Thursday, December 18, 2014

Review: The Hobbit - The Battle of Five Armies

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Peter Jackson
Pelakon | Martin Freeman, ian McKellen, Richard Armitage, Evageline Lily

Waw, akhirnya trilogy kedua middle earth berakhir. Selepas kekuatan LOTR yang akhirnya membawa kepada penterjemahan novel The Hobbit, filem ini sekali lagi memberi ruang untuk Peter Jackson untuk membawa penonton untuk kembali ke middle earth tanpa mengurangkan apa yang sudah ditonjolkan dalam filem LOTR. Aku belum sempat baca LOTR, tetapi sudah membaca buku The Hobbit yang kecil tetapi berbisa. 

Membahagikan filem ni kepada tiga memang satu cabaran. Bagaimana membelah tiga bahagian untuk sebuah buku memang cukup hebat dari segi promonya, dan juga kaut untung. Namun, membelah The Hobbit kepada tiga bukan hanya untuk itu, ianya memberi peluang untuk penonton berada lebih lama di middle earth. 

The Battle of Five Armies, penamat kepada dua filem sebelum ni nampaknya bakal mengakhiri kisah middle earth. Pastinya, lepas ni, penonton akan rewind tonton semula trilogy LOTR kerana berakhirnya filem ni bermakna bermulanya LOTR. Aku mungkin akan berbuat begitu, sebab aku bermula sebagai bukan fans LOTR. 

Plot cerita filem terakhir ini bermula dengan apa yang ditinggalkan di plot terdahulu. Kalau korang nak tengok filem ni sebagai suka suka, memang tak patutlah sebab korang takkan paham sepatah habuk. Ianya finale yang benar benar dicipta untuk penonton merasa bangga dan puas untuk meninggalkan middle earth selepas tamat filem. Ianya satu tribute, mungkin. 

Peter Jackson memberikan ruang untuk bermain dengan visual yang lebih energetic dan berteknologi apabila dengan shooting dengan High Frame Rate berjaya memberikan sesuatu yang lebih baru. Menonton filem ni seperti berada di dalam middle earth sendiri. Seolah olah kau berada dalam satu kotak dan dibawa terbang ke sana ke mari dalam setiap inci filem. Cantik! Korang wajib tonton dalam HFR 3D untuk pengalaman best!

Aku lihat, filem ni lebih menekankan aksi perperangan. Mengingatkan aku kepada The Two Towers yang sarat dengan perperangan megah dan hebat! Namun, aku tidak rasakan pertempuran dalam filem The Battle of Five Armies tidaklah gah mana apabila Jackson menumpukan pada babak ‘personal fight’ karakter karakternya. Namun, ianya tetap memuaskan. 

Aku suka dengan dramanya yang dibina. Ada yang ditambah sana sini, namun filem ni berjaya menjadi satu bahagian The Hobbit dengan caranya yang tersendiri. Mungkin aku rasa kelakarnya si mamat yang tamakkan duit tu tak menjadi, tetapi cinta cinta Tauriel memang tangkap leleh. 

Jackson juga menerapkan elemen komedi yang pada aku menjadikan filem ni nampak komersil lebih dari dua filem terdahulu. Orc dijadikan pak lawak yang mana sangatlah weird tetapi membentuk roh segar kepada filem ni. Mungkin pengarah ini mahu memberikan ruang untuk penonton bergembira dan taklah terlalu serius untuk menonton babak perang yang panjang. 

Filem ni banyak jugaklah scene air matanya. Banyak karakter yang menangis. Hindustani benar filem terakhir ni. Tapi, air mata itulah yang menyebabkan filem terakhir ini sarat dengan drama, emosi dan juga aksi gaya Jackson. 

Apa aku boleh kata, pengakhiran trilogy The Hobbit ni memang sempurna. Menonton dalam HFR 3D memang super-best. Kau akan rasa yang kau betul betul berada dalam middle earth. Pengalaman yang 3D biasa tidak dapat berikan. Battle of Five Armies memang filem yang harus ditonton kalau korang betul betul mahu melihat bagaimana LOTR bermula. Pengakhiran yang tangkap leleh dan sempurna untuk middle earth punya fans. 

4.5/5

No comments: