Thursday, October 16, 2014

Review: Mamak Cupcake

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | MJ Woo
Pelakon | Shaheizy Sam, Siti Saleha, Azad Jasmin, Faisal FBI

Bila nak buat cerita pasal mamak, sebenarnya satu benda yang terlintas pada aku ialah kreativiti. Pada aku, bukan senang nak memamakkan orang melayu, dan membawa sebuah culture yang rasanya jarang berada di barisan depan filem. Iyalah, si Razak Mohaideen dulu bawa pasal mamak penang, tapi itu pun sekadar hiasan filem. Tapi, bila mamak jadi watak utama, dan buat pertamakalinya percubaan si cina membollywoodkan filem Melayu, bagaimana? 

Sedikit mengecewakan. Yup. Aku sebenarnya berdukacita apabila Woo Ming Jin yang aku kagumi dengan filem sebelum ni, Seru dan KL Zombi gagal untuk memberikan sesuatu yang sempurna dalam Mamak Cupcake. Filem ni nampak macam sebuah filem yang gagal dalam penterjemahannya. Malah, apa yang diadaptasi ke layar melalui lakonlayarnya, pada akulah, tak payah ada watak mamak pun tak apa. Watak Melayu biasa pun boleh bawa plotnya! 

Mamak Cupcake tak pergi dalam culture mamak tu sendiri. Meletakkan Shaheizy Sam sebagai mamak, dan kemudiannya, bergerak seperti filem Melayu biasa. Macam biasa, tak ada apa pun yang kita belajar tentang mamak dan cerita mereka. Apa yang ada hanyalah kisah melayu biasa yang dibalut dengan kemamakan si Shaheizy Sam. 

Malah, aku rasakan Shaheizy Sam sendiri adalah kegagalan yang besar dalam filem ni. Jujurnya, aku kagum bila dia menjadi sesuatu penarik untuk filem ni. Iyalah, semua orang excited nak lihat pelakon ini jadi mamak. Namun, apa yang dia beri gagal untuk memuaskan hati aku. Lawaknya kadangkala menjengkelkan. Lakonannya juga nampak terperangkap! 

Semuanya kurang menjadi. Skripnya termasuk juga. Ceritanya macam lemas. Tak ada tempat yang betul betul umph untuk sebuah cerita. Predictable dan hanyalah dipenuhi dengan moment moment biasa dalam filem komedi filem Malaysia. Malah, aku rasakan skripnya hanyalah separuh masak dan tidak diperkemas dengan baik sekaligus menjadikan ianya perkara paling melemahkan bagi filem ini. 

Sangat sangat sedih sebab filem ni ada visual yang sangat menakjubkan. Disebalik ceritanya yang membosankan, kebiasaan dan kegagalan dalam paparan mamaknya, aku puji visual filem ni yang sangat menggoda. Itu mungkin satu satunya benda paling cantik dalam filem yang punya skrip yang agak hodoh ini. Si cantik dan si hodoh bertemu, yeay! 

Malah, penggunaan visual efek yang cantik pada aku, berjaya memberikan moment yang ikonik. Yup, jujurnya, scene teh tarik terbang tu sangat ohsem! 

Sangat biasa, tidak terjangka sangat biasa! Ianya seperti menonton filem yang ditulis macam mee segera, tapi sangat teliti pula pada visualnya. Macam tak ada kerjasama yang terbaik untuk menjadikan filem ni terhebat. Pada aku, Mamak Cupcake gagal menyerlahkan sisi mamak MJ. Walaupun filem ni ada kulit yang sangat cantik, anda tentu tidak akan percaya ceritanya tidak secantik kulitnya. Kalau nak tonton untuk ringan kepala pun, ianya gagal untuk menyerlah. 

2.5/5

No comments: