Thursday, January 8, 2015

Review: As Above, So Below

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | John Erick Dowdle
Pelakon | Perdita Weeks, Ben Feldman, Edwin Hodge

Gagal untuk memberikan momentum sebuah pengalaman menonton filem found footage yang sempurna. Walaupun aku terpengaruh dengan Legendary Pictures yang muncul, filem ni memang tidak mencapai standard filem found footage yang baik. As Above, So Below hanyalah sebuah filem yang cuba untuk menjadi sangat real sehingga ‘filemnya’ macam tiada. Pendek kata, kalau tak paham aku cakap, filem ni bukanlah filem found footage yang baik. 

Kali ni, filem ini mengexplore dunia catacomb yang ada kat Paris. Memilih untuk membina sebuah fiksyen dalam sebuah tempat yang ramai jugak orang tak tahu ni memang bijak. Tapi, memilih untuk membina sebuah fiksyen yang sangat melampau memang bukan benda yang memberikan perasaan takut untuk menonton filem ni. 

John Erick Dowdle, membawakan filem ni dengan sangat melebih lebih. Ideanya nampak tidak sesuai untuk filem found footage. Rasa macam kebenaran ianya benar benar terjadi kurang, tidak seperti korang menonton Cloverfield. Walaupun korang tau ceritanya ialah fiksyen, korang akan still rasa adrenalinenya seolah olah korang berada dalam filem tu. 

Mungkin cuba untuk jadi lain dari yang lain, As Above, So Below membawakan kisah neraka, pintunya dan survival dalam ruang yang sangat sempit, Pada aku, idea tu meyakinkan. Namun, bila kau paparkan banyak benda benda yang sangat nak unrealistic dan tertalu banyak pulak idea idea yang menghampiri gaya filem biasa, ianya tak banyak membantu untuk naikkan mood filem ni. 

Dari awal filem, yang bermula dengan perasaan yang tertunggu tunggu, berakhir dengan apa yang aku gelar ‘repetition’. Filem ni berada pada emosi yang sama, cerita yang lambat untuk orgasm, dan juga berjalan seperti sebuah kisah yang tidak diketahui mana nak dituju. 

Tapi, disebalik kisah yang hanyalah biasa dan mendatar, filem ni tidak dinafikan memang cun kalau korang tngok pada visualnya. Memang ada juga satu dua adegan yang power, tapi hanya satu dua saja. Scene kereta terbakar tu antara yang ohsem. 

Untuk yang akan menonton, filem ni memang agak menyesakkan tetapi korang akan sesak tanpa ada cerita yang sangat sangatlah mendebarkan. Fiksyennya sangat melampau sehinggakan aku rasa amatlah payah untuk accept filem ni sebagai sebuah filem found footage. Apapun, masing masing punya taste! Untuk aku, filem ni ialah filem found footage yang kurang menjadi. 

3/5

No comments: