Friday, January 23, 2015

Review: Amir & Loqman Pergi Ke Laut

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Mamat Khalid
Pelakon | Syuib Sepahtu, Syuq Balas, Soffi Jikan, Zarina Anjoulie

Akhirnya, seperti ayat ayat review yang aku baca, Mamat Khalid sudah buat filem gangster. BUkan ala ala KL Gangster, dan bukannya ala ala filem Gangster yang selalu kita tonton. Mamat Khalid memang membina sebuah filem gangster dengan acuannya yang tersendiri. Ada semangat kenegerian Perak yang menebal dalam filem ni, typical Mamat, dan isi pentingnya, Amir dan Lokman Pergi Ke Laut memang sebuah gangster yang sempurna. 

Menyebut soal parody, Mamat memang pandai bab bab ni. Amir dan Lokman Pergi ke Laut ini lebih kurang macam Hantu Kak Limah dan Zombie Kampung Pisang juga. Filem ni mengkritik dan mencuit filem filem gangster yang ada dalam suasana yang unik dan kemas. Ada elemen elemen yang artistic dan menjadikan filem ni sangat cantik dipandang dan sedap didengar. 

Mamat tidak membawa tipikal gangster. Hensem dan macho bukanlah karakter yang dipaparkan dalam filem ni. Melalui Syuq BALAS dan juga Syuib SEPAH, pelakon utamanya digambarkan sebagai kelakar, lurus bendul dan berada dalam satu suasana gangster yang mirip konflik filem filem China. Ah, lagipun memang Mamat paparkan suasana cina pun dalam filem ni. Maka, tidak hairanlah plotnya pun lebih kurang filem Cina. 

Amir dan Lokman tidak pergi ke laut sebenarnya. Filem ni tak ada paparan laut mahupun sampan. Apa yang ada hanyalah kisah diorang berdua ini nak keluar dari dunia gangster. Dan sepanjang mengutip duit untuk bayar wang untuk lepaskan diri dari dunia gangster, masalah berlaku. Dan setiap inci filem ini hanyalah tentang mereka, dan cita cita mereka untuk menjadi baik. 

Filem ni memang lain dari yang lain. Kalau korang tak nak tengok pada plot pun, tengok pada lakonan mamat dua ekor tu pun dah cukup. Mamat berjaya membawakan sebuah filem duo yang memang jarang kita lihat dalam filem filem melayu. Penekanan terhadap kisah Amir dan Lokman serta jiwa mereka memang menjadikan filem ni ada lawaknya, emosinya dan juga jiwanya. Sempurna dari segi itu. 

Suntingan filem ni juga antara yang sangat top notch. Gerakan kameranya cantik dan ada soul gitu. Aku mungkin tak tahu nak terangkan macam mana, tetapi apa yang Mamat Khalid bawakan dalam filem ini memang lebih baik dari semua filem filem Mamat sebelum ni. Ah, mungkin aku boleh kata, ini ialah level Mamat yang lebih baik lepas Apokalips X. 

Musiknya juga, garapan orang yang pernah bikin muzik filem Goliath dan Lelaki Harapan Dunia juga memang sangat cun. Muziknya memang memainkan peranan penting dalam memberikan roh yang sempurna filem ni. Aku tak nak cakap banyak, tapi muzik filem ni unik dan menjadi satu simbol filem ni yang superb. 

Ohsem! Amazing dan fantastic! Akhirnya Mamat Khalid mencapai orgasm dalam bikin filemnya. Dalam bikin filem parody, Mamat nampaknya berjaya naik ke satu tahap dimana pengarah zamannya tidak mampu untuk ada. Dia pandai mengikut zaman, pandai membawa apa saja citarasa ikut masa, dan antara pengarah yang sangat bijak bermain dengan sindiran. Perfecto untuk filem ni! 

4.5/5

No comments: