Sunday, October 26, 2014

Novel: Last Man in Tower (Aravind Adiga)


Last Man in Tower ialah sebuah novel tulisan Aravind Adiga, yang sebelum ni dikenali melalui novel The White Tiger. Tidak pernah baca novelnya sebelum ni. Cuma, apa yang membuatkan aku membaca karya sastera India ini ialah disebabkan aku teruja dengan naskah Slumdog Millionaire. Nah, aku rasakan buku ini dan sastera India dalam bahasa Inggeris sangat mengujakan. 

 Novel ni mengupas tentang sosial. Tentang hidup kejiranan. Tentang sifat manusia yang tamak dan sanggup lakukan apa saja. Ini kisah tentang sebuah flat dan kehidupannya yang aman dan kisah ketamakan Shah yang ingin merobohkan flat untuk membina bangunan baru dengan runtuhkan flat tersebut. Dalam keseronokan penghuni flat menerima pampasan, Masterji seorang saja yang pertahankan supaya flat ni tak diruntuhkan. Ini kisah tentang dia, dan sekitarnya. 

Naskah ini tidak bercerita tentang tamaknya Shah, tetapi memberikan debaran sama ada Masterji berupaya menahan flat itu dari dirobohkan atau tidak disebalik tekanan luaran seperti jiran jiran yang nakkan duit. Aravind berjaya memberikan sebuah kisah simple tetapi dengan setiap watak yang pada aku agak banyak, ianya memberikan gambaran sosial yang agak sinis. 

Novel ni meyakinkan. Bagaimana Aravind menulis tentang Masterji dan kisahnya sangat menjadikan novel ni mengujakan. 

4/5

Thursday, October 23, 2014

Review: Dendam Orang Mati

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Jason Chong
Pelakon | Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Miera Liyana

Dendam Orang mati ni ialah satu lagi buah tangan Jason Chong yang sebelum ni mengarahkan filem creature feature yang agak ‘kanak kanak riang yang baru bertatih’ bertajuk Ular. Pengarah ni gemar dengan benda benda seram yang agak lain. Tidak menggunakan elemen bomohan, dan kes rasukan cliché, Jason Chong mungkin harapan baru untuk genre seram. 

Tampil dengan filem Dendam Orang Mati yang aku sifatkan sebagai filem seram Asia untuk Asia, Dendam Orang Mati ‘wipe out’ semua typical story seram / thriller filem Melayu. Tradisi seram gaya bomoh, dan semua benda yang biasa dilihat dihilangkan. Dendam Orang Mati ialah satu filem baru dengan keseraman cara baru, dan semuanya barulah! 

Ok, secara lahiriah, aku nampak Dendam Orang Mati meminjam elemen filem filem Chinese dan Asia. Kita akan seolah olah seperti saksikan sebuah filem psycho thriller seram yang digarap dengan misteri dan juga persoalan yang mencengkam. Melihat keseluruhan filem, filem ni tak ubah seperti sebuah filem seram yang penuh artistic dan kualiti visual yang memuaskan. 

Bagaimana pulak dengan plotnya? Aku sifatkan filem ni punya idea yang sangat mengagumkan. Kira kira, boleh jual sebab twistnya menjadi. Namun, kontranya pulak, aku rasakan yang garapan filem ni masih kelihatan seperti sebuah roda yang berpusing pusing. Korang akan perasan yang separuh masa pertama filem, demi untuk sembunyikan rahsia besar filem ni, pengulangan banyak dibuat dalam membina seramnya. 

Watak Lisa Surihani diulang ulang dalam bermain dengan kejutan yang dibina. Adegan masuk lif, keluar lif. Masuk rumah, keluar rumah. Lari di koridor berkali kali. Keluar rumah lagi, masuk lif lagi, dan lagi dan lagi menggambarkan yang seram filem ni nampak terperangkap di dalam suasana flat 3A itu saja. Seharusnya, ianya lebih dari sekadar itu! 

Malah, aku rasakan juga yang misteri filem ni, walaupun garapannya baik pada keseluruhannya, masih gagal untuk membuatkan aku rasa filem ni ditulis dengan sempurna. Beberapa plot hole besar wujud menimbulkan persoalan yang sukar nak dijawab. Elemen ‘time travel’ yang macam tak masuk akal dengan plot cerita antara benda yang agak membingungkan. Malah, dinding hitam yang makin membesar tu, macam tak ada penjelasan sempurna. 

Dan paling besar sekali, aku sendiri tak paham apa kaitan Dendam Orang Mati (tajuk filem ni) dengan whole plot. Korang akan tertanya tanya, mana orang mati yang berdendam tu? Dan why plot ni tersasar jauh dari tajuknya? Membingungkan! 

Aku puji art department filem ni yang kerjanya ohsem. Namun, aku rasakan amatlah kelakar bila korang bina bilik air yang lantainya sama level dengan bilik di luar. Aku tak fikir bilik lantai flat murah pun ada lantai bilik air yang sama tinggi dengan lantai bilik air luar. Oleh itu, aku sifatkan rekaan bilik air rumah Lisa Surihani tu sangatlah kelakar dan membuatkan aku rasa nak ketawa besar! Kah3! 

Filem ni banyak pinjam pinjam. Satu, kau akan nampak jelmaan ‘anak anak’ hantu filem Karak yang kakinya panjang. Dua, kau akan nampak jelmaan ‘aura’ Anabelle pada watak patung yang Lena suka. Dan yang ketiga, kau akan nampak yang filem ni ialah setitis jalan cerita filem Dark Water. Campur campur semua elemen tu, maka Dendam Orang Mati Wujud. 

Lisa nampak kurang selesa dengan lakonannya. Dia gagal untuk menyerlahkan sisi paling tinggi tekanan jiwa yang dirasa. Walaupun aku rasa dia dah push paling baik, aku pasti korang masih melihat Lisa Surihani yang biasa korang nampak. Aku harap pelakon lain yang lebih baik dari Lisa Surihani berada di dalam watak Lena. Lisa Surihani nampak terlalu lembut, terlalu ayu, dan masih seperti dia. Sorry! 

Dendam Orang Mati punya plot twist yang cantik. Jangkaan korang akan silap, itu pasti! Namun, dengan pengulangan elemen seram yang kadangkala menguap jugak sekali sekala, aku sifatkan the whole plot sebagai olahan yang biasa. Sebuah filem seram yang cuba untuk keluar dari kepompong ‘Malaysia untuk Malaysia’ yang berjaya berikan elemen kejutan yang superb! Apalagi, ianya sangat artistic dengan CGI yang boleh tahan hebat! Hantu berapi tu ohsem! Babak Lisa Surihani potong jari tu pun superb!

3.5/5

Wednesday, October 22, 2014

Review: The Hangover Part III

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Todd Phillips
Pelakon | Zach Galifianakis, Bradley Cooper, Ed Helms 

Filem ni seolah olah sebuah tribute! Ianya cuba untuk kembali ke filem pertama, kemudian lalu ke filem kedua, dan wallah, ianya yang ketiga. Melalui ruang ruang masa yang masih hilang dari ingatan ketiga tiga watak kita, filem ni dicipta. Kali ni filem ni tidak lagi bertindak untuk mengfotostat cerita dan plotnya seperti yang kedua. Nampaknya, Todd Phillips sudah mahu bawa filem ni ke depan. Dan aku teruja! 

The Hangover Part 3 ialah sebuah filem yang mengikat kedua dua filem The Hangover. Filem ni tidak cerita pasal lupa ingatan, tetapi meninggalkan tajuk The Hangover itu sebagai satu ‘kenangan’ bagi yang mengenali filem ni dari tahun 2009. Ianya seperti menonton perjalan baru wolf pack yang sangat berbeza dalam situasi mereka untuk menyelesaikan saki baki cerita yang tertinggal dalam filem sebelumnya! 

Chow dilebihkan. Alan diutamakan. Dan ya, ianya seperti melihat sebuah filem komedi dewasa yang ada aksi yang juga dilebihkan dan diluarbiasakan. Ianya juga ditambah dari segi emosi. Dan di akhirnya, The Hangover Part 3 sangat sangat dewasa dalam ceritanya, dan berada di satu aras tertinggi filem ni, secara peribadilah. 

Tak peduli apa orang kata, aku rasakan, Chow sudah menjadi satu momentum yang sangat baik untuk watak watak ini. Dari sekadar watak yang agak biasa dan tidak ada apa apa yang penting dalam filem pertama, filem ni memberikan ruang untuk watak Chow ni membesar dalam kehidupan tiga watak utama kita. Dan itulah yang menarik tentang The Hangover Part 3. Ianya milik Chow! 

Filem ni juga membesarkan jiwa Alan. Watak lakonan Zack Galifianakis ni dibesarkan dengan emosi. Walaupun ada sisi komedi, kita diajak untuk deep into his heart dan ya, menyelami erti sebenar persahabatan pada masa yang sama. Dan aku tak nafikan Zack Galifianakis sangat menonjol dalam filem ni. 

Aku suka aksinya yang menghiburkan. Konfrontasi Chow dan wolf pack sangat menghiburkan. Malah, babak babak yang lebih complicated juga menjadikan The Hangover Part 3 jauh lari dari filem yang sebelum ni. Ianya tidak menjadi komedi, tetapi ianya menjadi drama yang komedinya sikit, tapi aksi, dan juga thrillnya banyak. Dan ya, ianya sudah tentu mengecewakan orang yang nak lihat gelak ketawa. 

Tapi untuk aku, The Hangover Part 3 tetap di hati bagi yang menggemari tiga pelakon ni. Walaupun aku tak nafikan filem ni kurang kelakar, ianya berubah menjadi filem thriller dan juga emosi yang pada aku, lebih menyanjung karakter karakter ni. Aku secara peribadi, tidak sabar untuk tunggu sekuelnya, jika ada. Setelah menonton ketiga tiga filem, secara rasminya, aku sudah jadi fan tegar filem wolfpack ini! 

4/5

Monday, October 20, 2014

Review: Lagenda Budak Setan 3 - Kasyah

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Sharad Sharan
Pelakon | Farid Kamil, Maya Karin, Ayu Raudhah

Dos filem pertama ok ok. Jadi ianya superhit. Dan kemudiannya, Katerina pulak macam terkial kial cari rohnya dan akibatnya, ianya sekuel yang kurang menjadi bagi siri filem Lagenda Budak Setan. Dan kali ni pulak, Sharad Sharan yang memang pekat dengan pengaruh filem Bollywood kembali dalam sekuel terakhir untuk filem yang diadaptasi dari novel Ahadiat Akashah ni. 

Sejauh mana filem ni boleh pergi? Pada aku, filem ni terlalu terlepas jauh dari apa yang nak dipaparkan sebenarnya. Kasyah itu sendiri seperti diceritakan tanpa ada roh yang betul betul buat penonton rasa yang filem ni miliknya. Semua kisah filem ketiga kali ni, yang fokus pada Kasyah hanyalah sebuah filem sekuel yang tiada pemberatan. Kisahnya atas angin, bercerita, dan habis! Itu saja! 

Malah, filem ni terperangkap dengan tipikal story dan watak yang lebih kurang sama dan berulang ulang. Watak psikopath yang tipikal Hindustani, mengandung dan gugur (tipikal Lagenda Budak Setan) dan juga merajuk yang tak berkesudahan. Semuanya terlalu biasa untuk 2014! 

Aku nampak filem ni punya babak babak keganasan melampau yang agak banyak. Seolah olah aku menonton filem violence-porn yang sikit sikit ada adegan belasah. Entah kenapa, belasah membelasah ni mengingatkan aku kepada Ombak Rindu yang pada aku tepat dosnya. Tapi, Kasyah tak macam tu! Adegan ganas ni seolah olah nak dijadikan ubat kuat filem ni. Malangnya, ianya hanyalah menjadikan cerita filem ni dilupakan. 

Lagenda Budak Setan 3 - Kasyah sebenarnya lebih baik dari Katerina. Dari segi garapannya, dan juga olahan visualnya juga, filem ni boleh dibanggakan. Cuma, untuk melihat filem ni menjadi seperti filem awalnya, ianya seperti menunggu kucing bertanduk. Kasyah seolah olah hilang taring dan tidak mampu diterjemah dengan jayanya untuk menjadi sebuah filem. Menonton Kasyah hanyalah seperti membuka helaian buku novel tanpa emosi. 

Namun begitu, aku suka beberapa aspek filem ni yang bolehlah dibanggakan. Pada aku, team kreatif filem ni memang buat kerja yang giler best. Beberapa lokasi yang divisualkan contohnya macam bilik Hisyam sangat cantik. Walaupun aku rasa logikanya agak kurang jelas, aku rasakan ianya divisualkan dengan jayanya. 

Malah, lakonan Maya Karin dan Ayu Raudhah juga agak meyakinkan. Ayu Raudhah, walaupun hanya menggantikan Lana Nordin, nampak memberikan persembahan yang agak berani. Dibelasah, dibuli dan lain lain! Cayalah! Tambahan lagi, pemilihannya juga cantik dan tepat sebab wajah Ayu Raudhah nampak mirip Lana Nordin yang tembam. 

Hmm, kalau nak cukupkan dan habiskan kisah trilogy ni bolehlah tonton. Mungkin yang gemarkan elemen India dalam filem ni, filem ni untuk anda. Pada aku, Kasyah hanyalah sebuah filem Lagenda Budak Setan yang sekadar menterjemahkan apa yang datang dari buku. Dalam penterjemahan tu, roh filem gagal disuntikkan. Apa yang ada hanyalah sebuah buku yang boleh ditonton, bukannya filem yang boleh dirasa. 

3/5

Saturday, October 18, 2014

Review: The Hangover Part II

Tahun Terbit | 2011
Pengarah | Todd Phillips
Pelakon | Bradley Cooper, Zack Galifianakis, Ed Helms

Bradley Cooper, Zack Galifianakis dan Ed Helms kali ni kembali lagi. Yup, aku sukakan semuanya pasal The Hangover yang pertama. All the plot, the comedy dan semuanya berjaya memberikan aku satu ruang baru untuk filem komedi dewasa. Tapi, entah kenapa, aku rasa Todd Phillips ni macam terlalu teruja dengan yang filem pertama lantas bawa skrip yang pertama, fotostat dan wujudlah The Hangover Part 2! 

Yup, The Hangover Part 2 ni ialah versi fotostat. Kalau dah fotostat, agak agaknya macam mana ya? Bayangkan kau ambil gambar full colour yang sangat cantik, letak molek molek atas mesin fotostat, dan press the button. Maka, salinannya akan jadi gelap, yang kaler cerah pulak akan jadi cerah, dan yang hitam akan jadi lebih gelap. Begitulah The Hangover Part 2. 

Oh, aku nampaknya tercakap lebih pasal mesin fotostat lebih dari The Hangover Part 2. Ginilah, senang cite, filem ni sebenarnya punya plot yang sama je dengan yang pertama. Korang akan perasan yang filem ni ada elemen dan ciri ciri yang sama dengan filem pertama, lihat saja pada permulaan plot, episod lupa ingatan, dan misi mencari someone yang hilang. 

Cuma, apa yang berbeza dalam filem kali ni ialah, filem ni seolah olah reboot The Hangover. Alah, macam reboot Spiderman, Spiderman akan jadi lebih dark! Bila reboot The Hangover, maka The Hangover akan jadi lebih dark! Setting kali ni ditukar ke Thailand, dan segala kerja filem nampak lebih gah dan gelap untuk menutup screenplay yang copy pasta tu! 

Tapi tak apalah, pandangan aku, kalau copy pasta pun, tapi still entertaining, ianya worth to watch. Malangnya, aku tidak rasakan filem ni better dari yang pertama dari segi plot. Pasal apa? Pasal keterujaannya sudah hilang. Kita perlukan something yang baru. Plot yang lebih segar untuk wolfpack ini! Apa yang ada hanyalah komedi tipikal yang menjadi. Itu sahaja pengubat untuk menonton! 

Tolak plot copy pasta yang ada, aku rasakan komedinya masih menjadi. Dengan gabungan tiga pelakon yang sangatlah menjadi tu, mereka berjaya membuatkan penonton macam aku untuk judge filem ni sebagai teruk dari plotnya. 

Dari segi visualnya pula, aku rasakan filem ni punya visual yang lebih ganas dan gelap. Bagaimana Thailand digambarkan dalam filem ni agak natural dan kasar, namun itulah yang membuatkan filem ni meriah dan cantik. 

Totally filem fotostat. Komedinya pula tak dinafikan menutup kelemahan besar tu. The Hangover Part 2 memang mengubat peminat filem pertama untuk rasa filem ni dalam situasi berlainan. Pada aku, ubat tu tiada sebab aku mengharapkan plotnya segar dan bukan hanya sekadar repetition. Apapun, tolak tambah campur bahagi, filem ni masih menghiburkan untuk sebuah filem santai. 

3.5/5

Thursday, October 16, 2014

Review: Mamak Cupcake

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | MJ Woo
Pelakon | Shaheizy Sam, Siti Saleha, Azad Jasmin, Faisal FBI

Bila nak buat cerita pasal mamak, sebenarnya satu benda yang terlintas pada aku ialah kreativiti. Pada aku, bukan senang nak memamakkan orang melayu, dan membawa sebuah culture yang rasanya jarang berada di barisan depan filem. Iyalah, si Razak Mohaideen dulu bawa pasal mamak penang, tapi itu pun sekadar hiasan filem. Tapi, bila mamak jadi watak utama, dan buat pertamakalinya percubaan si cina membollywoodkan filem Melayu, bagaimana? 

Sedikit mengecewakan. Yup. Aku sebenarnya berdukacita apabila Woo Ming Jin yang aku kagumi dengan filem sebelum ni, Seru dan KL Zombi gagal untuk memberikan sesuatu yang sempurna dalam Mamak Cupcake. Filem ni nampak macam sebuah filem yang gagal dalam penterjemahannya. Malah, apa yang diadaptasi ke layar melalui lakonlayarnya, pada akulah, tak payah ada watak mamak pun tak apa. Watak Melayu biasa pun boleh bawa plotnya! 

Mamak Cupcake tak pergi dalam culture mamak tu sendiri. Meletakkan Shaheizy Sam sebagai mamak, dan kemudiannya, bergerak seperti filem Melayu biasa. Macam biasa, tak ada apa pun yang kita belajar tentang mamak dan cerita mereka. Apa yang ada hanyalah kisah melayu biasa yang dibalut dengan kemamakan si Shaheizy Sam. 

Malah, aku rasakan Shaheizy Sam sendiri adalah kegagalan yang besar dalam filem ni. Jujurnya, aku kagum bila dia menjadi sesuatu penarik untuk filem ni. Iyalah, semua orang excited nak lihat pelakon ini jadi mamak. Namun, apa yang dia beri gagal untuk memuaskan hati aku. Lawaknya kadangkala menjengkelkan. Lakonannya juga nampak terperangkap! 

Semuanya kurang menjadi. Skripnya termasuk juga. Ceritanya macam lemas. Tak ada tempat yang betul betul umph untuk sebuah cerita. Predictable dan hanyalah dipenuhi dengan moment moment biasa dalam filem komedi filem Malaysia. Malah, aku rasakan skripnya hanyalah separuh masak dan tidak diperkemas dengan baik sekaligus menjadikan ianya perkara paling melemahkan bagi filem ini. 

Sangat sangat sedih sebab filem ni ada visual yang sangat menakjubkan. Disebalik ceritanya yang membosankan, kebiasaan dan kegagalan dalam paparan mamaknya, aku puji visual filem ni yang sangat menggoda. Itu mungkin satu satunya benda paling cantik dalam filem yang punya skrip yang agak hodoh ini. Si cantik dan si hodoh bertemu, yeay! 

Malah, penggunaan visual efek yang cantik pada aku, berjaya memberikan moment yang ikonik. Yup, jujurnya, scene teh tarik terbang tu sangat ohsem! 

Sangat biasa, tidak terjangka sangat biasa! Ianya seperti menonton filem yang ditulis macam mee segera, tapi sangat teliti pula pada visualnya. Macam tak ada kerjasama yang terbaik untuk menjadikan filem ni terhebat. Pada aku, Mamak Cupcake gagal menyerlahkan sisi mamak MJ. Walaupun filem ni ada kulit yang sangat cantik, anda tentu tidak akan percaya ceritanya tidak secantik kulitnya. Kalau nak tonton untuk ringan kepala pun, ianya gagal untuk menyerlah. 

2.5/5

Tuesday, October 14, 2014

Review: The Hangover

Tahun Terbit | 2009
Pengarah | Todd Phillips
Pelakon | Bradley Cooper, Ed Helms, Zach Galifianakis

Dulu, masa filem ni kecoh dibibir fanatik filem, aku tak nak rasa untuk tonton sebab ya ianya macam agak kasar. Tapi, people keep talking about this film sampailah sekarang. Year by year, filem ni menamatkan sirinya pada 2013 dengan Hangover part 3 dan marathon filem ni pun bermula. Dan yup, aku rasa rugi lah pulak tak tonton filem ni yang ditayangkan tahun 2009 dahulu. Ianya sangatlah pelik, kelakar dan ada sesuatu. 

The Hangover bukan sebuah filem yang hanya menekankan kelakar, dan main main sesuka hati dan bagi penonton dengan visual bogel dan semuanyalah yang patut ada dalam filem Rated-R. Filem ni adalah filem persahabatan untuk dewasa. Orang dewasa takkan layan filem friendship kalau semua elemen ni tak ada. Pendek kata, ada mesej yang jelas, friendship tu selamanya. 

Filem ni bermula dengan simple, memberi misteri saat filem ni dibuka. Kemudiannya, dengan menggunakan alasan kukuh (rape drug) filem ni melangkau satu ruang masa yang dismpankan untuk misterinya, kemudian, dari hujung titik berakhirnya misteri itu, filem ni mula dengan bergerak ke belakang. 

Ya, agak sukar untuk aku teruja dengan misteri yang direka. The Hangover rasanya berjaya menerujakan aku dengan misterinya walaupun aku tahu semuanya hanyalah sebuah filem yang ringan dan tak ada apa apa pun yang perlu difikirkan. 

Honestly, sepanjang aku menonton filem komedi dewasa, aku harus katakan filem ni berjaya mungkin atas beberapa sebab. Komedinya salah satu lah! Tapi, apa yang penting ialah originality plotnya, dan segala penciptaan ceritanya yang sangat jarang (atau bagi aku, pertamakali) ditonton. 

Filem ni tak berat. Boleh bersantai santai. Dan semuanya sangatlah ringan sehinggakan kelakarnya sangatlah menjadi. Lakonan Bradley Cooper, Ed Helms dan Zach Galifianakis menghiburkan. Setiap dari mereka yang ada ciri masing masing berjaya menghidupkan sebuah kisah komedi dewasa yang sempurna. 

Komedi yang sangat pelik, macam tonton filem yang bukan filem. Lawaknya memang sangat sangat natural. Menonton The Hangover ni memang meringankan kepala. Memang tak hairanlah filem ni box office tahun 2009 dahulu. Ok, agak lambat untuk aku tulis review ni. Tapi, sekurang kurangnya, aku nak share keterujaan aku dengan filem ni. Ha3! 

4/5

Sunday, October 12, 2014

Review: Vampire Academy

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Mark Waters
Pelakon | Zoey Deutch, Lucy Fry, Danila Kozlovsky

Hollywood dah ada macam macam genre pasal vampire. Ada vampire yang romantik, ada vampire yang hodoh, dan macam macam lagilah. Ada juga macam macam style dan gaya persembahan untuk setiap movie. Dari Twiligh ke Underworld, semuanya ada cara tersendiri, dunia tersendiri, dan yang pasti originalitinya ada. Tapi, sebagai penonton Vampire Academy, semua itu tiada dalam filem ni. Ianya seperti lego yang dipasang2. 

Ambil Harry Potter punya setting, lekat kat satu bahagian. Ambil Twilight dan tampal kat atasnya. Dan dari dua blok tu, kita bina satu kapal. Kita layarkan, dan wallah, cerita pun bermula. Dan melihat Vampire Academy dengan cara itu, ianya sebuah cerita yang sangatlah tidak original dan sekaligus tidak mampu untuk deliver apa yang dipanggil excitement. 

Bukan dari originalitinya sahaja, Vampire Academy sangat jauh untuk menjadi sebuah filem vampire yang betul betul memuaskan. Tak tahulah bagi yang membaca novelnya. Bagi aku, kisahnya membosankan. Terjemahan novel tidak mampu diangkat dengan baik dan menjadikan cerita filem ni sangatlah biasa dan tiada taring. 

Mana mungkin kalau nak diangkat ke layar, novelnya teruk. Orang tak angkat novel teruk ke layar. Lainlah kalau Mark Waters yang pernah arahkan filem Mean Girls dan Freaky Friday ni tak faham apa itu terjemahan yang sebenar. Maka, apa yang terjadi ialah salah Daniel Waters selaku penulis lakon layar. Lakonlayarnya membosankan. 

Malah, lakonan Zoey Deutch dan Lucy Fry tidak ada kekuatan langsung. Dua mereka, yang seharusnya jadi nadi yang benar benar carry the film, tidak mampu untuk mengangkat cerita ni ke satu level yang sempurna. Watak Rose Hathaway terumbang ambing, tenggelam timbul dan tidak tahu arah. Lissa Dragomir pula tenggelam punca. Kejam diutamakan, kejap diketepikan. Hiasan karakternya juga bosan! 

Hadoi, semuanya tak kena. Filem ni macam lost kat terjemahannya. Hubungan antara Rose Hathaway dan juga Lissa juga tidak ditata dengan sempurna. Sekaligus, ianya satu kejatuhan besar untuk filem ni menjadi gagal. 

Mungkin screenplay filem ni seharusnya menjalani terjemahan untuk drama tv. Ianya mungkin boleh menjadi sebuah siri yang lebih senang dan mudah untuk dihadam. Lagipun, filem yang terlalu banyak cakap dan tidak ada sesuatu yang unik bukanlah menarik bagi aku. Mungkinkah ini worst adaptation untuk tahun 2014? Korang nilaikan. 

2/5

Wednesday, October 8, 2014

Review: Humpty Sharma Ki Dulhania

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Shashank Khaitan
Pelakon | Alia Bhatt, Varun Dharwan, Siddarth Sukla

Apa lagi yang boleh diharapkan untuk sebuah filem Hindi yang berjaya. Pastinya ada jiwa romantik, sedikit sulaman lagu, tarian dan juga emosi. Tipikalitinya sudah lama difahami, dan ya, disebabkan itulah Humty Sharma Ki Dulhania berjaya menarik jiwa aku untuk menonton. Apa yang ada dalam filem ni bukanlah untuk orang yang selalu cakap ‘ah, aku dah tau ending filem ni!’. Ianya untuk orang yang selalu cakap ‘soooo sweet (sambil kelip kelip mata)’. 

Humpty Sharma Ki Dulhania ni sebenarnya mirip filem cinta biasa. Ada cinta tiga segi yang simple, halangan ibu bapa, kahwin yang dirancang dan apa saja yang patut ada dalam sebuah filem romantik komedi yang berjaya. Dan yakin aku rasakan filem ni antara filem yang menarik hati peminat hindi untuk menonton dan meraikan cinta Humpty dan Kavya ini! 

Seolah olah menonton Dilwale Dulhania Le Jayange dengan tambahan elemen Hangover, Humpty Sharma Ki Dulhania berjaya memberikan satu kisah cinta yang cheesy dan juga memikat. Kisah Kavya yang ingin mencari bride dress di Delhi yang menemukan dengan Humpty Sharma dan mencetuskan konflik adalah sesuatu yang biasa, tetapi tetap boleh dirasa keajaibannya. 

Fasa separuh masa pertama filem ni mungkin agak ringan dan dipenuhi dengan lakonan Varun Dhawan dan Alia Bhatt yang agak santai. Malah, pada aku, first half filem ni rasanya agak kurang menarik hati aku disebabkan kisah ala ala playboy yang terlalu biasa. Apa yang Humpty Sharma Ki Dulhania bagi pada fasa pertama filem tidak meyakinkan. 

Tetapi, fasa kedua adalah seperti gam. Ianya fasa yang menarik untuk kita melihat emosi dan kisah hero nak cari heroinnya yang dihalang cintanya. Diberikan suntikan komedi yang sederhana, fasa kedua filem ni mungkin antara bahagian yang sangat menjadi dan memberikan roh kepada keseluruhan filem. 

Filem ni takdelah romantik sangat. Ianya bukan mengikut gaya filem 90an yang emosinya terlalu dalam. Filem ni ibarat filem yang rileks, dan bermain main dengan ceritanya tetapi pada masa yang sama deliver tipikal Bollywood storyline dengan jiwa muda. Apa yang dipaparkan nampak muda dan segar gayanya walaupun ceritanya nampak boleh dijangka. 

Alia Bhatt sangat cute dan catchy. Lakonannya bersahaja ditambah pulak dengan wajahnya yang super cute sangat memukau. Gandingan dengan Varun Dhawan menjadi walaupun aku rasakan Varun Dhawan nampak biasa dan tidaklah diberikan dialog yang betul betul mencengkam sebagai hero. Namun, lakonan mereka memuaskan. 

Apa yang boleh diharapkan dari filem ni? Tipikal, beautiful songs, Alia Bhatt yang sangat supercute. Dan tribute kepada cinta Bollywood. Humpty Sharma Ki Dulhania memberikan pengalaman menonton filem Bollywood generasi baru yang seperti biasa memberi cerita yang sama. Tapi kan, pelik juga sebab aku suka walaupun ceritanya cliché dan boleh dijangka. 

4/5

Tuesday, October 7, 2014

Review: V/H/S/2

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Jason Eisener, Gareth Evans, Timo Tjahjanto, Eduardo Sánchez, Gregg Hale, Simon Barrett, Adam Wingard
Pelakon | Lawrence Michael Levine, Adam Wingard, Jay Saunders, Fachry Albar

Jujurnya, filem ni sudah pergi far away. Secara peribadi, filem ni sebenarnya sudah hilang taring asalnya seperti mana yang dirasa dalam filem pertama. Darahnya, ngerinya, rasa peningnya, rasa nak makan Panadol sampai habis botolnya, dan semua kehisteriaan yang dialami dalam filem pertama sebenarnya tidak ada sepenuhnya dalam filem kedua ini. Namun, ada sesuatu yang istimewa tentang filem ni. Apa dia? 

Kita bakal tengok Gareth Evan, si pengarah filem aksi The Raid dan Merantau dari Indonesia tu mengarah filem found footage yang aku kira pertamanya untuk filem besar sebegini. Yalah, ianya dari Indonesia beb! Dan itulah antara suntikan excitement yang berjaya buat aku menunggu. 

Kumpulan pengarah kali ni ialah Jason Eisener, Gareth Evans, Timo Tjahjanto, Eduardo Sanchez, Gregg Hale, Simon Barrett dan Adam Wingard. Hampir kesemuanya pengarah yang pernah mengarah filem seram tersohor dan epic! Dan termasuk frame narrative, semua ada enam filem pendek yang bakal disaksikan. 

Frame narrativenya agak mengecewakan. Simon Barrett melalui Tape 49 pada aku gagal untuk mencari sesuatu yang baru dan lebih baik dari filem V/H/S yang pertama. Pengarah ini seperti mengulang benda yang sama, dan juga syot yang sama untuk mewujudkan misteri, dan ya, sebagai frame narrative yang menjadi tulang belakang filem, ianya agak menghampakan. 

Filem pendek pertama, Phase 1 Clinical Trials arahan Adam Wingard pula agak weird dan unik. Sebuah perlanggaran antara robotic dan hantu yang agak pelik, but ya, it works. Adam Wingard kurang atau gagal mewujudkan misteri yang cantik, tapi kerja kameranya, iaitu pandangan mata robotic tu antara sesuatu yang unik dan tidak mengecewakan! 

A Ride In The Park arahan Eduardo Sanchez dan Gregg Hale pula mengetengahkan zombie. Viewnya pulak dari kamera yang dipasang atas topi keledar pengayuh basikal. Its quit boring sebab banyak single syot dan zombie, bukan subjek yang aku suka. Lagipun, semua adegan koyak rabakkan perut manusia seems cliché to me eventhough both directors beri satu view yang berbeza. 

Pengarah The Raid, Gareth Evan bersama Timo Tjahjanto berjaya memberikan rasa kagum. Bukan apa, sebuah filem pendek yang berbahasa Indonesia di dalam filem Amerika yang tidak mengecewakan, dibawa bersama sebuah idea gila yang out of Nusantara punya kebiasaan. Puas hati walaupun ceritanya nampak janggal. Sedikit rasa kurang selesa dan geli bila fuck, shit diucap berkali kali oleh orang Indonesia. Sangat tak sesuai! 

Slumber Party Alien Abduction pula ada sedikit rasa gayat. Walaupun kerja kameranya sesak sebab ianya view dari kamera yang dipasang pada anjing, twistnya berjaya memberi rasa menonton mini Super 8. Tidak mengecewakan. 

Keseluruhannya, V/H/S/2 ada naik turun. Tak macam filem pertamna yang mampu hold momentum dengan lebih baik dari yang ni. Namun, filem ni berjaya memberikan satu view baru untuk genre found footage. Ianya seperti satu pesta filem found footage dan penonton sebagai tukang tonton akan menilai dari A ke Z yang mana bakal mendebarkan hati. Korang pula, antara keenam enam short films ni, mana paling best? 

3.5/5

Saturday, October 4, 2014

Review: Dracula Untold

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Gary Shore
Pelakon | Luke Evans, Dominic Cooper, Sarah Gadon

Dracula Untold mengikut tradisi tipikal Hollywood sekarang. Sebuah kisah sebenar campur fiksyen yang dicampur sana sini untuk menjadi filem yang dark dari segala sisi. Filem Dracula ini pada aku hanyalah sebuah filem yang hanya tidak ada sesuatu yang baik. Menonton Dracula Untold sebenarnya seperti menonton sebuah filem yang ada rasa déjà vu. Rasa macam pernah tonton, tapi di mana ya? Lebih kuranglah. 

Sesungguhnya, filem arahan Gary Shore ini bermula dengan permulaan yang agak membosankan, dan sekaligus melemahkan. Tipikal naratif melalui voice over yang sangat biasa telah memberikan ruang untuk melihat filem ni sebagai sebuah lagi filem yang tiada apa apa yang baru. Dan ya, dari awal hingga hujung, Dracula Untold tidak ada sesuatu yang baru. 

Filem ini, yang mana Luke Evans menjadi centre of the story digarap dengan terlalu biasa. Plotnya sangat simple dan tidak ditekankan dengan sempurna. Pada aku, filem ni hanyalah seperti sebuah filem yang dibuat untuk menceritakan sisi ‘untold’ itu tetapi tidak mampu sampai ke tahap maksima. Semuanya agak biasa, dan tidak berjaya menarik aku untuk tertarik. 

Walaupun filem ni lebih kepada sebuah filem perang fantasi yang menyajikan kekuatan perang skala ‘300’, ianya masih belum cukup untuk beri aku impak yang betul betul besar terhadap babak perangnya. Dengan perperangan yang sangat sikit, dan tidak betul betul memberi satu visual art yang memuaskan, perperangannya nampak tenggelam dan macam hidup segan mati tak mau. 

Babak Dracula smash askar Turki dengan kelawar tu mungkin antara babak epic dalam filem ni. Tapi, takkan itu saja yang ada. Seharusnya, ada lebih dari itu untuk sebuah filem perang dengan dracula di dalamnya. Sesuatu yang unik, yang belum pernah diceritakan, sesuai dengan ‘untold’ pada tajuknya. 

Lakonan Luke Evans dan Dominic Cooper mungkin boleh dikategorikan sempurna. Namun, dalam watak mereka masing masing, mereka hanyalah terlalu mengikut ceritanya. Pada aku, aku inginkan konfrontasi Mehmed dan Vlad itu ditekankan supaya nampak lebih kuat kekuatan hubungan sejarah mereka. Tetapi, tiada itu! 

Di sisi positif, mungkin Dracula Untold boleh aku janjikan ada benda benda ni. Satu, dracula yang transform ala ala Decepticon dalam TF4 yang ohsem! Dua, babak perang akhir yang mungkin aku boleh kategorikan antara babak yang satu satunya menangkap dalam filem ni. Dan yang ketiga, sisi baru dracula yang pada aku pada setiap penonton akan punya pendapat berbeza. 

Aku tidak rasakan filem ni terlalu membosankan. Tetapi, tidak jugaklah mendebarkan. Ianya terlalu biasa dan walaupun ianya berbaloi untuk ditonton, korang tidak seharusnya mengharapkan filem ni ialah filem masak ranum. Ianya ada cerita yang pada aku boleh dikategorikan sebagai ‘half-baked’ dan tidak mampu untuk memberi thrill yang sebenar. 

2.5/5

Review: The Other Woman

Tahun Terbit | 2014

Pengarah | Nick Cassavetes
Pelakon | Drew Barrymore, Leslie Mann, Kate Upton

Aku tak letak harapan sangatlah bila nak tonton filem ni. Gabungannya pun tak adalah menarik mana. Lagipun, aku agak skeptical dengan genre romantik komedi yang pada aku too simple and too easy for me. Tapi, entah macam mana, aku terlayan The Other Woman yang ada Cameron Diaz dan penampilan minah punggung besar, si Nicki Minaj ni. 

So far, sepanjang aku menonton, aku rasa filem ni tak ada lah best mana sangat. The big thing is, filem ni hanyalah seperti nak tunjuk ‘the power of woman’ dalam society. Its like depicting them boleh buat apa sahaja jika mereka ditipu dan ditindas. Yup, The Other Woman macam sebuah filem yang menunjukkan itu dan ya, si watak lelaki kita, semestinya jahat sejahatnya. 

Namun, aku tak adalah nak rasa nak kutuk filem ni disebabkan itu. Ianya hanyalah sedikit daripada keseluruhan filem. Apa yang aku rasakan selepas menonton filem ni, filem ni punya plot yang sangat murahan tetapi santai, namun punya cerita yang digarap dengan terlalu biasa dengan sulaman komedi yang biasa. 

The Other Woman ni berkisah pasal tiga orang gadis ni nak tumpaskan sorang lelaki yang menipu diorang. Tetapi, apa yang aku nampak dalam filem ni hanyalah sebuah filem pasal friendship dan sebuah filem yang tidak digarap dengan sempurna. Malah, ianya sebuah komedi yang sangat biasa. Mampu untuk ketawa, tetapi tidaklah ada lawak yang superb! 

Filem ni sebenarnya nampak lebih kepada sitcom punya komedi. Mungkin pada awalnya aku macam tak nak ketawa, tapi sampai satu part bila diorang ni nak mainkan si lelaki ni, itu part yang kelakar. Tetapi, aku rasa, kelakar tu just kelakar tipikal. I mean, kelakar yang biasa kita nampak dalam filem filem tv yang selalu ada kat Malaysia ni ha. 

Malah, aku tidak rasakan Cameron Diaz, Leslie Mann dan Kate Upton memberikan persembahan yang terbaik. Tetapi, gabungan mereka mungkin mewakili kekuatan wanita yang nak ditonjolkan dan dari sisi itu, mereka berjaya. 

Sebagai sebuah filem komedi yang terarah nak menyampaikan kekuatan wanita kepada dunia, mesej dalam filem ni mungkin berjaya disampaikan. Cuma, untuk menjadi sebuah filem yang menghiburkan untuk ringan ringan, secara peribadilah, aku rasa The Other Woman gagal untuk membuatkan aku rasa seperti menonton sebuah ‘permata’. Namun, ketawanya mampu ada, cuma ianya tidak pada babak yang luar biasa. 

Sederhana. Sebuah filem yang cuba push lawaknya ke depan, tetapi gagal untuk itu. Dan bercerita tentang cerita kuasa wanitanya, ianya sebuah filem ‘girl power’ yang boleh dianggap berjaya. 

3/5

Friday, October 3, 2014

Review: V/H/S

Tahun Terbit | 2012
Pengarah | Adam Wingard, Glenn McQuaid, Radio Silence, David Bruckner, Joe Swanberg, Ti West 
Pelakon | Calvin Reeder, Adam Wingard, Hannah Fierman

Agak lama jugak aku tak rasa sesak dan cemas menonton filem found footage. Bukan apa, selalunya found footage ni menghidangkan cerita yang lebih kurang sama, dan pastinya ending yang sudah dapat dijangkakan. Tapi, aku layanlah jugak sebab aku suka melihat kreativiti pembikin untuk membikin sebuah filem yang kelihatan ‘real’ dan menyakinkan. 

V/H/S ialah satu filem yang aku agak ketinggalan sedikit. Sedikit sukar untuk mendapatkannya. Namun, bila V/H/S: Viral nak ditayangkan, aku pilih untuk cari juga dan tonton. Antologi sera mini menampilkan siri filem pendek ala ‘found footage’ yang diarahkan oleh beberapa pengarah. Setiap pengarah memberikan kisah mereka sendiri yang unik dan sangat mengejutkan. Apa yang sama, visual mereka nampak seperti video tape. 

Filem ni ada satu frame narrative yang diberi tajuk Tape 56 arahan Adam Wingard yang akan menjadi cerita utama. Dalam kisah Tape 56 ini ada beberapa cerita lain seperti Amateur Night arahan David Bruckner, Second Honeymoon oleh Ti West, Tuesday the 17th oleh Glenn McQuaid, The Sick Thing That Happened to Emily When She Was Younger arahan Joe Swanberg, 10/31/98 by Radio Silence. 

Dan memang filem ni tidak dinafikan menyesakkan, merimaskan, melemaskan, dan mencemaskan. Filem dalam filem ni tidak dapat dijangka dan punya visual dan lakonan yang sangat convincing dan meyakinkan. Malah, cerita ceritanya juga unik dan sangat segar dari ladang. Dan setiap pengarah mempunyai caranya yang tersendiri untuk bercerita. 

Mostly, hampir kesemua filem pendek dalam filem ni punya kisah yang mengerikan. Tentang pembunuh yang misteri, tentang perempuan yang menyeramkan, tentang kisah cinta seram, dan macam macam lagilah. Dengan kerja kamera yang pada aku sangat realistik dan berjaya memberikan suasana V/H/S itu sendiri, filem ni dihidupkan dengan visual efek yang menyakinkan. 

Dalam banyak banyak filem pendek, aku suka The Sick Thing That Happenned to Emily When She Was Younger yang mana menggunakan medium web cam untuk bercerita. Tuesday the 17th pula menarik pada aku sebab misterinya sangat keras dan kuat apabila pembunuhnya dipaparkan tidak mampu dilihat secara jelas melalui kamera. 10/31/98 pula kuat pada misterinya dan endingnya. 

Totally sebuah filem yang wajib tonton bagi penggemar filem found footage. Mungkin ada beberapa filem pendek yang kurang sana sini, tetapi ada beberapa filem pendeknya sangat lain daripada yang lain. V/H/S memang sebuah pengalaman seram yang sangat menarik untuk ditonton. Ianya seperti gulai kawah yang kat dalamnya ada macam macam. Prepare to eat, and taste it! 

4/5

Thursday, October 2, 2014

Review: X Men - Days of Future Past

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Bryan Singer
Pelakon | James McAvoy, Michael Fassbender, Hugh Jackman

A set up to a new level of X Men plot. X Men: Day of Future Past pada aku macam satu kisah yang cuba untuk buat wira wira superpower ini nampak macam menghadapi konflik yang lebih besar dari kisah kisah dulu. Maksud aku, dark sidenya lebih ditonjolkan berbanding filem filem dulu yang lebih kepada kisah yang layak dan mudah difahami oleh kanak kanak yang minat X Men. Pada aku, Day of Future Past akan mengelirukan golongan ini, tetapi menghiburkan peminat tegar X Men. 

Sorylah na, aku tak baca komik dan aku x expect untuk expert dalam memahami all the things about X Men. Tapi, apa yang aku nampak since X Men: First Class, filem X Men dah mula mengambil rentak baru yang lebih energetik, lebih drama, lebih emosi, dan lebih dos pada karakternya yang pelbagai. 

X Men: Days of Future Past pula nampak seperti satu ‘bridge’ untuk connect satu gaung besar antara First Class dan tiga filem X Men yang wujud sebelum itu. Namun, dalam usaha untuk mencantumkan semuanya dalam satu ‘universe’, filem ni nampaknya tidak mampu menandingi kekuatan Marvel untuk membina plot dengan kemas. In the end, Days of Future Past nampak bercerita, tetapi persoalan masih timbul di sana sini. 

Paling terserlah, ialah Xavier yang masih beroda. Mungkin ada explanation yang aku kurang teliti dan fahami, tetapi, jika Xavier telah berpindah ke badan orang lain (berdasarkan kematiannya dalam X Men 3) tentu Xavier boleh berjalan. 

Apapun, X Men: Days of Future Past berjaya memberikan cerita yang ringkas dan memuaskan. Berbekalkan kisah Wolverine yang travel ke masa lalu untuk memperbetulkan keadaan, kisahnya sangat padat dan penuh dengan babak babak yang cantik dan kemas. Setiap babaknya diadun dengan aksi, drama dan juga kekuatan yang tersendiri. 

Kisah ni tak adalah macam reunion sangat pun. Kemunculan Storm, dan beberapa mutant lain nampak seperti satu cameo apabila kisahnya hanya mementingkan kisah Wolverine dan Mystique dalam masa lalu. Justeru, aku rasa bagi yang nak menyaksikan more mutant in action, korang akan rasa sedikit kekecewaan apabila Magneto nampak menyerlah lebih walaupun aku lebih suka Quicksilver itu dibanyakkan babaknya. He’s unik! 

Bryan Singer ternyata memberi lebih kekuatan pada visual dan juga penceritaannya. Walaupun aku rasa ceritanya sangatlah simple, Bryan cuba memberikan sebuah cerita yang nampak complicated dan menyakinkan. Bryan Singer berjaya menghitamkan kisah superhero ini dan menjadikannya lebih dewasa dari filem filem sebelum ini. 

Nampaknya, X Men tidak lagi akan menyaksikan kisah Magneto vs Prof X secara langsung lagi. Ianya bakal menjadi sebuah kisah yang lebih besar apabila sekuelnya X Men: Apocalypse bakal muncul 2016 nanti. X Men: Days of Future Past pada aku antara filem X Men yang well-crafted, emosinya cantik, dan pasti puaskan fan tegar X Men. Plot hole dan persoalan ringan yang timbul, boleh diabaikanlah. Hiburan yang sangat best! 

4/5 

p/s: bagi yang nak penjelasan tentang plotholes filem ni, klik link di bawah 

Wednesday, October 1, 2014

Review: Kochadaiyaan

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Soundharya Rajinikanth Ashwin
Pelakon | Rajinikanth, Deepika Padukone, Jackie Shroff

Kochadaiiyaan ni ialah filem Rajinikanth untuk tahun 2014 yang dikatakan tergendala suatu ketika dulu. Dan apa yang spesialnya pasal filem ni, ia menampilkan superstar ini dalam versi motion capture. Alah, yang digunakan dalam filem Hollywood tu. Obviously, korang akan nampak teknologi ni dalam Avatar. Menonton filem ni mungkin memberikan pengalaman baru. Tapi, sejauh mana filem ni boleh pergi, itu masing punya pandangan peribadi. 

Secara peribadi, Kochadaiiyaan menggambarkan ‘unity’. Based on opening scene, korang akan nampak yang filem ni ada satu team yang ramai, dari nama Chinese, ke omputeh, dan Indian. Gabungan mereka nampak yang Soundarya, anak kepada Rajini ni memang nak buat filem ni untuk jadi satu kebanggaan sempena 100 tahun sinema India bertapak di mata dunia. Malah, gabungan pelakon Bollywood, seperti Jackie Shroff dan Deepika Padukone memberikan gabungan yang kelihatan mantap! 

Namun, di satu sisi, apabila kita melihat kepada teknologi motion capture itu sendiri, filem ni nampak seperti ‘masih baru bertatih’. Tak banyak kekuatan motion capture yang dapat dilihat. Apa yang ada hanyalah visi Soundarya yang nampak gagal divisualkan dengan sempurna. Terlalu banyak movement character yang kurang menjadi, namun aku rasa sebagai sebuah buah tangan pertama, percubaan yang boleh tahan berani! 

Secara peribadi, Rajinikanth punya motion capture menjadi. Tapi sekali sekala ada cacat cela jugak. Deepika Padukone dan Jackie Shroff, obviously kegagalan yang sangat tinggi. Namun, apa yang sangat gagal untuk dipaparkan dengan baik ialah gerak mata dan mulut yang kurang lebih nampak seperti orang juling dan malas nak bercakap. 

Tetapi, aku tak nafikan yang filem ni punya plot yang sangat mantap. Kalaulah filem ni dibikin menggunakan teknologi biasa, dan menggunakan real human filem ni mungkin sesuatu yang superhit. Mungkin peminat Rajinikanth akan menjadikan filem ni sekuat Endhiran dan juga Sivaji. The plot pada aku sangat baik pada kejutannya, malah dialog dan persembahannya juga cantik. 

Lain daripada tu, Kocadaiiyaan juga ada moment yang energetic (jika korang tutup mata pada kegagalan motion capturenya). Filem ni menyajikan visual yang amazing walaupun gerak kerja suntingannya sedikit face pace untuk menutup beberapa kelemahan motion capture. 

Apapun, AR Rahman berjaya memberikan soul dan jiwa kepada filem epic ni. Aku rasakan yang mood filem ni banyak dibantu dengan skor muzik dari pengarah muzik ini. Kalau tidak, ianya hanyalah sebuah filem yang tidak ada jiwa. Agak sukar untuk merasa roh sebuah motion capture yang kurang menjadi jika pengarah ini tidak jumpa jalan untuk tuil semangat filem ni dengan skor yang sesuai. 

Amazing plot and storyline namun disebabkan kegagalan motion capturenya yang kurang menjadi, Kochadaiiyaan akhirnya flop! Peminat mahukan Rajinikanth yang perfect, namun filem ni gagal untuk menyajikan itu. Tapi lah kan, untuk sebuah anjakan sejarah sinema India, Kochadaiiyaan akan diingati kerana percubaan pertamanya yang berani untuk menerima kegagalan. 

4/5 (untuk plot) 
2/5 (untuk motion capture)