Monday, February 24, 2014

Novel: Manikam Kalbu (Faisal Tehrani)

klik untuk lebih besar

Pertamakali merasa buku tulisan Faisal Tehrani ini membuka mata. Penulis ini lantang bertegas dalam apa yang dia mahu tegaskan tetapi pada masa yang sama tidak meninggalkan kehendak hiburan jenaka yang menjadi alat untuk memeriahkan kata katanya. Manikam Kalbu, yang mana ialah Pemenang Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP sangat jenaka, menyindir dan juga penuh dengan keseriusan yang tidak terlihat. 

Faisal Tehrani berkata tentang aurat. Dan dalam buku ini, kisahnya berkisar tentang bagaimana fesyen kita sebagai bangsa Melayu yang dikhabarkan melalui watak wataknya ialah bercelaru. Tersirat melalui cerita kisah hidup Ziryab dan sebuah lagi cerita manira dan Manikam Kalbu yang berbentuk hikayat, Faisal Tehrani mengkritik adab dan cara berpakaian Melayu yang klasik. Menarik. 

klik untuk lebih besar
Menyukai bagaimana selangseli dua cerita dari dua zaman, dengan dua gaya yang berbeza yang dipersembahkan. Kisah manikam kalbu yang diceritakan melalui manira seekor kucing memang sangat comel, jenaka dan juga klasik. Walaupun nampak menghampiri prosa klasik, penulis hanya meminjam gaya dan tidak memudaratkan pembaca untuk menafsir ayat dan kata. Gayanya cun dan cantik. 

Memang buku ni sebuah kritikan dan bahan santai yang sangat memberi info dan hiburan. Faisal Tehrani berjaya membuka mata tentang aurat dan kisah pakaian yang sebati dengan jiwa Melayu. Jiwa Manikam Kalbu ibarat masakan pedas yang tidak terasa kalau dilihat selapis. Dan pada aku, buku ini ialah sebuah komedi sindiran yang sangat menarik apabila dua gaya penulisan digabungkan untuk menjelaskan kecelaruan budaya yang mahu diceritakan. 

4/5

Review: Balistik

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Silver
Pelakon | Rosyam Noor, Adiputra, Rita Rudaini

Aku ingatkan dalam zaman millennia yang dah melangkau lebih 10 tahun ini, akan berlaku perubahan pada adegan letupan filem kita. Tipikal seperti usaha filem Gerak Khas yang dulu dulu sangat laris, filem ni masih lagi tak mampu untuk memberikan kereta yang boleh menampakkan yang kita sedang berada di 2014. Nampak seperti sebuah usaha untuk membina adegan letupan, namun dengan keadaan yang sangat terdesak, maka kereta2 murah sahaja diletupkan. 

Tak mengapalah. Sekurang kurangnya, Balistik mendefinisikan tajuknya dengan cara dan gaya. Kita ada letupan yang agak banyak walaupun kadangkala sengaja diletupkan tanpa jiwa ceritanya. Kita juga disajikan dengan adegan tembak menembak yang aku rasakan sangat stylista dan cinematic. Silver nampaknya tidak meminta Rosyam Nor untuk menembak sesuka hati tetapi menekankan gaya dan juga visual. 

Itu mungkin kehebatan filem ini yang aku rasakan ada untuk dilihat. Silver yang dah lama tak hadir dengan filem mula tarik perhatian sepertimana apa yang dia buat dulu dulu. Teringat zaman Silver popular dengan filem pembunuh misteri yang sangat popular dicetak rompak pada zaman filem VCD. Aku menggemarinya sebab filem filemnya itu selayaknya ada di layar dan bukannya di tv. 

Rosyam Nor mungkin penarik yang baik selepas kemunculannya dalam KL Gangster 2 memberikan perspektif baru dalam gaya lakonannya. Namun, jujurnya aku cakap yang lakonannya tidak begitu semantap Tai Long. Satu, aku rasakan jiwa Saga tidak begitu kena dengan pelakon ini. Saat dibinanya watak ibu Rosyam, aku rasakan pelakon ini mahu tahu yang dia masih muda. Agak janggal apabila pelakon ini berbual dengan ibunya. 

Plotnya juga mungkin aku boleh katakan ok walaupun aku rasakan ceritanya lebih kepada drama daripada beraksi. Salina dan Saga tidak timbul dan sekadar meratakan cerita yang tidak seharusnya kosong. Rita Rudaini dan Rosyam sekadar berbual namun tidak mengisi emosi mereka sebagai sebuah konflik yang harus ada untuk membentuk balistik. 

Walaupun aksi tembak menembak di bangunan lama nampak sangat lesu, Silver nampak membina final confrontation dengan jaya. Walaupun apa yang berlaku sepanjang filem nampak kadangkala lesu dan pucat, adegan akhir dicipta dengan jaya. Namun, dengan keinginan Silver untuk membawa masuk style ala ala adegan Mission Impossible 2 dalam filem ni, maka terjadilah kecantikan visual yang tak kena pada tempatnya. 

Ya, kadangkala Silver mementingkan visual sehinggakan apa yang dilakukan si pelakon yang bercerita hanya dilakukan untuk visual dan bukannya untuk cerita. Dan sebab itulah, aku rasakan ada beberapa perkara bodoh yang telah dilakonkan sebagai memenuhi tuntutan kecantikan visual. Adegan Rosyam Noor tembak cermin kaca tidak ada motif! Adegan Inspektor Nizam berhenti kereta sebab budak kat tengah jalan nampak tak logik sedangkan mak dia dah ada di tepi. Inspektor tu boleh je tunggu kat dalam kereta untuk terus kejar Rosyam! 

Sebagai produk Malaysia daripada pengarah bukan Melayu, Balistik mungkin berjaya memasukkan unsur filem Cina ke dalam produk ini. Maka, dengan kekuatan dan bantuan semangat 1 Malaysialah filem ni berjaya. Sebuah filem yang mahu menjadi berbeza, dan sememangnya aku nampak perbezaan yang diberi. Cuma, dalam cuba membuat kekuatannya tersendiri, Balistik kadangkala celaru antara kehendak visual dan cerita. 

3/5

Review: Jangan Pandang Belakang, Boleh?

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Ismal 'Bob' Hashim
Pelakon | Zalif Sidek, Adiba Yunus, Shima Anuar

Jangan Pandang Belakang, Boleh? ialah sebuah lagi karya yang sangat biasa dalam peringkat MIG yang sedang berani mencuba pelbagai benda baru. Filem ni nampak seperti satu usaha syarikat ni untuk back to the past melihat kembali kepada kegemilangan filem seram pada zaman awal mereka muncul. Dan filem ni, walaupun meminjam nama tajuk filem box office suatu ketika dulu, auranya sangat berbeza. Ada sesuatu yang mengingatkan aku saat menonton filem ni, MIG masih lagi masih mahu bersenang lenang buat duit. 

Buktinya, filem ni tak ada apa. Ianya seperti melihat sebuah kotak kosong yang kita sangkakan berisi. Hanya ada setitis dua gula dan apa saja yang berbaki, ditambah beberapa ekor semut sedang merangkak ke sana sini takut melihat manusia yang memandang. Erti kata lain, filem ni such a waste. Sebuah filem yang tidak meriah, tidak seram, tidak lawak, dan tidak ada apa apa dari hanya sekadar sampah busuk! 

Pemilihan pelakon yang tangkap muat dan tidak sedikit pun memberikan isi, jiwa dan rasa untuk filem komedi seram. Gagal! Zalif Sidek mungkin ada sisi komedi yang menjadi. Begitu juga dengan Epy Kodiang yang terkenal dengan lawaknya yang tidaklah lawak mana dalam filem lain. Dua mamat ini bergabung, dalam filem ni kononnya mahu tunjukkan yang mereka boleh berlakon watak serius. 

Dan in the end, Epy Kodiang menjadi sebuah karakter yang sangat kayu, menjengkelkan dan bullshit. Wataknya tidak ada rasa, nampak berpura pura dan sekadar memehuni tuntutan skrip yang mana ditulis hanya sekadar memenuhi tuntutan membuat duit. Zalif Sidek pula hanya sekadar berada di sebuah trek yang diukir untuknya. Dia ikut segala liku dan tidak menyerlahkan kekuatan dirinya. Adegan rasuk hantu pelakon ini nampak bapuk sangat! 

Apapun, kalau korang tidak menyangkakan keterukan kepada pelakonnya, lihat pada plotnya. Mungkin premis dan jiwanya meminjam komedi filem Jangan Pandang yang dulu dulu tu! Tapi, apa yang korang akan nampak ialah sebuah siri menakut nakutkan penonton yang dihiaskan komedi yang hanya kanak kanak mampu ketawa. Berjenaka dengan hantu mungkin boleh jadi hebat kalau kena cara. Tapi, filem ni menjengkelkanlah jenaka tu! 

Lain dari tu, plotnya juga seperti sebuah kotak yang berisi kad kad yang disusun. Ceritanya nampak tidak terurus dengan baik. Ada adegan yang nampak sengaja dibina tanpa ada unsur sebab musabab yang sah dan hanya memenuhi tuntutan ruang masa filem. Adegan adegan sebegini membentuk ruang bosan dan menjadikan sebuah cerita yang pendek dan ringkas dipanjang panjangkan tanpa ada arah dan tujuan yang wajar. 

Mungkin dalam siri Jangan Pandang Belakang, filem ni adalah filem yang paling teruk dan busuk aku pernah tonton. Lakonan dari pelakon yang menunjukkan tebalnya plastik di muka, ditambah pula dengan plot yang sengaja memenuhi tuntutan masa filem menyebabkan Jangan Pandang Belakang, Boleh? adalah sebuah filem ‘boleh, blah!’. Disarankan untuk penonton yang mahu membuang masa sambil menunggu masa tidur. 

2/5

Review: Mukasurat Cinta

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Pierre Andre
Pelakon | Mikael Andre, Atikah Suhaimi, Nina Iskandar

Bila kita expect yang naskah tu ialah dari Pierre Andre, aku pasti romantik ialah sesuatu yang dia sangat master.Dan semenjak dua menjak ni, bila Highland Tower berbuah masak ranum sedap dimakan, dia juga cuba memahami kehendak dakwah dengan Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang. Kini, dia kembali balik ke treknya semula. Bercerita dalam gaya baru, dan lebih segar Mukasurat Cinta mungkin aku boleh ibaratkan cantik luar, buruk dalam. 

Maksudnya begini, aku nampak filem ni cantik. Pada aku visualnya mungkin menyegarkan walaupun aku rasa macam konsistensi visualnya macam berterabur. Sekejap mahu jadi indie dan sekejap mahu jadi drama. Tapi tak apalah, aku mungkin tak pandai bab bab ni, tapi bila aku tonton, semangat visualnya sekejap naik sekejap turun. Macam main tarik tali. Dan mungkin untuk percubaan sebegini, rujukan yang paling aku suka ialah Cerita Kita. 

Dalam kecantikan visual yang aku masih rasa terumbang ambing, aku juga mengharapkan ceritanya sebagus visualnya. Aku nampak permulaan yang agak indie seperti mana yang dikehendaki, namun ianya agak kaku, keras dan terlalu suram. Sehinggakan kelesuan bermula seawall minit pertama tanpa ada sesuatu yang menggerakkan manusia untuk buka mata luas luas lagi. 

Benar, apa yang akan korang jumpa selepas itu hanyalah situasi yang mempunyai dramanya yang sangat memerlukan kekuatan otot mata dan juga telinga untuk menonton. Pierre memfokuskan kisah pencarian Putra yang mencari penulis kata kata di novel itu sehinggakan ke dalam. Malangnya, misi itu dilihat seperti sebuah idea cerita yang sia sia dan tidak bersemangat. Dan disitulah kelemahan paling ketara. 

Semangat Putra, lakonan Pierre Andre lebih teruk dari misi mencari ustaz dalam Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang. Putra nampak lesu, kacau dan serabut dalam mencari sesuatu yang kecil itu sekaligus mengacau serabutkan aku jugak sebagai penonton. Aku sendiri kurang pasti adakah pasti Putra harus buat misi itu dan kemudiannya tertemu ‘hidayah’ sebenar dalam perjalanan yang sangat tidak ada hala tuju dan hanya berpaksikan kebetulan semata tu. 

Namun, aku akui Mikael Andre mungkin antara fokus yang paling menyerlah. Walaupun ceritanya tidaklah hebat mana, aku rasakan lakonan mamat ni antara yang tertonjol. Antara watak yang tepat dan jiwa yang sebenar bagi dirinya. Itu aku pasti. 

Tapi, kalau korang nak tonton, aku rasakan jiwa yang betul betul penuh dengan cinta dan jiwang boleh tonton. Filem ni penuh dengan pemikiran tentang hidup, cinta dan semangat yang sangatlah tidak dapat difahami dengan jelas walaupun ceritanya nampak mudah. Pierre mungkin berjaya dalam filem filemnya yang dulu. Namun, Mukasurat Cinta adalah serpihan buruk pengarah ini yang menunjukkan kelemahannya dalam bercerita tentang cinta. 

Macam aku kata tadi, filem ni cantik luar, lesu dalam, dan tidak menjanjikan apa apa yang betul besar. Er.. beginilah aku gambarkan feeling filem ni. Korang pernah tengok filem pendek dalam filem Mr Bean Holiday yang diarah, dilakon, ditulis oleh karakter Willem Dafoe tu? Hah, itulah perasaan korang menonton filem ni. Kalau korang fahamlah. 

2/5

Friday, February 14, 2014

Review: Thor - The Dark World

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Alan Taylor
Pelakon | Chris Hemsworth, Natalie Portman, Tom Hiddleston (klik untuk senarai penuh pelakon)

Thor: The Dark World ini memang berbeza dari filem pertama yang lebih nampak macam terlalu simple dan tidak ada gahnya yang tersendiri. Apa yang filem ni bagi sebenarnya adalah the true beginning untuk karakter ini. Thor nampak gah dicampur pula dengan plot The Avengers yang bertingkah menjadikan filem Marvel yang berlaku selepas event Avengers ini antara filem yang punya fasa kelakar yang agak baik. 

Ya, Thor: The Dark World diberi nafas yang agak segar dan lebih sinikal. Aku sepanjang menonton kadangkala rasa seperti sedang tonton Scary Movie versi Marvel. Permainan lawaknya kadangkala melebih lebih sehingga kelakar itu nampak naik melebihi apa yang mahu diceritakan. Namun, walaupun kelakar itu sepatutnya berada di sisi ceritanya, penonjolan sisi ini mungkin menjadikan filem ni antara yang thor-baek! 

Dari segi plotnya, aku rasakan filem ni tak ada apa yang best. Aku bukannya fan Marvel, dan sekadar menonton hanyalah kerana memenuhi tuntutan untuk melihat Marvel universe berkembang. Plotnya itu pada aaku tidak menjanjikan apa apa yang baru. Namun, apa yang mungkin menarik mungkin melihat bagaimana Loki dan Thor bergabung, walaupun aku rasakan ianya terlalu sedikit dan tidak dikuatkan dengan lebih lagi. 

Aku tahu yang kematian Loki itu satu twist yang sangat baik dan sempurna. Namun, apabila kegagalan untuk aku rasa twist itu muncul sebab hubungan abang adik yang sangat terlalu kurang jelas dan tidak nampak, ianya hanyalah berada di situ sebagai cerita. 

Apapun, apa yang baik dan patut disaksikan ialah bagaimana filem kali ini menampilkan Asgard yang lebih luas dan menarik. Ditambah pula dengan music Brian Tyler yang banyak membantu memberikan gahnya yang tersendiri, Thor: The Dark World ada visual yang meyakinkan bersama muziknya yang membantu. 

Dari segi lakonan pulak, aku masih rasakan filem ni punya permainan yang sangat sederhana. Yes, aku percaya Loki masih menjadi watak yang sangat dikagumi. Malah, watak watak yang lain juga mungkin sedang membangun dengan cara mereka tersendiri. Malangnya, mungkin secara peribadi, aku rasakan aku masih belum nampak the real Chris Hemsworth yang mana aku lebih jelas kekuatannya dalam filem Rush! 

Malah, battle akhir agak kurang menyegat. Betul betul kelihatan seperti melihat sebuah scene yang dibina untuk memenuhi kehendak cerita. Dan disebabkan itu jugalah, plotnya hilang sengat sekali sekala. Nasib baik juga komedi yang dibina, walaupun agak melebih kadangkala, membantu filem ni untuk kekal dalam treknya tersendiri. 

Totally, sederhana. Aku suka filem ni sebab satu, komedinya. Pada plotnya, aku masih rasa elemn novella yang kurang menyenangkan aku sebab keinginan aku untuk lihat something yang lebih dari itu. Aku akui Thor: The Dark World lebih baik dari filem yang pertama. Namun, untuk menjadi filem yang lebih sempurna dalam ceritanya, filem ni masih tidak sampai ke tahap itu, secara peribadilah. 

3/5

Novel: Ranah 3 Warna (A Fuadi)

klik untuk cover lebih besar

Kalau buku pertama, Negeri Lima Menara cerita pasal pelajar pondok, buku kedua ini pula cerita pasal pelajar universiti dan patriotism. Sungguh, penulis ini sedalam dalamnya tanam semangat ‘saya sayang Indonesia’ dalam setiap kalam tulisannya. Kisah Randai dan Alif nampaknya hanya menjadi pendasar utama yang agak kurang penting daripada cerita sebenar. 

Maka, Negeri Lima Menara ini boleh aku ibaratkan macam sebuah buku semangat jiwa. Kisahnya tentang anak Indonesia di luar negara dalam sebuah kehidupan yang jauh berbeza membuktikan yang semangat cintakan negara itu penting disemai. Walaupun ianya cerita Indonesia, aku percaya patriotism itu satu perkara universal yang boleh dinilai setiap pembaca. 

klik untuk cover lebih besar
Plotnya mungkin agak lebih berat dari yang pertama. Mengikuti perjalanan Alif di bumi Kanada itu sungguh seperti melihat diari sebenar penulis. Setiap inci cerita diberikan fakta dan menjauhkan elemen emosi yang membenarkan cinta, kisah remaja tipikal dan juga apa saja kebohongan untuk keseronokan berlaku. 

Bukan sebuah novel santai, Negeri Lima Menara sebuah novel tentang semangat. Justeru, kalau tak ada semangat nak membaca tentang cerita patriotism, jauhkan dari buku ini. Namun, jika korang membaca, korang pasti akan rasa yang dimana negara kita dilahirkan, baik buruk apa yang kita lalui, jauh mana kita merantau, tetap negara kita yang dipuja. 

4/5

Saturday, February 1, 2014

Review: RoboCop

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Jose Padilha
Pelakon | Joel Kinnaman, Gary Oldman, Samuel L Jackson (klik untuk senarai penuh pelakon)

Aku tak rasa Robocop versi remake ini benar benar mahu hiburkan penonton dengan semua perubahan yang dilakukan. Jelas dari mata aku, sesaat bendera Amerika berkibar besar di skrin layar sambil si Samuel L Jackson dengan semangatnya berkata ‘Amerika ialah negara terbaik di dunia’, aku rasakan yang sebenarnya semua ini ialah satu propaganda Amerika yang sungguh jelas dan terang. Malah, sejak melihat situasi robo-phobic itu sendiri, ada sesuatu tersembunyi. 

Kononnya, Amerika sangat robo-phobic sebab tidak mahu negara mereka diperintah robot. Tapi, dipaparkan yang Amerika mengeluarkan robot untuk mengawal negara selain negara mereka sendiri. Sebuah paparan bagaimana Amerika memerintah negara lain secara halus dengan menjaja keselamatan tahap hi tec yang mereka sikitpun tak guna untuk memerintah negara mereka sendiri. 

Berbalik kepada Robocop versi 2014, persoalan paling penting, adakah filem ni lebih baik, ataupun filem ni lebih teruk. Pada aku, Robocop 2014 adalah sebuah filem yang sebenarnya mahu membina sebuah elemen baru menggunakan elemen lama. Robocop versi kali ini diubah menjadi wajah baru seolah olah mahu menunjukkan yang new facelift untuk watak ini mungkin menjadikan ianya lebih cool! 

Ya, pada aku, itu satu satunya elemen yang sentuhannya sangat menjadi. Walaupun aku rasa Jose Padilha masih mahu menyanjung Robocop yang lama, watak Robocop yang menerima sentuhan baru mungkin lebih elegan dan bergaya. Itu aku suka! 

Namun, dalam memberikan sebuah cerita, aku rasakan Robocop gagal memberikan satu elemen yang aku rasakan sangat penting untuk sebuah file mini. Tidak pada aksi sebab aku rasakan ianya wajar sebegitu. Tidak pula pada visual sebab aku rasakan ianya dah cukup ok. Tapi, satu satu yang aku rasakan agak jatuh ialah elemen emosi. Come on, untuk sebuah kisah keluarga, dan rebel of human robot, sepatutnya emosi patut ditekankan dengan baik! 

Tapi, apa yang aku nampak, filem ni memang kekurangan emosi dari awal hingga akhir. Aku sedar yang filem ni sebenarnya lebih kepada drama dan konflik Alex Murphy dan keluarganya. Namun, dari awal hingga akhir, konflik kekeluargaan itu ialah elemen paling gagal untuk dibentuk. Aku sepatutnya rasa simpati, rasa geram, sedih dan perasaan sewajarnya untuk seorang ibu dan anak yang terpaksa terima perubahan kepada seorang suami dan ayah. Tapi, semuanya tiada! 

Plotnya juga nampak terlalu mahu dipadatkan untuk menjadikan filem ni sebuah sejarah Robocop yang baru. Aku patutnya melihat benda penting dalam hubungan Alex Murphy dan rakannya. Aku juga harus lihat apa sebenarnya motif besar Omnicorp yang jelas dan nyata. Namun, semuanya, dari awal hingga akhir, semuanya nampak samar samar. Malah, cerita revenge Alex Murphy terhadap siapa yang letupkan keretanya juga samar samar! 

Totally sebuah filem yang bercampur gaul dengan cerita yang sangat kucar kacir. Mungkin visual dan rekaan kostum Robocop yang baru sangat menjadi. Tapi, dengan cerita yang kurang jelas, agak terumbang ambing dan tidak berani untuk pergi jauh dari sebuah konflik keluarga, Robocop versi 2014 adalah satu kegagalan yang jelas. Dengan propaganda yang terang terangan dipaparkan, filem ni tak ada yang bagus dari sekadar memaparkan Amerika adalah negara terbaik dunia!

2.5/5

Review: Paku

Tahun | 2013
Pengarah | P Ramesh
Pelakon | Aishah Ilias, Johan Asari

Apalagi yang Paku mahu tonjolkan selain sebuah imaginasi gabungan tiga nama yang datangnya dari sejarahnya yang berbeza? Kita ada sutradara India yang sebenarnya memberikan sentuhan yang menjauhkan dari sebuah tipikal Malay-wood. Kita ada penulis skrip yang datangnya dari seberang yang mungkin mampu segarkan jiwa tipikal Malay-wood. Kita juga ada pelakon pelakon yang diyakini mampu menghujahkan apa yang paku mahu sampaikan. Tapi, soalnya di sini, adakah gabungan ini menjadi? 

Jawapan aku, Paku masih terperangkap dalam sebuah penjara filem Malaysia. Usaha untuk membawakan kisah pontianak ini tidak ada arah tuju, tidak mengeluarkan apa yang harus dikeluarkan dan tidak menerima tempias pembikinan yang disertai gabungan gabungan negara berlainan itu. Yakin pada awalnya yang Paku lebih baik dari Paku Pontianak. Namun, in the end, aku terpaksa akur yang Paku sudah tersungkur lebih awal dari jangkaan sebenar. 

Kita disajikan dengan watak Fahmi yang sangat menyumpah seranahkan kematian dan tuhan. Dan dari cerita itulah terbentuk sebuah cerita yang mahu diceritakan. Johan Ashaari pula mungkin boleh aku katakana meyakinkan dalam masa pertama filem. Namun, semakin filem bergerak ke penghujung, pelakon ini nampaknya masih belum dapat naik dan terus naik untuk bawa Fahmi ke dalam sebuah konflik cinta pontianak yang aku harapkan. 

Malah, bukan sahaja Johan Ashaari yang menjadi masalah utama. Cerita itu sendiri sebenarnya sudah lari dari trek sebenar apabila ceritanya mula memasukkan tipikal babak Melayu yang akhirnya menjadikan kisah cinta Fahmi dan isterinya hilang arah. Aku sendiri tak tahu apa sebenarnya idea eternal love yang mahu ditonjolkan apabila semangat filem ni sudah mula hilang sejak Khalil masuk membawa ceritanya yang tersendiri. 

Apa yang aku nak katakan, walaupun ideanya dikatakan datang dari seberang, tak ada apa apa yang istimewa pasal Paku. Mungkin apa yang lebih berani paparannya hanyalah adegan seks yang sederhana erotik serta adegan mantera yang mungkin aku simpulkan sebagai non-gedik dan non-meluat! 

Selebihnya, aku rasakan Paku ada visual yang meyakinkan. Malah, adegan Rima di Highland Tower itu sendiri antara visual meyakinkan dan thorbaik walaupun penceritaan adegan itu nampak sambil lewa. Selain itu, Azad Jasmin mungkin antara fokus yang harus dilihat kerana lakonannya sangat memberikan suasana yang agak jauh dari lakonan kebiasaannya. Psstt.. aku suka part dia bisik ‘fuck!’ dalam bilik bos tu! 

Tambah tolak campur darab bahagi, Paku gagal. Lebih terarah kepada sebuah kisah yang tak ada arah tuju. Cerita yang pendek sengaja dipanjangkan dengan babak yang agak biasa dan tidak ditangani dengan berkesan. Tidak berjaya meyakinkan kekuatan ceritanya tetapi Paku membuatkan aku rasa kagum pada visualnya. Namun, macam biasa aku kata, dua dua elemen harus sama aras dan sama waras, kalau satu gila, takkan jadi sempurna! 

3/5

Review: Rumah Sewa RM50

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | M Jamil
Pelakon | M Jamil, Amirulshah Rozali, Raji Simran, Mayumi Kasuga

Someone tolonglah stop M Jamil dari perasan yang dia adalah pembikin yang reti membikin. Dari Momok sampailah bahan lawak terbarunya, Rumah Sewa RM50, tak ada satu pun yang menyatakan dia ini memiliki darah seni yang mengalir dalam diri. Tak kiralah dari segi lakonan, pengarahan dan juga aspek seni, M Jamil tidak punya jiwa seni yang betul2 buat orang kagum dengan karyanya. Bila dia buat filem, ianya equal to someone stupid buat filem. 

Rumah Sewa RM50 menjadi satu arasa baru filem M Jamil. Sekurang kurangnya, itu aku mampu lihat. Bagaimana M Jamil mahu adapt guna pakai CGI dan juga elemen visual yang mengikut trend mampu dilihat sebagai satu aras baru dalam pengarah bodoh ini. Namun, M Jamil tak pernah sedar yang setiap elemen CGi dan juga visual harus didatangkan dengan sebuah cerita yang mampu seiringan dengan kepuasan visual. 

Aku tahu, visualnya tak seberapa. Macam drama tv yang dibuang dalam tong sampah je. Tapi, kalau nak dibandingkan dengan filem Momok dan seangkatan, Rumah Sewa RM50 ada peningkatan. 

Tololnya cerita ini, maaf aku cakap, ialah kerana filem ni tak bermula dan tak pernah berakhir. Ceritanya bermula dengan seribu satu tanda tanya yang tak pernah dirungkai dalam setiap babak yang mahu bercerita. Sekumpulan lima orang minah mamat yang menyewa rumah dengan harga RM50 itu aku nampak. Tapi, kenapa, di mana, apa mereka buat, dan apa sebenarnya motif cerita, sungguh aku tak nampak. 

Aku buta kah? Eh tak kot. Aku rasa M Jamil itu yang buta sebab dia rasakan premis rumah sewa yang memang menjadi urban legend itu mampu diadaptasi dengan mudah dan kosong. Come on, kau dah ada sebuah premis yang orang boleh kaitkan dengan dunia sebenar. Dan, kau boleh sewa alatan rakaman dan bermain main dalam rakaman, dan in the end, kau berikan sampah busuk kepada orang yang bayar untuk tengok wayang? What the f! 

M Jamil gagal memasukkan jiwa urban legend itu, even ya, ianya sebuah fiksyen rekaan. Sepatutnya, jika M Jamil dan panel skrip hantu dibenarkan untuk mereka apa saja mereka mahu, sepatutnya, karakter dan karakteristiknya harus ditekan. Remember hantu membunuh manusia kerana manusia itu, I mean the character, buat jahat? Revenge hantu ibarat pembalasan atas apa dosa yang karakter tu buat? 

Apa motif mereka dikacau hantu? Come on, a film need a premis, dan shit yang kau bagi, pada aku, itu bukan premis. 

Malah, filem ni tak pernah bercerita. Apa yang aku lihat hanyalah filem yang sedang meracau sendirian dengan lagu lat ta li lat yang sangat busuk. Gamelannya bagus, namun pemilihan sebuah nursery rhyme untuk menyeramkan suasana itu sangat gagal. Argh, kenapa aku rasa macam nak cakap f word berlambak kat sini! Sabar… 

Overall, Rumah Sewa RM50 ialah sebuah cerita yang tidak pernah bergerak. Menonton dari minit ke minit macam satu 'time freeze' xperience. Cerita yang tak bermula, bermula, dan sampai habis pun sedang bermula lagi... tak pernah naik dan tak pernah turun. Inilah hantu sebenar dalam dunia filem Malaysia. Filem yg khas untuk orang yang rajin untuk membazirkan masa dari orang filem yang rajin membazir masa untuk memfilemkan sesuatu yang membazir. 

1/5

Review: Escape Plan

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Mikael Hasftrom
Pelakon | Arnold Schwarzennegger, Sylvester Stallone, JIm Caviezel (klik untuk senarai penuh pelakon)

Aku tak rasa lejen lejen masih mampu untuk hasilkan filem yang betul betul lejen. Lejen bakal diingati melalui apa yang mereka lakukan. Macam dua mamat aksi yang sangat dikenali ini, mereka bergabung untuk membentuk lejen yang baru. I mean, sesuatu yang mampu membawa mereka kepada apa yang mereka lakukan untuk peminat suatu ketika dulu. Harapan mereka, apa yang mereka buat boleh puaskan peminat yang dahagakan lakonan mereka. 

Ok, Arnold Schwarzenegger yang sangat aku akui kemampuannya suatu ketika dahulu. My favourite jugak. Kehadiran The Last Stand sebenarnya mengunci kata kata yang si mamat badan sasa ini sebenarnya sudah sampai masa untuk bersara. Lakonannya tak sehebat mana untuk permulaan fasa baru lakonannya. Namun, bila bergabung meletop dengan Stallone, aku rasa ada masa baki lagi untuk dia teruskan lakonannya. 

Ya, dia masih boleh puaskan hati penonton. Tak secergas dulu, namun kemampuan lakonannya masih ada. Dan oleh itu, gabungannya dengan Stallone mungkin antara masa yang terbaik untuk memulakan segalanya. 

Escape Plan pada aku meminjam aksi aksi biasa. Sebagai penonton filem aksi, aku rasakan filem ni tak lebih tak kurang dari sekadar filem aksi tipikal Stallone. Melihat saja pada premis cerita, filem ni sebenarnya nampak dibina untuk beraksi. Plotnya tidaklah segah mana. Nampak kreatif tapi sebenarnya ianya hanyalah fiksyen yang dibina untuk membentuk aksi. Aksi kan kekuatan dua pelakon ini. Jadi, ketepikan logika. 

Disebabkan filem ni memang dibina untuk membenarkan penonton melihat Stallone dan Arnold beraksi, jadi aku terima ceritanya. Cuma, apa yang kurang dalam filem arahan Mikael Hafstrom ialah thrill. Ya, even kau lihat bijaknya watak Breslin dan Rottmayer beraksi dalam usaha nak keluar dari penjara, kau jarang dapat thrill untuk melihat mereka terus melepaskan diri. 

Mungkin itu yang menyebabkan filem ni sedikit kurang walaupun aksinya dan semua sisi aksi maksi filem sudah diberikan habis baik. Pada aku, thrill yang kurang terus menjadikan filem ni sedikit predictable dan juga hilang semangat. Namun, menonton Escape Plan bukanlah sebuah pengalaman yang teruk. Dah nama pun Escape Plan, maka apa yang korang nampak adalah sesuai dengan perkataan ‘escape’ yang tertera di tajuk. 

Aku akui filem ni punya kerja kamera yang agak sederhana. Aku kurang yakin dengan kerja kamera yang tidak banyak menampilkan mood. Dan paling sadis, karakter lakonan Jim Caviezel itu sendiri tidak dibikin untuk membentuk ‘jahat’ yang sebenar. Aku tak rasa apa apa saat Hobbes mati. Dan aku rasa itu ialah kegagalan yang sangat besar. Dia watak jahat! Patutnya dia beraksi sebelum dia mati! 

Overall, Escape Plan mungkin sekadar filem yang biasa. Simple pada plot yang memburu semangat ‘popcorn movie’. Cuma, kehilangan thrill disebabkan filem yang sangat straightforward menjadikan filem ni hanyalah tipikal Stallone movie. Lakonan mungkin bukan perkara penting untuk dilihat. Story pun macam tu jugak. Sekadar untuk melihat lejen beraksi, filem ni memuaskan. Nak lebih dari tipikal Stallone movie, jangan berharap. 

3.5/5