Saturday, March 7, 2015

Review: PK

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Rajkumar Hirani
Pelakon | Amir Khan, Anushka Sharma, Sanjay Dutt

Serius, aku rasakan filem ni memang kelakar, unik dan juga imaginative. Dari pengarah yang pernah memberikan kita 3 Idiots, filem PK yang bunya PEEKAY mempunyai premis yang memang tak boleh dihadam semua orang. Warning siap siap, kalau siapa siapa yang memang hatinya cepat panas bila agamanya dibincangkan secara terbuka, baik hangpa semua jangan pilih filem ni untuk ditonton di mana mana.

Jujurnya, aku rasakan filem ni memang akan memberikan makna yang filem Bollywood juga mahu menunjukkan kebebasan bersuara. PK membincangkan soal di mana tuhan dan bagaimanakah tuhan itu sepatutnya ada. Isunya aku kira berat namun ianya diringankan dengan komedi yang pada aku boleh menjadi bukan komedi jika tidak kena audiencenya.

Namun, aku rasakan yang orang dewasa yang terbuka mindanya harus menonton filem ni atas beberapa sebab. Aku tidak rasa filem ni hanya hebat sebab filem ni ada Aamir Khan dan Anushka Sharma. Aku juga tidak rasa ianya hebat sebab isunya yang dibawa. Ianya ada banyak factor yang menyebabkan korang kena tonton filem ni. Kids, better jauhkan dari filem ni kalau parents korang jenis pendiam.

Filem ni ada Aamir Khan. Bak kata aku tadi, mamat Khan ni memang terkenal dengan pilihan filem yang memang sangat rare dan unik. Ingat lagi Dhoom 3 dan bagaimana auranya yang superb itu? Nah, kali ni Aamir Khan menjadi nerd boy a.k.a alien yang bodoh bodoh sengal untuk menghidupkan persoalan persoalan yang dibina dalam filem ni.

Dari segi content, walaupun kritikan terhadap agama memang tinggi dan pekat dalam filem ni, aku sebenarnya harus memuji sebab filem ni mengimbangi kritikannya dengan sekata. Aku tidak nampak pertikaian besar dalam aspek agama yang diberikan. Apa yang aku nampak ialah bagaimana filem ni cuba memikirkan bagaimana sebenarnya pemahaman kita terhadap tuhan.

Ianya seperti menentang amalan karut marut yang dibuat tanpa sebab musabab yang sahih atas dasar agama. Filem ni juga seperti menentang ketaksuban penganut kepada agama yang membabi buta memberikan pembohongan berganda. Dan itulah keberanian PK yang aku rasa kuat kisahnya.

Dialognya sangat punchy dan memang membuatkan korang ketawa terbahak bahak . Serius watak PK yang tak ubah seperti Mr Bean itu memang sangat sangatlah kelakar dan kau takkan percaya selagi kau tak menontonnya.

Filem arahan Raj Kumar Hirani ni ada visual yang sangat fantastic. Dari kerja kamera sehinggalah ke visual efek, semuanya top notch.

Filem ni memang sebuah filem kelakar yang memang tak semua mampu hadam. Trust me, kalau kau terlalu stonge, kau mungkin takkan dapat bertahan dengan filem ni kalau kau tak buka mind kau besar besar. Dengan kisah cinta yang sedikit, ditambah dengan persoalan agama yang mengarut yang dibesar besarkan, PK memang menarik untuk ditonton. Segar dari lading!

4.5/5

1 comment:

Azan Pawang said...

Film ni best....5 bintang