Friday, October 3, 2014

Review: V/H/S

Tahun Terbit | 2012
Pengarah | Adam Wingard, Glenn McQuaid, Radio Silence, David Bruckner, Joe Swanberg, Ti West 
Pelakon | Calvin Reeder, Adam Wingard, Hannah Fierman

Agak lama jugak aku tak rasa sesak dan cemas menonton filem found footage. Bukan apa, selalunya found footage ni menghidangkan cerita yang lebih kurang sama, dan pastinya ending yang sudah dapat dijangkakan. Tapi, aku layanlah jugak sebab aku suka melihat kreativiti pembikin untuk membikin sebuah filem yang kelihatan ‘real’ dan menyakinkan. 

V/H/S ialah satu filem yang aku agak ketinggalan sedikit. Sedikit sukar untuk mendapatkannya. Namun, bila V/H/S: Viral nak ditayangkan, aku pilih untuk cari juga dan tonton. Antologi sera mini menampilkan siri filem pendek ala ‘found footage’ yang diarahkan oleh beberapa pengarah. Setiap pengarah memberikan kisah mereka sendiri yang unik dan sangat mengejutkan. Apa yang sama, visual mereka nampak seperti video tape. 

Filem ni ada satu frame narrative yang diberi tajuk Tape 56 arahan Adam Wingard yang akan menjadi cerita utama. Dalam kisah Tape 56 ini ada beberapa cerita lain seperti Amateur Night arahan David Bruckner, Second Honeymoon oleh Ti West, Tuesday the 17th oleh Glenn McQuaid, The Sick Thing That Happened to Emily When She Was Younger arahan Joe Swanberg, 10/31/98 by Radio Silence. 

Dan memang filem ni tidak dinafikan menyesakkan, merimaskan, melemaskan, dan mencemaskan. Filem dalam filem ni tidak dapat dijangka dan punya visual dan lakonan yang sangat convincing dan meyakinkan. Malah, cerita ceritanya juga unik dan sangat segar dari ladang. Dan setiap pengarah mempunyai caranya yang tersendiri untuk bercerita. 

Mostly, hampir kesemua filem pendek dalam filem ni punya kisah yang mengerikan. Tentang pembunuh yang misteri, tentang perempuan yang menyeramkan, tentang kisah cinta seram, dan macam macam lagilah. Dengan kerja kamera yang pada aku sangat realistik dan berjaya memberikan suasana V/H/S itu sendiri, filem ni dihidupkan dengan visual efek yang menyakinkan. 

Dalam banyak banyak filem pendek, aku suka The Sick Thing That Happenned to Emily When She Was Younger yang mana menggunakan medium web cam untuk bercerita. Tuesday the 17th pula menarik pada aku sebab misterinya sangat keras dan kuat apabila pembunuhnya dipaparkan tidak mampu dilihat secara jelas melalui kamera. 10/31/98 pula kuat pada misterinya dan endingnya. 

Totally sebuah filem yang wajib tonton bagi penggemar filem found footage. Mungkin ada beberapa filem pendek yang kurang sana sini, tetapi ada beberapa filem pendeknya sangat lain daripada yang lain. V/H/S memang sebuah pengalaman seram yang sangat menarik untuk ditonton. Ianya seperti gulai kawah yang kat dalamnya ada macam macam. Prepare to eat, and taste it! 

4/5

No comments: