Akan Datang!

Tuesday, June 2, 2015

Review: San Andreas

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Brad Peyton
Pelakon | Dwayne Johnson, Carla Gunino, Alexandra Daddario

Selepas ketakutan tahun 2012 difilemkan, rasanya dah lama kita ni tak disajikan dengan filem bencana alam yang betul betul baik. I mean, untuk sebuah filem yang lebih mensasarkan untuk penonton bergembira dan enjoy semua kemusnahan dan merasai seolah-olah ianya benar benar berlaku. Yup, 2012 mungkin antara filem besar yang memuaskan. Siapa tak kenal Rolland Emmerich tu kan? Tetapi, ending 2012 yang agak fiksyen dan ‘illuminati’ tu mungkin menghilangkan rasa realiti tu. 

San Andreas arahan Brad Peyton daripada cerita asal Andre Fabrizio dan Jeremy Pasmore yang ditulis lakonlayarnya oleh Carlton Cuse ini lebih kecil daripada memaparkan sebuah bencana sejagat. Pada masa filem bencana lebih mengajak manusia untuk berasa takut dengan global disaster, San Andreas hanya menumpukan kepada sebuah bandar atau daerah. 

Simple, mencemaskan dan juga tidak senang duduk! Itulah perasaan apabila filem ni bergerak ke hadapan. Bermula dengan adegan pengenalan watak Dwayne Johnson sebagai Ray menyelamat di sebuah cerun berbahaya, filem ni tidak membuatkan penonton untuk menunggu bencana seterusnya. Tidak sampai beberapa minit, filem ni mencetuskan lagi rasa gerun dengan tragedy Hoover Dam. 

Honestly filem ni memang sebuah adventure dalam bencana yang memang mudah. Ianya bukanlah mahu mengajak manusia berfikir dan membawa pemikiran seperti filem 2012. Ianya sebuah filem bencana yang dibikin untuk membuatkan penonton rasa terhibur dan dapat merasa detik debaran yang dirasai watak watak. Plotnya pun taklah besar mana. Ianya hanya mirip The Impossible yang cerita pasal tsunami tu! Just with extra cheese of action! 

Walaupun aku rasakan plot filem ni, yakni kisah si Ray dan Emma yang mencari anaknya Blake yang terperangkap, which is very typical plot, filem ni memang filem yang memang buatkan korang rasa berdebar. Thanks to the CGI yang pada aku sangat mengagumkan, ditambah pulak dengan scene yang memang selayaknya berada dalam filem sebegini. 

Kalau nak bandingkan adegan kereta kat atas jalan yang sedang retak dan dikejar donut besar dalam 2012, filem San Andreas ada banyak moment cemas yang sangat best! Scene tsunami yang memang thrilling giler, dengan bangunan yang runtuh di sana sini memang memadatkan filem San Andreas sebagai sebuah filem bencana alam yang mind blowing! Oh, skor muziknya juga membantu menaikkan rasa seram dan feel meremang bulu roma! 

Tapi, San Andreas tak lebih dari sekadar filem popcorn. Kalau nak fikir logik dan juga fakta, aku rasakan filem ni takkan mampu memuaskan korang. Namun, kualiti entertainment yang akan didapati, lebih dari yang dijangkakan. 

San Andreas memang 100% filem bencana yang dibikin sebagai hiburan. Ada sedikit ketakutan jika bencana itu benar benar berlaku muncul. Tapi, cuba untuk ketepikan semua fakta dan juga ilmu geo yang korang tahu dan enjoy it sebagai sebuah filem popcorn yang best! Menyaksikan Dwayne Johnson sebagai pelakon dalam filem ni juga membuatkan aku menyangka yang dia lebih better berada dalam 2012 menggantikan John Cusack! Kan? 

4.5/5

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...