Akan Datang!

Thursday, March 5, 2015

Review: Daawat-e-Ishq

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Habib Faisal
Pelakon | Aditya Roy Kapur, Parineeta Chopra, Anupam Kher

Ok, aku tak nafikan yang filem ni punya hero yang sangat sangatlah menepati criteria seorang hero. Pelakon dalam filem ni memang tidak mampulah untuk bawa aura Khan atau Kapoor ke apa apalah yang seangkatan. Filem ni cuba untuk jadi baru dalam kisahnya dengan membawa pelakon yang muka segar bugar dari kilang Bollywood. Dan itulah Daawat E Ishq. 

Daawat E Ishq ni bermaksud pesta cinta. Ianya ialah sebuah filem yang diterbitkan oleh Yash Raj Films yang memang fofuler dengan filem yang romantik dan super bombastic. Namun, aku rasa filem ni hanyalah sebuah filem pelaburan yang ringan sebab ianya sangat sangatlah tidak mampu untuk membawa romantikanya ke tahap tinggi. 

Ceritanya sangat ringan dan seperti biasa, kau akan expect sesuatu yang korang dah jangka. FIlem arahan Habib Faisal ini bermula dengan biasa dan nampak seperti menekankan isunya, iaitu dowry dan juga perkahwinan yang mahal. So, dari satu titik inilah, filem ni bercerita dalam genre komedinya dari satu ke satu dan membawa ke arah penyatuan dua jiwa. 

Kisah cari calon online juga menjadi antara premis besar filem ni. Aku kira, filem ni tidaklah ada sesuatu yang luar biasa dan hanya yang sudah biasa dengan filem romantik saja akan berjaya mengharungi filem ni dengan sabar dan tenang. 

Namun, Aditya Roy Kapur yang memang aku tak pernah jumpa tang mana mana filem, memang memberikan rasa segar kepada plot filem yang sudah lapuk. Pelakon ni yang memang aku tengok tak ada rupa hero Khan pun berjaya membawakan wataknya iaitu seorang pengusaha kedai mamak dengan sangat bombastic. Lakonannya santai dan berjaya menghidupkan cerita. 

Parineeti Chopra pula nampak serasi dengan pelakon heronya walaupun filem ni sebenarnya tidaklah betul betul menceritakan tentang kisah cinta mereka. Namun, blend mereka menjadi dan sesungguhnya aku sebagai peminat filem Bollywood yang cliché menyukai filem ni. 

Muzik Sajid Wajid nampak biasa dan kelihatan seperti lagu 90an. Malah, scene nyanyinya pun agak tidak trendy dan hanya ada tarian tarian yang mengingatkan aku kepada filem filem 90an. Namun, aku harus akui yang lagu tema filem ini yang dilakonkan di set kedai mamak memang sangat catchy dan menjadi satu satunya lagu yang kena dengan halwa telinga. 

Pada aku, filem ni hanya untuk seseorang yang suka kisah cinta Bollywood yang dibina ikut acuan biasa. Kalau nak cari sesuatu yang segar, memang tak ada. Mungkin yang segar hanyalah penampilan pelakonnya yang memang totally terbaik. Namun, aku akui bak kata orang, filem Bollywood ni kalau kisah sama pun orang takkan jemu. Dan bagi yang percaya dengan hal itu, filem ni untuk anda. 

4/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...