Wednesday, October 8, 2014

Review: Humpty Sharma Ki Dulhania

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Shashank Khaitan
Pelakon | Alia Bhatt, Varun Dharwan, Siddarth Sukla

Apa lagi yang boleh diharapkan untuk sebuah filem Hindi yang berjaya. Pastinya ada jiwa romantik, sedikit sulaman lagu, tarian dan juga emosi. Tipikalitinya sudah lama difahami, dan ya, disebabkan itulah Humty Sharma Ki Dulhania berjaya menarik jiwa aku untuk menonton. Apa yang ada dalam filem ni bukanlah untuk orang yang selalu cakap ‘ah, aku dah tau ending filem ni!’. Ianya untuk orang yang selalu cakap ‘soooo sweet (sambil kelip kelip mata)’. 

Humpty Sharma Ki Dulhania ni sebenarnya mirip filem cinta biasa. Ada cinta tiga segi yang simple, halangan ibu bapa, kahwin yang dirancang dan apa saja yang patut ada dalam sebuah filem romantik komedi yang berjaya. Dan yakin aku rasakan filem ni antara filem yang menarik hati peminat hindi untuk menonton dan meraikan cinta Humpty dan Kavya ini! 

Seolah olah menonton Dilwale Dulhania Le Jayange dengan tambahan elemen Hangover, Humpty Sharma Ki Dulhania berjaya memberikan satu kisah cinta yang cheesy dan juga memikat. Kisah Kavya yang ingin mencari bride dress di Delhi yang menemukan dengan Humpty Sharma dan mencetuskan konflik adalah sesuatu yang biasa, tetapi tetap boleh dirasa keajaibannya. 

Fasa separuh masa pertama filem ni mungkin agak ringan dan dipenuhi dengan lakonan Varun Dhawan dan Alia Bhatt yang agak santai. Malah, pada aku, first half filem ni rasanya agak kurang menarik hati aku disebabkan kisah ala ala playboy yang terlalu biasa. Apa yang Humpty Sharma Ki Dulhania bagi pada fasa pertama filem tidak meyakinkan. 

Tetapi, fasa kedua adalah seperti gam. Ianya fasa yang menarik untuk kita melihat emosi dan kisah hero nak cari heroinnya yang dihalang cintanya. Diberikan suntikan komedi yang sederhana, fasa kedua filem ni mungkin antara bahagian yang sangat menjadi dan memberikan roh kepada keseluruhan filem. 

Filem ni takdelah romantik sangat. Ianya bukan mengikut gaya filem 90an yang emosinya terlalu dalam. Filem ni ibarat filem yang rileks, dan bermain main dengan ceritanya tetapi pada masa yang sama deliver tipikal Bollywood storyline dengan jiwa muda. Apa yang dipaparkan nampak muda dan segar gayanya walaupun ceritanya nampak boleh dijangka. 

Alia Bhatt sangat cute dan catchy. Lakonannya bersahaja ditambah pulak dengan wajahnya yang super cute sangat memukau. Gandingan dengan Varun Dhawan menjadi walaupun aku rasakan Varun Dhawan nampak biasa dan tidaklah diberikan dialog yang betul betul mencengkam sebagai hero. Namun, lakonan mereka memuaskan. 

Apa yang boleh diharapkan dari filem ni? Tipikal, beautiful songs, Alia Bhatt yang sangat supercute. Dan tribute kepada cinta Bollywood. Humpty Sharma Ki Dulhania memberikan pengalaman menonton filem Bollywood generasi baru yang seperti biasa memberi cerita yang sama. Tapi kan, pelik juga sebab aku suka walaupun ceritanya cliché dan boleh dijangka. 

4/5

No comments: