Sunday, October 26, 2014

Novel: Last Man in Tower (Aravind Adiga)


Last Man in Tower ialah sebuah novel tulisan Aravind Adiga, yang sebelum ni dikenali melalui novel The White Tiger. Tidak pernah baca novelnya sebelum ni. Cuma, apa yang membuatkan aku membaca karya sastera India ini ialah disebabkan aku teruja dengan naskah Slumdog Millionaire. Nah, aku rasakan buku ini dan sastera India dalam bahasa Inggeris sangat mengujakan. 

 Novel ni mengupas tentang sosial. Tentang hidup kejiranan. Tentang sifat manusia yang tamak dan sanggup lakukan apa saja. Ini kisah tentang sebuah flat dan kehidupannya yang aman dan kisah ketamakan Shah yang ingin merobohkan flat untuk membina bangunan baru dengan runtuhkan flat tersebut. Dalam keseronokan penghuni flat menerima pampasan, Masterji seorang saja yang pertahankan supaya flat ni tak diruntuhkan. Ini kisah tentang dia, dan sekitarnya. 

Naskah ini tidak bercerita tentang tamaknya Shah, tetapi memberikan debaran sama ada Masterji berupaya menahan flat itu dari dirobohkan atau tidak disebalik tekanan luaran seperti jiran jiran yang nakkan duit. Aravind berjaya memberikan sebuah kisah simple tetapi dengan setiap watak yang pada aku agak banyak, ianya memberikan gambaran sosial yang agak sinis. 

Novel ni meyakinkan. Bagaimana Aravind menulis tentang Masterji dan kisahnya sangat menjadikan novel ni mengujakan. 

4/5

No comments: