Wednesday, October 22, 2014

Review: The Hangover Part III

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Todd Phillips
Pelakon | Zach Galifianakis, Bradley Cooper, Ed Helms 

Filem ni seolah olah sebuah tribute! Ianya cuba untuk kembali ke filem pertama, kemudian lalu ke filem kedua, dan wallah, ianya yang ketiga. Melalui ruang ruang masa yang masih hilang dari ingatan ketiga tiga watak kita, filem ni dicipta. Kali ni filem ni tidak lagi bertindak untuk mengfotostat cerita dan plotnya seperti yang kedua. Nampaknya, Todd Phillips sudah mahu bawa filem ni ke depan. Dan aku teruja! 

The Hangover Part 3 ialah sebuah filem yang mengikat kedua dua filem The Hangover. Filem ni tidak cerita pasal lupa ingatan, tetapi meninggalkan tajuk The Hangover itu sebagai satu ‘kenangan’ bagi yang mengenali filem ni dari tahun 2009. Ianya seperti menonton perjalan baru wolf pack yang sangat berbeza dalam situasi mereka untuk menyelesaikan saki baki cerita yang tertinggal dalam filem sebelumnya! 

Chow dilebihkan. Alan diutamakan. Dan ya, ianya seperti melihat sebuah filem komedi dewasa yang ada aksi yang juga dilebihkan dan diluarbiasakan. Ianya juga ditambah dari segi emosi. Dan di akhirnya, The Hangover Part 3 sangat sangat dewasa dalam ceritanya, dan berada di satu aras tertinggi filem ni, secara peribadilah. 

Tak peduli apa orang kata, aku rasakan, Chow sudah menjadi satu momentum yang sangat baik untuk watak watak ini. Dari sekadar watak yang agak biasa dan tidak ada apa apa yang penting dalam filem pertama, filem ni memberikan ruang untuk watak Chow ni membesar dalam kehidupan tiga watak utama kita. Dan itulah yang menarik tentang The Hangover Part 3. Ianya milik Chow! 

Filem ni juga membesarkan jiwa Alan. Watak lakonan Zack Galifianakis ni dibesarkan dengan emosi. Walaupun ada sisi komedi, kita diajak untuk deep into his heart dan ya, menyelami erti sebenar persahabatan pada masa yang sama. Dan aku tak nafikan Zack Galifianakis sangat menonjol dalam filem ni. 

Aku suka aksinya yang menghiburkan. Konfrontasi Chow dan wolf pack sangat menghiburkan. Malah, babak babak yang lebih complicated juga menjadikan The Hangover Part 3 jauh lari dari filem yang sebelum ni. Ianya tidak menjadi komedi, tetapi ianya menjadi drama yang komedinya sikit, tapi aksi, dan juga thrillnya banyak. Dan ya, ianya sudah tentu mengecewakan orang yang nak lihat gelak ketawa. 

Tapi untuk aku, The Hangover Part 3 tetap di hati bagi yang menggemari tiga pelakon ni. Walaupun aku tak nafikan filem ni kurang kelakar, ianya berubah menjadi filem thriller dan juga emosi yang pada aku, lebih menyanjung karakter karakter ni. Aku secara peribadi, tidak sabar untuk tunggu sekuelnya, jika ada. Setelah menonton ketiga tiga filem, secara rasminya, aku sudah jadi fan tegar filem wolfpack ini! 

4/5

No comments: