Friday, September 25, 2015

Review: Nota

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Yasu Tanaka
Pelakon | Maya Karin, Hans Isaac, Ramli Hassan

Waw! Dulu aku agak skeptical apabila dengar Nota diarahkan oleh pengarah Jepun. Tapi, sebenarnya dengan bangganya aku suka dengan garapan Nota yang sangat psiko dan juga super. Dia punya aura thriller Jepun, mahupun aura filem Indonesia tu mirip sangat. Dah memang powernya memang sukarlah untuk aku gambarkan apabila seluruh cerita bergantung pada kekuatan Maya Karin yang sangat superblah! 

Memang dari segi plotnya, kalau korang tonton tanpa baca synopsis mahupun tahu tentang kewujudan filem ni, korang memang akan rasa aura thriller psikonya. Korang takkan dapat nak agak apa yang bakal terjadi sebab filem ni bermula dengan satu arah yang ‘sesat’ dan kemudiannya dibawa ke satu jalan yang penuh ‘gila’. 

Psiko tidak memerlukan jerit-jerit, mahupun kejut-kejut macam filem-filem biasa. Yasu Tanaka berjaya meminjam elemen dalam Gone Girl untuk diserapkan dalam filem ni. Korang akan lihat satu lagi filem yang memaparkan gilanya wanita! Jalan ceritanya digarap dengan simple dan mudah, dan ianya tidak membosankan. 

Nota membawa kita menelusuri keindahan Sarawak dalam pemandangan visual yang memukau. Jarang sebenarnya kita dipaparkan dengan visual yang sangat hebat sebegini. Tambah pula, ianya berada dalam sebuah filem psycho thriller yang sangat brilliant dan juga ada kick! 

Aku suka dengan garapan filem ni. Pada mulanya, aku macam blur sebab filem ni tidak banyak dialog. Namun, aku dapat rasakan yang filem ni akan menunjukkan taringnya pada masanya yang berganjak. Ya, memang aku tak silap. Kehadiran pelakon Ramli Hassan tidak mengecewakan. Lakonannya mengimbangkan lagi jiwa Hans Isaac dan juga Maya Karin yang sudah kacau itu. 

Bayangkan, dengan hanya empat watak, filem ni berjaya berjalan dengan lancarnya tanpa bosan selama 1 jam 30 minit. Memang filem ni power sebab dialognya meyakinkan dan juga lakonannya juga cukup rencah. Hans Isaac tidak banyak berdialog, Maya Karin juga. Namun, aura mereka sampai. Ramli Hassan pula pemeriahnya, dan dia pula tidak melebih-lebih. 

Cuma aku kurang suka bila ceritanya berakhir dengan typical Malaysian style yakni kena tangkap polisi! Aku lebih suka jika filem ni habis dekat Maya Karin bagi nasi yang dimasak dengan miang buluh. Itu lebih power. Bab Maya Karin di jel semua tu dah lebih dan sangat-sangat mengurangkan psychonya filem ni. Aku faham, ianya menggambarkan yang 'pandai tupai lompat, jatuh ke tanah jugak', tapi kurang sukalah. Huh!

Nota ialah psychological thriller yang memang mencorakkan standard baru dalam industry. Kesian, aku tak berpeluang menonton filem ni di wayang dek kekangan waktu. Betullah yang dulu aku ada cakap yang orang luar harus masuk ke dalam industry dan tidak harus membiarkan pengarah Melayu yang tak reti mengarah ni mencorakkan industry kita. 

Di tangan pengarah jepun ini, filem Nota nampak internasional sekali. Sebuah filem psycho yang kelihatan meminjam Gone Girl dengan cukup rasa tetapi mampu untuk mengekalkan originalitinya. Maya Karin dan Hans Isaac pada lakonan yang hebat dan juga skrip yang memukau, Nota bakal buat korang rasa seramnya bila berdampingan dengan ‘kuasa wanita’. 

4.5/5

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

No comments: