Thursday, December 17, 2015

Review: Star Wars - The Force Awakens

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | J.J Abrams
Pelakon | John Boyega, Daisy Ridley, Harrison Ford, Mark Hamill

Star Wars memang sebuah saga angkasa yang merentas sempadan umur. Aku pasti, yang sudah menonton pada zaman 80an mahu meraikan kesinambungan filem ini pada Disember 2015 selepas hampir 20 tahun file mini ditamatkan dengan kematian Darth Vader. Bagi yang menonton filem prekuel yang dibuat pada 1999 sehingga 2005, korang yang ketika itu masih kanak-kanak pasti mahu menonton kesinambungannya. 

Ketika Episod 4 hingga 6, ketika itu, aku masih belum ada di bumi. Ketika Episod 1- 3 muncul, aku belum ambil kisah tentang Star Wars. Dan ketika episode 7 muncul setelah umur aku menganjak 30 ni, aku buat marathon dan merentas sempadan masa dari masa sebelum aku lahir, ke zaman kanak-kanak lalu kembali ke zaman sekarang. Ianya sebuah filem yang sangat-sangat merentas sempadan umur dan masa. 

The Force Awakens bangkit bercerita tentang kejadian selepas 30 tahun insiden Darth Vader dan Luke Skywalker. Filem ketujuh dalam siri ini memaparkan kisah baru dan juga antagonis baru yang sukar jugalah nak dikait kalau korang tak menonton enam episod terdahulu. Walaupun filem ni bernafas segar dan plotnya memang baru dan tidak berkait langsung dengan enam episod terdahulu, ada karakter yang wujud dan berkesinambungan juga ok! 

Pada aku, filem ini memang mengembalikan nostalgia. The Force Awakens mengembalikan watak Hans Solo, Princess Leia dan juga Luke Skywalker yang dinantikan. Melihat kepada permulaan filem ini yang sangat-sangat dikenali semua orang seluruh dunia, menontonnya saja sudah pasti merasa gah selepas 10 tahun episode Star Wars tidak muncul. Rasa macam sebak pun ada sebab The Force Awakens ialah satu kesinambungan filem The Return of the Jedi yang ditayangkan pada 1988. 

Namun, melihat pada The Force Awakens sendiri, filem ni sebenarnya sangat jauh beza dari filem-filem Star Wars terdahulu. Jika trilogy sekuelnya agak penuh dengan visual CGI yang lemak dan terlebih berkrim, trilogy asal pula nampak klasik sebab pada zamannya tiada CGI yang gah (George Lucas edit semula trilogy ini dan menambah effect CGI yang lebih baik pada 2007 dan 2011). 

The Force Awakens pula lahir di saat teknologi perfileman sudah biasa dengan apa yang luar biasa ketika Star Wars bermula dan aksi-aksi perang senang untuk dicipta. Karakter yang tidak masuk akal dan susah untuk dibuat pada zaman dahulu, kini tidak lagi menjadi satu masalah. Di sini, aku sudah tidak dapat rasakan roh Star Wars itu kerana CGI sudah ada di mana-mana filem dan bukan lagi sesusah dulu. 

Kalau korang nak tengok Iko Uwais beraksi, korang memang akan kecewa. Jadi pastikan jangan menonton hanya kerana aktor Indonesia ini sahaja. Percayalah, jika mereka buat silat kat tengah-tengah filem Star Wars, nanti ada pula yang buat teori illuminati. Kih3.

Malah, kalau korang nak tengok lawan lightsaber yang best, korang pasti kecewa. Filem ni juga terlalu banyak adegan attack dengan spaceship yang kadangkala aku rasa mahu menguap banyak kali. Terlalu banyak adegan spaceship yang berulang-ulang dan kurang pula lightsaber fight. Nasib baik, plot twistnya menjadi dan terus aku segar semula.

Dalam filem ni, Kylo Ren ialah watak jahat yang menjadi satu elemen penting untuk filem ni bergerak sebagai filem sekuel Star Wars. Watak ini aku nampak seperti watak Anakin Skywalker tetapi tidaklah mengulangi kisah hidup yang berlaku kepada Anakin. Cuma aku rasa, Kylo Ren tak seharusnya jambu dan sangat-sangat ‘harry potter’ wajahnya. Sungguh, feeling jahat tu aku tak rasa. 

Filem ni memang segar dan satu permulaan yang baru kepada kisah perang galaktik ini. Perjalanan Rey dan Finn masih panjang kerana ada beberapa plot hole masih disimpan untuk filem-filem mendatang. Pastikan korang bersedia sangat-sangat untuk menyaksikan beberapa plot twist yang sangat mengejutkan. Aku cuma berharap tiada lagi karakter lejen yang akan mati dalam filem-filem Star Wars yang akan datang. Itu sajalah. 

4/5

1 comment:

Amir said...

best ke ? dari dlu x pernah tgk star wars . nak tengok kena tgk dari awal ni. ni siri ke berapa?