Akan Datang!

Friday, November 14, 2014

Review: Jin

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Pierre Andre
Pelakon | Zul Ariffin, Mon Ryanti, Naufal Imam Muda

Bukan nak cakaplah, pengarah Pierre Andre ni sebenarnya antara talent pengarah yang cukup ohsem di Malaysia. Korang boleh lihat gaya filem seramnya yang ada ciri ciri tersendiri. Dari Al Hijab, ke Highland Tower sehinggalah yang terbaru ni, Jin, pengarah ni memang tak dinafikan cuba banyak genre. Tapi, pada aku, pengarah ini tetap rasa seperti sangat sesuai berada dalam kawasan mengarah genre seram. 

Jin kali ini sebuah percubaan seram Pierre yang cuba bermalas malasan dalam berkarya. Kali ini, aku tengok, ceritanya hanyalah sebuah cerita biasa yang memang boleh diagak dan juga kalau salah ‘masak’ ianya akan berada sebaris dengan filem filem seram yang sudah banyak kat pasaran. Yalah, benda benda biasa macam ustaz, kena rasuk, kejut kejut, semuanya elemen biasa yang ada dalam ni. 

Pierre memberi nafas baru, mengolah Jin menjadi sebuah filem yang ada ciri ciri dalam filem Cerita Kita dan Mukasurat Cinta. Kerja kamera yang sangat ohsem dan sangatlah lain macam untuk sebuah karya seram menjadikan Jin ada factor x yang sempurna. Syot syotnya sangat mengagumkan, dan aku terkadangkala rasa macam teruja dengan syot syotnya. Cantik! 

Kalau filem seram selalunya dark dan penuh dengan kejutan hantu yang sangat eerie, filem ni tak macam tu. Pengarah ini cuba untuk mewujudkan suasana yang nampak macam real dan tidaklah nampak lakonan sangat. Zul Ariffin dan Mon Ryanti nampak santai je dalam lakonan mereka. Dan itu mood yang jarang ada dalam filem seram. 

The Conjuring melintas di kepala. Malah, satu dua filem Hollywood juga bakal tertacap kat hujung rambut saat menonton elemen seram filem ni. Babak main main pintu yang sangatlah banyak dalam filem ni (FYI, jin dalam filem ni hobinya suka main pintu dan buat bunyi sssssss) dibina dengan elemen yang sangat cantik. Seramnya menjadi walaupun kadangkala ianya nampak berulang ulang. 

Aku tak nafikan yang filem ni, walaupun nampak lain dari pengarahan, visual dan penceritaan, filem ni sebenarnya hanyalah filem biasa dari ceritanya. Ianya sebuah filem yang boleh dijangka dan hanyalah diwujudkan untuk penggemar filem filem seram cliché. Aku puji bila Pierre masukkan rawatan islam yang dekat dengan realiti untuk ending filem ni. At least, cliché bomoh tu dijauhkan! 

Malah, sepanjang menonton filem ni, filem ni entah macam mana rasa agak kosong. Agak lama untuk seram dan kejutan yang besar untuk muncul. Permulaan yang nampak agak kaku dan kurang umph untuk sebuah filem seram menjadikan Jin sekali lagi nampak biasa sahaja pada penceritaannya. 

Sudut positif, filem ni ada visual yang sangat mengagumkan. Bagaimana Pierre menyembunyikan jin dalam cerita yang sudah boleh dijangka ini boleh lah dipuji. Namun begitu, tambah tolak campur bahagi, Jin hanyalah sebuah filem yang sangat biasa yang dihiasi bahan tambah istimewa. Kalau nak tonton plotnya, aku rasakan ‘predictable’ ialah perkataan yang sesuai. Kalau nak tengok visualnya, ‘awesome’ ialah perkataan yang sesuai. 

3/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...