Then, ianya semakin menegang sehinggalah ianya bertukar menjadi sebuah filem mindfuck yang memang ohsem. Dan saat filem ni ditutup, aku masih rasakan filem ni tidak harus berhenti sebab endingnya yang memang totally insane. Tetapi, tak kiralah korang kenal David Fincher ke tak, aku rasa menonton Rosamund Pike memang menjadikan Gone Girl sebuah filem mesti tonton. 

4/5

Saturday, March 7, 2015

Review: PK

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Rajkumar Hirani
Pelakon | Amir Khan, Anushka Sharma, Sanjay Dutt

Serius, aku rasakan filem ni memang kelakar, unik dan juga imaginative. Dari pengarah yang pernah memberikan kita 3 Idiots, filem PK yang bunya PEEKAY mempunyai premis yang memang tak boleh dihadam semua orang. Warning siap siap, kalau siapa siapa yang memang hatinya cepat panas bila agamanya dibincangkan secara terbuka, baik hangpa semua jangan pilih filem ni untuk ditonton di mana mana.

Jujurnya, aku rasakan filem ni memang akan memberikan makna yang filem Bollywood juga mahu menunjukkan kebebasan bersuara. PK membincangkan soal di mana tuhan dan bagaimanakah tuhan itu sepatutnya ada. Isunya aku kira berat namun ianya diringankan dengan komedi yang pada aku boleh menjadi bukan komedi jika tidak kena audiencenya.

Namun, aku rasakan yang orang dewasa yang terbuka mindanya harus menonton filem ni atas beberapa sebab. Aku tidak rasa filem ni hanya hebat sebab filem ni ada Aamir Khan dan Anushka Sharma. Aku juga tidak rasa ianya hebat sebab isunya yang dibawa. Ianya ada banyak factor yang menyebabkan korang kena tonton filem ni. Kids, better jauhkan dari filem ni kalau parents korang jenis pendiam.

Filem ni ada Aamir Khan. Bak kata aku tadi, mamat Khan ni memang terkenal dengan pilihan filem yang memang sangat rare dan unik. Ingat lagi Dhoom 3 dan bagaimana auranya yang superb itu? Nah, kali ni Aamir Khan menjadi nerd boy a.k.a alien yang bodoh bodoh sengal untuk menghidupkan persoalan persoalan yang dibina dalam filem ni.

Dari segi content, walaupun kritikan terhadap agama memang tinggi dan pekat dalam filem ni, aku sebenarnya harus memuji sebab filem ni mengimbangi kritikannya dengan sekata. Aku tidak nampak pertikaian besar dalam aspek agama yang diberikan. Apa yang aku nampak ialah bagaimana filem ni cuba memikirkan bagaimana sebenarnya pemahaman kita terhadap tuhan.

Ianya seperti menentang amalan karut marut yang dibuat tanpa sebab musabab yang sahih atas dasar agama. Filem ni juga seperti menentang ketaksuban penganut kepada agama yang membabi buta memberikan pembohongan berganda. Dan itulah keberanian PK yang aku rasa kuat kisahnya.

Dialognya sangat punchy dan memang membuatkan korang ketawa terbahak bahak . Serius watak PK yang tak ubah seperti Mr Bean itu memang sangat sangatlah kelakar dan kau takkan percaya selagi kau tak menontonnya.

Filem arahan Raj Kumar Hirani ni ada visual yang sangat fantastic. Dari kerja kamera sehinggalah ke visual efek, semuanya top notch.

Filem ni memang sebuah filem kelakar yang memang tak semua mampu hadam. Trust me, kalau kau terlalu stonge, kau mungkin takkan dapat bertahan dengan filem ni kalau kau tak buka mind kau besar besar. Dengan kisah cinta yang sedikit, ditambah dengan persoalan agama yang mengarut yang dibesar besarkan, PK memang menarik untuk ditonton. Segar dari lading!

4.5/5

Thursday, March 5, 2015

Review: Daawat-e-Ishq

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Habib Faisal
Pelakon | Aditya Roy Kapur, Parineeta Chopra, Anupam Kher

Ok, aku tak nafikan yang filem ni punya hero yang sangat sangatlah menepati criteria seorang hero. Pelakon dalam filem ni memang tidak mampulah untuk bawa aura Khan atau Kapoor ke apa apalah yang seangkatan. Filem ni cuba untuk jadi baru dalam kisahnya dengan membawa pelakon yang muka segar bugar dari kilang Bollywood. Dan itulah Daawat E Ishq. 

Daawat E Ishq ni bermaksud pesta cinta. Ianya ialah sebuah filem yang diterbitkan oleh Yash Raj Films yang memang fofuler dengan filem yang romantik dan super bombastic. Namun, aku rasa filem ni hanyalah sebuah filem pelaburan yang ringan sebab ianya sangat sangatlah tidak mampu untuk membawa romantikanya ke tahap tinggi. 

Ceritanya sangat ringan dan seperti biasa, kau akan expect sesuatu yang korang dah jangka. FIlem arahan Habib Faisal ini bermula dengan biasa dan nampak seperti menekankan isunya, iaitu dowry dan juga perkahwinan yang mahal. So, dari satu titik inilah, filem ni bercerita dalam genre komedinya dari satu ke satu dan membawa ke arah penyatuan dua jiwa. 

Kisah cari calon online juga menjadi antara premis besar filem ni. Aku kira, filem ni tidaklah ada sesuatu yang luar biasa dan hanya yang sudah biasa dengan filem romantik saja akan berjaya mengharungi filem ni dengan sabar dan tenang. 

Namun, Aditya Roy Kapur yang memang aku tak pernah jumpa tang mana mana filem, memang memberikan rasa segar kepada plot filem yang sudah lapuk. Pelakon ni yang memang aku tengok tak ada rupa hero Khan pun berjaya membawakan wataknya iaitu seorang pengusaha kedai mamak dengan sangat bombastic. Lakonannya santai dan berjaya menghidupkan cerita. 

Parineeti Chopra pula nampak serasi dengan pelakon heronya walaupun filem ni sebenarnya tidaklah betul betul menceritakan tentang kisah cinta mereka. Namun, blend mereka menjadi dan sesungguhnya aku sebagai peminat filem Bollywood yang cliché menyukai filem ni. 

Muzik Sajid Wajid nampak biasa dan kelihatan seperti lagu 90an. Malah, scene nyanyinya pun agak tidak trendy dan hanya ada tarian tarian yang mengingatkan aku kepada filem filem 90an. Namun, aku harus akui yang lagu tema filem ini yang dilakonkan di set kedai mamak memang sangat catchy dan menjadi satu satunya lagu yang kena dengan halwa telinga. 

Pada aku, filem ni hanya untuk seseorang yang suka kisah cinta Bollywood yang dibina ikut acuan biasa. Kalau nak cari sesuatu yang segar, memang tak ada. Mungkin yang segar hanyalah penampilan pelakonnya yang memang totally terbaik. Namun, aku akui bak kata orang, filem Bollywood ni kalau kisah sama pun orang takkan jemu. Dan bagi yang percaya dengan hal itu, filem ni untuk anda. 

4/5

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...