Akan Datang!

Friday, September 18, 2015

Review: Nadia Ngidam Cili

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Muzammer Rahman (NADIA), Junad M Nor (NGIDAM), Edward Chee Boon (CILI)
Pelakon | Beto Kusyairy (NADIA), Liyana Jasmay (NGIDAM), Azman Hassan (CILI)

Buat pertamakalinya aku akan ulas sebuah filem yang diterbitkan dengan unik sekali. NADIA NGIDAM CILI korang boleh tonton tanpa bayar tiket sesen pun. Filem ini ialah kolaborasi penerbit buku indie iaitu FIXI, LEJEN PRESS dan juga DUBOOK PRESS sebagai penghargaan kepada pembeli buku mereka dan juga sempena sambutan Hari Malaysia.

Ini review aku secara ringkas, sebab filem pun ringkas! Aku telah mulakan penontonan dengan menonton Ngidam, lalu Cili dan seterusnya Nadia. 

NGIDAM  (Lejen Press) 

Filem pendek arahan Junad M Nor yang dibintangi Liyana jasmay dan Amerul Affendi ni ringkas je. Tak de pening kepala pun. Ceritanya pasal si Sarah yang mengidamkankan tv LED 60 inci. Pada aku, persembahannya biasa namun pada komedinya, itu sesuatu yang menjadi faktor untuk korang tonton filem ni. 

Lagak Amerul Affendi dalam lakonannya tidak mengecewakan dan korang pasti akan gelak besar melihat twistnya yang sempurna! Itulah, lain kali, kalau dah mengidam, kena tunaikan. Kalau tak, jadi macam Sarah, kah3! 

4/5 

CILI (Fixi) 

Jujurnya, selepas menonton Ngidam, jangkaan aku ialah Cili seharusnya lebih hebat dari Ngidam. Maklumlah, ini ialah karya adaptasi Nadia Khan dan penulis ini sendiri yang menulis skripnya. Tapi, apa yang aku dapat hanyalah cerita pasal advantura mencari cili yang biasa. Aku menanti moment adventure sepanjang perjalanan mencari cili. Tapi, yang ada hanyalah ‘cili ada x? cili ada x?’. 

Sedikit mengecewakan pada garapannya. Namun, aku suka dengan scene pengenalannya. Visualnya cantik. Bermula dari dalam kereta sampailah ke warung Cili Pak Rabu. Itu jelah yang cantik. Lain-lain, drama biasa yang komedinya kurang. Pahamkan aku, bukan ke orang buat nasi lemak pakai cili kering? Hmmm… 

3/5 

NADIA (Dubook) 

Yang ni pula adaptasi dari #Cerita Seram tulisan Jarr Najmuddean. Yang ni memang banyak pelakonnya. Beto Kusyairy, Azhan Rani dan Sara Ali antaranya. Pada aku, nak kata filem ni seram tu, takdelah seram mana. Tetapi, kalau dah Azhan Rani berlakon, memang seram tu ada la kat wajahnya. Tambah-tambah pulak lakonan Sarah Ali, even sekejap je, memang meremangkan. 

Cuma kalau korang tanya aku filem Nadia ni seram ke tak, memang aku jawab taklah. Sebab aku ni penonton seram yang mengharapkan rumah gegar-gegar, pintu tingkap buka tutup, dan juga raungan rasukan yang lebih dari apa yang ada dalam filem ni. 

3/5 

Ulasan keseluruhan: 

Bukan nak support kompani yang keluarkan novel aku sendiri, tapi aku paling suka komedi ringan yang dibawa oleh Ngidam. Pada aku, Ngidam memang santai dan unpredictable dan di celah-celahnya ada mesej yang senang dihadam. Mungkin bagi yang jenis cuba mencari yang tersirat dalam babak-babak cari cili dalam short filem CILI dan juga misteri NADIA, korang akan suka dua filem ni. Terpulang, masing-masing ada citarasa berbeza. Nadia Ngidam Cili memang membawa roh indie, dari buku ke layar. Dan ianya menjadi!

Tiga filem pendek ini boleh korang tonton kat link di bawah. Klik dan layan ok! 

NADIA 

NGIDAM 

CILI 

Sekian.

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...