Akan Datang!

Saturday, December 6, 2014

Review: The Pyramid

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Gergory Levasseur
Pelakon | Ashley Hinshaw, Denis O'Hare, James Buckley,  Daniel Amerman 

Aku pilih untuk tonton filem ni sebab terkagum pulak dengan promosi yang mana katakan filem ni ialah dari orang di sebalik The Hills Have Eyes. Sebenarnya, agak jarang untuk aku tonton filem horror kat panggung sebab aku ni memanglah kurang gemar bila sound kejut kejut ni dalam panggung. Namun, sebab aku rasa nak feeling baru, maka aku beranikan diri untuk tonton filem horror berdarah ini buat pertama kali. 

Jujurnya, selepas kekeciwaan aku menonton As Above So Below yang mengisahkan pasal catacomb tu, aku kurang expect lebih sangat untuk filem The Pyramid. Bila nama pun dah menggambarkan yang kisah itu berdasarkan pyramid, apa yang dijangka hanyalah satu pengalaman roller coaster seram yang biasa, seperti mana menonton filem filem lost tape yang sedia ada.

Menonton Pyramid ni ibarat improvement 'As Above So Below', campur 'The Mummy' versi seram, campur pulak dengan excitement ala ala Indiana Jones dan sikit cebisan ganas 'The Hills Have Eyes, even taklah banyak pun.

Selesai menonton, aku simpulkan yang The Pyramid memang satu persembahan Gregory Levasseur yang mana kalau dibandingkan dengan As Above So Below, memang lebih berjaya dalam penceritaannya. Pada aku, even filem ni tidaklah terlalu luar biasa, filem ni berjaya buatkan aku tak senang duduk dan rasa ngeri dan terperangkap dalam kegelapan pyramid yang dipaparkan. 

Filem ini mencampur adukkan found-footage dan juga visual filem. Justeru, apa yang dilihat dalam filem ni lebih dari sekadar found footage semata mata. Ruang yang tidak dapat dicapai keseramannya melalui visual kamera amatur dibesarkan melalui kamera filem. Secara peribadi, pengarah ini bijak untuk menggunakan visualnya untuk menampilkan ngeri dan rasa sesak nafasnya yang tersendiri. 

Kalau nak dilihat pada plot, memang aku tak nafikan yang filem ni bermula dengan satu benda yang sudah merosakkan keseluruhan filem. Permulaan filem menyatakan yang kisah ni ialah sebuah kisah yang berlaku sepanjang dokumentasi nampak tidak menjadi dan tidak blend well dengan keseluruhan filem. Aku rasa, tanpa tulisan pada awal filem, filem ni dah mampu untuk menjadi filem yang baik. 

Malah, bila saat ‘red herring’nya bermula, filem ni sebenarnya seperti sudah beralih arah, menjadi satu yang lain. Dua bahagian, sebelum kejutan besar di makam dan selepas nampak seperti sangat tidak bercantum dengan baik. Di saat penonton berharap filem berakhir pada kejutan di makam, saat dua watak kita sudah mula cari jalan keluar, filem nampaknya di’drag’ terlampau panjang sehinggakan roh ‘the pyramid hilang’. 

Aku tak nafikan filem ni memang tidak ada yang baru. Kalau korang suka tonton found footage, korang sudah boleh jangka apa yang akan korang saksikan. Kamera yang serabut, pencahayaan yang merimaskan, dan lakonan yang sangatlah menimbulkan debar. Khusus buat penggemar filem found footage, aku rasa filem ni boleh dikatakan yang terbaik untuk 2014. 

Sebuah filem found footage yang biasa, tetapi tetap menimbulkan debar. Walaupun filem ni dragging di saat kau sangka filem ni seharusnya tamat, aku rasa menyaksikan karya pengarah The Hill Have Eyes ini memang akan memberikan debarnya yang tersendiri. Ideanya sangat superb dan aku puji bagaimana filem ni cuba untuk tarik rakyat Mesir untuk ber’khayal’ dengan filem ni. Mesir berjaya dikhayalkan. Sekian. 

3.5/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...