Akan Datang!

Saturday, February 21, 2015

Review: Kingsman - The Secret Service

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Matthew Vaughn
Pelakon | Collin Firth, Samuel L. Jackson, Mark Strong

Dah lama rasanya kita tidak disajikan dengan filem spy yang memang mengembalikan memori James Bond zaman Pierce Brosnan. Gadget yang gila babi tak masuk akal, villain yang sangat sangat pelik dan gila, ditambah pula dengan misi musnah dunia yang sangatlah gempak. Sejak filem Bond sudah mula menjadi seperti filem Nolan, nampaknya Kingsman: The Secret Service ada dos ‘time travel back to 90s’ yang sempurna. 

Menonton Kingsman: The Secret Service seolah olah membawa kita ke zaman klasik Bond. Yup, apa lagi kalau filem spy kan, pasti James Bond terlintas di kepala. The only spy film francais yang masih survive sampai sekarang. Filem arahan Matthew Vaughn ni yang sebelum ni terkenal dengan filem Kick-Ass dan juga X-Men: First Classs ini memang pada aku berjaya menjadi pesaing baru untuk filem spy, terutama Bond. 

Tarikannya ialah spy muda yang memang jauh menyimpang dari tipikal spy. Stylo, macho dan juga super cool bukanlah apa yang Kingsman sajikan. Ianya sebuah persembahan yang penuh dengan rencah lawak kasarnya, juga aksi brutal yang memang akan menyebabkan korang rasa kurang selesa kalau bukan penonton tegar aksi kepala meletup dan tikam menikam. 

Yup, brutality ialah satu daripada factor X yang menjadikan filem ni antara filem spy yang segar. Aku paling suka kebrutalan yang dipaparkan kerana ianya dipaparkan dengan cantik, stylish dan juga sangat kelakar. Mixture yang pelik, but ya, aku rasakan ianya sesuatu yang sangat menarik untuk ditonton dalam Kingsman. Adegan kepala meletup ala ala bunga api antara yang ohsem dalam filem ni. Tetapi, paling best ialah scene pergaduhan Galahad kat church. 

Selain tu, apa yang ada dalam filem ni mostly direfer kepada filem Bond sendiri. Korang akan perasan yang filem ni seolah olah satu perasaan keciwa terhadap Bond yang baru dan hoping that Bond films akan make u turn dan kembali kepada klasik. Sepanjang filem, Kingsman seperti mahu memberikan satu tribute pada Bond klasik. Perhatikan saja tempat tempat dan gadget weird yang digunakan. Malah, adegan Eggsy dengan princess di dalam sel penjara itu sendiri ialah tribute pada filem Bond yang memang dipenuhi adegan seksual. 

Plot Kingsman sebenarnya tidak mudah dijangka. Screenplay Jane Goldman dan Matthew Vaughn sendiri sebenarnya tidak meletakkan satu plot yang betul betul tepat dalam penceritaan. Sepanjang filem ni bergerak, korang akan rasakan yang filem ni seperti sebuah drama atau siri tv yang mana karakternya boleh berubah pada bila bila masa. Pendek kata, tulisannya seperti naik turun belok kiri kanan hanya untuk menyukarkan cerita namun ianya tetap tidak membosankan. 

Fasa pertama filem, saat sesi rekruit itu sendiri, aku sendiri tak nampak bagaimana filem ni akan bergerak. Sehinggalah muncul si Samuel L Jackson yang masalah nak sebut ‘s’ tu dan kejahatannya pun macam lambat terserlah. Aku faham, watak Valentine itu tidak dilahirkan untuk ganas sebaliknya untuk sebuah tribute kepada villain Bond sendiri. Just, aku harapkan Valentine itu lebih terserlah berbanding apa yang dipaparkan. 

Kerja kamera memang superhohsem. Adegan one syot yang sekali sekala dipapar memang mencuri perhatian aku. Ditambah pula dengan muzik Henry Jackman yang memang kena dengan roh spy yang dipapar, Kingsman memang terbaik pada seluruh sisi. 

Kingsman: The Secret Service ialah filem spy popcorn yang nyata menghiburkan. Ianya mengubat rindu kepada filem spy yang pelik, dan tak masuk akal yang kita selalu tonton di 90an dulu. Namun, filem ni tidaklah sesuai untuk bebudak kerana kata katanya yang agak kasar. Itu piliihan anda sendiri. Pada aku, Kingsman: The Secret Service ialah sebuah Bond klasik yang bertemu dengan teenage Bond yang enjoyable and fun. 

4.5/5

Friday, February 20, 2015

Review: Villa Nabila

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Syafiq Yusof
Pelakon | Pekin Ibrahim, Tasha Shamsir

Permulaan 2015 bermula dengan filem dokumentari seram yang memang pada aku adalah satu lagi kelainan yang dibawa oleh waris Yusof Haslam. Aku tak nafikan yang darah abangnya si Syamsul sebenarnya ada dalam filem ini. Syafiq tidak terikut dengan gaya filem Khurafat arahan abangnya tetapi sebaliknya cuba untuk mencipta sesuatu yang segar dalam arahannya. Maka, hadirlah Villa Nabila yang mengambil sebuah urban lejen yang popular. 

Sebenarnya, dalam saat pembikin dah banyak dan muak membikin seram gaya biasa, genre found footage ni mula banyak. Maklumlah, senang bikin dan senang buat duit. Namun, dengan lambakan itu, Syafiq nampak tidak mahu mengikut arus dengan memberikan gaya found footage biasa. Maka, dalam Villa Nabila, sedikit sentuhan ala ala dokumentari diselitkan. Dan jelas disini, ianya menambah realiti dan soalan besar dalam fikiran penonton. 

Melalui Villa Nabila, Syafiq bijak bermain dengan kenyataan sama ada benarkan villa ni haunted atau tak. Apa yang dipaparkan pada separuh masa pertama, mungkin hanya seperti yang korang biasa dengar sebelum ni. Sekadar kisah budak hilang di Villa Nabila dan kemudiannya rentetan yang berlaku seperti yang terpapar di akhbar. 

Itu baru sekadar panas enjin. Kisah kontraktor yang merobohkan Villa Nabila itu ialah atmosfera besar filem ni yang bergerak melalui ruang ruang seramnya. Di sinilah, dengan adunan rakaman video sebenar (yang disuntik untuk penonton lebih percaya pada insiden yang dipapar) dan juga rakaman lakonan semula yang dijayakan Pekin Ibrahim beserta temubual, seramnya muncul dengan gayanya tersendiri. 

Kita diarah untuk percaya pada apa yang berlaku dalam lakonan itu yang dilakonkan mirip seperti rakaman video sebenar yang berselang seli sepanjang filem. Di sinilah, kelainan ini membentuk satu perasaan (kalau korang terlalu percaya mistikal) untuk percaya yang Villa Nabila ada sesuatu yang tersembunyi. Lebih jelas, ianya memang benar benar berhantu. 

Namun, pada hujung cerita dan sepanjang cerita ini berjalan juga, filem ni tidak berada di satu pihak. Sepanjang memberikan perspektif rumah ini berpenghuni dan menyeramkan, filem ni juga menarik penonton untuk tidak percaya dengan apa yang berlaku. Maksudnya, semua insiden hantu tu just bullshit. 

Melalui dialog yang tidak directly sebut yang ini semua memang benar berlaku, Villa Nabila memberi ruang untuk kita bertanya satu soalan iaitu mungkinkah semua ni hanyalah ketakutan mereka terhadap diri mereka sendiri. Setiap insiden seram disertai dengan ‘mungkin aku…’ yang membuatkan insiden yang berlaku diragui sama ada benar benar terjadi atau tak. 

Cuma, secara peribadi, aku tidak rasakan yang En. Asyraf (bukan nama sebenar) menceritakan kebenaran. Ada keraguan pada plot kecil filem ni (mungkin juga salah skrip sendiri). Scene jiran yang cakap bini dia keluar cari sebab dua hari tak balik tu memang sangat meragukan. Bagaimana En. Asyraf tak balik dua hari sedangkan dia hanya bermalam semalaman. Jika dia tidak pulang dua hari, mengapa kamera masih boleh merakam? 

Great visual efek pada hantunya. Permainan visual dan juga bunyi bagus. Sebuah kerja yang memang menampakkan kesungguhan dalam menghasilkan karya yang besar. Syafiq memang kuat pada arahan visual dan juga bunyi. Memang terbaiklah! Pekin Ibrahim pula memang memuaskan. Sedikit kurang selesa dengan suara yang ditebalkan.

Kebijakan filem ni bermain dengan persoalan benar atau tak menjadikan Villa Nabila antara naskah seram yang bijak. Tidak hanya mengampu penonton untuk percaya, Villa Nabila sebenarnya membuka perbincangan besar tentang apa yang berlaku. Adakah En. Asyraf dan gengnya hanya melalui pengalaman yang benar berlaku, atau ianya hanyalah cerita yang direka? Persoalan itu ialah sesuatu yang mustahil untuk dijawab. Jika ditanya aku, aku tidak rasa ianya benar. 

4/5

Saturday, February 7, 2015

Review: Predestination

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Spierig Brothers
Pelakon | Ethan Hawk, Sarah Snook, Noah Taylor, Christopher Kirby

Superb! Aku dah lama tak tengok filem time travel yang mindblowing sebegini. Predestination memang buatkan kepala aku rasa aktif, dan menjadikan pengalaman menonton yang sangat ohsem. Kejutannya sangat superbest dan seluruh filem memang satu misteri yang memang sempurna. Sebuah filem Spierig Brother yang memang sangat mengujakan walaupun aku sebenarnya rasa sangsi masa belum tonton filem ni. 

Predestination bukan sebuah filem time travel yang biasa. Aku boleh katakan filem ni pelik sebab ketengahkan manusia dua alat kelamin sebagai watak utama. Sekaligus, ianya menjadi satu benda yang memang sangat memukau jika bermain dengan perjalanan pergi balik masa yang dipaparkan. 

Menonton filem ni memerlukan kepala otak yang memang benar benar mengerti skema sebuah filem time travel. Mungkin sesetengahnya tidak dapat dihadam kerana logika time travel yang berlaku dalam filem ni hanya untuk filem ni. Time travel dalam filem ni besar dan kadangkala memerlukan aku untuk betul betul puaskan hati aku sendiri. 

Tapi, kalau nak dikatakan terlalu complicated, taklah jugak. Filem ni sebenarnya tidak bergerak pada satu garis lurus. Setiap inci filem ada klu klu yang memang diberikan supaya in the end, penonton boleh cantum dan bentuk cerita ni secara lurus semula. 

Dari segi kisahnya, aku berasa agak kagum bila filem yang aku sangkakan thriller aksi ini bermula dengan kisah kunza yang pada aku ada bibit romantik, rasa kasihan dan juga kisah tentang kehidupan. Bagaimana dramanya dan misterinya berjaya di blend dengan sempurna tanpa kita sedar yang filem ni sebenarnya lebih dari sebuah kisah cinta dan kisah gadis yang pelik. 

Memang filem ni bermula dengan kisah flashback yang pada aku membuatkan aku tertanya tanya tentang apa yang akan berlaku. Sedikit demi sedikit sehinggalah tengah filem, di saat time travel mula muncul, filem ni memang belok senget. Paling best! Dan mendebarkan! Sehingga endingnya korang takkan sangka itulah penamatnya! 

Lakonan Ethan Hawke dan Sarah Snook memang thorbaek. Dengan lakonan yang sangat boleh dikatakan hebat, aku memang berjaya go deep into the character. Tambah pulak dengan visual yang pada aku ditata dengan sederhana tetapi meyakinkan. 

Pada aku, element time travel dalam filem ni antara benda yang paling aku suka. Semakin lama filem ni travel sana sini, kepala otak jadi berfungsi untuk memikirkan itu ini sehinggalah di penamatnya, aku masih tak boleh berhenti fikirkan tentang idea time travel ni. 

Totally, hebat! Memang kalau korang suka time travel, memang Predestination antara filem yang patut korang tonton. Jika korang tonton Looper, aku rasa korang harus menonton ini kerana ianya bakal memberikan feel baru yang tidak kurang hebatnya. Untuk sebuah filem time travel, aku sifatkan filem ni punya time travel yang sangat ‘fresh’ dan unik. A must watch! 

4.5/5

Wednesday, February 4, 2015

Review: Step Up - All In

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Trish Sie
Pelakon | Ryan Guzman, Briana Evigan,  Adam G. Sevani, Izabella Miko

Step Up punya ceritanya ni sebenarnya pada aku sudah mula pudar. Secara peribadi aku sebenarnya dah mula rasa kurang seronok dengan filem Step Up semejak siri ini masuk ke filem yang ketiga. Jiwanya yang seperti sudah mula dipenuhi dengan tarian yang agak tipikal dan mungkin hanya dijiwai oleh orang yang pandai menari dan betul betul suka filem filem berbentuk tarian. 

Menonton Step Up: All In ini ialah seperti sebuah renunion. Dari filem pertama sehinggalah yang terakhir, filem All In ini menggabungkan barisan pelakon filem Step Up kecuali pelakon besar, Channing Tatum. Menonton Step Up All in ialah seperti meraikan tarian tarian filem ni yang dikenali sebagai pemula kepada filem tarian yang betul betul hebat. 

Seperti yang kita tahu, filem Step Up ini menggabungkan penari penari berbakat yang setiap satunya ada tarian unik yang tersendiri. Itu memang kekuatan besar Step Up. Filem ni bukan je ada tarian yang unik, tetapi karakternya yang unik! Namun, apabila semakin lama keghairahan untuk menari itu lebih dari segala galanya, disitulah Step Up mula merudum. 

Filem ni punya plot yang sangat sangat tipikal, biasa, lesu dan juga tidak menarik. Meraikan tarian mungkin motif utama, tetapi plotnya yang agak ringan dan ala ala Disney, filem ni tidak mampu untuk menjadi hebat. Konflik cinta, persahabatan dan juga komplot sangat sangat tidak boleh diterima akal untuk sebuah filem yang agak cantik dengan tariannya. 

Filem dengan berbekalkan tarian pada aku tidak mampu untuk berdiri. Perlu menari dan bercerita dengan sempurna, barulah semuanya kuat. Step UP: All In kurang itu. Hanya selalu memaparkan tarian yang superpower tetapi ceritanya hanyalah dibina sekadar untuk mencantumkan tarian tarian yang ada. Dan itulah ketidak sempurnaan filem ni. 

Kisah geng tarian yang masuk rancangan realiti tv sangat sangat selalu kita tonton. Oleh itu, memang ianya boleh dijangka pengakhriannya. Takkanlah filem ni tak ada cerita yang lebih power dan gempak dari ini untuk dipaparkan. Come on lah! Ini yang kelima kot. 

Tulisan John Swetham nampak hambar dan tidak bisa untuk naikkan mood drama. Arahan pengarah Trish Sie, yang juga seorang koreografer tidak menghidupkan suasana. Arahannya nampak simple dan sangat sangat amatur untuk sebuah filem yang besar sebegini. Hanya tarian yang sempurna dalam arahannya. Dramanya out! Sucks! 

Sebagai orang yang menonton dengan mengharapkan muzik muzik yang best dan gempak, filem ni tidak mampu memuaskan aku. Muziknya hanyalah berbekalkan remix yang pada aku tidaklah sesuai dengan telinga aku. Tak tahulah orang lain macam mana. 

Dengan kekuatan filem ni yang hanya mengulang apa yang ada pada filem sebelumnya, Step Up All In hambar. Ceritanya sangat biasa, lesu dan boleh dijangka. Namun, tariannya sudah pasti antara benda cantik yang ada dalam filem ni. Berdirinya sebagai sebuah filem, aku rasakan filem ni hanyalah sebuah filem yang hidup berbekalkan tarian, tetapi mati kerana dramanya yang tidak menyerlah. 

3/5

Sunday, February 1, 2015

Review: The Purge - Anarchy

Tahun Terbit | 2014

Pengarah | James DeMonaco
Pelakon | Frank Grillo, Zach Glifford, Kiele Sanchez

Pada filem yang pertama dulu, aku letakkan harapan supaya filem ni bercerita dengan lebih luas dan juga tidak tertumpu pada satu keluarga saja. Filem ni bukan saja pada aku ada unsur twist yang boleh menggila suka hati, tapi ianya menjadi satu kritikan sinis kepada negara pengeluarnya juga. Iyalah, mana tidaknya, orang baik pun boleh jadi jahat dalam satu malam dan kemudiannya baik semula esoknya. Semuanya akibat purging! 

Dalam Anarchy, filem kali ni yang dibintangi pelakon yang lebih banyak dari yang pertama ini bermula dengan penunaian hajat aku. Yup, seperti yang aku mahukan filem ni dipaparkan dengan perluasan karakter karakternya dan sesi purging yang lebih besar dari filem yang terdahulu. Di dalam filem ni, korang akan menyaksikan tiga kumpulan yang cuba untuk survive malam purging dengan matlamat masing masing. 

Filem ni bermula seperti filem yang pertama. Namun, dengan tiga kisah yang dipaparkan, kisah ni dimampatkan dengan kisah kisahnya yang kompak. Namun, semakin kita bergerak ke tengah filem, filem ni mula mencantumkan kesemua karakternya dan menjadi satu group yang cuba survive the night. Di sini, apa aku lihat ialah bagaimana filem ni mula merudum dari segi ceritanya, dan juga penceritaannya. 

The Purge Anarchy mula mempunyai plot yang tidak berapa mencengkam apabila apa yang ada hanyalah cerita mereka berjalan kaki dan twist twist purging yang sudah boleh dijangka. Motif Leo mungkin satu misteri yang disimpan tetapi, semakin lama ianya menghampiri hujung cerita, misteri itu sudah mula layu. 

Mungkin aku rasakan yang plotnya tidak berapa nak best kerana paparan purging yang masih lagi aku rasa kurang memuaskan secara peribadi. Tetapi, aku akui kalau nak bandingkan dengan The Purge yang pertama, filem kali ni lebih gila pada keganasannya dan juga isu yang ingin dipaparkan. Paparan geng yang anti purge yang cuba untuk menjatuhkan orang disebalik the Purge, filem ni mula menjadi filem yang isinya lebih kuat berkata kata. 

The Purge kali ni menekankan tentang persoalan buruk baik purging dan kesan daripada purging itu sendiri. Tidak hanya memaparkan kegembiraan purging, The Purge Anarchy memaparkan satu persoalan tentang keganasan yang dibenarkan atas alasan untuk membawa kebaikan. Walaupun The Purge bukanlah sebuah kisah yang benar, ianya memang satu kritikan yang sempurna. 

Mungkin secara peribadi, aku kurang suka kalau filem yang ala ala adventure yang bergerak macam ni dan jalan cerita yang hanyalah ditentukan oleh kejadian malam. Tetapi, aku rasakan plotnya mungkin lebih baik dari yang pertama. Cuma, apa yang diberikan tidak memuaskan aku secara keseluruhannya. The Purge Anarchy pada aku ganas, tetapi plotnya hanya satu kebiasaan. 

3/5

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...