Akan Datang!

Thursday, December 31, 2015

Review: Brothers

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Karan Malhotra
Pelakon | Akshay Kumar, Sidarth Malhotra, Jacqueline Fernandez, Jackie Shroff

Bollywood ada dua superpower yang akan digunakan bilamana mereka bersedia untuk gunakannya. Satu, kisah cinta epic yang diulang-ulang tapi tak jemu-jemu. Kedua, kisah pasal keluarga dan adik beradik yang confirm meruntun jiwa jika ada yang menontonnya. Dua formula Bollywood ini tak pernah lekang dari dulu sampai sekarang dan ternyata ianya berjaya walaupun ada orang cakap benda ni cliché dan mengarut! 

Karan Johar mengadaptasi semula sebuah filem Hollywood berkisar tentang Mixed Martial Art yang bertemakan pergaduhan adik beradik dan kekeluargaan. Ketika aku menyaksikan Warriors, filem asal Hollywood itu masih sesuai dan sangat-sangat menarik sebab jarang Hollywood bawa kisah adik-beradik ke layar, Karan Johar meyakinkan yang Bollywood ialah tempat untuk filem-filem sebegitu. 

Adaptasi Warriors ke layar perak yang juga diterbitkan oleh penerbit sama dengan kerjasama Dharma Productions ini membuktikan yang Bollywood mampu untuk buat lebih baik. Dalam adaptasi filem Knight and Day (tajuk Bollywoodnya Bang! Bang!), genre adaptasi official ni nampak macam kurang ruang dalam industry Bollywood. Tapi, Brothers membuktikan sebaliknya. 

Brothers melebihkan elemen adik beradik dan kisah silam si bapa dengan sempurna. Dengan adaptasi yang mendekatkan penonton dengan ruang lingkup kisah kekeluargaan Bollywood, Brothers membuang elemen asal dan memberikan ruang untuk penonton merasai pengalaman kisah pergaduhan dua saudara yang saling membenci ke tahap maksimum. 

Tidak dinafikan, aku dah naik meluat tengok Akshay Kumar berlakon dalam filem sebab banyak sangat mukanya muncul dalam filem tahun 2015. Tapi, seriously aku puas hati dengan lakonannya dalam filem ni sebagai cikgu yang minat MMA. Dia bawa lakonannya ke tahap maksimum dan membuktikan yang dia mampu berada di layar bukan sebagai pelakon yang gila duit semata-mata! 

Music Ajay-Atul memainkan peraan besar dalam filem ni. Setiap mood dalam filem ni rasa macam sangat-sangat dekat dan kita akan bergembira dan bersama dengan kisah mereka. Lagu item song yang sekadar mengisi ruang boleh menjadi halwa telinga. Tetapi, yang paling best ialah lagu tema Brothers yang memang kicknya lain macam. 

Lakonan Jackie Shroff memang sangat-sangat mengujakan. Malangnya, untuk Jacqueline Fernandez membesar, memang tidak dapat. Sebab filem ni lebih kepada filem lelaki sahaja. 

Tak dinafikan MMA dalam filem Hindi nampak sikit weirdo. tetapi dengan kekuatan jalan cerita, MMA dalam filem ni sangat meyakinkan walaupun ianya mengingatkan aku kepada Real Steel sekali sekala. 

review filem asal bertajuk WARRIOR:

Warrior, filem asal arahan Gavin O’Connor nampak kecik sahaja apabila Bollywood mengadaptasi dengan lebih baik cerita asal Hollywood pengarah itu. Mungkin ada yang menggemari filem asal, namun aku rasakan sebagai penonton yang menyukai elemen adik beradik dalam filem ni yang dibawa dengan elemen hindustaninya yang cantik, aku memenangkan Brothers lebih dari Warrior. 

Dan belajarlah bahawa sejauh mana bergaduh adik beradik, memang air yang dicincang takkan boleh terputus. 

4.5/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...