Akan Datang!

Saturday, April 4, 2015

Review: Furious 7

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | James Wan
Pelakon | Vin Diesel, Paul Walker, Jason Statham, The Rock

Furious 7 sudah sampai ke tahap paling dewa dalam francaisnya. Pada aku, apa yang disajikan dalam filem ni oleh James wan tidak ubah seperti sebuah filem dari pengarah yang sedang berjinak jinak nak jadi macam Michael Bay. Letupan dan aksi berselang seli tanpa henti. Lupakanlah perlumbaan kereta kerana Furious 7 sudah bermutasi menjadi filem aksi non stop paling gila dalam sejarah! 

Filem Furious 5, adegan paling gila ialah menarik peti besi di atas jalan. Furious 6 pula, adegan kejar mengejar dengan tank yang memang gila babi adrenalinnya. Oh, tambah pulak adegan ‘landasan terpanjang tu’ sekali! Furious 7, ianya total celebration of craziness. Apa yang ada dalam filem ni memang sangat sangat mencabar minda kalau korang fikir logik! 

Yup, Furious 7 menyajikan aksi yang super ohsem! James Wan, sebagai pengarah yang menggantikan Justin Lin memberi ruang untuk setiap scene aksi berlaku dengan besar, panjang sehingga korang benar benar rasa puas. Pada aku, memang puas hatilah dengan kemusnahan yang disajikan walaupun logik Dom masih lagi boleh hidup even selepas car crash tu nampak sangat sangatlah komikal! 

Lupakan dramanya! Furious 7 tidak ada cerita yang luar biasa. Pada aku, meneruskan apa yang ada dalam Furious 7 hanyalah tugas filem ni. Tidak ada cerita yang kuat dan luar biasa melainkan revenge Deckard Shaw dan kisahnya yang pada akulah tidak didalami dengan sempurna. Deckard, berdasarkan personalitinya sebagai assassin keluar masuk macam he is the most difficult villain to defeat! 

Jujurnya, aku kurang gemar dengan penceritaannya yang tidak mendalamkan revenge Deckard dengan baik. Apa yang ditunjukkan hanyalah Deckard boleh muncul dari mana mana dia suka. Aku juga rasakan filem ni tidak banyak bercerita, dan ianya seolah olah filem pendek yang dipanjangkan dengan aksi aksinya. 

Namun, untuk enjoyment, lupakan cerita. Aksi aksi padatnya dengan kemunculan Tony Jaa sebagai cameo dari asia antara yang menambat perhatian. Walaupun agak pelik sebab si mamat ni bercakap siam dalam beberapa babak, babak pertarungannya memang terbaik! Internasional gitu! Kurt Russell pula sekadar muncul untuk membina cerita dan tak lebih dari tu. 

Oh, tak lupa pada tragedy kehilangan Paul Walker. Filem ni memang seharusnya satu kejayaan besar apabila Paul Walker berjaya dihidupkan tanpa kita sedar sikit pun yang ianya ialah gabungan stand-in (adik Paul Walker), CGI dan juga penggunaan babak babak yang tidak dipakai dalam filem sebelum ni. Walaupun aku dapat catch babak yang mana wajah CGI Paul Walker yang agak kurang menjadi, ianya satu dua bahagian saja (especially babak pantai). Yang lain, terbaik! 

Aku gerenti semua akan sebak dengan ending filem ni yang memang menjanjikan tribute khas untuk Paul Walker. Moment yang mengembalikan kenangan filem Fast and Furious pertama tahun 2001 itu antara babak yang sangat sangat simbolik untuk melepaskan pelakon itu pergi dan takkan kembali lagi. 

Pengarahan James Wan nampaknya lebih kepada close-up yang banyak. Malah, setiap babak diedit dengan pantas dan menimbulkan rasa cemas yang jauh menyimpang dari gaya arahannya dalam filem filem seramnya. Nampaknya, pengarah ni dah jumpa genre baru! 

Senang cakap, Furious 7 ialah total action-packed with less car chase. Sebuah filem aksi yang sudah bermutasi jauh menjadi sebuah filem ala ala James Bond with cars. Lupakan plotnya yang ringan. Enjoy aksi yang sangat sangat jaw dropping dan juga mencemaskan. Pada yang sukakan aksi non stop, Furious 7 memang takkan merugikan korang. James Wan nampaknya membawa sisi baru filem Furious 7 dan ianya menjadi! 

Wiz Khalifa feat Charlie Puth - See You Again
(tribute to Paul Walker)

Oh, dan aku berharap Brian O Connor masih akan wujud dalam dunia filem ni dalam Furious 8 yang akan datang!

4.5/5

1 comment:

Asip said...

erm,, kena tgok death sentence.. bg aku,, Fast 7 agak mengecewakan,, kalu bro cari filem lama james wan,, death sentence, dead silent, saw 1,, bro akan paham,, haha, pendapat orang lain2, pada aku lebih suke jalan cerita,, Fast 7 lg 1,, pembukaan dunia baru Fast,, mmg filem James kalau ade action,, sume laju, tpi yang menarik pada James Wan punye pengarahan,, detailism die,, die suke perinci kan satu2 shot,, Fast 7,, bg aku 3 bintang...

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...