Akan Datang!

Sunday, November 30, 2014

Review: Kick

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Sajid Nadiawala
Pelakon | Salman Khan, Jaqueline Fernandez, Randeep Hooda

Kau tahu, aku suka sangat Salman Khan punya karakter dalam filem Dabangg. Wataknya sangat sangatlah unik dan menjadikan dirinya, secara peribadi, antara pelakon Bollywood yang sangat terbaik. Tahun 2014, Kick menampilkan satu lagi sisi pelakon ni. Kini dia nak jadi superhero rakyat, ala ala robin hood tetapi biasalah, dengan garapan Bollywood, ianya akan jadi Kick! 

Mana tidaknya, filem arahan Sajid Nadiadwala ini seperti adunan biryani yang rasanya sedap tetapi kalau kau tengok mamak letak biryani, takdelah nak kemas kemas sangat macam orang melayu punya hidangan. Macam tulah Kick! Filem ni memang sebuah masala yang memang menggunakan gaya tipikal komedi Bollywood yang mana hanya akan difahami dan disukai bagi penggemar Bollywood. 

Kick ialah adaptasi dari filem asal yang berbahasa telegu dengan tajuk sama. Selepas diadaptasi ke bahasa Tamil pada tahun 2010, kini Kick muncul dalam versi Hindi. 

Menjadi filem kedua paling meletop kebang boom sepanjang masa, Kick pada aku hanyalah persembahan yang sangat biasa. Aku gagal untuk memuja Salman Khan seperti dalam filem Dabangg. Kick seolah olah mencipta satu lagi Krrish tetapi dalam dunia yang lebih dekat di hati. Superhero rakyatlah katakan dalam ayat mudahnya. 

Kick pada separuh masa pertama bercerita guna flashback. Separuh masa pertama menceritakan bagaimana konflik dan pengenalan kepada watak Salman Khan dalam dua versi. Pendek kata, separuh masa pertama ni ialah masa untuk enjoy enjoy sebelum masuk ke fasa kedua yang lebih padat. Separuh masa kedua lebih padat dengan aksi. Itu janji! 

Aku puas hati dengan aksi aksi yang sangat imaginatif dan menarik dalam filem ni. Walaupun kebanyakannya hanyalah babak yang ditayang sekejap, babak babak seperti Devil lompat ke dalam helicopter dengan motor dan babak Devil turun basikal beberapa detik sebelum keretapi melintas sangat mengujakan. 

Himesh Reshammiya berjaya untuk memberikan lagu lagu yang segar dan menyerlah. Nampak yang idea untuk lagu lagu dalam dirinya dah mula makin menarik. Dibantu muzik muzik tulisan dan garapan Meet Bros Anjaan dan Yo Yo Honey Singh, Kick memang punya lagu rentak disko yang diakui sangat ada kick! Yar Na Miley antara trek super best yang aku rekomen! 

Filem ni memang dibina dengan kemengarutannya yang tersendiri. Namun, di sebalik tu, filem ni nak cerita tentang kisah kanak kanak yang tidak dibela akibat kekangan wang dari keluarga. ‘ 

Memang banyak main mainlah filem ni. Tapi, memang filem ni dibina sebegitu rupa dan ianya boleh diterima. Sebuah biryani yang sangat sedap dimakan dengan ayam goreng dan kuah kari. Kick sangat memberikan sebuah masala yang sesuai untuk keluarga, kanak kanak, pelajar dan siapa saja. Akhirnya, aku rasakan Salman Khan masih gagal untuk menandingi kehebatan Hrithik Roshan dalam filem Krish,. Sekian… 

3/5

Friday, November 28, 2014

Review: Deliver Us From Evil

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Scott Derrickson
Pelakon | Eric Bana, Edgar Ramirez, Olivia Munn

Semenjak The Conjuring jadi satu filem yang famous sebab adaptasi dari real account, maka muncullah satu lagi filem yang punya ciri ciri yang sama. Bukannya sebelum ni tak ada filem yang diambil dari pengalaman seram sebenar, Cuma semejak The Conjuring ni, pengarah lebih banyak cuba menyeramkan penonton dengan cerita yang lebih nampak real dan dekat dengan kebenaran. 

Diadaptasi dari buku yang sama, kisah polis bersara yang terlibat dengan pengusiran syaitan ini asalnya hanyalah sebuah memoir. Namun, mungkin kerana kisah Ed dan Lorraine Warren itu menjadi superhit, maka Scott Derrickson mengarah filem ni. Derrickson nampaknya gemar mengarahkan filem yang lebih kepada seram yang berdasarkan kisah benar. The Exorcism of Emily Rose adalah salah satu filem arahannya. 

Filem kali ni tidak seperti filem seram arahannya itu, Deliver Us From Evil lebih memberatkan kisah penyiasatan yang di dalamnya terisi unsur unsur seram. Derrickson tidak membina sebuah kisah yang betul betul seram tapi mengajak penonton untuk mengalami satu perjalanan kisah hidup polis ini dan meniru gaya cerita The Conjuring. 

Ada drama dan kisah keluarga, dan tekanan yang dialami keluarga Ralph Sarchie semuanya diadun. Konflik family, penyiasatan tentang rasuk dan kes misteri, sehinggalah ke konklusi ialah seperti sebuah ramuan yang sangat sangat mengikut filem James Lee itu. Cuma, apa yang bezanya ialah filem ni lebih berat pada misterinya. 

Deliver Us From Evil menggunakan pendekatan visual yang gelap hitam. Derrickson menggunakan pengarahan yang diterapkan dalam Sinister dan juga filem seramnya yang lain. Gelap, hitam dan merimaskan sebab kalau korang tonton dalam keadaan tutup lampu, confirm korang akan rasa rimas dan juga tak selesa. 

Mulanya aku agak kurang seronok dengan penyiasatan, sebab aku bukanlah gemar sangat nak main cantum cantum misteri ni. Tetapi, lama kelamaan, kes yang diberikan semakin unik dan membongkar satu persatu misteri sehinggalah fasa terakhir dimana sesi pengusiran syaitan berlaku. Boleh dikatakan graf ceritanya makin lama makin menarik semaksima mungkin. 

Babak paling best ialah babak last. Aku rasakan energynya sangat ohsem dan superb. Memang pengakhiran filem yang nampak macam tok bomoh filem Melayu je, tetapi kerja buatnya sangat menjadikan babak tu energetic. 

Eric Bana yang tidak dinafikan lakonannya. Ditambah pulak dengan garapan yang nampak real dan dark. Deliver Us From Evil menjadi sebuah filem penyiasatan seram campur hantu dan kejut kejut yang aku rasakan unik dan menarik. Walaupun tak ada babak terkejut yang unik dan fresh, atmosfera yang gelap dan seram melalui gaya Derrickson menjadikan filem ni satu lagi filem seram yang boleh dinikmati! 

3.5/5

Wednesday, November 26, 2014

Review: Nasi Kangkang

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Hashim Rejab
Pelakon | Adiba Yunus, Azwan Kombos, Shima Anuar, Along Ezendy

Senang cerita, aku simpulkan yang filem Nasi Kangkang ni seperti sebuah filem yang keluar dari mana mana kepompong filem di Malaysia. Bukan pasal MIG saja, bukan pasal industry saja, bukan pasal apa saja. Filem ni keluar dari segala kebiasaan dengan keberaniannya yang paling jelas dan nyata, membawa isu Nasi Kangkang dengan paparan yang ‘panas’, ngeri, dan juga menggelikan. Ya, Nasi Tangas a.k.a Nasi Kangkang ni sangat menggelikan. 

Aku yang agak kurang senang dengan arahan seram pengarah Hashim Rejab ni pun rasa nak tabik spring atas usaha yang dilakukan dalam membina plot filem ni. Filem ni ada idea yang berkesan untuk sebuah filem seram. Tidak hanya bergantung pada keseraman hantu semata mata, pengarah ni memanipulasi minda penonton dengan memaparkan adegan yang boleh menyebabkan rasa kurang senang. 

Ngeri, berani dan menggelikan. Itu mungkin rasa yang ada ketika menonton filem ni. Paparan nasi yang ditangas, dengan jampi serapah (yang agak kelakar bunyinya.. macam sukukata budak tadika yang dicampur campur) memang dark dan seram. Tambahan pula, filem ni berjaya melekatkan bayangan seram dengan rasa gelinya di otak penonton yang menonton. 

Makan nasi dengan ulat, nasi pulak dengan darah haid, tambah pulak dengan teknik teknik penunduk suami yang entah rekaan semata atau tahyul belaka, juga visual tahi/najis yang diambil kemudian dilumur di nasi yang dikangkang menjadi filem ni sebuah filem yang menggelikan. Maka, aku rasakan, keberanian ni memberikan Nasi Tangas gaya seram yang tersendiri. 

Tapi, beberapa elemen kecil yang membuatkan aku kurang suka pada keseluruhan filem. Aku rasakan dubbing pelakon sekali sekala kurang memuaskan. Malahan, editing untuk babak seram, kejut kejut, tanjat tanjat semuanya tidak mampu untuk memberikan kejutan sebenar. Namun, scene hantu di parkir kereta selepas Fatin termakan nasi tangas dari Mira antara momen seram terbaik filem ni. 

Delimawati dan Herman Tino pula mungkin aku rasakan antara faktor terbaik filem ni. Lakonan mereka tidak dapat dinafikan membantu menghidupkan watak watak utama yang aku rasakan agak kurang timbul. Cuma aku agak rasa kelakar dan ketawa besar jugak apabila Herman Tino menjadi hantu belaan. Oh, come on! Ini sangat tidak adil. Herman Tino tak patut jadi hantu. Itu kelakar namanya doh! 

Malah, aku lebih harapkan filem ni punya twist yang lebih baik. Aku agak janggal dengan mantera yang macam budak tadika tu. Tapi, tak apalah! Then, ditambah pulak dengan elemen ustaz yang mempunyai kejutan yang biasa sangat. Seperti yang dijangka, ustaz muncul di saat akhir yang nampak seperti tergesa gesa. Dan sekaligus, endingnya sedikit cacat. 

So far, kalau nak dibandingkan dengan filem seramnya yang lain, Nasi Tangas a.k.a Nasi Kangkang ni antara filem pengarah ni yang boleh dirasakan menjadi. Kalau letak pulak di barisan filem filem seram MIG, filem ni ialah ‘besi berani’ yang sangat berani memaparkan kengerian luar dari jangkaan. Aku pasti, lepas korang tonton filem ni, korang akan fikir dua kali kalau nak makan nasi. Jaga jaga, takut terlintas di fikiran, adakah anda sedang makan nasi kangkang? 

3.5/5

Sunday, November 23, 2014

Review: The Hunger Games - Mockingjay Part 1

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Francis Lawrence
Pelakon | Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth

Siri ketiga filem The Hunger Games kali ni lain dari yang lain. Tidak seperti filem pertama dan kedua yang memang memaparkan apa itu Hunger Games, sekuel ketiga ini bertindak seperti mengalih ceritanya kepada sesuatu yang lebih berat, beyond apa yang dipaparkan dalam dua filem sebelum ni. Katniss Everdeen nampaknya diberatkan menjadikan dirinya diuji lebih jauh ke depan dalam filem pertama untuk adaptasi terakhir novel ini. 

Mockingjay bertitik tolak dari pengakhiran filem sebelum ni. Permulaan filem ni dipenuhi dengan drama yang hanya boleh dapat dirasa kalau korang dah tonton filem filem sebelumnya. Saat Katniss dan Peeta terpisah, cerita ini bergerak ke arah seperti mahu menguji sejauh mana watak wanita ini boleh pergi. Dan itulah Mockingjay sebenarnya. Tentang jiwa seorang wanita dari zero, dan menjadi hero! 

Episod pertama Mockingjay ini dipenuhi drama, tidak seperti filem sebelum ni yang lebih bersifat entertainment. Mockingjay membawa kita menyelami Katniss dalam jiwa yang lebih dalam. Dan dalam kesengsaraan dan tekanan yang dialami selepas semua event dalam filem sebelum ni berlaku. Senang cerita, Mockingjay ialah setup untuk pengakhiran yang gelap, dan menakjubkan. 

Francis Lawrence menekankan drama, dan tidak aksi. Sekaligus, ianya sedikit mengecewakanlah kalau orang yang nak tonton aksi. Manakan tidak, segala aksi aksi semuanya sangat pendek dan tidak dipaparkan dengan sedaya upaya. Lawrence menekankan emosi dan juga karakter lebih dari aksi aksi yang menarik. Oh, aku sangat keciwa! 

Senang cite, filem ni memang sebuah filem setup. Bayangkan habiskan masa untuk install semuanya untuk episode 2 tahun depan. Fuh, tak rasa yang ramai akan dapat tahan dengan install menginstall yang agak lama dan panjang. 

Tapi, takpelah sebab Mockingjay berjaya mengakhirkan filemnya dengan kejutan yang agak menarik. Babak curi masuk ke dalam Panem tu agak ohsem walaupun aku rasakan ianya hanyalah sebagai paparan untuk menggerakkan cerita. I really wish that ianya lebih dari sekadar masuk bangunan, bukak pintu dan kemudiannya suddenly end up kat District 13 semula tanpa kita tahu apa yang sedang berlaku tadi. 

Jennifer Lawrence mungkin membawa karakternya dengan ok. Tapi, dramanya buatkan aku rasa bosan kadangkala. Pada aku, semuanya cerita hanyalah dipersembahkan sebagai sekuel yang hanya tidak lebih sekadar sekuel. 

So far, ianya hanyalah filem setup yang ditonton sebab aku nak tonton sebagai continuation sahaja. Tak ada lebih dan kurang. Aku mengharapkan Mockingjay 2 memang berbaloi baloi dengan setup yang agak rancak dan makan masa yang lama ini. Untuk Part 1, ianya hanyalah filem yang penuh dengan drama dan aksinya boleh dikira. Sebuah drama yang boleh tahan, untuk melihat the real hunger games, ianya mendukacitakan. 

3/5

Saturday, November 22, 2014

Review: Earth To Echo

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Dave Green
Pelakon | Teo Halm, Brian Bradley , Reese Hartwig 

Menonton filem arahan Dave Green ni memang benar nampak seperti sebuah filem found footage yang dibikin untuk keselesaan golongan remaja dan kanak kanak. Earth to Echo hanya meletakkan found footage di tahap paling asas dan tidak mampu untuk menjadi filem found footage yang memuaskan bagi penggemar dewasa. Gaya filem ni lembut dan punya cerita yang tenang dan confirm, bagi yang harap found footagenya menjadi, ianya dikategorikan sebagai gagal. 

Earth to Echo cuba untuk mengadaptasi, atau mengembalikan memori ET arahan Spielberg. Filem ni bergerak dengan sangat simple dalam menceritakan pengembaraan tiga sahabat karib dalam misi untuk mencari alatan yang diperlukan Echo untuk kembali ke planet asal. 

Memang tak dinafikan, filem ni hanya ditujukan untuk penonton yang mahu menonton filem found footage dalam persembahan yang lebih lembut dan cantik. Filem ni tidak banyak memaparkan benda benda luar biasa yang selalu ditonton dalam filem bergenre sebegini. Ianya hanyalah sebuah adventure biasa yang gaya ceritanya sahaja berlainan. 

Pada aku, Earth to Echo sangat sangat comel dan unik. Aku tak pastilah sama ada budak budak akan suka atau tak dengan filem ni. Bukan apa, diorang agak janggal dengan format sebegini dan aku rasa in the end, hanya mak bapak je yang akan stay untuk tonton sampai habis. Apapun, Dave Green mencomelkan genre found footage yang banyak digunakan untuk genre seram, thriller dan ganas ni. 

Aku tak nafikan watak Echo sangat sangat cute. Walaupun kita tak dapat nak tengok Echo ni bercakap, Echo berjaya menjadi satu lagi karakter yang mungkin menjadi ikon untuk kanak kanak. Pandang sekali dua, Echo nampak mirip kepada idea Wall E. Walaupun keseluruhannya nampak mirip burung hantu yang dibuat dari besi, yup, Wall E dan Echo nampak lahir dari idea yang sama. 

Dave Green melalui screenplay tulisan Henry Gayden memberikan visual yang biasa kita tonton dalam filem genre ni. Tapi, kejutan pada aku bila menyaksikan scene lori trailer dileraikan satu persatu dan kemudiannya bercantum semula selepas nyaris langgar tiga orang budak, itu sangatlah ohsem! Pantas saja aku simpulkan, Dave Green sangatlah pandai untuk tackle penonton remaja. 

Teo Halm, Brian Bradley, dan Reese Hartwig memang berjaya memberikan sebuah persembahan tentang persahabatan, kasih sayang dan juga sisi budak budak yang sangat menjadi. Earth To Echo ada ‘didikan’ yang menjadikan filem ni bermesej. Memang sesuailah sangat untuk kanak kanak dan remaja. 

Kalau yang nak tonton filem found footage yang benar benar mengancam dan menarik dari segi visualnya, Earth To Echo bukanlah sebuah filem yang harus ditonton. Tapi, kalau korang rasa itu antara penyebab untuk tidak tonton filem ni, korang rasa korang kena consider benda ni pulak untuk tonton. Satu, Echo yang chooomel banget! Dua, cerita yang sangat ringan! Tiga, sebuah sisi baru filem kanak kanak yang harus dicuba! 

4/5

Thursday, November 20, 2014

Review: Queen

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Vikas Bahl
Pelakon | Kangana Ranaut, Lisa Haydon, Rajkumar Rao

Filem ni memang tersangat sangat ohsem. Ianya truly magical dan beautiful. Macam gadis yang sangat cantik di mata, jenaka di wajahnya, dan cinta di hati. Perfect untuk membawa kita kea lam khayalan, sambil menikmati hiburan yang disajikan. Masterpiece yang tersangat hebat. Oh, nampaknya aku terpuji lebih untuk filem ni. Bukan apa, ianya terlalu melekat di hati. Takpelah kot puji lebih lebih sikit, kan? 

Queen bukan sahaja menghiburkan. Penyampaiannya adalah perkara yang sangatlah menarik, clear dan fantastic. Bukan hanya paparkan seks semata mata, ianya filem tentang tradisi India vs tradisi luar. Kisah tentang buka mata, menerima dan menolak apa yang boleh dan tidak. Cerita tentang adaptasi dengan budaya yang ada, dan perbandingan mana lebih baik diantaranya. 

Vikas Bahl berjaya menjadikan Queen seperti sebuah realiti show yang sempurna. Perjalanan Rani, nampak seperti sebuah real life. Keselesaan Kangana Ranaut nampak menjadi dirinya yang sangat manja, pemalu dan lebih tradisional walaupun dia sebelum ni rajin benar berlakon watak seksi. Pelakon ni berjaya menyampaikan sesuatu yang segar, dan terbaik dari ladang! 

Queen berbicara tentang realiti masyarakat India. Cerita tentang perjalanan hidup gadis yang sentiasa ditentukan oleh keluarga dan tidak mampu untuk bersuara memilih jalan hidupnya yang tersendiri. Dalam kisah ni, Rani yang dikenali sebagai Queen oleh tunangnya, tetiba bertemu dengan jentolak besar yang menghalang hidupnya. Tetiba saja, naluri lelaki tunangnya yang ego menyebabkan perkahwinan yang bakal terlaksana terhenti tengah jalan. 

Disinilah lahirnya the new Rani. Kita akan dibawa ke Paris dan sekitarnya dan melihat bagaimana seorang gadis yang pemalu, naïf dan sangat sukar untuk menentukan kehidupannya yang kusut ni menjalani kehidupan yang baru. Dan, disinilah the fun begin! 

Aku sangat enjoy dengan lakonan Kangana. Dialog dan skripnya digarap dengan cantik. Malah, babak babaknya juga sangat segar dan ada kick! Kadangkala, boleh buat aku tersenyum sorang sorang. Ianya tentang travel, so siapa yang rajin dan pernah alami travel alone memang akan rasa filem ni dekat sangat dengan korang! 

Filem ni memang sebuah filem yang jauh dari tipikal filem Hindi. Memang tak ada lagu yang betul betul muat, dan semuanya hanyalah menjadi background filem. Bagi yang nak rasakan sesuatu cerita yang segar dan tidak mengecewakan, Queen adalah sebuah filem yang layak untuk ditonton. Sebuah makanan yang manis, dan cukup rasa. 

Queen sebenarnya mengajar kita yang hidup kita adalah pertarungan yang menyakitkan. Namun, dalam kesakitan itu, ada sesuatu yang tersembunyi dan lebih indah. Yup, kehidupan kita wujud atas apa yang kita telah tentukan. 

4.5/5

Tuesday, November 18, 2014

Novel: The Lovely Bones (Alice Sebold)


Mula mula baca, ianya macam sebuah horror story, seperti sebuah roh sedang bercerita dan berada di depan mata kita. Kita mula rasa seram tapi lama lama mula menerima Sussie Salmon, si gadis yang mati dirogol ini dalam tangan kita. Dan dia mula bercerita tentang kisahnya dari hidup sehinggalah dia berada di syurga dan melihat ke dunia keadaan bagaimana familinya dan seluruh kehidupan sekitarnya. 

Novel ni sangatlah super gila! It is a super power book yang memang sangatlah one in a million. Kau bayangkan dari keseraman, ianya berakhir dengan sebuah kisah cinta dan kekeluargaan yang sangatlah indah. Dan in the end, kita akan sedar yang kematian itu adalah sebahagian dari hidup dan yang hidup haruslah melepaskan sesiapa pun yang akan pergi. It is a beautiful story. 

Memang filemnya pun ohsem, bukunya pun ohsem. Percayalah yang novel ni bercerita tentang syurga yang memang sempit, tetapi aku rasakan plotnya tersangatlah besar. 

4.5/5

Sunday, November 16, 2014

Review: Lucy

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Luc Besson
Pelakon | Scarlett Johanson, Morgan Freeman, Analeigh Tipton

Idea yang manusia hanyalah menggunakan 10% otak dan apa akan jadi kalau kita guna otak kita 100% diangkat menjadi tema filem Luc Besson kali ni. I hope that idea ni akan dikarang dengan ohsem dan menerima unsur ‘realiti’ yang lebih menjadikan logika itu ada. Aku juga harapkan yang Lucy menjadi filem science fiction yang lebih dari sekadar si fi yang faktanya hanyalah pada karangan. 

Mana tidaknya, kegagalan Transcendence menyebabkan aku rasakan Lucy mungkin bakal menerima nasib yang sama. Kegagalan untuk menyerlahkan sebuah si fi yang besar dari hanya sekadar tulisan. Bukan senang untuk paparkan manusia yang di akhirnya menjadi ‘tuhan’. 

Well, aku rasakan Lucy hanyalah sebuah hiburan kosong. Tak ada apa apa logika dan juga sebuah benda yang betul betul tegar pada fact yang ingin diberikan. Luc Besson sebenarnya mengarut dengan apa yang ada pada kepala otaknya. Lucy hanyalah idea ‘pinjaman’ dari Transcendence dan menerima suntikan ala ala filem superhero. 

Luc Besson mencipta sebuah cerita yang bergaya tetapi hanyalah sebuah fiksional semata mata. Filem ni hanyalah sebuah karutan Luc Besson yang pada aku tidak ubah seperti filem santai yang hanya ditonton untuk suka suka. Garapan Luc Besson pada aku bermula dengan baik tatkala kita diberi masa untuk memahami teori yang diutarakan oleh Professor Norman. Namun, ianya mula menjadi mual apabila Luc Besson mula mengarut! 

Lucy menjadi ‘superhero rekaan’ Luc Besson yang tidaklah superhero mana. Lakonan Scarlett Johansson kadangkala mengingatkan aku kepada gaya Shah Rukh Khan dalam My Name Is Khan. Nampak sangat sangat fiksional. 

Walaupun ceritanya memang ke laut. Aku tak nafikan filem ni menghiburkan bagi penonton yang bisa terima idea yang sangat sangat luar biasa ni. Luc Besson mengembalikan moment kejar mengejar polis yang mengigatkan kepada Taxi, juga menjadikan Transcendence lebih baik dari lakonan Johnny Depp. Mencampurkan mafia Korea dan sains fiksyen juga macam pelik tepi ohsem! 

Lucy sangat pantas dan juga sebuah roller coaster yang boleh aku katakan lain dari yang lain. Ceritanya sukar dijangka dan boleh dikategorikan sebagai rare. Lucy milik Scarlett Johansson. Korang akan lihat satu perjalanan kisah Lucy yang memang sangat sangatlah weird. 

Kalau tanya aku secara peribadi, aku rasakan Lucy mungkin hiburan kosong popcorn yang menarik. Apa tidaknya, kau akan tonton sebuah dokumentari Discovery Channel yang di dalamnya ada Scarlett Johansson. Fakta, fiksyen dan juga idea gila Luc Besson menjadikan filem ni ‘rojak’ si fi campur aksi yang pelik tetapi menghiburkan! 

3.5/5

Friday, November 14, 2014

Review: Jin

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Pierre Andre
Pelakon | Zul Ariffin, Mon Ryanti, Naufal Imam Muda

Bukan nak cakaplah, pengarah Pierre Andre ni sebenarnya antara talent pengarah yang cukup ohsem di Malaysia. Korang boleh lihat gaya filem seramnya yang ada ciri ciri tersendiri. Dari Al Hijab, ke Highland Tower sehinggalah yang terbaru ni, Jin, pengarah ni memang tak dinafikan cuba banyak genre. Tapi, pada aku, pengarah ini tetap rasa seperti sangat sesuai berada dalam kawasan mengarah genre seram. 

Jin kali ini sebuah percubaan seram Pierre yang cuba bermalas malasan dalam berkarya. Kali ini, aku tengok, ceritanya hanyalah sebuah cerita biasa yang memang boleh diagak dan juga kalau salah ‘masak’ ianya akan berada sebaris dengan filem filem seram yang sudah banyak kat pasaran. Yalah, benda benda biasa macam ustaz, kena rasuk, kejut kejut, semuanya elemen biasa yang ada dalam ni. 

Pierre memberi nafas baru, mengolah Jin menjadi sebuah filem yang ada ciri ciri dalam filem Cerita Kita dan Mukasurat Cinta. Kerja kamera yang sangat ohsem dan sangatlah lain macam untuk sebuah karya seram menjadikan Jin ada factor x yang sempurna. Syot syotnya sangat mengagumkan, dan aku terkadangkala rasa macam teruja dengan syot syotnya. Cantik! 

Kalau filem seram selalunya dark dan penuh dengan kejutan hantu yang sangat eerie, filem ni tak macam tu. Pengarah ini cuba untuk mewujudkan suasana yang nampak macam real dan tidaklah nampak lakonan sangat. Zul Ariffin dan Mon Ryanti nampak santai je dalam lakonan mereka. Dan itu mood yang jarang ada dalam filem seram. 

The Conjuring melintas di kepala. Malah, satu dua filem Hollywood juga bakal tertacap kat hujung rambut saat menonton elemen seram filem ni. Babak main main pintu yang sangatlah banyak dalam filem ni (FYI, jin dalam filem ni hobinya suka main pintu dan buat bunyi sssssss) dibina dengan elemen yang sangat cantik. Seramnya menjadi walaupun kadangkala ianya nampak berulang ulang. 

Aku tak nafikan yang filem ni, walaupun nampak lain dari pengarahan, visual dan penceritaan, filem ni sebenarnya hanyalah filem biasa dari ceritanya. Ianya sebuah filem yang boleh dijangka dan hanyalah diwujudkan untuk penggemar filem filem seram cliché. Aku puji bila Pierre masukkan rawatan islam yang dekat dengan realiti untuk ending filem ni. At least, cliché bomoh tu dijauhkan! 

Malah, sepanjang menonton filem ni, filem ni entah macam mana rasa agak kosong. Agak lama untuk seram dan kejutan yang besar untuk muncul. Permulaan yang nampak agak kaku dan kurang umph untuk sebuah filem seram menjadikan Jin sekali lagi nampak biasa sahaja pada penceritaannya. 

Sudut positif, filem ni ada visual yang sangat mengagumkan. Bagaimana Pierre menyembunyikan jin dalam cerita yang sudah boleh dijangka ini boleh lah dipuji. Namun begitu, tambah tolak campur bahagi, Jin hanyalah sebuah filem yang sangat biasa yang dihiasi bahan tambah istimewa. Kalau nak tonton plotnya, aku rasakan ‘predictable’ ialah perkataan yang sesuai. Kalau nak tengok visualnya, ‘awesome’ ialah perkataan yang sesuai. 

3/5

Wednesday, November 12, 2014

Novel: The Hobbit (J.R.R Tolkien)

JRR Tolkien memang superb. Dengan sekali baca, sehelai dua saja pun, telah buat aku untuk tunduk dengan persembahannya. Membaca The Hobbit ni macam menjadi pembaca yang sedang melihat seorang tua yang pandai bercerita sedang bercerita kepada kita. Gaya bah

asanya yang lembut dan santai membuatkan The Hobbit nampak seperti buku yang bercakap.

Journey Bilbo yang diterjemah menjadi filem ada kekreatifannya yang tersendiri. Tidak hairanlah ianya menjadi sebuah filem yang sangat dikenali. Menjejaki perjalanan dwarves dan hobbit dalam satu perjalanan yang sangat mistikal ini seperti membaca sebuah cerita yang hidup. Melalui lakaran visual ditambah pulak dengan peta yang disertakan, korang akan masuk ke middle-earth tampa sedar. 

Memang sebuah novel penunduk untuk siapa yang belum mengenali Tolkien dan kisah middle earth. Ianya meracun diri, dan khayalnya aku di alam middle earth seperti dunia tanpa masa. 

4.5/5

Monday, November 10, 2014

Review: Holiday; A Soldier Is Never Off Duty

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | A.R Murugados
Pelakon | Akshay Kumar, Sonakshi Sinha, Govinda

Thupakki arahan A.R Murugadoss pada tahun 2009 pernah cetus kontroversi. Biasalah, kalau bab bab terrorist ni, memang ada pihak yang mudah terjentik. Tapi, terjentik ke tidak filem lakonan Vijay tu sangatlah ohsem dan menjadi dalam segala macam. Segala scene yang ‘clever’ dan ‘nampak cekap’ menjadikan Thupakki antara filem Tamil yang sukses pada tahun itu. Mungkin kesuksesan itulah yang bawa pengarahnya untuk ‘remake’ filem ni ke Bollywood. 

Aku tak tahu kenapa, aku sebenarnya kurang gemar kepada lakonan Akshay Kumar. Lakonannya terlalu banyak dalam filem Bollywood sehinggakan menonton wajahnya saja boleh buat aku rasa loya dan perlu makan panadol. Tapi, AR Murugadoss pulak seoalah olah nak mem’panadol’kan aku dengan meletakkan pelakon ni sebagai pelakon utama Thupakki versi Bollywood, HollidayL A Soldier is Never Off Duty! Skema giler kan tajuk dia! 

Tidak seperti Thupakki yang lebih kepada keganasan yang nampak lebih kejam dan mencetuskan kontroversi, Murugadoss nampak seperti mahu menyucikan sisi sisi dosa Thupakki dengan memberatkan isu patriotism dan menghilangkan identity pengganas. Maka, filem ni tidak menjadi satu isu besar sebab pengganasnya hanyalah pengganas versi filem. 

Murugadoss juga nampak menggunakan sepenuhnya teknologi yang ada di Bollywood untuk filem ni. Dari satu sudut, Holiday nampak lebih kemas dan juga mempunyai visual yang lebih baik dari filem asal. Malah, ada aksi aksi yang dikoreograf dengan baik yang menjadikannya lebih baik dari aksi filem asal. Namun, aku rasakan bila Akshay Kumar sebagai main hero, Holiday nampak ‘lembut’! 

Bollywood perlukan pelakon yang nampak lebih ganas dan macho dari Akshay Kumar untuk gantikan watak yang Vijay pegang tu. Malah, Sonakshi Sinha dan Akshay Kumar nampak macam tak kena. Macam sangat sangatlah tak padan. 

Dari sisi adaptasi cerita, Murugadoss mungkin bijak menambah baik beberapa scene Thupakki yang ikonik dan menjadi simbol kekuatan filem asal. Permainan ‘buli membuli’ antara Virat Bakshi dengan pengganas memang sebuah plot yang menjadikan super hit. Penonton tidak datang tonton filem ni untuk plot cintanya, tetapi menonton untuk scene ‘ajaib’ yang dibuat semula! 

Namun begitu, secara peribadi, scene Vijay betulkan tangannya yang terkehel yang aku rasa antara scene yang diingati dalam Thupakki sangatlah kurang menjadi bila Akshay Kumar pulak buat benda yang sama. Oh, sangat lawak! 

Filem ni punya plot yang memag masala. Kisah cinta Saiba dan Virat yang di tengahnya muncul pulak watak lakonan Govinda mungkin sebagai ‘kawasan rawat dan rehat’. Kelajuan permainan pengganas dan Virat tidak dapat dinafikan sebagai sebuah kekuatan Holiday. Walaupun Akshay Kumar nampak ‘melembutkan’ Thupakki, filem ni masih lagi melekatkan sentuhan Murugadoss yang sangat bertaring dan memuaskan. 

4/5

Saturday, November 8, 2014

Review: Jinn

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Ajmal Zaheer Ahmad
Pelakon | Dominic Rains, Ray Park, William Atherson

Mungkin ramai yang agak pelik dan janggal bila kita nampak title Jinn (sengaja dengan dua N) menjadi tajuk untuk filem Amerika. Tapi, jika korang telusuri betul betul, korang sebenarnya tak perlu terkejut sebab pengarahnya, Ajmal Zaheer Ahmad ialah seorang muslim. So, ianya agak logik kenapa tajuk filem ni ialah Jinn dan bukannya Satanic or apa apa jelah yang lain lain. Yup, ini kisah pasal jin dalam culture kita. 

Jika korang ialah muslim, korang sebenarnya akan perasan yang penceritaan awal kisah ni, setupnya sebenarnya diambil dari idea kisah jin dalam islam. Mungkin ada sikit lari sana sini, tetapi korang akan sedar yang basic ideanya ialah dari kisah jin yang dikenali di pelusuk dunia yang didiami muslim. Maka, Ajmal Zaheer Ahmad cuba menceritakan sesuatu yang luar bidang Christianity, dengan memaksa kita semua untuk buka hati menerima fiksi ni. 

Walaupun filem ni ada basic idea yang dipetik dari agama Islam, filem ni secara keseluruhannya ialah work of fiction. Ajmal ialah seperti sebuah penyatu agama. Digambarkan dalam filem ni yang tiga agama, Islam, Kristian dan Yahudi menjadi satu untuk menjana kekuatan untuk menghalang jin dari menakluk manusia yang hanya dibuat dari tanah. 

Ajmal aku rasakan bijak untuk menyuntik unsur unsur agama Islam tanpa berleter panjang dan menghuraikan lebih lebih pasal agama ni. Walaupun plotnya berkisarkan tentang Kristian, gereja dan juga perkara karut marut yang agak sukar dipercaya, Ajmal memasukkan verse Islamik, cerita tentang zam zam dan beberapa benda yang boleh buat orang luar mahu tahu tentang hal hal ni. 

Namun begitu, disebalik keinginan Ajmal untuk menggalakkan penyatuan agama, filem ni sebenarnya dibikin dengan gred biasa. Filem ni hanyalah sesuai untuk hiburan di rumah (home entertainment) dan bukannya wayang. Babaknya biasa biasa dan pelakonnya pula hanyalah pelakon gred B yang kita jarang saksikan beraksi di layar. 

Malah, aku rasakan lakonan mereka sangatlah biasa. Dominic Rains yang hanya berlakon watak kecil dalam filem besar gagal menyerlah. Ray Park, yang sebelum ni berlakon sebagai Snake Eyes dalam GI Joe pulak mungkin ada keunikannya tersendiri. Tapi, aku masih rasakan dia harus lebih dari sekadar menjadi guardian! 

Plotnya digarap dengan agak kurang cemerlang. Sebagai filem gred-B, aku mungkin boleh accept itu. CGInya pula hanyalah ringan dan biasa biasa. Namun, aku akui agak puas hati dengan babak Gabriel lawan pesakit mental yang dirasuk jin tu. Itu mungkin antara babak yang superohsem dalam filem ni
yang menjadi.

Filem ni mungkin tidak layak untuk ditayang di skrin besar. Kekuatannya mampu untuk berada di tv sahaja. Namun, apa yang Ajmal buat ialah sesuatu yang aku banggakan. Bukan senang nak tonton filem yang tiada paparan benci pada mana mana agama. Jinn berjaya pada hal itu. Namun, untuk sebuah hiburan yang menghiburkan, Jinn masih tidak mampu merasuk ke hati kebanyakan penonton! 

3/5

Friday, November 7, 2014

Novel: Julie & Julia (Julie Powell)


Memoir Julie Powell ni sangat ohsem kalau korang suka duduk dapur. Kisahnya sangatlah hebat, seperti membaca Eat, Pray, Love. Julie Powell menulis diari hidupnya dengan cara yang sangat menarik. Sekali sekala dia selitkan resipi yang memang orang barat je tau kot. Tapi, memang best sebab kau akan tau banyak bab bab kulinari di samping ikut cerita yang dipaparkan. 

Julie & Julia bercerita tentang projek memasak. Dalam projek ni, watak utama kita mengalami pelbagai perkara yang menarik, dan juga menemui kehidupan baru yang indah. Kisahnya tak ada konflik yang banyak. Just macam tengok diari. Itu je! Sekian… 

 3/5

Monday, November 3, 2014

Review: Anak Jantan

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Faizul A Rashid
Pelakon | Farid Kamil, Nora Danish, Farid Kamil, Qi Razali

Pertamakali masa aku tau filem ni, aku tertarik dengan promo yang dicanang. Katanya, ini ialah filem aksi terhebat tahun 2014. Maka, ayat tu buat aku rasa mual. Tak percaya, ada ke filem yang boleh dilabelkan sebagai hebat walaupun masih belum ditayang? Bingung lagi membingungkan, siapa punya claimlah yang katakan macam tu. Sekurang kurangnya, souce claim tu harus ada. Baru ada keyakinan doh! 

Ternyata, apa yang dicanang hanyalah mimpi disiang hari. Pandangan aku ternyata betul. Selesai menonton, aku rasakan filem ni berjaya menipu penonton. Dipancing dengan hiasan aksi yang dikatakan terbaik, filem ni end up jadi filem Anak Jantan yang hanya melekatkan separuh kejantanannya. Dalam erti kata lain, filem ni gagal untuk jadi filem aksi yang hebat. Hanya sekadar menjadi filem yang boleh dilabel ‘kebudak budakan’. 

Bertatih lama lama berjalan. Keinginan nak masukkan elemen special force, tambah pencelup kisah pengganas dan juga dendam masa lampau menjadikan filem ni janggal. Aku tak katakan filem ni punya premis yang teruk, tetapi aku nak cakap tentang bagaimana filem ni dibina. Segala sifat hebatnya hilang dengan plotnya yang dibina dengan tipikaliti, dialog yang sangat boring, dan lakonan pula macam robot yang gagal berfungsi dengan baik! 

Jujurnya, Nora Danish gagal untuk menjadi orang utara. Aku tak tau pasai pa tah dia ni gagal sangat untuk lakonan kali ni. Wataknya macam ada sesuatu yang hilang. Mungkin ada pelakon lain yang lebih baik untuk gantikannya. Farid Kamil mungkin sekadar biasa biasa. Bront mungkin boleh tahan walaupun dia tak diberi peluang untuk jadi lebih ganas. 

Untuk aksi pula, aku mungkin kalau tutup mata sebelah macam mata lanun, aku masih belum puaslah. Aku puji dengan usaha untuk koreografi, tapi aku masih tak mampu tolak yang Lari lakonan Aaron Aziz arahan Ahmad Idham lebih menyerlah dalam hal ni. Ohsem dan ganas. Yang Anak Jantan ni pula paparannya nampak tak original dan tidak ada kick! Nak buat moment aksi yang ohsem, tapi hanyalah pinjam aksi dari Ong Bak dan filem thai! Something fresh takde ke? 

Editing pula tahap biasa dan drama. VFX pula sederhana jugak. Babak letupan sangatlah low class. Tapi takpelah kan. Cuma aku sangat tak puas hati dengan blur /kabur yang dibuat pada suratkhabar thai, topi polis thai, dan plate motor thai. Aku tak paham, kalau kau nak buat pasal terrorist, yang blur blur ni banyak sangat buat apa? Sangat mengganggu. 

Senang cakap, filem ni hanyalah filem line clear! Korang akan faham kalau korang selalu atau pernah ambil masa untuk tonton filem Line Clear. Memang licin, dan sangatlah menghampiri filem sampah MIG. Kering kontang, kurang rempah, emosi yang lemah dan plot gagal dilakar dengan sempurna, tambah dengan loghat yang sangat geli di telinga. 

Secara peribadi mahu katakan yang Anak Jantan rebah dan tak mampu diakui hebat. Kalau producer yang syok sendiri cakap filem ni hebat, seharusnya producer saja bayar tiket dan bagi untung syok sendiri. 

2/5

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...