Monday, October 20, 2014

Review: Lagenda Budak Setan 3 - Kasyah

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Sharad Sharan
Pelakon | Farid Kamil, Maya Karin, Ayu Raudhah

Dos filem pertama ok ok. Jadi ianya superhit. Dan kemudiannya, Katerina pulak macam terkial kial cari rohnya dan akibatnya, ianya sekuel yang kurang menjadi bagi siri filem Lagenda Budak Setan. Dan kali ni pulak, Sharad Sharan yang memang pekat dengan pengaruh filem Bollywood kembali dalam sekuel terakhir untuk filem yang diadaptasi dari novel Ahadiat Akashah ni. 

Sejauh mana filem ni boleh pergi? Pada aku, filem ni terlalu terlepas jauh dari apa yang nak dipaparkan sebenarnya. Kasyah itu sendiri seperti diceritakan tanpa ada roh yang betul betul buat penonton rasa yang filem ni miliknya. Semua kisah filem ketiga kali ni, yang fokus pada Kasyah hanyalah sebuah filem sekuel yang tiada pemberatan. Kisahnya atas angin, bercerita, dan habis! Itu saja! 

Malah, filem ni terperangkap dengan tipikal story dan watak yang lebih kurang sama dan berulang ulang. Watak psikopath yang tipikal Hindustani, mengandung dan gugur (tipikal Lagenda Budak Setan) dan juga merajuk yang tak berkesudahan. Semuanya terlalu biasa untuk 2014! 

Aku nampak filem ni punya babak babak keganasan melampau yang agak banyak. Seolah olah aku menonton filem violence-porn yang sikit sikit ada adegan belasah. Entah kenapa, belasah membelasah ni mengingatkan aku kepada Ombak Rindu yang pada aku tepat dosnya. Tapi, Kasyah tak macam tu! Adegan ganas ni seolah olah nak dijadikan ubat kuat filem ni. Malangnya, ianya hanyalah menjadikan cerita filem ni dilupakan. 

Lagenda Budak Setan 3 - Kasyah sebenarnya lebih baik dari Katerina. Dari segi garapannya, dan juga olahan visualnya juga, filem ni boleh dibanggakan. Cuma, untuk melihat filem ni menjadi seperti filem awalnya, ianya seperti menunggu kucing bertanduk. Kasyah seolah olah hilang taring dan tidak mampu diterjemah dengan jayanya untuk menjadi sebuah filem. Menonton Kasyah hanyalah seperti membuka helaian buku novel tanpa emosi. 

Namun begitu, aku suka beberapa aspek filem ni yang bolehlah dibanggakan. Pada aku, team kreatif filem ni memang buat kerja yang giler best. Beberapa lokasi yang divisualkan contohnya macam bilik Hisyam sangat cantik. Walaupun aku rasa logikanya agak kurang jelas, aku rasakan ianya divisualkan dengan jayanya. 

Malah, lakonan Maya Karin dan Ayu Raudhah juga agak meyakinkan. Ayu Raudhah, walaupun hanya menggantikan Lana Nordin, nampak memberikan persembahan yang agak berani. Dibelasah, dibuli dan lain lain! Cayalah! Tambahan lagi, pemilihannya juga cantik dan tepat sebab wajah Ayu Raudhah nampak mirip Lana Nordin yang tembam. 

Hmm, kalau nak cukupkan dan habiskan kisah trilogy ni bolehlah tonton. Mungkin yang gemarkan elemen India dalam filem ni, filem ni untuk anda. Pada aku, Kasyah hanyalah sebuah filem Lagenda Budak Setan yang sekadar menterjemahkan apa yang datang dari buku. Dalam penterjemahan tu, roh filem gagal disuntikkan. Apa yang ada hanyalah sebuah buku yang boleh ditonton, bukannya filem yang boleh dirasa. 

3/5

No comments: