Akan Datang!

Monday, September 21, 2015

Review: Jejak Warriors

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Saw Teong Hin
Pelakon | Nadiya Nissa, Mohd Aliff Firdaus, Pekin Ibrahim

Macam mana nak portray sebuah filem tentang pasukan bola sedangkan filem-filem kita, yang bercerita pasal bola semuanya gagal. Aku ingat lagi, dulu, ada filem Gila Bola lakonan Fazly Zainal dan juga Linda Onn yang bercerita pasal futsal (diketika futsal masih menjadi fenomena baru) dan ianya gagal sama sekali. Itu baru futsal, dah gagal. Ini bola sepak, sesuatu yang besar dan gah di mata rakyat Malaysia, bagaimana pula? 

Hmm, Jejak Warriors memang tidak terbaik. Percayalah, untuk membikin sebuah filem yang dipenuhi semangat kesukanan yang besar seperti Barat mahupun India, kita masih jauh ketinggalan. Jejak Warriors mahu mengisi ruang kosong itu, malangnya ianya masih gagal. Ianya masih menampilkan standard filem biasa orang kita. Belum ada perkara yang harus dibanggakan walaupun filem ni ada idea segar.

Apa yang ada dalam filem Jejak Warriors ialah sesuatu yang segar. Maklumlah, Saw Teong Hin yang sudah membikin Hoore! Hoore! dan juga Puteri Gunung Ledang cuba bawa habis baik filem pasal bola sepak ini. Namun, aku rasakan sedikit kekecewaan apabila filem ni tidak ubah seperti sebuah drama biasa yang hanya disuntik roh filem. 

Roh filemnya kurang. Mohd Aliff Firdaus yang menjadi tunjang utama gagal menyerlah walaupun Nadiya Nissa cuba sehabis dayanya untuk membangkitkan semangat yang ada. Aku gagal untuk mendapatkan satu lakonan yang bermutu dari pelakon kecil ini dan ianya antara faktor kegagalan filem ini, rasanya. 

Walaupun aku sedikit kecewa dengan garapan Alfie Palermo dalam naskah kali ni, aku rasakan yang Jejak Warriors bukanlah sebuah filem yang mengecewakan. Jika korang rasa ianya terlalu teruk, sila tarik balik. Pada aku, filem ni sekadar memenuhi tuntutan drama. Kita boleh berhibur dalam menghayati perjalanan Wan Raja, namun untuk mendapatkan roh semangat kesukanan (yang sepatutnya ada) masih kurang.

Ada beberapa moment yang menjadi. Namun, ianya sekadar ada dan kemudiannya dilupakan. Adegan Ogy Ahmad Daud marah Nadiya Nissa memang all out! Cayalah! 

Saw Teong Hin nampaknya cuba sehabis baik untuk mengimprovekan skrip yang terlalu biasa ini. Garapan visualnya tidak ditinggalkan. Pengarah ini berjaya menampilkan permainan bola sepak yang menjadi dan itulah satu-satunya perkara yang baik dalam filem ni. Adegan Nadiya Nisa ddan Aliff Firdaus masuk ke tengah padang ialah sesuatu yang unpredictable dan berani. 

Walaupun aku macam rasa bersemangatnya dan ingin memuja Red Warriors kerana filem ni, rohnya tidak mampu untuk menarik aku berbangga dengan filem ni. Aku akui, lakonan Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal semuanya boleh dikatakan menjadi setakat diorang mampu dan aku berpuas hati. Namun, untuk sebuah filem yang mengangkat martabat Red Warriors sebagai pasukan yang terbaik, ceritanya harus lebih gagah dari yang ada. 

Untuk standard sebuah filem, Jejak Warriors masih gagal. Standard tv, mungkin ini lebih baik dari drama tv yang sedia ada. Aku berharap dengan menonton Jejak Warriors aku dapat rasa gahnya Red Warriors, namun ianya masih gagal. 

3/5

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...