Saturday, October 4, 2014

Review: Dracula Untold

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Gary Shore
Pelakon | Luke Evans, Dominic Cooper, Sarah Gadon

Dracula Untold mengikut tradisi tipikal Hollywood sekarang. Sebuah kisah sebenar campur fiksyen yang dicampur sana sini untuk menjadi filem yang dark dari segala sisi. Filem Dracula ini pada aku hanyalah sebuah filem yang hanya tidak ada sesuatu yang baik. Menonton Dracula Untold sebenarnya seperti menonton sebuah filem yang ada rasa déjà vu. Rasa macam pernah tonton, tapi di mana ya? Lebih kuranglah. 

Sesungguhnya, filem arahan Gary Shore ini bermula dengan permulaan yang agak membosankan, dan sekaligus melemahkan. Tipikal naratif melalui voice over yang sangat biasa telah memberikan ruang untuk melihat filem ni sebagai sebuah lagi filem yang tiada apa apa yang baru. Dan ya, dari awal hingga hujung, Dracula Untold tidak ada sesuatu yang baru. 

Filem ini, yang mana Luke Evans menjadi centre of the story digarap dengan terlalu biasa. Plotnya sangat simple dan tidak ditekankan dengan sempurna. Pada aku, filem ni hanyalah seperti sebuah filem yang dibuat untuk menceritakan sisi ‘untold’ itu tetapi tidak mampu sampai ke tahap maksima. Semuanya agak biasa, dan tidak berjaya menarik aku untuk tertarik. 

Walaupun filem ni lebih kepada sebuah filem perang fantasi yang menyajikan kekuatan perang skala ‘300’, ianya masih belum cukup untuk beri aku impak yang betul betul besar terhadap babak perangnya. Dengan perperangan yang sangat sikit, dan tidak betul betul memberi satu visual art yang memuaskan, perperangannya nampak tenggelam dan macam hidup segan mati tak mau. 

Babak Dracula smash askar Turki dengan kelawar tu mungkin antara babak epic dalam filem ni. Tapi, takkan itu saja yang ada. Seharusnya, ada lebih dari itu untuk sebuah filem perang dengan dracula di dalamnya. Sesuatu yang unik, yang belum pernah diceritakan, sesuai dengan ‘untold’ pada tajuknya. 

Lakonan Luke Evans dan Dominic Cooper mungkin boleh dikategorikan sempurna. Namun, dalam watak mereka masing masing, mereka hanyalah terlalu mengikut ceritanya. Pada aku, aku inginkan konfrontasi Mehmed dan Vlad itu ditekankan supaya nampak lebih kuat kekuatan hubungan sejarah mereka. Tetapi, tiada itu! 

Di sisi positif, mungkin Dracula Untold boleh aku janjikan ada benda benda ni. Satu, dracula yang transform ala ala Decepticon dalam TF4 yang ohsem! Dua, babak perang akhir yang mungkin aku boleh kategorikan antara babak yang satu satunya menangkap dalam filem ni. Dan yang ketiga, sisi baru dracula yang pada aku pada setiap penonton akan punya pendapat berbeza. 

Aku tidak rasakan filem ni terlalu membosankan. Tetapi, tidak jugaklah mendebarkan. Ianya terlalu biasa dan walaupun ianya berbaloi untuk ditonton, korang tidak seharusnya mengharapkan filem ni ialah filem masak ranum. Ianya ada cerita yang pada aku boleh dikategorikan sebagai ‘half-baked’ dan tidak mampu untuk memberi thrill yang sebenar. 

2.5/5

1 comment:

Miss Yana said...

Oo..so ksimpulannyer, xbest la yo.. Trailer jela yg best..huhu