Akan Datang!

Friday, December 26, 2014

Review: Terbaik Dari Langit

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Nik Amir Mustapha
Pelakon | Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi, Megat Shahrizal, Nadiya Nisa

Penutup tahun 2014 ini, filem Terbaik Dari Langit menjadi hidangan. Filem yang dah menjelajah ke luar negara ini ada aura yang bakal mengulang apa yang Bunohan telah beri tempoh hari. Walaupun filem ni dilihat agak ringan dan tidaklah membawakan sesuatu yang ganas dan brutal, aku percaya Terbaik Dari Langit ada sesuatu yang memuaskan sekaligus mengembalikan maruah filem Melayu yang sudah lama tercalar! 

Fuh, menonton Terbaik Dari Langit ialah seperti menonton filem yang terbaik dari pengarah Kil ini. Nik Amir Mustapha yang kali ini cuba untuk bermain dengan sci fi yang pada aku agak lama tak dihidangkan sejak dari Senario XXX (bukan filem porno Senario) cuba untuk memberi ruang untuk kita merasa si fi itu dengan lebih nyata dan realistik. 

Hangpa semua jangan jadi Redza Minhat yang dok tanya ‘mana alien padahal ini filem pasal UFO’. Filem ni mau hangpa semua pikiaq lebih jauh dari sebuah fiksyen. Bak kata sorang karakter, ‘kita kena jadi realistik’. Tapi, sorang lagi pulak kata ‘realistik tu penakut, dan berani untuk berangan itu tanda berani untuk step forward’. Makna kata ginilah, filem ni nak cakap yang kisah UFO tu penting, tapi persahabatan itu lebih dari kisah filming UFO. 

Jadi, senang cakap, forget the UFO, think about friendship yang ada dalam filem ni dan kau akan dapat lebih dari UFO dan sebuah hiburan. 

Filem ni mengetengahkan tema persahabatan yang aku kira ringkas sangat. Lima sahabat lama yang dah kejar cita cita masing masing set on a trip untuk filemkan satu filem eksperimental. So, dalam perjalanan, kisah mereka serta konflik persahabatan itu menjadi tanda utama dalam filem ni. Dan walla, sebuah filem yang penuh motivasi dan juga segar, sebab elemen si fi diselit sangat membungakan Terbaik Dari Langit. 

Aku tabik spring toing toing pada pengarah ini yang mampu memberikan mood yang baik pada setiap babak. Babak babak yang diambil, boleh aku kira sebagai sangat internasional dan juga beyond expectation untuk sebuah filem Malaysia. Memang aku boleh cakap yang filem ni punya gaya memang layak untuk dibawa jelajah ke seluruh pelusuk dunia sebab ianya memang sangat sangat tidak ‘bodoh’. 

Filem ni juga menampilkan cameo pelakon yang pada aku memang agak kelas jugaklah. Paling tak boleh blah ialah kehadiran Mamat Khalid yang memang sangat sangat membawakan ideology penonton filem lama ataupun minda sempit. Lihat saja pada ‘khurafat’ yang digunakan untuk menggambarkan cita cita Berg. Jentik sikit, tapi memang bergema segua. 

Dialog filem ni memang cun. Ianya penuh dengan motivasional phrase yang memang boleh menjadi quote cantik selepas korang tonton dan keluar panggung. Dengan bahasa yang santai dan juga simple, filem ni memang ada rasa. Kadangkala makan dalam untuk sesetengah orang, dan kadangkala pulak, terangguk sekali sekala mengiyakan hujah yang filem ni beri. 

Terbaik dari Langit menggunakan spesel efek yang agak ringan a.k.a sebagai penghias visual. Babak khayal si Berg antara yang ohsem. Namun, di sebalik itu, aku rasakan babak planet banyak di atas udara tu kadangkala ditata dengan kurang kemas sekali sekala. Namun, aku rasa imaginasi filem ni memang menjangkau melebihi ekspektasi pembikin filem biasa. Dan aku kagum dengan visual efeknya! 

Aku cuma harapkan filem ni lebih detailkan tempat tempat yang mereka telah lawati dan bukan hanya tunjuk hutan belantara, masuk dusun durian suka suka hati nak kencing, dan tetiba end up kat tepi gunung kat jalan sempit entah atas apa sebab pun tak tahu. Itu je yang aku rasa agak kurang sikitlah. Al maklumlah, dah nama pun roadtrip, aku rasa lebih cantik kalau trip tu lebih detail dan bukannya masuk hutan, tepi laut, tepi sawah sesuka hati. 

So far, Terbaik Dari Langit boleh dikira sebuah filem yang segar. Mungkin aku boleh katakan yang filem ni memang berjaya memberikan unsur si fi yang baik kerana temanya dan elemen fiksyen itu melekat cantik. Pada aku, memang korang harus tonton filem ni sebab ianya dekat di hati kerana persahabatan sejati itu memang lebih baik dari semua benda lain di dunia. Terbaik Dari Langit memang terbaik dari ladang!
4.5/5

3 comments:

Roll Nam said...

Terbaik

chekgu Bani Hassim said...

ni mmg satu review yg kritis....
nampak macam filem yang menarik!

Unknown said...

Review yg sgt bagus! Anda telah berjaya menarik minat saya utk terus ke panggung melihat sendiri kehebatan filem ini..terima kasih!

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...